LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

30 June 2013

Ustaz Kazim Elias dilarang berceramah

Admin | 2:53 PM |
BUKIT MERTAJAM – Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.

Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.

“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam. - Kosmo

Itu tidaklah begitu hairan kerana sudah banyak kali terjadi. Apa yang lebih hairan ialah penceramah agama sokong parti tolak hukum Islam.

Universiti swasta Malaysia tawar biasiswa pada Afrika

Admin | 2:38 PM |
Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di Dar Es Salamm, Tanzania malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Tujuh belas negara Afrika menyertai dialog itu, satu platform bagi ketua kerajaan, ketua perniagaan, ahli sains dan ahli akademik untuk berjumpa dan bertukar idea serta pengalaman berhubung kait dengan Sains, Teknologi dan Innovasi (STI) dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membawa transformasi sosioekonomi kepada benua Afrika.

Najib berkata universiti itu mempunyai tiga kampus di Lesotho, Botswana dan Swaziland dan merancang untuk membuka satu lagi kampus baharu di Tanzania. - Bernama

Bukalah mata wahai Najib dan Umno.

29 June 2013

Bapa 2 anak didakwa curi Milo

Admin | 4:54 PM |
Tertuduh keluar dari mahkamah selepas didakwa mencuri 
satu bungkusan minuman Milo di sebuah pasar raya, 
25 Jun lalu.
KUANTAN - Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun gara-gara satu bungkusan minuman Milo bernilai RM16.99 yang dicuri dalam sebuah pasar raya, di sini, 25 Jun lalu.

Tertuduh, Wong Chee Voon, 38, dari Taman Seri Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan tersebut.

Dia menafikan mencuri produk minuman itu, justeru mohon kesnya dibicarakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari, 25 Jun lalu sebelum ditahan pekerja pasar raya yang beroperasi di Batu 3, Jalan Gambang.

Susulan penahannya itu, tertuduh diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

28 June 2013

Bekas ADUN mula jalani hukuman penjara selepas gagal rayuan

Admin | 7:50 PM |
PUTRAJAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tempoh tiga penggal, M. Kuppusamy diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun mulai hari ini selepas gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan pecah amanah.

Tiga anggota panel dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapatinya bersalah menggelapkan RM66,647.44 dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Turut bersidang bersama Hakim Abdul Malik ialah Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Abdul Malik memerintahkan Kuppusamy, yang pernah menjadi Adun DAP bagi Rasah dari 1978 hingga 1982, dan Jimah pada 1986, akan memulakan hukuman penjaranya mulai hari ini.

Hakim kes Kugan bersara pagi ini

Admin | 7:28 PM |
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham (gambar) yang berumur 65 tahun hari ini bersara pagi ini.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider Singham yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas telah dihalang untuk menaikkan pangkat beberapa kali.

Ramai dari rakan-rakan seangkatannya telah dijadikan Pesuruhjaya Kehakiman lebih 10 tahun lalu, dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
The Malaysian Insider difahamkan beliau telah menghantar surat untuk bersara tidak lama dahulu.

Singham sendiri mendiamkan diri mengenai persaraannya pagi ini dan berurusan seperti biasa dan melayan pemberita yang mahukan penghakiman bertulisnya dalam kes Kugan dimana beliau menganugerahkan ibu kepada mengsa lebih RM800,000.

Singham dianggap sebagai “orang yang baik untuk dijadikan rujukan.”
Beliau merupakan seorang peguam sebelum beliau menjadi pesuruhjaya kehakiman. Beliau juga pernah berkhidmat sebentar sebagai seorang wartawan. - 28 Jun, 2013.

Kerabat diraja, dua lagi dihukum penjara

Admin | 7:16 PM |
Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Farkhan.

Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.

Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA.- mkini

Yang mana satu peninju ni?

Pensyarah, 2 rakan didakwa palsukan invois lebih RM2j

Admin | 10:01 AM |

JOHOR BAHRU 27 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan memalsukan invois berjumlah RM2.09 juta, lima tahun lalu.

Benjy bertindak agresif kasari jurugambar selepas direman kes dadah

Admin | 9:56 AM |
KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelakon era 90-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy bertindak agresif mengasari seorang jurugambar ketika mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang di sini pagi ini.

