26 February 2014

Nasib malang penyamun Indonesia


SHAH ALAM – Hasrat sekumpulan penjenayah warga Indonesia berjoli dengan hasil rompakan dari banglo seorang juruterbang di Seksyen 13 di sini semalam tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka mati ditembak polis manakala barangan disamun tercicir bersama suspek yang mati itu.

Suspek itu mati di Kilometer 7.8, Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) selepas dua jam dia dan kumpulannya merompak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, semasa rompakan pukul 4 pagi berhampiran Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, keempat-empat penjenayah mengikat anak lelaki juruterbang yang berusia 24 tahun. - Kosmo

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang penjenayah yang mati ditembak di Kilometer 7.8, Lebuh Raya Klang Baru, Shah Alam semalam


No comments:

Post a Comment