30 June 2014

'Atas prinsip...saya letak jawatan'

SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.

29 June 2014

Tentera Iraq lancar serangan balas

SEORANG askar Iraq memegang peluru dekat senjata api di gurun yang terletak antara Kerbala dan Najaf, selatan Baghdad semalam. - REUTERS

BAGHDAD - Tentera Iraq melancarkan satu serangan besar-besaran semalam untuk mengambil semula wilayah utara negara ini yang telah dirampas militan Sunah.

26 June 2014

Raja Muda Perlis kayuh basikal cari orang miskin



Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat.

Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali.

Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.

Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.

Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu.

Ia satu usaha yang amat baik dan terpuji. - DR.MAZA

Perompak tawar diri jadi kekasih!

Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.
BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.

24 June 2014

Piala Dunia: KJ cuba 'up boss' pula

TAK habis-habis dengan Piala Dunia. Begitulah minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap sukan yang menjadi kegilaan ramai itu.

21 June 2014

GST bolehkan kerajaan naik elaun penjawat awam

MELAKA - Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  

Sadis: Dikurung hingga kurus umpama mayat

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.

20 June 2014

Bekas penolong pegawai kementerian wanita didakwa peroleh rasuah RM600,000

Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap enam pertuduhan memperoleh rasuah hampir RM600,000.

‘Saya cuba mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar’

KUALA LUMPUR - "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
      

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal

SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini. - SH

Pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara ditutup

Sekumpulan penduduk Surabaya menandatangani ikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran.
JAKARTA – INDONESIA. Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup selama-lamanya Rabu lalu.

19 June 2014

Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru.

"Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

17 June 2014

Perodua kurangkan harga Viva RM5,300

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluaran syarikat itu sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Hanya 38 syarikat berdaftar keluar visa umrah

KUALA LUMPUR - Hanya 38 syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dibenarkan mengeluarkan visa umrah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  

15 June 2014

Ratu Cantik Indonesia meninggal dunia dalam kemalangan

JAKARTA: Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.

AS tawar ganjaran sebanyak AS$57.93 juta untuk maklumat pejuang Islam

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menawarkan ganjaran sebanyak AS$18 juta (RM57.93 juta) berhubung maklumat mengenai empat pejuang Islam di Afrika.

Iran sanggup bekerjasama dengan AS

TEHERAN - Iran mungkin menimbangkan untuk menjalin kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menentang anggota-anggota Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam, kata Presiden negara itu, Hassan Rohani kepada pemberita semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan sama ada kepentingan bersama akan menyebabkan AS dan Iran menjalin kerjasama.
Sebelum ini AS dan Iran merupakan musuh tradisi yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak lebih tiga dekad lalu.

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq

AS tawar RM32.08 juta tangkap Sheikh Au Bakr al-Baghdadi

MOSUL: Digelar “individu paling berbahaya dunia” oleh majalah TIME dan “bin Laden yang baru” oleh majalah Perancis Le Monde, Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpin jihad paling berkuasa dunia ketika ini.

Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya. Beliau dikeluarkan daripada Al-Qaeda namun berjaya menawan Mosul, hab minyak yang berada di persimpangan penting antara Iraq, Turki dan Syria.

Tidak banyak rekod individu misteri ini kecuali biografi beliau yang diterbitkan kumpulan jihad. Berlatarbelakangkan keluarga agama dan pendidikan tahap kedoktoran dalam pengajian Islam dan sejarah, beliau sebelum ini hanya seorang penceramah. - BHarian

Selamat Bertunang, Amir (Raja Lawak) Kahwin Tahun Depan

PETALING JAYA: Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.

Jamin gaji minimum RM1,100 jika PR memerintah

SHAH ALAM -  Pakatan Rakyat sedia meluluskan permohonan pelaksanaan gaji minimum RM1,100 jika PR diberi peluang untuk memerintah pentadbiran kerajaan di negara ini.

14 June 2014

Ditarik penculik naik van putih

Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.

Tentera Iraq siap sedia lancar serangan balas terhadap militan

POLIS Iraq mengawal stesen kereta api di Baghdad hari ini ketika pasukan keselamatan menyatakan kesediaan melancarkan serangan balas terhadap militan di Samarra. - Foto AFP
BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq bersedia untuk melancarkan serangan terhadap militan di utara Baghdad berikutan ‘kuasa tidak terhad’ yang diberikan kabinet kepada perdana menterinya.

30 terbunuh dalam letupan dekat sempadan Iraq

DAMSYIK: Satu kejadian serangan bom di timur Syria berhampiran sempadan Iraq hari ini menyebabkan 30 terbunuh.

“Satu letupan besar terkena sebuah pasar senjata api pengganas di Mayadeen, mengorbankan 30 dan mencederakan berpuluh lain,” lapor berita televisyen.

Satu lagi laporan menyatakan letupan itu turut mengorbankan 15 orang awam di kawasan pasar.

Laporan itu menyatakan satu bom kereta diletupkan oleh militan jihad, Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan sama yang menawan Mosul di Iraq dan sedang mara ke Baghdad. - AFP 

Anggota ISIS Dan Pengebom Berani Mati Pertama Di Malaysia

Ahmad Tarmimi Maliki, dikatakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani dan bertanggungjawab terhadap serangan di ibu pejabat SWAT di Iraq pada 26 Mei.
PETALING JAYA: Setahun yang lalu, Ahmad Tarmimi Maliki berusia 26 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang yang pendiam.

