LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 January 2013

Ada berita baik untuk penjawat awam?

Admin | 10:14 PM |
muhyidin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.

Beliau berkata melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.

Timbalan perdana menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.

"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan perdana menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.

Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.

Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.

"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.

Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi -Bernama

* Imbuhan perumahan naik RM250 pun ok.

30 January 2013

Satu Lagi 'Persaraan' Daripada Zaid Ibrahim...

Admin | 9:02 PM |
zaid
PETALING JAYA: Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah membuat keputusan untuk berhenti daripada bergiat aktif dalam politik dan kembali ke dunia perniagaan.

Sebelum dilantik sebagai anggota pentadbiran di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, Zaid adalah pemilik firma guaman terbesar Malaysia iaitu Zaid Ibrahim & Co (Zico).

Beliau kemudiannya meninggalkan firma guamannya sendiri untuk bergiat aktif dalam politik.
Bagaimanapun jangka hayat politiknya tidak panjang kerana selepas seketika beliau meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menahan ahli parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan pemberita Sin Chew, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau kemudiannya disingkir daripada Umno dan selepas itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)dan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 tetapi tewas.
Zaid kemudiannya mencetuskan kontroversi di dalam PKR apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden menentang Azmin Ali.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dengan alasan ia adalah satu pertandingan yang tidak adil dan penuh dengan manipulasi.
Tidak lama selepas itu beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan mengambil alih kepimpinan Parti Kesejahteraan Rakyat atau Kita.

Kepimpinannya dalam Kita juga tidak lama kerana selepas berlakunya perselisihan faham antara beliau dengan beberapa orang pemimpin negeri, Zaid akhirnya mengumumkan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai presiden tetapi kekal sebagai ahli biasa.

Hari ini, beliau telah membuat satu lagi keputusan terbaru iaitu untuk bersara sepenuhnya dari politik.
“Saya telah memgambil keputusan untuk bersara daripada politik kerana saya merasakan yang saya tidak dapat lagi menyumbang. Saya juga tidak berminat lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun kata Zaid, ini tidak bermakna beliau tidak boleh menyumbang idea atau menulis demi untuk memperbaiki situasi negara ini.
Kata Zaid, beliau kini hanya akan melihat perkembangan politik 'dari luar'.

Zaid turut mengesahkan yang beliau telah membuat pelaburan di dalam perniagaan dengan membeli saham sebuah firma antarabangsa di Singapura iaitu Ipco International.

Akhbar The Strait Times melaporkan yang Zaid telah bersetuju untuk membeli sejumlah 350 juta saham bernilai S$6.9 juta ( RM17.15 juta ) yang juga bersamaan dengan tujuh peratus pegangan di dalam firma berkenaan. - Mstar

S'gor cadang bubar DUN selepas Chap Goh Mei

Admin | 8:48 PM |
adun
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.
  
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
  
"Kalau selepas Chap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
  
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan DUN)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
  
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.

"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan DUN," katanya.
  
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
  
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
  
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.
  
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.
  
"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya. - Bernama

Hebat selangor.

28 January 2013

Hajar hidu bau wangi sebelum 'pergi'

Admin | 2:44 PM |
Siti Hajar
SAYA menerima panggilan daripada rakan Hajar yang turut terlibat kemalangan, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin, 20, selepas menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan rumah kami.
Sebelum itu, Hajar ada maklumkan, dia dan tiga kawannya Tasnim, Azizue Hasni Abd Zubair dan rakan sekuliahnya, Wan Norsolehah Gaberan mahu ke kampung (rumah mertua) untuk menghantar barang-barang kerana asrama mereka perlu dikosongkan pada cuti semester.

Namun selepas solat Maghrib di masjid, saya dikejutkan dengan berita kemalangan dan terus ke Hospital Melaka bersama isteri yang ketika itu turut berjemaah di masjid.

Saya mula merasai Hajar akan ‘pergi’ selepas dia memberitahu terbau wangi pada 14 Januari lalu. Ketika itu, Hajar minta saya pulang ke rumah menjaga adik-adiknya.

Kata Hajar, saya perlu pulang jika saya percaya ALLAH akan menjaganya, sebelum dia tersenyum dan memberitahu ada bau wangi menerjah hidungnya.