27 June 2013

Benjy Ditangkap, Positif Dadah Jenis Syabu

Admin | 11:45 AM |
PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Rugi RM500,000 kereta, 10 jam tangan dikebas

Admin | 6:34 AM |
KO menunjukkan pintu jeriji rumahnya yang diumpil penjenayah.
Petaling Jaya: Seorang pengurus jualan sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM500,000 selepas kereta Volkswagen Scirocco bersama 10 jam tangan pelbagai jenama dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kelana Jaya, malam kelmarin.

26 June 2013

Plasma Cool Portable Air Conditioner™ is designed to cool rooms up to 500-600 sq. ft!

Admin | 7:49 PM |

Keluarga Kugan menang saman terhadap kerajaan

Admin | 5:06 PM |
Keluarga mendiang A Kugan – tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden. - Malaysiakini


SPR akan tetapkan tarikh pilihanraya kecil Kuala Besut

Admin | 4:54 PM |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.

"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di Putrajaya hari ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

- Bernama

Diingatkan SPR supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

ADUN Kuala Besut meninggal dunia

Admin | 4:46 PM |
Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.


Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. - Malaysiakini

Tempat itu kubu kuat Umno. PAS perlu 'Ketua Pemuda PAS'.

Macbook tawar akses pantas

Admin | 7:42 AM |
Apple kini menawarkan Macbook Air baru mereka dengan menggunakan pemprosesan Intel Core generasi keempat bersama grafik terpantas, setoran flash yang laju sehingga 45 peratus berbanding versi sebelum ini dan sambungan Wi-Fi 802.11ac.

Wan Ahmad: SPR jadi ‘kambing hitam’ kerana Pakatan takut salahkan rakyat

Admin | 7:32 AM |
Pakatan Rakyat (PR) takut menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai "kambing hitam" dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.

Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.

"Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam," katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider.

25 June 2013

1,804 sekolah dibuka semula

Admin | 8:56 PM |
KUALA LUMPUR - Semua 1,804 buah sekolah di enam buah negeri membabitkan kira-kira 1.5 juta pelajar yang ditutup semalam ekoran krisis jerebu kritikal yang melanda negara sejak beberapa hari lalu dibuka semula hari ini setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bertambah baik.

Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup.

Semua 1,230 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.

Jerebu: 203 Sekolah Di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam, Seri Kembangan Ditutup Semula

Admin | 5:33 PM |
Murid-murid sekolah sesi pagi keluar daripada sekolah sementara murid - murid sekolah sesi petang direhatkan disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, seksyen 4, di Shah Alam pada Selasa. Sebanyak 203 sekolah di Shah Alam, Subang Jaya, Seri Kembangan dan Kuala Langat diarahkan ditutup semula. Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan pada Selasa menarik balik keputusan untuk membuka semula sebahagian sekolah di Selangor apabila sebanyak 203 sekolah di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan terpaksa ditutup semula ekoran jerebu yang masih teruk.

Pelabuhan Klang bahaya, Selangor sangat tak sihat

Admin | 10:26 AM |
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Klang berada di paras bahaya dengan bacaan 487, sementara kualiti udara sangat tidak sihat seluruh Lembah Klang.

Bacaan IPU Pelabuhan Klang itu semakin buruk berbanding 314 pada jam 3 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar melaporkan, sehingga jam 7 pagi, kualiti udara di di tempat-tempat lain di Selangor - Banting (292), Shah Alam (289), Kuala Selangor (242) dan Petaling Jaya (213) - merosot.

Perak juga hari ini menghampiri angka melebihi 300 di Seri Manjung (288).

IPU mengelaskan udara baik antara 0-5, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak sihat 201-300 dan berbahaya kepada kesihatan manusia apabila melebihi angka 300. - Mkini







24 June 2013

Semua sekolah KL, Selangor dibuka semula esok

Admin | 9:02 PM |
KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
  
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.
  
Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.
  
"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319," katanya ketika dihubungi Bernama.
  

CUEPACS syor bonus lebih sebulan setengah

Admin | 5:38 PM |
Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

Warga emas disamun, ditetak di kepala

Admin | 4:51 PM |
Klang: Seorang lelaki warga emas menerima 11 jahitan di dahi selepas ditetak dan disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang hanya berjaya melarikan telefon bimbit berharga tidak sampai RM100 di hadapan rumahnya di Jalan Meru, di sini, kelmarin.

Guru, petugas tak perlu hadir ke sekolah ditutup

Admin | 12:41 PM |
KUALA LUMPUR, 23 Jun - Penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok.

