30 April 2013

'Nik Aziz pemegang amanah tanah RM4j di KB'

Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.

Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.

Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.

Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK.

"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.

Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

NONEKesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.

Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.

Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.

Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu. - Malaysiakini

Senjata makan tuan. Ibrahim Ali akan dihukum kerana 'berniat jahat' terhadap Tuan Guru.

Khalid Samad disangka Zul Noordin di Klang

Pemimpin PAS Selangor Khalid Samad, yang mempertahankan kerusi Shah Alam melangkah masuk ke kedai farmasi di tengah-tengah kota perniagaan masyarakat Cina di Klang, sambil memperkenalkan dirinya sebagai calon.

NONEPemilik kedai berjalan ke kaunter secara hati-hati, sebelum bertanya kepada Khalid sama ada beliau dan orang dalam poster di luar adalah individu yang sama.

Poster itu bertulis "Pilih Zul Noordin" -- musuh politik Khalid daripada BN. Sebahagian daripada Klang termasuk bawah kawasan Parlimen Shah Alam.

Khalid, yang memakai kopiah sama seperti Zulkifli dalam gambar itu segera menafikannya, sebelum ketawa sebentar.

"Ini dacinglah (BN), saya bulan (PAS)," katanya.

Lelaki itu kemudian menghampiri Khalid, tanpa rasa resah, dia menghulur tangan untuk bersalaman.

"azlanOh, you daripada bulan. Saya pasti undi you," katanya yang ternyata menyenangkan hati Khalid.

Ketika ada cakap-cakap tentang kebimbangan masyarakat Cina terhadap parti Islam, sentimen itu bagaimanapun tidak kelihatan semasa majlis turun padan Khalid pada Khamis lalu.

"Ini kalilah," kata lelaki Cina pertengahan umur yang sedang bersarapan di kedai kopi, ketika calon PAS itu memperkenalkan dirinya.

arlimen Shah Alam mempunyai 14 peratus pengundi India, di samping 69 peratus Melayu dan 15 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon PAS Khalid Samad merampasnya daripada calon Umno Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Khalid mendapat 33,356 undi manakala Abdul Aziz mendapat 24,042 undi.

Orang Cina sekarang tidak takut bulan, mereka sekarang takut keris.

(Video) Penyokong Umno-BN Johor yang sombong dan angkuh

Najib: Rancangan besar hilang jika Pakatan tawan Johor

JOHOR Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pagi ini apabila ditanya mengenai 'cara Johor' yang sering disebut oleh pemimpin BN negeri itu untuk meraih undi.

Najib berkata ia merujuk kepada dasar inklusif yang digunakan semasa pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman selama 18 tahun sebagai menteri besar.

Beliau menjelaskan, cara pentadbiran di negeri kelahiran Umno itu adalah sederhana dan bertolak ansur.

Katanya, Umno menjaga kesemua kelompok masyarakat dan memberi contoh kerajaan memberi bantuan kepada sekolah Cina.

“Dengan cara kepemimpinan dan dasar yang digunakan BN di Johor, ia membawa kepada keamanan dan kestabilan politik yang lama,” katanya.

Najib juga meminta rakyat negeri itu mengambil kita faktor berkenaan apabila membuang undi kelak.

Dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang penyokong dalam satu perhimpunan sebelum itu, Najib turut menyatakan perkara sama.

Soal yang pokok ialah, kita mesti tubuh kerajaan yang kuat. Bila kita tubuh kerajaan yang kuat, insya-Allah, ini Datuk Ghani Othman minta ini, boleh?

“Tubuh kerajaan kuat dulu, baru kita boleh bercakap. Kalau tiada kerajaan yang kuat kita tidak boleh bercakap, betul?,” katanya yang disambut dengan laungan “Betul” oleh para hadirin. - Malaysiakini

Rakyat biasa dapatkah untung dari rancangan besar itu atau kehidupan akan terus tersepit dengan kenaikan harga barang.

Muhyiddin tempelak dakwaan pembangkang BN tumbang sebelum pilihan raya

PAGOH, 29 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak pakatan pembangkang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) telah tumbang sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Beliau berkata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali memandangkan beliau telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam lawatannya ke negeri-negeri di seluruh negara semasa tempoh berkempen sejak Ahad lepas.

“Saya sudah ke Sarawak, Melaka, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak.
“Di Melaka tiada masalah kecuali Kota Laksamana, di Negeri Sembilan Menteri Besar yakin BN boleh menang lebih besar daripada 2008, Wilayah Persekutuan akan menang sekurang-kurangnya tiga atau empat kerusi tambahan, di Kedah sambutan luar biasa sehingga ada yang peluk cium saya.

“Kalau betul caranya Kedah boleh jadi negeri BN semula,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Gersik di sini.
Muhyiddin, yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, berkata walaupun mungkin sukar untuk memenangi semula Pulau Pinang namun beliau yakin BN akan mendapat pertambahan kerusi.
Katanya di Kelantan pula sudah jelas rakyat sudah tidak mahukan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang gagal menyelesaikan pelbagai isu dan memajukan negeri itu.

“Jadi kalau betul pembangkang dah menang, tunjukkan pada saya negeri mana yang mereka boleh menang besar,” tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh rakyat yang hadir.
Menyentuh mengenai Johor, beliau mempersoalkan kemampuan pembangkang mengambil alih negeri itu yang merupakan kubu kuat BN.

