Pihak polis merekod 21 kematian akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sementara 10 lagi individu dilapor masih hilang dalam kejadian banjir setakat ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kelantan mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 14 orang sementara empat masih hilang, diikuti Terengganu yang mencatat empat kematian dan lima hilang.
Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
30 December 2014
Suami isteri ditetak, disamun di lebuh raya
Sepasang suami isteri dicederakan sebelum
disamun selepas kereta mereka terbabas di Km 246, Lebuhraya
Utara-Selatan arah ke selatan dekat Seremban pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.59 pagi.

Serpihan QZ8501 disahkan: Waris pengsan, ada yang pasrah
Seorang waris yang pengsan diusung beberapa orang pasukan keselamatan sahaja mendengar penemuan mayat penumpang pesawat QZ8501 di Laut Jawa, petang tadi. – Gambar Reuters |
Itu reaksi waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebaik sahaja pihak berkuasa Indonesia mengesahkan penemuan beberapa serpihan pesawat itu dan mayat di Laut Jawa petang Selasa.
QZ8501: 40 mayat lagi dibawa keluar
JAKARTA - Sebanyak 40 mayat telah dikeluarkan dari laut dan dinaikkan ke
sebuah kapal perang Indonesia, Bung Tomo, dipercayai penumpang pesawat
AirAsia QZ8501, hari ini.
95 peratus serpihan mungkin milik pesawat QZ8501
JAKARTA - Kira-kira 95 peratus serpihan yang ditemui di Pengkalan Bun,
Kalimantan Tengah berkemungkinan milik pesawat QZ 8501, memetik laporan
Kompas.com.
29 December 2014
CUEPACS mohon kerajaan mempercepat bayaran bonus penjawat awam
KUALA LUMPUR - Bagi meringankan beban kewangan akibat banjir yang
melanda beberapa buah negeri, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempercepat bayaran
bonus penjawat awam kepada awal bulan Januari 2015.
22 December 2014
Salam Al-Qaradawi buat rakyat Malaysia
Sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi
menzahirkan perasaan terharu terhadap keprihatinan antarabangsa,
termasuk Malaysia, yang menyatakan bantahan terhadap notis merah Polis
Antarabangsa (Interpol) terhadapnya.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu malam tadi.

Guru Diingat Tidak Mempermainkan Isu Lelaki Lembut - PIBGN
PETALING JAYA: Golongan pendidik diingatkan supaya bersikap terbuka dan tidak mempermainkan isu lelaki lembut yang diketengahkan menerusi novel Destinasi Impian ketika mengajar subjek Komponen Sastera (Komsas) bahasa Melayu bagi pelajar Tingkatan Satu.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, setelah novel ini diberi laluan memasuki kelas, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melaksanakan peranannya bagi memulihkan permasalahan yang berlaku menggunakan teks yang dipilih.

Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Lima Tahun Jaga Anak
gambar hiasan |
"Peraturan baharu itu adalah untuk memberikan lebih waktu ibu bersama anak walaupun mereka bukan ibu kandung kanak-kanak itu," kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal.
Beliau berkata mereka yang menjaga kanak-kanak tersebut secara berterusan selama dua tahun, yang disebut sebagai 'de facto' juga layak memohon cuti tanpa gaji selama lima tahun yang boleh diambil secara berterusan atau sebahagian antara anak pertama dan anak-anak yang lain.
Manfaat tersebut, sebelum ini, hanya diberikan kepada mereka yang melahirkan anak dan berhasrat memberikan penjagaan yang lebih baik untuk bayi mereka termasuk penyusuan badan.
Mana komputer yang dijanjikan untuk cikgu?
Kalau tak buat janji, orang tak akan minta. Tapi janji dah dilafazkan
oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Chik untuk
memberi setiap guru sebuah Netbook 1Malaysia pada 16 Mei lepas sempena
sambutan Hari Guru.
Malangnya setelah tujuh bulan berlalu, berita tentang janji yang dilafazkan itu terus senyap tanpa ada sebarang perkembangan.