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga 1 Julai ini

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.

Jangan salahkan orang lain bila berlaku jenayah

BACHOK – Masyarakat tidak perlu melatah dan menyalahkan pihak lain apabila berlakunya kes jenayah dan gejala sosial yang semakin membimbangkan termasuk di kawasan pedalaman.

Pengawasan dan didikan awal bermula dari rumah oleh ibu bapa manakala di guru di sekolah pula membantu dalam bidang akademik beberapa jam sehari.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain berkata, setiap ibu bapa bertanggungjawab ke atas anak sejak ia lahir dan begitulah ia bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada setiap warisnya. - SH

Bukan kamu sedang salahkan orang lain (ibu bapa) ?

10 June 2014

'Penderma Misteri' Di Sebalik Pakej Umrah Murah

Kumpulan jemaah yang terkandas di Madinah selepas agensi yang menawarkan pakej murah tidak membeli tiket penerbangan balik ke tanahair.
PETALING JAYA: 'Penderma misteri' didakwa berselindung di sebalik agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah murah hingga mengakibatkan sekumpulan 121 jemaahnya terkandas ketika mengerjakan ibadat itu, baru-baru ini.

Agensi berkenaan yang menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM3,700 dikatakan menerima pembiayaan daripada penderma yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.

Imam Besar Masjid Negeri Selangor Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia pada malam Isnin.

Difahamkan beliau meninggal dunia pada kira-kira pukul 9 malam.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Selalu lalu, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengadu sesak nafas. - Mstar

Kehebatan Seorang Budak Perempuan Bajau Laut Sabah Mendapat Perhatian Dunia


09 June 2014

MENGULAS PENCERAMAH BEBAS YANG MERENDAHKAN DR YUSUF AL-QARADAWI

Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.



Ustaz Fendi meninggal dunia

RANTAU PANJANG – Bekas Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Mohd Afendi Yusoff meninggal dunia, jam 7.30 malam tadi.

Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, arwah dipercayai terjatuh di bilik air sebelum disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarga.

Menurutnya, arwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Fendi juga adalah bekas calon BN bagi Dun Meranti pada PRU13.

“Semua ahli Umno di sini terkejut dengan berita ini. Kami akan menziarahi jenazah sebelum dikebumikan di Taman Chempaka, Kota Bharu.

“Umno Rantau Panjang kehilangan seorang lagi tokoh Umno yang berwibawa," katanya. - SH

08 June 2014

Jemaah kandas pulang esok

Georgetown: Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu, akan dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jemaah itu akan dibawa pulang hari ini menaiki penerbangan Flynas dari Jeddah pada jam 10 malam waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.30 tengah hari, esok.

“Semua jemaah ini sepatutnya pulang ke Malaysia pada 1 Jun lalu mengikut jadual perjalanan umrah mereka yang bermula 21 Mei.

“Mereka terkandas disebabkan kegagalan agensi yang menguruskan penerbangan pulang jemaah terbabit,” katanya pada sidang media di pejabat Tabung Haji di sini, semalam.

Tak tahu pakej sehala

Abdul Azeez berkata, syarikat yang bertanggungjawab membawa jemaah itu difahamkan menawarkan harga pakej serendah RM3,999 kepada 268 jemaah.  - Berita Harian
 

04 June 2014

Polis temui mayat dipercayai warga Britain yang hilang di Pulau Tioman

PULAU TIOMAN: Pasukan Gerak Am(PGA) menjumpai mayat dipercayai warga Britain yang hilang sejak 27 Mei lalu, di sungai berhampiran Chalet Projek Penyu Juara, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan, Johari Jahaya mengesahkan penemuan terbabit namun belum dapat mengenalpasti identiti mayat adalah Gareth David Huntley,34, yang hilang di Air Terjun Lubuk Teja.

Beliau berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat berkenaan dan perlu menunggu unit forensik melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identitinya. - Berita Harian

03 June 2014

Menteri gesa guru kembali pada BN

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.

“Mari bersama Umno, MIC, MCA  atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.

Kementerian nafi pengguna gaji kurang RM5,000 nikmati subsidi bahan api

PUTRAJAYA 3 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menafikan laporan hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Laporan itu hanyalah satu spekulasi, kata Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran. - BERNAMA

02 June 2014

Jais siasat majlis kahwin

Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu terpinga-pinga dengan insiden yang berlaku.
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Hindu di kuil di Petaling Jaya berikutan aduan pengantin perempuan yang dipercayai beragama Islam, semalam.

Menurut sumber, Jais menerima aduan sejak Jumaat lalu dan mengarahkan tiga pegawai penguat kuasa menjalankan siasatan, dengan bantuan polis.

“Setiba di lokasi, apabila kita tanya penjaga kuil itu kira-kira jam 10.30 pagi, mereka memberitahu memang ada majlis perkahwinan dan kita dapat kad.

“Melalui itu kita dapati ia tertera nama pengantin perempuan menggunakan nama Islam.

“Kita lakukan serbuan dan tahan pengantin perempuan dan apabila diminta menunjukkan kad pengenalan memang Muslim dan kita minta dia hadir ke ibu pejabat Jais untuk beri keterangan," katanya.

Menurutnya, pengantin perempuan berkenaan telah dibebaskan setelah diambil keterangan.

“Jais masih menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 10, upacara yang menyebabkan murtad,” katanya. - SH