Katanya percubaan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu bertanding di Gelang Patah turut tidak disenangi rakyat Singapura yang bimbang pembangunan di Wilayah Iskandar akan terbantut.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin BN mampu memenangi pilihan raya umum kali ini sekali gus membentuk kerajaan semula dan menyambung segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis jamuan makan bersama penduduk Felda Sri Jaya di sini, Muhyiddin berkata negara memerlukan pemimpin berwawasan,
mempunyai idea dan berani untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju berpendapatan tinggi bagi tempoh tujuh tahun akan datang.

“Sebab itu dalam soal menjaga kebajikan, kita tak boleh berikan kepada orang yang tidak berpengalaman,” katanya.
Beliau sebelum itu turut mengimamkan solat Isyak di Masjid Ubudiah Felda berkenaan.— Bernama

 Ramai sebab paksa orang datang atau orang datang kerana hendak makan (bukti ramai rakyat Malaysia yang susah).

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir

KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat. - Bernama

Sejak bila MCA bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Umno bertanding di kawasan majoriti Cina. Apa pun pastikan Mahathir tidak berjaya melarikan diri ke luar negara apabila diistihar PR menang.

13 orang dipercayai bekas pengikut Al-Aqram ditahan Jais

Sebahagian daripada 35 orang dipercayai bekas pengikut 
pergerakan Al-Arqam dari Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) 
tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Arab.
SEPANG - Tiga belas individu dipercayai bekas pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Mereka adalah antara 35 rakyat Malaysia yang diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.

"Mereka tiba di KLIA dari Jeddah kira-kira pukul 1 petang dan dibawa ke Jais, Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebas dengan syarat seorang penjamin bagi setiap orang," kata Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin ketika dihubungi.

Beliau berkata mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ketika ditahan, kami turut menemui bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah bersama mereka," katanya. - Bernama

Maksudnya kumpulan ini bebas dari tuduhan mengamalkan ajaran sesat di Mekah?

Polis siasat pengendali blog 'Milo Suam'

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

"RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.

Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. - Bernama

Rakyat akan marah dengan tindakan ini kerana polis sepatutnya menumpukan kepada gerakan memburu penjenayah dan orang yang mengatur pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim.

29 April 2013

Musa Hassan dilantik penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bersetuju untuk dilantik sebagai salah seorang penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Menurut Musa, keputusan itu dibuat atas dasar keselamatan, bukannya melibatkan diri dalam mana-mana parti politik.

Beliau juga berkata, skop tugasan sebagai penasihat adalah membantu memberi nasihat kepada MPKPR untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara termasuklah pasukan polis.

"...sebagai penasihat saya akan bantu, saya bagi nasihat, tapi saya tak terlibat dengan mana-mana parti politik. Jangan ada orang salah faham dan salah anggap pula.

"Saya sangat beri perhatian kepada masalah yang berkaitan keselamatan, bukan nak bantah kerajaan.

"Kalau Barisan Nasional (BN) nak saya jadi penasihat atau ceramah saya datang juga, kalau PR nak saya jadi penasihat saya datang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, Musa juga akan memberi nasihat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam soal keselamatan di mana ia adalah sebahagian dari tugas penasihat MPKPR tersebut.

 MPKPR telah dilancarkan pada 31 Mac lalu di mana ia didakwa sebagai inisiatif baru dalam bidang keselamatan untuk persediaan perikatan itu jika menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein diangkat sebagai pengerusi majlis tersebut.

Dalam pada itu, Musa juga berkata penyertaannya sebagai penasihat bukan untuk menarik kakitangan awam terutamnya pasukan polis membuat perubahan kerajaan pada pilihan raya umum ini.

"Saya bukan ajak rakyat untuk undi mana-mana parti...undi itu rahsia.

"Saya juga akan mengundi pada 5 Mei ini," katanya lagi. - SH

Seperti Musa Hassan dapat jangka PR akan menang dalam PRU13.

'Amma, Zul Noordin sudah marupiravi'

Calon "Sahabat BN" untuk kerusi Shah Alam Datuk Zulkifli Noordin percaya beliau kini "lahir semula" selepas dipilih bersama-sama gabungan itu setelah berpisah dengan pembangkang pada 2010.

"Ini suatu marupiravi (perkataan Tamil bermaksud kelahiran semula) untuk saya," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 300 anggota MIC di Shah Alam semalam.

Zulkifli yang mencetuskan kontroversi melalui rakaman video YouTube yang didakwa menghina agama Hindu malam itu nampaknya mempersiapkan dirinya dengan kebolehan menggunakan perkataan-perkataan Tamil bagi mengambil hati pengundi India.

Golongan itu mewakili 14 peratus daripada 100,076 pengundi di Shah Alam.

azlanMenjelaskan kontroversi itu, Zulkifli berkata, video lama ketika beliau masih seorang pemimpin pembangkang itu membuktikan indoktrinasi kebencian dalam PAS dan Pakatan Rakyat

"Ini apa yang mereka ajar. Mereka ajar Melayu untuk membenci Cina dan India, atau sebaliknya," katanya.

Zulkifli juga menggunakan beberapa perkataan Tamil dalam ucapannyPaa seperti amma (ibu) dan appa (ayah) untuk berinteraksi kepada hadirin.

Parlimen Shah Alam mempunyai 14 peratus pengundi India, di samping 69 peratus Melayu dan 15 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lepas, calon PAS Khalid Samad merampasnya daripada calon Umno Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Khalid mendapat 33,356 undi manakala Abdul Aziz mendapat 24,042 undi. - Mkini

Zul sekarang ni wakil Umno atau MIC.

Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

Kelihatan kerusi yang kosong ketika Shahrir memberi ucapan di kawasan ‘sting garden’ di Johor Baru, 28 April 2013
JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.
Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.
“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”
Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis  selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.
“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”.

Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.
Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan. - TMI

Sudah organise betul-betul Tan Sri tapi orang Johor sudah tolak Umno-BN.

BN janji selesai banjir dalam 'Showcase 1M'sia'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Kota Raja jika Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Selain masalah banjir, beliau juga bercadang membina rumah mampu milik bagi penduduk di situ sekiranya ada tanah bagi tujuan itu.

Bagaimanapun, Najib berkata pengundi Kota Raja perlu menyokong calon BN bagi memastikan Selangor kembali semula ke tangan BN.

Najib, merangkap Pengerusi BN, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 orang pada majlis 'Showcase 1Malaysia' kawasan Kota Raja.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Raja, Datuk S. Murugesan, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, T. Mohan dan calon DUN Sri Muda, Mohd Abdul Raof Mokhtar.

Najib, yang mengadakan lawatan sehari ke beberapa kawasan di Selangor, yakin BN dapat menguasai semula kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lepas.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan mantap rakyat Selangor yang bertekad mahu keluar dari belenggu pentadbiran pakatan pembangkang selepas kebajikan dan kepentingan mereka diabaikan selama lima tahun.

Justeru, beliau meminta rakyat memahami kesungguhannya bekerja keras tanpa mengira waktu agar BN bukan sahaja merampas negeri itu, bahkan menang dengan besar agar pembangunan yang ditinggalkan sejak 2008 dapat diteruskan.

"Satu undi untuk BN adalah satu undi untuk masa depan yang lebih hebat dan lebih cemerlang lagi. Saya jamin sebab kita sudah ada dasar-dasar dan telah melaksanakannya," katanya.

Pada majlis itu, lima bekas anggota parti parti pembangkang yang mewakili 200 orang menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri dan BN. - Bernama

Selesaikan masalah banjir di KL dahulu wahai Najib.

28 April 2013

(Video) Ubah - Lagu Tema Kempen DAP Pilihanraya ke-13

Pas Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias


KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.
Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.

Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.
Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.
"Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Repair yang mana rosak, repair yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita," katanya.

Ustaz Kazim juga mengakui bahawa beliau menyokong usaha penyatuan antara Umno dan PAS.
"Saya cakap (perkara ini) sejak lima enam tahun lepas, dah sampai masa kita bersatu, baik orang Umno, baik orang PAS, carilah jalan bersatu," katanya. - BERNAMA

Siapa yang boleh repair? Umno-BN boleh jamin keselamatan kita? Adakah Umno-BN ikhlas bersatu dengan PAS? Itu sebab jangan kita rasa diri kita ni hebat dan tahu semua.

Hasan Ali: Dedah surat Qardawi, langkah terdesak Anwar

KUALA LUMPUR - Pendedahan surat kononnya tokoh ulama Islam Prof Dr Yusuf Al-Qardawi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dilihat sebagai langkah terdesak ketua pembangkang itu untuk membentuk persepsi masyarakat.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pengeluaran dan penyebaran surat yang belum dapat disahihkan keasliannya mempamerkan opsyen terakhir Anwar untuk melonjakkan sokongan kepadanya dengan menggunakan pengaruh yang ada pada Pengerusi Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds itu.

"Apa yang telah dilakukan sehingga munculnya surat yang kononnya membuat pengisytiharan terbuka mengiktiraf Anwar sebagai manusia paling layak menerajui Malaysia sangat sukar diterima.

"Mana mungkin seseorang yang berada lebih 10,000 kilometer (dari negara ini) dan tidak pernah bergelumang dalam kancah kehidupan masyarakat di Malaysia apalagi dalam arena politik yang begitu pelbagai dapat membuat suatu rumusan bagi pihak 27 juta rakyat negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan risalah yang didakwa mengandungi surat terbuka dari Al-Qardawi yang menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri. 

Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya Pas Selangor, bertanya bagaimana seorang pemikir di negara ini mampu mengeluarkan surat memperakui seorang pemimpin di negara luar dan apakah rakyat negara itu mampu juga menerima dan mengakui kesahihan surat berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata keputusan Majlis Syura Pas pada Februari lepas juga jelas menolak Anwar sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pusat.

Beliau yakin rakyat di negara ini lebih mengenali Anwar berbanding pemimpin negara luar.- Bernama

Sifat katak (katak bawah tempurung) terjelma pada diri Hasan apabila mengatakan jarak  yang jauh adalah penghalang mendapatkan maklumat masa kini.

Ibu Menangis, Berdoa Anak Kalah Kerana Jadi Calon PKR

Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa 
dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir 
bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini.
PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.
Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.
Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.
"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya. -BERNAMA

Ketaatan anak (perempuan) pada suaminya, bukan lagi ibunya. Sepatutnya bersyukur kerana melahirkan anak yang bijak dan tidak mudah ditipu oleh Umno-BN. 

Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah

PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.

"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.

"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi. - SH

Hisham sepatutnya malu kerana penjenayah itu sekarang sedang 'rasa Malaysia negara paling selamat bagi pembunuh sepertinya'.

27 April 2013

KSN: Penjawat awam diminta buat interpretasi sendiri tentang label kera

JOHOR BAHRU – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta penjawat awam membuat interpretasi sendiri mengenai perbuatan calon pembangkang melabelkan mereka sebagai kera.