Saya tanya, selalukah Hajar terbau seperti itu dan dia jawab kadang-kadang apabila jururawat datang dan ada kalanya waktu sahabat menziarah. Jawapan Hajar menyebabkan saya tidak jadi pulang ke rumah.

Hajar tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kali terakhir kami bertemu dengannya seminggu sebelum kemalangan. Cuma melalui kawan-kawannya kami mendapat tahu Hajar sering menyebut ‘Kun Fa Ya Kun’ dan mengingatkan kawan-kawannya mengenai kekuasaan ALLAH dua, tiga minggu sebelum kejadian.

Bagaimanapun, kami telah menempah sebuah al-Quran selepas mendapat tahu Hajar mahu membeli Syaamil Al-Quran Miracle The Reference tetapi dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Sabir menunjukkan gambar ceria Hajar yang 
diambil ketika berlajar di matrikulasi di Lendu,
tahun lalu sambil diperhatikan Noraini dan anaknya, 
Muaz (kiri) dan Ahmad Syaqir
Hajar yang bercita-cita mahu membuka perniagaan sendiri, mengambil jurusan multimedia selepas berdaftar di UTeM September lalu sebelum terlibat kemalangan yang berlaku pada minggu peperiksaan.

Sebagai anak sulung daripada tujuh beradik, Hajar selalu menasihati adik-adiknya dan sering beri tunjuk ajar dalam mata pelajaran dan sejak bersekolah di sebuah pondok dan maahad di Kelantan, saya melihat perubahan positif pada dirinya.

Hasil didikan guru-gurunya, kami bersyukur memiliki anak sepertinya yang tidak sekalipun bersangka buruk akan takdir ALLAH.

Pagi 20 Januari itu, dalam tenang dakapan ibunya, Hajar pergi meninggalkan kami.

"Pergilah nak... kalau itu yang terbaik untuk mu. Pergilah nak...ALLAH lebih menyayangimu. Moga DIA menyediakan tempat yang terindah untuk Hajar di alam barunya itu!" - SH

27 January 2013

Majlis syura PAS sahkan Nasha digugur

Admin | 11:04 PM |
nasha
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.
Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. - Mkini

Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal

Admin | 10:57 PM |
Nik Aziz & Karpal
Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

erat
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya. - Mkini

26 January 2013

Warga Kastam Dapat Insentif Setengah Bulan Gaji

Admin | 7:29 PM |
kastam
PUTRAJAYA: Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan.
Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata insentif khas itu akan diberi minggu ini.
Tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding 2010.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yakin insentif khas berkenaan akan memberi motivasi dan rangsangan kepada warga kastam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas keperihatinan dan kepekaan memberikan setengah bulan gaji sebagai insentif khas untuk tahun ini, sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab kita," katanya.

Menurut Khazali jabatan itu akan tersu melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan hasil termasuk memberi fokus kepada verifikasi harga barangan pengilang tempatan; melaksanakan operasi melesenkan pengilang-pengilang dan syarikat yang tertakluk kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Kastam juga akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mencegah penyeludupan barangan dan perdagangan tidak sah, katanya. - BERNAMA

25 January 2013

Mayat budak lelaki ditemui, disyaki kanak-kanak hilang

Admin | 10:29 AM |
Anggota polis mengangkat mayat 
budak lelaki itu untuk dibawa 
ke hospital bagi bedah siasat
KLANG - Seorang nelayan terkejut apabila menemui mayat seorang budak lelaki ditemui tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut maklumat awal saksi, ketika ditemui mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun memakai kemeja-T berwarna kuning keemasan.

Berikutan penemuan itu, polis memanggil ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, untuk pengecaman mayat budak yang ditemui itu.

Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying diminta hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak terbabit.

William memakai kemeja-T warna kuning ketika dia hilang dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya, kesan akibat terjatuh.

Pada 16 lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ. - SH

24 January 2013

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

Admin | 5:11 PM |
saham
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.

"Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

"Mereka ini jahat sebenarnya," kata Ahmad sewaktu mengulas prestasi harga saham FGV mutakhir ini.

Saham FGV merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 pada 21 Januari lalu - jauh lebih rendah daripada harga tawarannya - semasa kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

NONEIa merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember, semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember lalu.

Ahmad bercakap kepada pemberita hari ini selepas majlis tandatangan perjanjian persefahaman usaha sama antara Permodalan YBK Sdn Bhd dan Paragon Matrix Sdn Bhd untuk membangunkan Serendah Wellness Sanctuary.

