GENTING GAZA - PALESTIN. Israel terus bertindak biadab dengan menjadikan
lima masjid sebagai sasaran bedilan terbaharu di wilayah Gaza, awal
pagi semalam.
Jurucakap polis, Ayman Batniji memaklumkan serangan udara yang
dilancarkan rejim Zionis ke atas 70 lokasi itu turut menyasarkan
kompleks sukan dan kediaman bekas ketua Hamas.
"Serangan darat di kawasan terbabit juga telah memusnahkan beberapa
rumah di sepanjang sempadan timur wilayah tersebut. Sekurang-kurangnya
19 bot nelayan hangus terbakar selepas dibedil tentera laut Israel dari
Mediterranean," katanya dipetik AFP.
Amnesty International melaporkan lebih 2,000 rumah di Genting Gaza
musnah akibat bedilan rejim Zionis hingga menyebabkan lebih 100,000
kehilangan tempat tinggal ketika ini.
Sehingga kini, lebih 600 penduduk Palestin terkorban manakala lebih
3,500 lagi cedera dalam serangan Israel yang dilancarkan sejak 15 hari
lalu. - SH
No comments:
Post a Comment