"Penjawat awam pun ada perasaan. Saya minta penjawat awam sendiri buat interpretasi (mengenai perkara itu)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Rumah Iskandar Malaysia di Gelang Patah hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Baharu Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang melabelkan penjawat awam sebagai kera.
  
Rakaman video Md Hashim yang dipercayai berbuat demikian semasa kempen pilihan raya beliau di sini dimuat naik ke Youtube empat hari lepas dengan tajuk 'Semua Penjawat Awam Memang KERA' oleh pemilik akaun bernama mykmujohor.
  
Lebih 10,500 pengguna Youtube telah menonton rakaman video itu dan ramai daripada mereka mengutuk perbuatan tersebut.

Dalam video sepanjang 39 saat itu Md Hashim berkata kakitangan kerajaan (penjawat awam) merupakan singkatan kepada 'kera dalam jagaan' dan mereka seperti beliau sendiri apabila dilepaskan mula mengamuk dan merusuh.
  
Mengenai Rumah Iskandar Malaysia, Ali berkata 880 unit telah dihuni oleh penyewa berpendapatan sederhana termasuk penjawat awam.
  
Menurut beliau, penghuni menyatakan mereka puas hati tinggal di perumahan yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (Irda) itu.
  
Katanya penghuni itu berharap mereka akan dapat membeli rumah yang serba cantik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan itu dan bukannya hanya menyewa seperti sekarang.
  
"Kita akan buat proposal secepat mungkin dan berbincang dengan pihak Irda mengenainya," katanya.
  
Apartmen empat tingkat itu disewakan kepada orang ramai yang bekerja dalam kawasan Iskandar Malaysia pada harga sekitar RM360 hingga RM560 seunit setiap bulan. - Bernama

 Sejak bila dia tahu penjawat awam ada perasaan. Sebelum ini kata penjawat awam akan naik gaji dan elaun perumahan. Begitu gembira kakitangan awam menunggu detik gembira itu sehingga ada yang 'melompat-lompat' seperti &%@#. Penjawat awam seperti 'kera sumbang' apabila harapan yang dikatakan adalah harapan palsu yang menyakitkan hati dan perasaan. Ini kalilah...


Hisham: Polis, AG kaji ambil tindakan ke atas Husam

KLUANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya, patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut. - Bernama

Bukan kenyataan itu yang dia marah sangat pada Husam. Sebelum ini pun semua kata kerajaan Umno-BN korup. Hisham 'naik minyak' kerana Husam kata "Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen".

Mat Taib: Umno telah gagal, jadi perlukan PERKASA

Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri  Muhammad Muhd Taib.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita.

Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya," kata Muhamad di hadapan kira-kira 100 hadirin di majlis ceramah calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua petang ini.

Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada satu juta penjawat awam. - Malaysiakini

Letupan PRU: Suspek belajar dari negara jiran

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kejadian meletupkan kawasan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Sekinchan, Selangor, baru-baru ini, cuba mempelajari apa yang berlaku dalam kejadian serangan dan pengeboman semasa proses pilihan raya negara jiran.

“Polis sedang mempertingkatkan risikan mengenal pasti dalang sebenar yang mengupah serta mengarah pelaku menimbulkan keadaan kekecohan dan huru-hara semasa berkempen.

“Kita tidak akan berkompromi dalam soal isu membabitkan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan masyarakat, tidak kira dia dari parti mana sekalipun hukuman dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Khalid juga berharap agar rakyat menjadikan iktibar dengan apa yang menimpa penduduk di negara jiran selepas beberapa siri letupan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan pihak tidak berdosa terkorban.

“Jangan bawa masuk budaya meletupkan kawasan awam seperti yang sering berlaku di negara jiran, demi keharmonian dan ketenteraman awam negara ini,’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner  Ramli Mohamed Yoosuf, pelbagai kesalahan sepanjang tempoh seminggu kempen PRU13 antaranya, kes ugutan ke atas seorang calon di Kuala Kubu Baru, Selangor, baru-baru ini.

“Calon dipercayai diugut untuk membayar RM30,000 kepada sekumpulan individu sekiranya ingin menang dalam PRU13,” katanya.

Katanya, PDRM turut menerima laporan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada jam 5.40 petang, 22 April lalu yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh individu yang tidak dikenali.

“Kami menerima laporan daripada mangsa, kelmarin. Kes itu masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menerima laporan kejadian pergaduhan dan merosakkan poster calon bertanding di Rembau, Kuching, Jertih, Tampin dan Menglembu. - Mkini

Rakyat dilarang buat spekulasi, sekarang polis pula buat spekulasi.

Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PM

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

Pelancaran itu  disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam.

Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

Menurut surat itu, ulama itu berkata, berdasarkan sejarah, kebijaksanaan, kesabaran, kecekalan dan sokongan rakyat pelbagai kaum, Anwar layak memimpin negara ini.

“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” surat itu menyebut.

Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu. - SH

Khalid: PR yakin menang 115 kerusi parlimen

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi 115 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sekali gus membentuk kerajaan pusat, demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, keyakinan itu dizahirkan berikutan hasrat rakyat yang inginkan perubahan.

"Kajian menunjukkan dalam keadaan sekarang penerimaan rakyat begitu hebat. Kita akan dapat (menang) sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen.