Haron Din kata tahaluf siyasi dengan DAP sudah koyak, lapor Utusan
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata jika DAP atau Lim Guan Eng terus mempertikai hukum hudud, parti tersebut bebas untuk memilih jalan sendiri. – Gambar fail |
Malah lapor Utusan, Haron berkata jika DAP ataupun Lim Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, setiausaha agung DAP tersebut boleh mencari “keselesaan” lain dengan jalannya sendiri.
Pusat beli belah terbesar di Minnesota ditutup
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul walaupun terdapat amaran mereka akan ditahan menerusi skrin digital di pusat beli belah itu. |
Menurut AFP, menerusi laman sosial Facebook pusat beli belah Mall of America itu, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di dalam bangunan tersebut sambil melaungkan 'Black Lives Matter'.
20 December 2014
Terengganu Tetap Laksana Peraturan Tutup Premis Waktu Solat Jumaat
PETALING JAYA: Disebalik protes beberapa pihak, kerajaan Terengganu tetap akan menguatkuasakan peraturan menutup kompleks membeli belah dan premis dalam bangunan berkenaan pada waktu solat Jumaat, bermula Januari ini.
Kerajaan negeri berkenaan mengumumkan perkara itu pada 9 Disember lalu untuk dipatuhi setiap majlis daerah.

8 beradik mati ditikam
SYDNEY 19 Dis. - Sebanyak lapan kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 18 bulan ditemui mati akibat ditikam secara beramai-ramai dalam satu kejadian di sebuah rumah di bandar Cairns di utara Australia, hari ini.
Polis bergegas ke kediaman itu di negeri Queensland tengah hari tadi selepas menerima laporan tentang penemuan seorang wanita dalam keadaan cedera parah di rumah itu.

19 December 2014
ASB: Dividen 7.50 sen, bonus 1 sen seunit
KUALA LUMPUR - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima
dividen 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014
berbanding 7.70 sen yang diterima tahun lepas.
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu turut mengumumkan bahawa 8.60 juta pemegang unit ASB bakal menerima bonus 1.00 sen seunit.

18 December 2014
Cadang semak elaun perumahan kakitangan kerajaan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas
kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.

15 December 2014
Pelajar Malaysia Di Sydney Dinasihat Jauhkan Diri Dari Lokasi Tebusan
PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Sydney telah diberi amaran untuk
menjauhkan diri dari pusat bandar Sydney berikutan kafe coklat Lindt
yang ditawan oleh lelaki bersenjata.
"Sila elakkan kawasan sekitar Martin Place sehingga diberitahu kelak," menurut mesej kecemasan di laman web Pendidikan Malaysia Australia.
Sementara itu, Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA) juga mengeluarkan pengumuman kecemasan di halaman Facebooknya, pagi Isnin.

Kewarganegaraan tebusan belum dikenal pasti
KUALA LUMPUR - Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada
terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh
lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi ini.
Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.
"Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini.
Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang," katanya kepada Bernama menerusi telefon hari ini.
Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.
Reuters melaporkan insiden tebusan bermula pada 9.44 pagi apabila seorang wanita di luar kafe itu melihat seorang lelaki membawa sebuah beg sukan yang kelihatan mengandungi sepucuk senjata api. - SH

Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah
RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd
Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

13 December 2014
Husam: 1MDB akan binasakan Najib
Naib presiden PAS, Datuk Husam Musa
membayangkan bahawa masa depan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak akan binasa apabila dakwaan skandal dalam syarikat pelaburan
negara 1Malaysia Development Berhad didedahkan.
Husam menjangkakan bahawa serangan ke atas Najib akan dilancarkan oleh tokoh yang kuat berpengaruh dalam Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum tamat penggal parlimen ini.
“Saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Tun (Mahathir), sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang,” kata Husam dalam kenyataannya.
Husam berkata, andaiannya itu berdasarkan perkembangan besar yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaik selepas Najib berlepas ke Korea Selatan pada hari Selasa lalu.
Beliau menggariskan laporan polis oleh seorang pemimpin bahagian Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas 1MDB semalam dan juga mesyuarat Kabinet pada hari Rabu lalu yang didakwa turut membangkitkan isu syarikat pelaburan negara itu.
“Laporan polis oleh salah seorang pemimpin Umno bahagian sendiri dan Kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru (yang) bakal membawa impak besar,” kata Husam.
Najib dilaporkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Busan semalam. - mkini