Projek yang dijangka menelan belanja RM2 bilion melibatkan pembinaan pusat berkonsepkan kesejahteraan dan kesihatan di Serendah.

Turut hadir di program itu, MP Hulu Selangor P Kamalanathan dan pengerusi YBK Datuk Zainal Sakom. - Mkini

Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam

Admin | 1:30 PM |
Awie
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. - Mstar

Rezeki biar yang halal.Eh, tok mufti Perak tak bising ke?

Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH

Admin | 12:47 PM |
GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi.

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.

“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina. - SH

21 January 2013

Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar

Admin | 10:19 PM |
Anwar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama. - Malaysiakini

20 January 2013

(Video) Wajah sebenar ulama muda Umno

Admin | 6:31 PM |

Hanya 6 daripada 290,457 guru siswazah mohon sertai politik

Admin | 5:56 PM |
MOHD PUAD ZARKASHI...
Timbalan Menteri Pelajaran
BATU PAHAT 20 Jan. - Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.

Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka.

"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil.

"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN

Bantuan RM100: Jangan salah guna, amaran Puad

Admin | 5:26 AM |
Timbalan Menteri Pelajaran, 
Dr Mohd Puad Zarkashi 
 menyampaikan Bantuan Murid 1 Malaysia 
RM100 kepada ibu bapa pelajar 
Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat, Kelantan, hari ini.
TUMPAT -  Kementerian Pelajaran tidak mahu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil kesempatan menyalah guna pemberian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini kerana bantuan itu adalah bagi meringankan beban ibu bapa dalam persediaan pada awal musim persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan hari ini, beliau berkata langkah itu juga adalah bagi membolehkan ia memenuhi matlamat kerajaan dalam membantu golongan sasar.

Mohd Puad mengulas kejadian sebuah sekolah di Johor semalam, yang didakwa menawarkan 'diskaun' kepada ibu bapa menggunakan wang itu bagi melunaskan yuran komputer.

Perbuatan itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah tamil yang didakwa melibatkan PIBG sekolah tersebut.

Beliau berkata perbuatan itu menyalahi pekeliling Kementerian Pelajaran kerana pihak sekolah tidak dibenar memotong atau memaksa pelajar melunaskan hutang atau apa-apa yuran berkaitan sekolah menggunakan wang bantuan awal persekolahan.

Sehubungan itu, Mohd Puad meminta Jabatan Pelajaran negeri tersebut menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekolah berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntuk RM540 juta bagi membiayai bantuan awal persekolahan menerusi bajet tahun ini yang meliputi 4.9 juta pelajar di seluruh negara.

"Sebanyak RM490 juta daripada peruntukan itu adalah untuk pelajar sekolah bantuan kerajaan, manakala selebihnya sekolah agama, swasta dan persendirian," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata sebanyak 77 sekolah di Kelantan belum menikmati kemudahan bekalan air bersih yang disediakan pihak kerajaan negeri.

Beliau berkata, 39 daripada jumlah sekolah terbabit berada dalam keadaan kritikal, menyebabkan Kementerian Pelajaran mengambil langkah membantu menyediakan peruntukan kewangan.

Mohd Puad berkata kerajaan, melalui Kenterian Pelajaran, menyediakan peruntukan RM27 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di sekolah di Kelantan.

Katanya, kerajaan mengambil berat nasib rakyat, khasnya pelajar, agar masalah itu tidak mengganggu pembelajaran mereka.

"Ini tidak sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Pas di negeri ini sehingga gagal menyelesaikan masalah rakyat, termasuk kemudahan bekalan air bersih di sekolah," katanya. - Bernama

17 January 2013

Cuepacs Harap Cadangan Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan Dilaksana

Admin | 8:58 PM |
Datuk Omar Osman
MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan lonjakan harga dan sewa rumah.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ITP penjawat awam bagi gred 1 hingga 40 sebanyak RM180 tidak lagi relevan, ketika ini.

"Imbuhan tetap perumahan ini dah lama tidak disemak, hari ini kita (Cuepacs)pergi mana-mana memang ia menjadi rintihan utama kerana tidak ada lagi sewa rumah berharga RM180," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) di Kem Terendak di sini, Khamis.