"Sebab itu ramai yang sudah takut, angka itu menunjukkan rakyat mahu ubah (kerajaan)," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan JDM Sri Sabah, Bandar Tun Razak malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor  menasihatkan mereka yang mengikuti ceramah PR agar menyebarkan 'semangat ubah' kepada ahli keluarga terdekat masing-masing.

"Rakyat mahu ubah, saya nak ingatkan semua di sini, kerajaan dulu tidak pentingkan rakyat. PR lebih rapat dengan rakyat.

"Macam mana nak buat? Begini, malam ini semua orang yang ada di sini balik berbincang dengan isteri, saudara mara supaya dapat sokong kita," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak menyifatkan kemenangan yang bakal diperolehi PR pada 5 Mei ini adalah sesuatu "kemenangan yang sangat manis." - SH

Umno-BN kalah kerana keangkuhannya.

Najib: 'Kurang harga minyak orang kaya untung'

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.

"Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

"Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping (wang kertas RM100). Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.

"Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

"Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia. Selepas itu, Najib akan meneruskan sesi jelajahnya ke Sungai Bayor, Selama, Perak.
Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi BN Perak Datuk Seri Zambry Kader dan juga calon bagi Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali.

Selain itu, dalam program itu juga, Najib turut menyeru kepada orang ramai agar menunaikan janji kepada kerajaan dengan mengundi BN pada 5 Mei nanti.

"Saya sudah tunaikan janji saya pada tuan-tuan, bila masa tuan-tuan tunaikan janji pada saya?" soal Najib dengan menerima sorakan "5 Mei" oleh hadirin.

Ahad lalu, dalam siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat, Ketua Umum PKR menjadikan janji untuk menurunkan harga minyak sebagai modal utama berkempen di Perak.

Anwar yang berucap di lapan kawasan palimen Perak berkata akan menurunkan harga minyak pada 7 Mei sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Sementara itu, dalam program Himpunan Rakyat 1Malaysia di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama, Perak, Najib turut mengambil kesempatan dengan menyelar tindakan pembangkan yang mengadakan himpunan BERSIH.

Beliau berkata, tindakan pembangkang yang mengadakan sehingga tiga himpunan BERSIH tidak mendatangkan faedah berbanding dengan pemberian BR1M oleh kerajaan.

"Pembangkang buat (himpunan) BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 tak ada faedah. Pembangkang buat BERSIH 1, saya lawan dengan BR1M 1. Mereka buat BERSIH 2, saya lawan dengan BR1M 2.

"Ini adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat," katanya. - Mkini

Patutlah Najib takut berdebat. Hujah macam budak darjah 1. Ini kalilah...

26 April 2013

PM Arah Polis Berkas Segera Penjenayah Tembak Mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada Jumaat.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

"...ia berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).

"Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya dan berharap polis siasat segera dan cari serta berkas mereka yang bertanggungjawab kerana penjawat awam kita mesti dijaga keselamatan mereka," tegasnya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama anggota keselamatan di Markas Briged Utara Hulu Kinta di sini.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi itu, Shaharuddin ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Mengulas lanjut, Najib berkata keselamatan penjawat awam di negara ini perlu diberi perhatian terutama ketika mereka menjalankan tugas.

"Apa yang saya nak nyatakan di sini, penjawat awam dalam negara mesti diberi perlindungan lebih-lebih lagi ketika mereka melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan negara," tegas beliau. -BERNAMA


Zahid: 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu

ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
  
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
  
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
  
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.
 
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. 
  
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13. 
  
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
  
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. -  Bernama

Kita tengok siapa yang kena lepas pilihanraya.

(Video) Lagi Umno-BN cemuh Tok Guru, lagi disayang rakyat

Timbalan KP Kastam ditembak mati


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.
Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. - SH

Tempat yang paling selamat pun sudah tidak selamat di Malaysia. Inikalilah.

Zahrain rela tak bertanding


PAYA JARAS – Demi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN), penyandang Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim lebih rela tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, ia memberikan kelebihan dan peluang kepada beliau menjelajah ke seluruh negara dalam usaha membantu BN mencapai kemenangan yang lebih baik sekali gus mengembalikan kuasa BN di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Selain membantu kempen PRU13 untuk BN, beliau juga akan mendedahkan siapa sebenarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu begitu rapat dengannya.
“Saya akui saya silap kerana berada di sebelah sana kerana saya terlalu percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya berpegang kepada prinsip perjuangan sebab itu saya terlalu percaya pada dia.
“Tapi kali ini, saya tidak akan buat silap lagi dan lebih penting saya mahu rakyat tidak melakukan kesilapan besar seperti 2008 lagi. Kali ini saya terpaksa cari jalan turun padang bantu rakyat agar tidak buat silap,” katanya dalam ceramah kempen PRU13 Dun Paya Jaras di sini.

Hadir sama, calon BN Parlimen Subang, A Prakash Rao dan calon Dun Paya Jaras, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor yang juga penganjur.
Zahrain berkata, beliau dan seluruh ahli BN bertanggungjawab membawa rakyat kembali kepada BN terutamanya orang Melayu yang berada dalam Pas dan PKR agar mereka tidak berterusan diperdaya oleh PR.
Bagaimanapun katanya, usaha memujuk mereka kembali kepada BN perlu dengan kaedah yang betul, tawaduk dan bukan berlagak sombong.
“Saya keluar PKR kerana tidak mahu sejarah menghina saya, saya tidak mahu sejarah hukum saya, oleh sebab itu saya tidak sanggup bersekongkol dengan ‘gerombolan’ yang akan merosakkan bangsa dan agama saya.