Skandal 1MDB kini dalam bahaya, kata wartawan veteran
Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".
Beliau mengulas laporan polis yang dibuat Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan. "Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi 1MDB, adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat.
1MDB ketika memberi maklum balas kepada laporan polis berkata, mereka yakin laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang. "Kami mengalu-alukan apa-apa penyiasatan ke dalam urusan kami dan ia memberi peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat." Kadir (gambar, kanan) hari ini mendedahkan sebelum laporan yang dikemukakan, Tun Dr Mahathir Mohamad – salah satu pengkritik tegar 1MDB – bertemu dengan pengurusan tertinggi dana negara itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu.
"Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir. "Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," tambah Kadir. Beliau berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran – 1MDB membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.
"Sumber itu berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut. "Beliau kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas. "Bagaimana sikap mereka apabila presiden Umno dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" katanya. Selain Dr Mahathir, pasukan pengurusan 1MDB juga mengadakan mesyuarat dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai pinjaman dan hutang syarikat, Kadir berkata, sambil menambah pertemuan itu disimpan begitu sahaja.
"Menurut sumber itu, 1MBD meminta Bank Negara untuk melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dari tiga hingga enam bulan dan ia dipersetujui. “Ia dapat difahami. Walaubagaimana tidak gembira Zeti pun dengan pinjaman 1MDB, lanjutan itu diperlukan,” tulisnya. "Jika ia tidak diberikan, ada akan menjadi lalai besar-besaran dan Tahap 1 bank-bank yang melanjutkan pinjaman akan perlu membuat peruntukan yang besar. Ini boleh membawa kepada penurunan taraf sistem perbankan tempatan," kata wartawan veteran. Katanya, "kata-kata kasar" dan "amaran menakutkan" seperti "seseorang akan ke penjara" dilemparkan semasa mesyuarat itu, dengan sumber mendedahkan Lodin menawarkan untuk meletak jawatan dalam pertemuan dengan Zeti itu. "Tetapi itu bukan isu bagi Bank Negara. Lodin dilantik oleh PM. Jika benar dia menawarkan untuk meletakkan jawatan, beliau perlu memberitahunya kepada Najib," kata Kadir.
1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd. Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan. Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini. – TMI

IGP kata polis akan siasat kes 1MDB
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang ketua
bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Khalid berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).
"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” katanya.
Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.
Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khalid semalam.
Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil. - Mkini

Dua lelaki disamun dalam hotel
mej rakaman CCTV menunjukkan salah seorang suspek yang disyaki menyerang mangsa. |
KUALA LUMPUR – Dua lelaki termasuk seorang warga Hong Kong cedera parah selepas ditetak menggunakan sebilah parang oleh dua lelaki warga Afrika dalam satu kejadian samun di sebuah bilik hotel terkemuka di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Chin Kha Foo, 40, dan David Chi Keung, 34, warga Hong Kong ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan hotel berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai menghadiri ceramah perniagaan di ruang bawah hotel berkenaan sebelum membawa suspek naik ke bilik mereka.
Katanya, kejadian itu dimaklumkan oleh pengunjung berkenaan yang mendengar bunyi bising datang dari arah bilik mangsa. - Kosmo
Tiga kaki pecah rumah dicekup
Kajang: Tindakan polis yang curiga dengan sebuah kereta Mazda dinaiki tiga lelaki membongkar kegiatan mereka yang aktif memecah masuk rumah dan melarikan kereta di sekitar daerah ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang Selasa lalu, suspek berusia 35 hingga 40 tahun melalui kawasan Bukit Permai, di sini sebelum ditahan polis yang sedang membuat operasi cegah jenayah di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran kereta itu palsu dan kereta itu pernah dilaporkan hilang.
Menurutnya, polis kemudian membawa suspek ke rumah mereka yang terletak berhampiran sebelum menahan seorang wanita berusia 38 tahun yang juga isteri salah seorang suspek. “Hasil pemeriksaan lanjut polis turut merampas kereta Honda Accord yang turut dicuri dan digunakan untuk kegiatan samun dan pecah rumah. “Malah, pelbagai barangan berharga seperti komputer riba, televisyen dan iPad turut ditemui di dalam rumah itu,” katanya. Ab Rashid berkata, siasatan lanjut mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah, samun dan pecah rumah. - HMetro