Beliau berkata Cuepacs telah membuat permohonan mengenai perkara itu sejak lima tahun lepas dengan mencadangkan imbuhan tetap perumahan diselaraskan kepada RM450.
Katanya jumlah tersebut juga sebenarnya tidak mencukupi namun ia boleh disifatkan sebagai subsidi oleh kerajaan dalam meringankan beban penjawat awam.

Dalam pada itu, Omar turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus.Katanya peningkatan harga rumah menyebabkan ramai penjawat awam tidak mampu memiliki rumah.

"Kalau kos rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) berharga RM300,000 ke bawah, kadar faedah 4 peratus itu tinggi jika kumpulan pelaksana ini nak membuat pinjaman," katanya. - BERNAMA

Tidak suka lihat rakyat senang adalah tanda kerajaan itu zalim.

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Admin | 5:42 AM |
bekas jpn
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. - Mkini

Mereka yang bersalah wajar ditahan dan didakwa di mahkamah.

15 January 2013

Bank Islam mengatakan gantung staf adalah polisi jika terlibat dalam aktiviti politik

Admin | 11:31 PM |
Azrul Azwar Ahmad Tajudin
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik. "Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.

Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.
Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.

"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."
Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.
"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.

Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.
Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.
Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.
"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.
"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.
Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik.
Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.
Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. - TMI

* UmnoBN semakin dibenci.

(Video) Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam - Dato' Dr MAZA

Admin | 9:11 AM |

14 January 2013

Kalimah ALLAH: Pendirian Majlis Syura selari Nik Aziz-Hadi

Admin | 8:50 PM |
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menegaskan pendirian yang dibuat pihaknya malam tadi berhubung kalimah ALLAH selari dan selaras dengan kenyataan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Sehubungan itu menurut Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, ketetapan begitu diambil kerana kebenaran mengenai ALLAH mesti ditegakkan.

“Majlis Ulama Pas berharap isu kalimah ALLAH ini ditangani dengan baik oleh kerajaan kerana urusan penterjemahkan buku-buku dan kitab Injil ini adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

“Seharusnya Kementerian Dalam Negeri mengambil penegasan dalam perkara ini dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain kerana perkara ini berada dalam bidang kuasa kementerian berkenaan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Lewat malam tadi, Majlis Syura memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH, kata kenyataan dikeluarkan Majlis Syura.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata Nik Aziz dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura.

Ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan pada 8 Januari lalu yang bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam, Nik Zawawi menafikan perkara itu.

“Kita tak pernah kata macam itu. Kalimah ALLAH ini kalau orang bukan Islam nak guna dalam urusan harian seperti kalau dia bertemu dengan orang Islam, dia nak bagi salam kepada kita dan sebagainya, Majlis Ulama tidak buat satu ketetapan.

“Perkara ini juga berlaku di zaman jahiliah dan pada zaman Rasulullah SAW, di mana orang bukan Islam dalam percakapan mereka, mereka menggunakan perkataan ALLAH. Pada masa sekarang, misalnya orang bukan Islam datang dalam ceramah Pas, orang Pas sebut
takbir 'Allahuakbar'... itu tidak mengapa.

“Secara mudahnya, boleh sebut, yang tidak boleh ialah menterjemahkan kitab mereka kepada bahasa dengan kalimah ALLAH,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai penetapan itu, Nik Zawawi mendakwa, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerimanya dengan baik.

Katanya, penjelasan itu telah dibuat sendiri oleh Hadi Pas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, minggu lepas.

“Benda ini telah dibuat. Alhamdulillah, Guan Eng mendengar dengan baik dan hanya mendiamkan diri. Apabila dia minta begitu (penggunaan kalimah ALLAH untuk Bible versi bahasa Melayu), kita sebut di sudut pendirian Pas.

Majlis Ulama tidak membenarkan orang bukan Islam mahu terjemah kalimah ALLAH kepada kitab orang Kristian iaitu Bible,” katanya lagi.
Nik Zawawi menambah, selepas penjelasan itu dibuat kepada Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Hadi telah mengeluarkan satu kenyataan yang sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura.

“Cuma orang silap faham. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Bila kita dah buat ketetapan ini, kita minta kepada semua Islam untuk terima ketetapan ini.

