Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan
bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan
nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan
biasa berkuat kuasa serta merta.
Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan
berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.
Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa
pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO). Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang
sedang bergolak.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara
yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.
-Bernama
No comments:
Post a Comment