“Saya tahu ramai sokong BN tetapi sokong sahaja tidak cukup, semua kena beritahu penyokong di sebelah sana terutama yang sebangsa dan seagama dengan kita, tunjuk mereka jalan yang benar,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Bushro berkata, rakyat perlu memberikan kemenangan kepada BN, bukan sahaja di Selangor tetapi Pusat kerana masa depan rakyat terutamanya golongan muda perlu diberikan perhatian umum.

“Lima tahun kita sengsara, tuantuan hendak sengsara lima tahun lagi?
Saya tidak mampu, saya cakap terus terang. Saya merayu kepada tuantuan, saya tidak mahu seperti 2008.
“Hari ini kita mahu satu kepimpinan yang boleh membela rakyat, transformasi manifesto Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak begitu menyeluruh, semua bakal menikmatinya.

Jangan lepas peluang ini, khususnya generasi baru yang banyak peluang di masa hadapan,” katanya. - SH

Siapa hendak beri orang macam awak ini bertanding?

Kereta anak perempuan calon PKR dibakar

Dua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.

Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.

Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.

"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.

"Saya menjerit kembali untuk memberi amaran kepada jiran saya tetapi diancam oleh mereka supaya jangan masuk campur atau jika tidak, mereka akan membuang bekas berisi minyak tanah ktu ke dalam rumah saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suami, anak kecil dan amah ada di rumah

suami Sangetha, Dr Arnil Srimanne, 36, anak kecilnya berusia setahun dan pembantu rumah mereka berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Saya terdengar satu kekecohan dan menjenguk keluar melalui tingkap rumah saya apabila mereka menjerit lucah dan mengugut saya," kata Arnil.

Katanya, suspek kemudian memecahkan tingkap belakang kereta isterinya yang diletakkan di anjung depan sebelum mencurahnya dengan minyak tanah dan membakarnya.

Menurutnya, dalam keadaan tergesa-gesa kerana orang ramai telah berkumpul di situ, suspek melemparkan salah satu bekas berisi minyak tanah ke sebuah lagi kereta sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Dalam masa beberapa minit, kereta bomba tiba untuk memadamkan api.

Ketika ditemui, Xavier (kanan) yang juga penyandang kerusi DUN Seri Andalas, berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.

Katanya, kejadian berlaku terhadap anaknya kerana dia terlibat dalam politik dengan beliau.

Sementara itu polis yang tiba di tempat kejadian sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan membakar

Xavier akan mempertahankan kerusi itu pada 5 Mei ini dalam pertarungan lima penjuru dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan, P Uthayakumar daripada Parti Hak Asasi Manusia dan dua calon Bebas, KS Kottappan Suppiah dan Hanafiah Husin. - The Malay Mail

Dijangka keganasan seperti ini akan terus berlaku memandangkan PR semakin hampir ke Putrajaya.

Kamilia tampil mohon maaf


SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.

“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.

“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.

Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad. - SH

Pecah undi Umno-BN, Calon PAS dijangka menang mudah.

Lelaki ditembak dekat pejabat JPJ

ANGGOTA polis mengangkat mayat N. Ragunathan
selepas insiden tembakan berhampiran Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 25 April - Seorang pemuda yang bekerja membantu orang ramai berurusan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Jalan Seremban-Tampin dekat sini, maut setelah ditembak dua lelaki bermotosikal berhampiran bangunan tersebut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta jenis Proton Perdana meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, insiden tembakan itu berlaku semasa mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran bangunan pejabat tersebut.

Beliau berkata, dua lelaki menaiki sebuah motosikal kemudian menghampiri mangsa dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.
"Mangsa yang ditembak dari jarak dekat dan mengalami cedera parah masih berupaya memandu keretanya untuk melarikan diri hampir 40 meter tetapi dia terbabas ke tepi jalan dan mati di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai orang tengah bagi membantu orang ramai berurusan di JPJ maut akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya dalam sidang sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Hamdan, suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z berwarna hitam segera melarikan diri selepas melepaskan tembakan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif serangan dan berusaha mengenal pasti suspek yang terlibat.
"Kita turut menyiasat sama ada serangan itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes tembakan yang berlaku di bandar ini baru-baru ini," katanya sambil memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Utusan

Suspek mati ditembak selepas bunuh 5 mangsa

CHICAGO 26 April - Seorang lelaki mati ditembak pasukan polis selepas dipercayai membunuh lima orang di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat (AS), kelmarin.
Suspek pembunuhan tersebut, Rick Odell Smith, 43, mati selepas terlibat dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Manchester, Illinois.

Pegawai polis Illinois, Leftenan Kolonel Todd Kilby berkata, mangsa yang terbunuh merupakan Joanne Sinclair, 65; Brittany Luark, 22; Roy Ralston; Nolan Ralston, 5, dan Bradley Ralston, 1.

Katanya, kesemua mangsa ditemui mati dalam sebuah rumah kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin dan pihak polis mendapat maklumat saksi beberapa jam kemudian yang mengatakan Smith memandu sebuah kereta putih dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan rumah terbabit.

"Beberapa anggota polis dikerah mengejar suspek dan berlaku kejadian tembak-menembak menyebabkan Smith mengalami kecederaan.
"Suspek meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," jelasnya.