“Ketetapan ini adalah terbaik untuk agama Islam dan semua agama lain yang ada di Malaysia. Kita juga meraikan hak-hak mereka (orang bukan Islam) tidak ada masalah, cuma mereka tidak boleh cemar kalimah ALLAH kerana kalimah ini adalah dikhususkan oleh orang Islam sahaja,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai keputusan mesyuarat malam tadi, Nik Zawawi berkata, ALLAH mengikut kebenarannya menunjukkan Dia adalah Tuhan yang Maha Esa yang Maha Satu yang tidak beranak dan tidak diperanakkan ataupun mempunyai isteri.

“Apabila perkataan ALLAH hendak digunakan oleh masyarakat Kristian, maknanya lari, kerana orang Kristian mengatakan ALLAH ini ada anak dan sebagaimana disebut dalam al-Quran yang mengatakan ALLAH ini ada tiga. Ada anak ada isteri. Kita tegaskan di sini, itu bukan ALLAH SWT.
“Jadi masyarakat Kristian, mereka hanya dibenarkan menggunakan perkataan God atau Lord. Itu ikut pandai dialah. Kita tidak terima perkara ini,” jelasnya. - SH

Kalimah ALLAH: Nik Aziz akur keputusan Majlis Syura

Admin | 8:41 PM |
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH pada Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya cuba menjelaskan kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Majlis Syura Pas malam tadi memutuskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam berikutan kemarahan masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam terhadap pendirian asal Nik Aziz dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong saranan DAP itu.
 
Akur dengan keputusan Majlis Syura yang turut dihadirinya, Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat kerana khuatir ia bertentangan dengan maksud sebenar kalimah itu seperti umat Islam yang percaya bahawa ALLAH itu adalah Esa (Satu).
  
"ALLAH ini adalah nama bagi Tuhan. Kita (Islam) namakannya (ALLAH). Jadi kalau ada orang lain, agama lain yang tidak mempunyai tuhan yang satu tiba-tiba mahu menggunakan nama ALLAH, itu tidak betul.
  
"ALLAH itu adalah tuhan yang Satu. Yang Maha Berkuasa. Kalau agama lain yang (mempunyai) tuhannya tidak satu atau lebih, itu mengarut. Kalau nak guna boleh, tapi salahlah (maksud sebenar)," katanya kepada pemberita sewaktu pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
      
Beliau memberi contoh penganut Kristian percaya kepada Trinity yang sama sekali tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana tidak menepati maksud sebenar.
  
Majlis Syura Pas telah memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Selain itu majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.  

Sebelum ini Pas, DAP dan PKR membuat ketetapan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.  - Bernama

13 January 2013

Rindu nak dengar suara suami alami strok

Admin | 4:40 PM |
Noriyah sayu melihat keadaan Kadir yang 
terlantar dan rindukan suara suami tersayang
di rumah sewanya di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Kasih sayang seorang isteri hingga ke syurga. Itulah dapat digambarkan pengorbanan Noriyah Mohd Nor, 61, yang setia menjaga suami, Abdul Kadir Abdul Halim, 72, yang terlantar hampir tiga tahun lalu.

Noriyah berkata, suaminya mula terlantar setelah rebah di ruang tamu rumah sebelum koma dan terpaksa menjalani pembedahan otak bagi membuang darah beku akibat tekanan darah tinggi yang melampau.
“Pada masa itu, dia duduk di atas kerusi di ruang tamu, secara tiba-tiba rebah dan terus tidak sedarkan diri dan terpaksa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

“Setelah dua minggu tidak sedarkan diri di sana, saya memohon untuk dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kemudiannya dibawa pulang,” katanya menerusi program Cakna Prihatin di rumahnya di Jalan Tekukur di sini.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh yang menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Kadir yang kini turut mengalami strok.
Menurut ibu kepada 10 anak itu, kerusi roda yang diterimanya amat bermakna kerana dapat mandikan Kadir dalam keadaan lebih selesa.

“Sebelum ini, badannya terpaksa disandarkan pada mesin basuh untuk memudahkan saya mandikan dia.
“Memang sedih melihat keadaan dia yang terpaksa disandarkan pada mesin basuh, tetapi saya juga tidak mempunyai kudrat dan tidak sampai hati untuk baringkan dia terus di atas lantai bilik air,” katanya.
Begitu hebat kesetiaan Noriyah yang turut mengalami penyakit kencing manis.

“Walaupun saya mempunyai penyakit, tetapi demi suami, saya gagahkan diri memenuhi semua kehendaknya termasuk memberi minum susu empat jam sekali.
“Susu 400 gram ini digunakan untuk satu hari sahaja, kerana dia tidak makan makanan. Itu pun saya masukkan melalui wayar kerana dia tidak berdaya untuk menelan,” ceritanya lagi.