Kalau berani seranglah Islam, kata bekas pengerusi SPR
Perkasa hari ini memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu di negara ini agar tidak menyerang Islam jika tidak mahu berdepan dengan mereka, kata bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Rashid, yang juga naib presiden Perkasa, berkata mereka serius mempertahankan Islam dan tidak takut seperti parti-parti politik yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan undi.
“Jangan serang Islam. Ini perjuangan kami. Siapa berani seranglah. Kita akan perjuangkan. Perkasa makin kuat. Kita berdaya dalam negara ini jangan main-main.
“Badan politik kelihatan tak mahu atau takut untuk terlibat. Yang tinggal kitalah, Perkasa. Perkasa perlu main peranan untuk pertahan kedudukan dan ketua Islam.
“Hanya Perkasa yang ke depan apabila imej Islam diserang. Parti politik lain berdiam diri. Mungkin takut. Ada tekanan politik yang mahu dijaga sebagainya,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
- TMI
'Berhentilah jadi kaki bodek'
Secara terus terang, seorang pemimpin
Umno Pulau Pinang berkata parti itu mempunyai ramai kaki bodek' yang
tidak berani mempersoalkan pemimpin mereka.
Memetik kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Datuk
Khairuddin Abu Hassan berkata ia mencerminkan pendirian tidak
berkompromi Umno.
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata ada pihak dalam Umno
yang tidak mahu mempertahankan apa yang betul, termasuk mempersoalkan
keputusan pemimpin mereka.
Daripada membodek, tegasnya, ahli perlu lebih pro-aktif dan
mempersoalkan apa yang betul dan salah serta apa yang memberi manfaat
kepada rakyat.
Khairuddin memberitahu pemberita demikian selepas membuat laporan
terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Polis Dang
Wangi petang tadi.
Beliau juga mendakwa bahawa Umno bahagian Batu Kawan bimbang bahawa
beliau akan membangkitkan kemelut IMDB semasa perhimpunan agung tahunan
parti itu dan oleh itu tidak mencalonkannya untuk berucap kepada para
perwakilan.
Khairuddin berkata, dia diberitahu oleh perwakilan lain supaya tidak
menyuarakan perkara itu dan mendakwa jawatankuasa pengurusan tidak
membenarkannya membahaskan tentang 1MDB.
Menjangkakan tindak balas dari Umno ekoran laporan polis yang dibuatnya, Khairuddin bagaimanapun, tidak bimbang mengenainya.
Menurutnya, ramai ahli Umno yang tidak mahu beliau membuat laporan
sedemikian, terutama apabila ia melibatkan syarikat yang berkait rapat
dengan Umno.
Bagaimanapun, kataya, beliau mahu menjelaskan kepada beberapa pemimpin Umno bahawa inilah pendekatan yang Umno harus ambil.
Menurutnya, persepsi awam tentang Umno perlu berubah dan rakyat mesti
merasakan bahawa Umno bertanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia dan
perlu menjadi popular semula.
Khairuddin, yang dikenali sebagai penyokong kuat Tun Dr Mahathir
Mohamad, juga berkata bahawa tidak adil bagi Umno mengambil tindakan
tatatertib terhadapnya.
Katanya, beliau bersedia untuk mendengarkan apa yang Majlis Tertinggi
Umno dan jawatankuasa disiplin mahu katakan (tentang laporan polis itu).
Sambil bertanya atas asas apa mereka mahu mengambil tindakan
terhadapnya, Khairuddin berkata, beliau membuat laporan itu terhadap
sebuah syarikat dan bukan terhadap Umno atau pemimpinnya.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah menyatakan kekecewaannya kerana isu 1MDB
yang tidak dibangkitkan semasa perhimpunan agung Umno itu.
Isu membabitkan 1MDB juga turut dibangkitkan oleh pihak pembangkang, yang telah menggelarnya sebagai "ibu segala skandal".
Sementara itu, dalam emel kepada Malaysiakini kemudian, 1MDB berkata ia yakin laporan polis itu tidak mempunyai asas perundangan.
Menurut emel itu lagi, pihaknya mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadap urusannya dan sebagai peluang untuk menangkis dakwaan jahat. - mkini
Ratusan staf tinggalkan Media Prima
Ratusan staf syarikat kumpulan media terbesar
di Malaysia, Media Prima Bhd akan meninggalkan syarikat tersebut minggu
depan melalui satu skim perpisahan.
Kakitangan dari semua peringkat syarikat tersebut, termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima tawaran itu.
Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.
Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.
Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut diluluskan oleh Media Prima.
Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber.
Menurut laman webnya, Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.
Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).
Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM. - mkini