Beliau yang dihubungi Bernama di sini malam tadi diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah masing-masing esok walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit ditutup kerana jerebu.

Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini.

Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan), katanya. - BERNAMA

Pentadbir sekolah diingat jangan terlebih sudu dari kuah.

23 June 2013

Penjawat awam patut syukuri faedah gaji Julai ini

Admin | 11:48 PM |
MUAR, 23 Jun (Bernama) - Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.

"Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di sini hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

Jerebu: Semua sekolah di KL, Selangor diarah tutup esok

Admin | 10:46 PM |
KUALA LUMPUR 23 Jun - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

22 June 2013

Penganjur Black505 berhadapan tindakan tegas

Admin | 8:57 PM |
BANGI - Meskipun pasukan keselamatan berjaya mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pihak penganjur, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
  

'Peserta diminta jangan bersurai'

Admin | 6:37 PM |
KUALA LUMPUR - Ketika himpunan Black505 sudah sampai ke kemuncaknya, pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin meminta peserta tidak berundur selagi Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak dibebaskan.

Difahamkan dalam mesyuarat penganjur sebelum ini, himpunan hari ini dijangka berakhir jam 5 petang.

Husam menerusi SMS memaklumkan beliau ditahan di Balai Polis Ampang kira-kira jam 4 petang tadi dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai ekoran kenyataannya Isnin lalu yang menganjurkan orang ramai menyertai himpunan di Padang Merbok hari ini.

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

Admin | 6:30 PM |
Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.
Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan petang ini menyebut, Husam ditahan pada jam 4 petang di Kampung Pandan, Ampang.

Polis juga mengesahkan bahawa Husam ditahan berhubung satu kenyataan berhubung kehadiran di perhimpunan 'Black 505' hariini.
Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily pada Isnin lalu.

Dalam kenyataan itu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.

Lintas Langsung dari Padang Merbok

Admin | 2:30 PM |

Polis minta orang ramai tidak hadir Black 505 kerana penganjur mahukan pertempuran

Admin | 4:45 AM |
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman penjara seorang bekas guru agama dan seorang sukarelawan yang menyebabkan kematian seorang penghuni Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) lima tahun lepas, daripada 15 tahun kepada 20 tahun.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohammed Azizi Mohd Vello, 30, dan Mohd Shuhaidi Mohamad, 31, terhadap sabitan dan hukuman 15 tahun penjara ke atas mereka yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 29 Feb tahun lepas.

Nurchaya turut menolak permohonan peguam Abdul Halem Mohamad Husin yang mewakili Mohammed Azizi dan Mohd Shuhaidi agar pelaksanaan hukuman ke atas kedua-dua anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya beliau memerintahkan Mohammed Azizi menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen pada 29 Feb tahun lepas manakala hukuman penjara ke atas Mohd Shuhaidi diarahkan berkuatkuasa hari ini berikutan tertuduh berada dalam jaminan.

Pada 29 Feb tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas kedua-dua tertuduh selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 23, di Perkid yang beralamat di No: 9, Jalan Sentosa, Batu 14, Hulu Langat, kira-kira pukul 11 pagi, 26 Jun 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

21 June 2013

Pegawai polis kematian Dhamendran masih lagi hilang

Admin | 7:14 AM |
Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya.

Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Kita masih cuba mengesan di mana dia berada,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam.

Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis.

20 June 2013

SPR: Pembangkang hipokrit, tak selari dengan prinsip

Admin | 8:41 PM |
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

19 June 2013

Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM

Admin | 10:02 AM |
PUTRAJAYA 18 Jun - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

18 June 2013

Pengendali Laman Web Jiwang.Org Ditahan Di Kelantan

Admin | 7:29 PM |
PUTRAJAYA: Sebuah laman web perkongsian muzik yang beroperasi secara haram di Kubang Kerian, Kelantan berjaya dilumpuhkan dengan penahanan pengendali laman web popular, jiwang.org.

Sebuah pasukan yang diketuai bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) melakukan serbuan ke atas rumah suspek pada 11 Jun lalu, dalam operasi membanteras muzik cetak rompak di negara ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek dipercayai memperoleh ratusan ribu ringgit menerusi langganan dan penjualan ruang iklan di laman web tersebut yang kebanyakannya melibatkan muzik tempatan.

"Kami merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dalam serbuan itu dan suspek diberikan jaminan polis di Kubang Kerian," kata Roslan kepada pemberita di sini. - Mstar

SPAD: Tambang bas balik raya naik 10% mulai Julai

Admin | 7:17 PM |
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Suruhanjaya itu juga berkata, langkah itu dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.