Menurut Kilby, motif pembunuhan masih disiasat namun beberapa jiran memaklumkan, suspek mengalami tekanan perasaan ekoran berdepan kes mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya.
Seorang kanak-kanak perempuan, Kassidy Ralston, 6, turut dicederakan oleh Smith dilaporkan terselamat dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Serangan terbaharu kelmarin berlaku hanya beberapa hari selepas kes pengeboman di Boston dan insiden letupan di sebuah kilang baja di Texas.
Kes pembunuhan terbabit meningkatkan kebimbangan orang awam di AS tentang tahap keselamatan berhubung isu penggunaan senjata api ekoran beberapa kes tembakan rambang berlaku di negara ini.

Antaranya insiden di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newtown, pada Disember lalu yang mengakibatkan 27 maut termasuk kanak-kanak. - AFP

25 April 2013

'Saya tak cium Zul Noordin demi wang'

Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan masyarakat India kerana mencium pipi Datuk Zulkifli Noordin pada hari penamaan calon, tidak kisah walaupun dilabel sebagai "Judas" (pengkhianat) kerana menyokong naib presiden PERKASA yang kontroversi itu.

NONEThe Malay Mail bertemu dengan N Devendren (kanan), yang mendakwa anggota MIC, yang sejak hari penamaan calon mendapat cemuhan meluas di media sosial ekoran tindakannya.

"Hidup mesti diteruskan, orang ramai terutamanya masyarakat India ada pandangan mereka tetapi akhirnya saya ada hak untuk pilih siapa yang saya rasa betul," kata ahli perniagaan 32 tahun yang masih bujang itu.

Devendren menafikan dakwaan beliau diberikan wang sebagai balasan menunjukkan sokongan kepada Zulkifli, yang bertanding atas tiket "Rakan BN" menentang penyandang Khalid Samad.

"Saya tak lakukannya untuk wang," katanya ketika ditemui di pusat kempen BN di Seksyen 23 di Shah Alam. - Malaysiakini

Diibaratkan seperti seekor ular yang sedang mencium seekor katak.

(Video) Khalid Samad: Kita Tukar Melayu Yang Rasuah Dengan Melayu Yang Bersih

PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam

PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?

"Bayangkan ada pasangan muda terpaksa berpisah kerana tiada konsep mesra suami isteri. Ada yang berseloroh, macam mana kalau perdana menteri dan isteri dipisahkan begitu. Saya harap Datin Seri Rosmah dapat faham rungutan kakitangan awam ini," kata Husam.

"Kalau Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, saya berjanji kepada lebih kurang 400,000 guru di Malaysia bahawa kalau ada pertukaran guru, kita akan buat dengan cara mesra keluarga," katanya lagi.

Konsep itu juga ujarnya akan diguna pakai kepada semua kakitangan awam di pelbagai sektor dan bukan khusus kepada guru sahaja.

Sehubungan itu juga katanya, satu forum Debat Putrajaya akan diadakan dan beliau menawarkan diri untuk tampil di pentas debat itu.

Beliau turut mengajak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tampil bersama bagi membincangkan tajuk 'Kebajikan Guru'.

Menurutnya, Muhyiddin adalah individu paling layak memandangkan beliau adalah menteri pelajaran. - Harakahdaily

Umno-BN fikir bagaimana hendak tambah beban guru sehingga murid menjadi mangsa. PR fikir bagaimana hendak tambah pendapatan guru, jaga kebajikan mereka dan kurang beban guru agar boleh fokus mendidik anak bangsa seterusnya melahirkan rakyat yang berjiwa maju.

(Video) Anwar bersara jika PR kalah

(Video) Penyamun parah dibelasah orang ramai




SEREMBAN - Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, ditinggalkan rakan apabila melihat dirinya teruk dibelasah oleh orang awam dalam kejadian di Biz Avenue di Seremban 2 dekat sini semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu berlaku apabila suspek bersama seorang lagi rakannya yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z cuba menyamun rantai leher seorang lelaki berusia 34 tahun.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang enggan menurut arahan cuba melawan menyebabkan suspek terus menetak kepala lelaki itu sebanyak dua kali sebelum cuba melarikan diri. - Kosmo


Tiga beranak maut nahas ngeri

MERSING - Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tunda dalam kemalangan ngeri di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan seorang guru, Abd. Razak Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14; dan A'fiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian. Seorang lagi anak Abd. Razak, Alimulhilmi, 9, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing.

Difahamkan, sebelum kejadian empat beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pantai di sini dari Johor Bahru selepas selesai berkursus. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 125 kilometer.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkiple Hashim berkata, sebelum kejadian, dia sedang mengawal lalu lintas tidak jauh dari tempat kejadian bagi menyambut kedatangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ke sini.

Katanya, ketika bertugas dalam keadaan hujan lebat, dia terdengar bunyi dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia berkawal sebelum bergegas ke situ. - Kosmo

Harapan rakyat adalah kerajaan PR nanti mengambil berat soal keselamatan rakyat di jalan raya. Isu ini gagal di zaman Umno-BN. Wujudkan jawatan menteri jalan raya yang akan dipecat jika gagal tangani masalah.

24 April 2013

Empat remaja lelaki ditahan

SHAH ALAM 23 April - Polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang maut ditikam dalam cubaan samun semasa menyertai larian amal bersama keluarganya di Bukit Gasing, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, remaja berusia 16 hingga 18 tahun itu diberkas dalam tiga serbuan berasingan di Flat Sri Medan dan Flat Bukit Gasing Indah di Petaling Jaya pada awal pagi ini.
Beliau berkata, keempat-empat suspek yang tidak bekerja itu ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan, Ong Ai Sam, 52.