12 December 2014
Malaysia kalahkan Vietnam, layak ke final Piala AFF Suzuki
Malaysia layak ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 5-4 ke atas Vietnam selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.
Skuad Harimau Malaya, yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik.

11 December 2014
Elak Pati, Putrajaya wajibkan pelancong beli tiket pulang, kata Wan Junaidi
Pelancong asing mesti mempunyai tiket pulang ke negara asal apabila berkunjung ke negara ini, kata Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ini bermakna, mereka tidak boleh tinggal lebih dari masa yang ditetapkan dalam usaha kerajaan mengelakkan kes kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada terus berleluasa.
Menurut Sinar Harian, Putrajaya sudah mula mewajibkan perkara itu, kata timbalan menteri dalam negeri itu ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin di Dewan Negara. "Kita juga nasihatkan mereka (pelancong asing) agar mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi menyara diri sepanjang masa berada di negara ini," Wan Junaidi dipetik berkata.

09 December 2014
Tiada tindakan terhadap Adun PKR ‘belot’ Wan Azizah, kata Chegubard
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.
Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah tiga Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut.
"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut. "Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Khazanah berhak lantik Mueller
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mempunyai hak untuk melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui Malaysia Airlines (MAS) kerana ia yang menyuntik pelaburan RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelan 12 perkara pemulihan MAS yang digariskan cabang pemegang pelaburan kerajaan itu secara jelas menunjukkan keperluan tokoh yang mempunyai kemahiran diperlukan bagi membantu MAS mencatat keuntungan.
"Kami serahkan kepada Khazanah memilih tokoh terbaik yang mereka fikir mampu menerajui pemulihan MAS.
"Lagi pun di segi akauntabiliti, tanggungjawab untuk menjadikan ia berjaya telah diberikan kepada Khazanah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Latihan 1Malaysia Celcom di sini.
Ketua Pembangkang Selangor letak jawatan
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias
meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini susulan keengganan
beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan Dun Selangor meminda peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada pilihan.