Dalam kepasrahan Noriyah menjaga suami terlantar, dia meluahkan perasaan rindu mendengar suara Kadir, teman bualnya sejak puluhan tahun dahulu. - SH

#KL112: Tahniah semua!

Admin | 12:12 AM |
KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.
Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman. - SHarian





11 January 2013

Polis tembak mati dua OKT

Admin | 5:08 AM |
Dari kiri Hissam, Hamzani, Farid Akhtar, Mohd. Shahrimy
BUKIT MERTAJAM 10 Jan. - Usaha pihak polis selama empat hari mengesan tujuh orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu berhasil setelah dua daripada mereka mati ditembak hari ini.

Kedua-dua OKT tersebut ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, atau dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd. Noor Mohd. Mustaffa, 28, atau Boy ditembak selepas mereka melepaskan tembakan ke arah polis berhampiran tali air di Kampung Padang Temusu dekat Guar Perahu di sini.

Mayat Mohd. Fairuz ditemui di tepi tebing tali air manakala Mohd. Noor dikeluarkan dari tali air sedalam satu meter dengan bantuan Unit Penyelam Marin kira-kira pukul 3.45 petang ini.
Mayat dua OKT itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. - Utusan

06 January 2013

Pekerja guna Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM

Admin | 7:27 PM |
facebook
KUALA LUMPUR, 6 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah.

Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi.

"Mereka yang melayari Facebook atau apa juga media sosial, boleh dianggap sebagai mengelakkan diri dari kerja yang dispefikasikan kepadanya," kata beliau yang dipetik dari portal berita The Star Online.
Sutinah berkata, sikap suka menggunakan waktu bekerja untuk kegiatan peribadi boleh dilihat sebagai melanggar kontrak kerja, dan patut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak majikan.

Beliau berkata, walaupun kesalahan tersebut tidak diletakkan di bawah Akta SPRM, tetapi suruhanjaya tersebut akan menasihati apa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak jabatan kerajaan dan GLC dalam menangani pekerja yang ingkar.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman menyeru agar pekerja kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika waktu pejabat.
"Sementara penggunaan sosial media adalah baik untuk menggalakkan orang ramai untuk lebih arif dalam teknologi dalam mendapatkan maklumat, tetapi pekerja juga harus berdedikasi terhadap kementerian, jabatan dan agensi mereka," kata Omar yang dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu.

Beliau mencadangkan mekanisme untuk menentukan laman web mana yang boleh dilayari oleh pekerja kerajaan bagi menepati skop pekerjaan.
"Sepatutnya kita perlu ada panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja faham perlakuan mereka boleh diambil tindakan, kita juga perlu untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin dalam menentukan yang mana (laman web) di dalam skop pekerjaan dan yang mana bukan," kata Omar yang dipetik dari laporan portal berita The Star Online. - TMI

05 January 2013

Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

Admin | 2:50 PM |
amah
Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,800 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.

Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.

Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

"Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mematuhi struktur harga yang adil," katanya.

Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.

"Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih. Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.

- Bernama

03 January 2013

Pelakon wanita, rakan lelaki didakwa miliki Erimin 5

Admin | 9:26 AM |
zarina
Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memiliki dua biji pil disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di Petaling Jaya, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes.

-Bernama

01 January 2013

Naib Canselor UPM Letak Jawatan Kerana Faktor Kesihatan

Admin | 12:41 AM |
Dr Radin
SERDANG: Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi (gambar) telah meletak jawatannya kerana faktor kesihatan.
Dr Radin Umar, yang memulakan perkhidmatannya pada tahun 2011 memegang jawatan tersebut sehingga Isnin.

Beliau memberitahu, sepatutnya mahu berundur dari jawatan berkenaan setahun sebelum kontraknya berakhir untuk memberi tumpuan terhadap kesihatannya.

"Saya gembira melihat UPM menunjukkan perubahan dalam tempoh masa yang singkat... dan saya percaya bahawa ia akan maju lebih jauh lagi," katanya kepada pemberita pada hari terakhir beliau di universiti itu pada Isnin.

Kementerian Pengajian Tinggi dijangka mengumumkan penggantian Dr Radin Umar minggu ini. - Mstar