"SPAD memberi amaran kepada semua pengendali supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual tiket, kerana tindakan sedemikian salah di sisi Akta Persaingan 2010.

Selamat jalan kereta nasional, Proton

Admin | 10:20 AM |
Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

17 June 2013

(Video) SPR Menjadi Kuda Tunggangan UMNO

Admin | 10:32 PM |

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran

Admin | 10:55 AM |
KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu


15 June 2013

Guru besar saman cikgu, media

Admin | 1:27 PM |
TELUK INTAN - Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di sini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan terhadap beberapa individu dan organisasi media kerana memfitnah beliau dalam satu laporan akhbar pada 29 September tahun lalu.

14 June 2013

Penjenayah tak sempat nikmati 'habuan'

Admin | 11:48 AM |
SHAH ALAM - Tiga daripada enam penjenayah tidak sempat menikmati ‘habuan’ apabila diberkas sejam selepas menyamun 20 pelanggan sebuah restoran makanan steamboat di Kampung Melayu Subang, Selasa lalu.

Kerajaan jangan lagi berlembut kepada pembangkang, kata Dr M

Admin | 11:38 AM |
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

“Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah,” katanya (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

“Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi,” katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

13 June 2013

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

Admin | 9:31 PM |
 
GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.


Akibat dari kejadian itu, hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu. - SH

Mungkin akan masuk dalam mata pelajaran Sejarah di bawah tajuk tanda-tanda keruntuhan Umno-BN pada masa depan.

Dtk Bandar: Terimalah realiti Pdg Merbok dah ditempah

Admin | 9:17 PM |

NONE"Mereka perlu terima realiti bahawa padang itu telah ditempah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menolak dakwaan PKR bahawa Majlis

Menurutnya, beliau menerima surat MOM pada Disember lalu yang memohon untuk menggunakan Padang Merbok pada 23 Jun ini, dan MOM memerlukan padang itu bermula dari 22 Jun persiapan acara mereka. "Saya ada surat permohonan pada Disember tahun lepas dari Majlis Olimpik Malaysia untuk menggunakan padang bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Saya pun dah keluarkan surat (kelulusan). Saya tak tahu macam mana dikatakan acara hendak diadakan di Dataran Merdeka sedangkan surat jelas kata Padang Merbok," katanya pada sidang media petang ini.

Tambahnya lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah meluluskan permohonan penggunaan Padang Merbok kepada MOM.

Dua lelaki diburu

Admin | 11:43 AM |
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung beberapa siri curi kereta mewah di sekitar Lembah Klang.

Zuraida dedah isu pelantikan Saifuddin

Admin | 11:33 AM |

SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor  masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik  (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.

“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.

Pelantikan Saifuddin  mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.

12 June 2013

UAI antara alasan BN fail petisyen

Admin | 10:48 AM |

KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

11 June 2013

Blogger rugi RM350,000 kereta BMW dilarikan

Admin | 10:46 PM |

SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

10 June 2013

Khalid Samad: ‘Saya tak kebulur jawatan’

Admin | 12:31 AM |
SHAH ALAM – Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.

“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.

“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.

Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.

07 June 2013

Jambatan runtuh, polis sah seorang maut

Admin | 8:28 PM |
Polis telah mengesahkan bahawa seorang mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan jambatan malam tadi, telah meninggal dunia.

Suami belasah peragut

Admin | 5:19 PM |
MENTAKAB – Tindakan pantas suami mangsa bergelut dengan seorang peragut dibantu orang ramai berjaya menangkap penjenayah tersebut di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun yang mengandung lima bulan, baru tiba di pusat membeli-belah itu bersama suaminya dan berjalan masuk ke pintu utama.

Bagaimanapun katanya, tiga lelaki menaiki tiga motosikal menghampiri mereka dan seorang daripadanya bertindak meragut beg tangan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun memegang beg tangan itu dengan kuat. Kemudiannya, suspek cuba menarik rantai leher mangsa, tetapi berjaya dihalang mangsa.

“Suspek menolak mangsa jatuh dan ketika itu juga, suspek jatuh. Suami mangsa kemudiannya bertindak bergelut dengan peragut terbabit dan menangkapnya dengan bantuan orang ramai serta pengawal keselamatan,” katanya pada sidang media, semalam.