Pengebom Berani Mati Malaysia Terbunuh Di Syria Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR: Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati
kedua dari Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan
kumpulan militan Negara Islam (IS).
Anggota militan itu, yang dikenal pasti sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai telah memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke kem tentera di Homs, Syria, membunuh kira-kira 50 askar Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Nurul Izzah, Suami Setuju Dapatkan Hak Penjagaan Bersama Dua Anak
KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar
Raja Salim telah bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak
penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat
tahun.
Terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

06 December 2014
Nasib pelarian Syria tidak terbela
LONDON - UNITED KINGDOM. Badan hak asasi manusia, Amnesty International
menyelar masyarakat antarabangsa kerana didakwa gagal untuk melindungi
jutaan pelarian Syria.
Susulan daripada itu, Ketua Hak Pelarian dan Migran, Sherif Elsayed-Ali menggesa semua pihak supaya menyediakan lebih banyak penempatan semula kepada golongan tersebut yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berlarutan di Syria sejak lebih tiga tahun lalu.

27 November 2014
'Bagaimana orang sihat mati lepas ditahan?'
NGO hak asasi manusia mempertikaikan penjelasan polis berhubung punca
kematian seorang lelaki dalam tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur
di Johor awal bulan ini.
Menolak penjelasan bahawa allahyarham mati mengejut, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata perkara itu “tidak masuk akal dan tidak berintegriti”.

06 November 2014
Rayuan akhir Anwar masuk hari ketujuh
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar
hujahan semula pasukan pembelaan bagi rayuan akhir Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hukuman lima tahun penjara yang
dihadapinya selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam kes
liwat pembantunya pada 2008.
20 October 2014
Berita Culik 7 Kanak - kanak adalah PALSU!!!!
Pelajar dakwa diculik akan didakwa
KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-reka cerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.
"Menerusi siasatan lanjut malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.

17 October 2014
PAS perlu presiden baharu?
Hadi punca gagalnya impian Putrajaya Pakatan, kata penganalisis
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mampu menawan Putrajaya selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS sebagai presidennya, kata penganalisis, mengaitkan pemimpin konservatif itu dengan tembok kepercayaan yang runtuh akibat cara beliau menangani hubungan dengan DAP dan PKR. Profesor James Chin dari Universiti Monash menyifatkan Hadi sebagai halangan utama PR untuk mara ke Putrajaya.
"Tidak akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti," katanya kepada The Malaysian Insider. Pandangan ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor.

Kritik Umno boleh. Kritik PAS tidak boleh?
Jangan tumpang nama parti, kata PAS Terengganu kepada PasMa
PAS Terengganu mencabar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.
“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama. “Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

15 October 2014
Ahmad Izzat meninggal dunia
ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad
Shauki, 34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)
pada 11.10 malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan
akibat komplikasi kencing manis.
10 October 2014
Cuepacs tuntut kenaikan gaji 30 peratus
Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam
(Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bagi menghadapi
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan presiden I Cuepacs Zainal Ismail berkata kesatuan itu menuntut kenaikan sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan.
Kenaikan itu melibatkan kenaikan sebanyak RM300 bagi penjawat awam bergaji RM900 sebulan, katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kakitangan berkenaan diberikan dua bulan bonus.
Katanya, tuntutan itu munasabah keraja gaji penjawat awam tidak pernah dikaji semula sejak 2007.

09 October 2014
Dewan Ulama PAS bantah Oktoberfest
Dewan Ulama PAS turut membantah keras Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 Oktober ini di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.
08 October 2014
Kiraan detik rayuan terakhir Liwat II di FB Anwar
Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir
Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya -
satu kiraan detik telah bermula di laman Facebook ketua pembangkang itu
- yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi.
Akhbar Amerika kritik PM guna akta hasutan
Akhbar terkemuka Amerika Syarikat The New York Times (NYT)
menyelar kerajaan Malaysia kerana secara berleluasa menggunakan Akta
Hasutan 1948 selepas janji-janji pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
01 October 2014
Azmin beku peruntukan kawasan Parlimen dan DUN Khalid, kata Faekah
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini. Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin. "Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.

