27 February 2014

Anwar tak tahu menahu MoU S'gor-Putrajaya


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat hari ini.

Penasihat ekonomi Selangor itu juga berkata, beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu.

Itu sebabnya beliau keberatan untuk mengulasnya, kata Anwar selepas sesi minum petang di Kajang hari ini.

Katanya, walaupun secara prinsipnya bersetuju dengan rundingan itu, beliau masih mengkaji maklumat yang diperolehnya daripada kerajaan negeri dan tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.

Beliau juga berkata akan menjadi penyelesaian segera terhadap isu air di negeri itu.

Selangor dan kerajaan persekutuan hari ini mencapai persetujuan yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air dan menerima pampasan RM9.65 bilion.

Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu Selangor menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2. - Mkini


1 comment:

  1. Kalau begini lah gaya MB memang betul dan patut lah Langkah Kajang dilaksana segera.

    ReplyDelete