“Pasukan khas dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menangkap suspek pertama iaitu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah rumah di Flat Sri Medan pada pukul 1.30 pagi ini.

Najib Kesal Letupan Bom Berlaku Di Pulau Pinang

KENINGAU: Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan kejadian letupan bom yang berlaku di Pulau Pinang malam Selasa dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, Perdana Menteri berkata semua parti telah dinasihat agar sentiasa menjaga tata tertib dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

"Sepatutnya semua bersaing secara sihat dan menunjukkan amalan demokrasi," katanya.
Semalam, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.

Kejadian itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.
Sambil memandang serius perkara itu, Najib berharap semua pihak khususnya parti-parti politik yang bertanding memainkan peranan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

Seperti yang telah dijangka, Najib terus menyambut peristiwa itu dan dijadikan modal politiknya. Polis belum lagi menyelesaikan kes ini tetapi Najib sudah menunjukkan jari kepada 'orang politik' Rakyat seperti boleh mengagak ini semua rancangan jahat siapa dan kenapa.

Polis: Letupan di Nibong Tebal dirancang kumpulan profesional

Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal malam tadi adalah daripada alat letupan rekaan (IED).
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis percaya bahan letupan IED yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah itu adalah perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan profesional.
  
Polis menemui dua IED dalam longgokan sampah dan percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana tidak tenteram serta huru hara di kawasan ceramah, katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.
  
Beliau berkata berikutan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah bagi menyiasat kejadian itu dan mengesan mereka yang terlibat.
  
Setakat ini polis telah merekodkan keterangan dari tujuh saksi, katanya.
  
Dalam kejadian pukul 10.15 malam tadi, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan itu.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang.

Abdul Rahim berkata kedua-dua bahan letupan sebesar kotak rokok yang disembunyikan dalam sampah itu telah ditetapkan masa berbeza untuk menghasilkan dua kali letupan.
  
Selepas letupan pertama, sepasukan anggota polis dan forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemui satu lagi bahan IED itu yang kemudian diletupkan pada pukul 3 pagi, katanya.
  
Beliau berkata berdasarkan siasatan, bahan letupan itu bukan untuk mencederakan orang tetapi bagi menghasilkan bunyi yang kuat untuk menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana huru hara di tempat ceramah.
  
Polis memandang serius kejadian itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan keadaan huru hara di negeri ini.
  
"Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian tetapi ia tidak berfungsi dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957," katanya - Bernama

Sebelum ini kata cedera parah, sekarang kata angkara profesional. Sudahlah...

PRU13: Ceramah BN di Nibong Tebal gempar sampah meletup, seorang cedera

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki berusia lingkungan 30an cedera parah di lutut selepas longgokan sampah yang terletak kira-kira 10 meter di belakang pentas ceramah perdana Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Parlimen Nibong Tebal, di sini, meletup secara tiba-tiba.

Kejadian pada kira-kira jam 10.15 malam tadi itu mengejutkan kira-kira 3,000 orang yang ketika itu sedang mendengar ceramah oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berada di lokasi ketika ini bagi melakukan siasatan. - BHarian





Sampah pun meluat dengar ceramah BN.

23 April 2013

Pencalonan Zul Noordin sukar dipercayai, kata Anwar

PETALING JAYA, 23 April — Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencalonan bekas peguam belanya Datuk Zulkifli Noordin sesuatu yang sukar dipercayai, menambah naib presiden Perkasa tersebut seorang yang perkauman.

Pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan Barisan Nasional (BN) menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

“Ia amat sukar untuk saya memahami rahsia di sebaliknya. Kenapa orang-orang seperti Zulkifli Noordin diberikan kerusi?
“Apakah perjanjian rahsia? Saya tidak tahu. Ia membingungkan, ia adalah sukar dipercayai,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat PKR di sini.

Anwar (gambar) berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengambil langkah salah apabila meletak calon yang tebal perkaumannya, malahan beliau sendiri tidak menolak penyokong Umno sendiri pun ada yang bingung dengan keputusan itu.

“Tetapi masih Datuk Seri Naijb Razak seolah-olah terpaksa atau dipaksa untuk membariskan pencalonan beliau.
“Saya fikir jika anda bercakap secara rawak kepada penyokong Umno, mereka juga agak bingung,” tambahnya.
Di samping itu, Anwar juga berkata walaupun terdapat gambar penyokong MIC yang dikatakan memberi sokongan kepada Zulkifli, perkara tersebut tidak penting kerana Zulkifli tetap seorang yang kuat sifat perkaumannya.

“Sudah semestinya kamu boleh membayar penyokong MIC untuk keluar dan cium tangannya, tapi itu tidak penting,” katanya lagi.
Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan “Keling”, yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf serta mendakwa mengeluarkan kata-kata tersebut semasa bersama PAS.
Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN dan kritikal terhadap Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau dipecat PKR pada 6 Mac 2010 ekoran laporan polis beliau ke atas penyandang ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Beliau juga memberitahu fz.com yakin “101 peratus” akan menang kerusi Shah Alam mengalahkan calon PAS yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen. - TMI Kita tengok nanti siapa yang kena.

Pemimpin MIC Shah Alam, pengikut keluar parti, bantah Zul Noordin

KUALA LUMPUR, 23 April — Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.

"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.

Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.

"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.

Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR di bawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen. - TMI

Saya tidak terkejut jika keluar berita Zul cium ahli MIC pula untuk memohon kemaafan.