30 September 2014
Polis dedah gambar suspek godam ATM
SHAH ALAM – Polis hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri
insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini.
28 September 2014
Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB
PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor
yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai
menteri besar.
Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.
"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.
Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

26 September 2014
PAS 'menang boo, jawatan tergadai'
PAS tidak percaya kemerosotan undinya di
Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya
Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula
politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.
BN menang besar di Pengkalan Kubur
Barisan Nasional menerusi calonnya Mat Razi Mat Ail berjaya
mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur dalam pilihan raya kecil hari ini
dengan majoriti lebih besar berbanding majoriti diraih calon BN dalam
pilihan raya umum lalu 1,736.
Kuota exco PAS dikurangkan ke 3, 2 exco lama gugur
Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.
Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.
Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy. Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP. Elizabeth Wong Keat Ping Dr Daroyah Alwi Nik Nazmi Nik Ahmad Amirudin Shari Datuk Teng Chang Khim Ean Yong Hian Wah V Ganabatirau Iskandar Abdul Samad Dr Ahmad Yunus Hairi Zaidy Abdul Talib – TMI

Komposisi Exco berubah, PKR ambil empat kerusi
SHAH ALAM - Komposisi barisan Exco
Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin
Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.
Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.
"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).
Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

24 September 2014
JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali
KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia
memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed
Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di
negeri ini.
23 September 2014
Pemilihan exco Selangor dijangka selesai Khamis ini, kata Azmin
Pemilihan barisan exco kerajaan Selangor yang baharu akan selesai selewat-lewatnya Khamis ini sebelum majlis angkat sumpah jawatan itu berlangsung Jumaat, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata perbincangan akan dibuat untuk melihat, antara lain, kesesuaian komposisi exco daripada Pakatan Rakyat (PR) sejajar dengan titah Sultan Selangor supaya perkara itu diselesaikan segera.
Ditanya sama ada kedudukan 4 exco PAS dalam pentadbiran sebelum ini dikekalkan, beliau berkata sebarang keputusan mengenainya bergantung kepada perbincangan itu. "Kita akan cuba selesaikan rundingan dalam masa satu atau dua hari dan kita harap satu keputusan dapat dicapai sebelum Khamis, sebelum majlis angkat sumpah," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.
Azmin, 50, sebelum itu mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana berkenaan. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui Selangor lebih 6 tahun bermula 2008.

Sallehen: Jangan label exco PAS pengkhianat
Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi tidak mahu
DAP mendakwa yang keempat-empat Exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri
Khalid Ibrahim sebagai “pengkhianat” kerana mereka bekerja untuk
mempertahankan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, empat Exco PAS itu telah jelas menyatakan kedudukan mereka sebelum ini dan memohon Setiausaha Agung Lim, Guan Eng agar melihat kembali tindakan dan ucapan beliau dalam pentadbiran Pulau Pinang yang turut berkepentingan untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas apakah kenyataan Guan Eng tersebut.
“Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat.

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri
AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin
Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang
yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.
Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.
"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".

Aktivis direman dakwa dipukul warden penjara, buat laporan polis
Aktivis Ali Abd Jalil, yang kini dalam tahanan reman selepas didakwa dengan hasutan, mendakwa dipukul seorang pegawai penjara pada malam pertama dibawa ke penjara Sungai Buloh.
Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider dibuat pada hari Sabtu oleh abangnya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ali sebelum ini memaklumkan kepada keluarganya berkenaan dipukul apabila mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh. Beliau dibawa ke penjara pada 8 September dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang mempunyai loghat Pantai Timur.
Pegawai penjara didakwa menumbuk, menampar dan memukul Ali menggunakan baton dan paip getah di dalam bilik kosong. Ali bagaimanapun berkata, pukulan itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya.

22 September 2014
MB: Azmin pilihan sultan
PETALING JAYA - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai
Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa esok.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor dijangka akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi.
Sementara itu, surat pelantikan bertarikh 22 September yang dikeluarkan pihak istana menamakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan telah menyerahkan surat pelantikan kepada Mohamed Azmin.

Subscribe to:
Posts (Atom)