31 March 2014

Ringgit yang lemah akan jejas syarikat penerbangan


KUALA LUMPUR: Alliance Research menjangkakan kewangan industri penerbangan tempatan akan merosot tahun ini berikutan peningkatan kos unit yang meningkat disebabkan ringgit yang lemah.

Syarikat penyelidikan itu mengunjurkan ringgit mencapai purata RM3.30 berbanding dolar AS tahun ini, iaitu 4.7 peratus lebih lemah berbanding purata RM3.15 berbanding dolar AS pada 2013.

"Oleh sebab itu kami menjangkakan kos unit syarikat penerbangan meningkat berikutan sebahagian besar daripada kos pengendalian mereka adalah dalam dolar AS.

"Kos faedah juga dijangka bertambah memandangkan komitmen kewangan syarikat adalah dalam dolar AS," katanya dalam nota kajiannya Isnin.

Alliance Research juga menjangkakan pertumbuhan kapasiti keseluruhan meningkat 6.9 peratus tahun ini, paling perlahan sejak Krisis Kewangan Global pada 2008-2009.

Oleh itu, ia menjangkakan hasil akan menjadi stabil tahun ini berikutan pertembungan pertumbuhan permintaan sebanyak tiga hingga empat peratus selain permintaan melancong yang meningkat ekoran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang meningkatkan keseimbangan antara bekalan-permintaan.

"Bagaimanapun, kami yakin laluan antarabangsa MAS akan mengalami tekanan dan kemerosotan hasil tidak lama lagi berikutan tragedi MH370.

"Kami juga menjangkakan hasil AirAsia X Bhd (AAX) di Australia mengalami tekanan selepas pengurusan membayangkan ia memerlukan tiga hingga empat suku daripada pasaran untuk menyerap lebihan kapasiti yang ditambah pada suku ketiga tahun kewangan 2013," katanya.

Alliance Research menurunkan taraf sektor penerbangan kepada 'neutral' sejajar dengan penurunan saham-saham syarikat penerbangan dalam liputannya iaitu AirAsia dan AAX.

"Kami menjangkakan pendapatan negatif syarikat penerbangan akan berterusan berikutan ringgit yang lemah dan kemungkinan penangguhan perpindahan ke klia2," katanya.

Bagaimanapun, syarikat penyelidikan itu memihak kepada Malaysia Airports Holdings Bhd dengan saranan 'beli' pada harga sasaran RM9.80, ia berisiko rendah berbanding syarikat penerbangan. -- Bernama

Anak gadis Zaharie bidas laporan The Daily Mail


KUALA LUMPUR - Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.
  
"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip... Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.

Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.
  
Semalam, The Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'.
  
Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. - Bernama

'PM tak sebut MH370 terhempas'


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.

Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

"Taklimat ini akan membolehkan mereka mendengar sendiri dari pakar ini," katanya.

Beliau juga menyatakan rasa simpati kepada anggota keluarga berkenaan.

"Saya faham bahawa mereka mahu lihat bukti fizikal sebelum menerima bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan anggota keluarga terbabit dan berjanji bahawa Malaysia tidak akan putus harapan.

"Kita tidak akan mengaku kalah sebelum kita mengetahui apa yang berlaku kepada MH370," katanya dalam sidang media hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan waris penumpang MH370 dari China itu menuntut Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata Najib tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu dan wakil Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif untuk mereka".

Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.

Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmarsat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan. - Mkini

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas


SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya. - sh

09 March 2014

Objek mencurigakan yang ditemui di perairan Vietnam tiada kaitan dengan MH370


Bapa pengsan terima berita pesawat dinaiki anak sulung hilang


Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport curi sudah dikenalpasti


Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri


Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen berhubung pasport curi dalam MH370, kata Zahid


Protokol disemak, keselamatan KLIA ditingkat


Pencarian MH370 masih fokus utama


Tentera ketuai SAR, carian termasuk Selat Melaka


Kehilangan MH370 sesuatu yang misteri kata pakar


MH370: Tiada letupan di Laut China Selatan - Pentagon


MAS Sedia Bawa Keluarga Penumpang Dari China Ke KL

Pasukan pencari Singapura kesan objek mencurigakan 100km dari pulau Tho Chu


Waris penumpang China berang dengan MAS


Spekulasi hanya lambatkan usaha mencari


CCTV Rakam Gerak-Geri Dua Individu Guna Pasport Palsu


BBC lapor 2 penumpang pasport palsu beli tiket masa sama


APMM Sahkan Tumpahan Minyak Dekat Lokasi Terakhir MH370


DCA enggan ulas pemegang pasport palsu dari Xinjiang


Radar TUDM tunjukkan indikasi kemungkinan pesawat cuba berpatah balik


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


(Video) Sidang Media Terkini


(Video) Rekod baik MAS pandangan masyarakat antarabangsa


(Video) Mystery of the Austrian passport on MH370


Keluarga bos Kumpulan Modal Perdana antara dalam MH370


(Video) Keluarga Pembantu Juruterbang MH370 Masih Menunggu


'Waris dijadual diterbang jam 9 pagi ini'


FBI akan kerah ejen dan pakar teknikal bantu siasatan kehilangan pesawat MH370


MAS: Doakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370


Tiada petunjuk mengenai pesawat MH370 selepas lebih 24 jam hilang


Zed Zaidi Mohon Maaf Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang


Dua Individu Menyamar Menaiki Pesawat MH370 Yang Hilang


Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370


Pegawai Miti sah dalam pesawat MH370