31 March 2013

Muhyiddin jangka p'raya dalam beberapa minggu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan pilihan raya.

"Saya tidak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin ketika berucap dalam satu perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya petang ini, Muhyiddin turut membidas Pakatan Rakyat yang menjalankan kempen agar rakyat menolak Umno kerana terlalu lama berkuasa.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah kerajaan yang lama mentadbir negara mempunyai kelebihan kerana lebih memahami kehendak rakyat.

"Kerajaan ini makin tua makin bertenaga tuan-tuan, lagi tua lagi ada stail, betul tak tuan-tuan?" kata Muhyiddin kepada kira-kira 3,000 hadirin di majlis tersebut.
Pilihan raya ke-12 diadakan pada tanggal 3 Mac 2008 dan parlimen pula mula bersidang pada 28 April tahun yang sama.

Oleh yang demikian, parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 29 April tahun ini kerana 28 April jatuh pada hari Ahad. - Mkini

Tua yang sudah menghampiri sangat tarikh tamat luputnya.

Lelaki bergelar 'Datuk Seri' dicari

LAHAD DATU - Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama

Pemuda UMNO kecam pemimpin Pas hina Nabi

SEREMBAN 31 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.
"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang. - UTUSAN ONLINE

Itu bukan hina nabi. Itu hina Umno (penyebar fitnah no1).

29 March 2013

Pembangkang resah dengan bantuan yang disalurkan BN

KUALA SELANGOR - Bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan dan kerajaan pakatan pembangkang menggunakan pendekatan yang berbeza dan diibaratkan seperti ‘penyu dan ayam’ bertelur, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan telah memberikan pelbagai bantuan termasuk subsidi kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang malah disampaikan secara terus tanpa perlu mengadakan sebarang majlis yang diibaratkan sebagai ‘penyu dalam diam bertelur banyak’.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ia berbeza dengan sikap kerajaan pakatan pembangkang yang menghulurkan bantuan tetapi pada masa sama menghebahkan serta mengaku kepada rakyat kononnya mereka prihatin sedangkan bantuan yang diberikan ibarat ‘ayam telur sebiji riuh sekampung’.

“Budaya kita (kerajaan Persekutuan) selama ini beri macam-macam bantuan ibarat penyu duduk diam-diam tetapi bertelur banyak. Bukan seperti mereka (pembangkang) bagi sedikit riuhnya bukan main lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan baucar Karisma@Hati Rakyat kepada kira-kira 900 penerima di sini petang ini.

Justeru, Noh berkata, apabila kerajaan Persekutuan kini mengambil pendekatan memberi sumbangan kepada rakyat secara terbuka dan jelas, maka pembangkang sudah mula gelisah serta mula melemparkan banyak tuduhan kepada kerajaan persekutuan. - Bernama

Jika Umno bertelur, mengapa takut bubar parlimen?

Anwar mahu bina dinasti keluarga di Selangor?

KUALA LUMPUR 29 Mac - Hasrat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mungkin ada kaitan dengan cita-cita suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membina 'dinasti keluarga' di negeri tersebut.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, selama ini, rakyat khususnya ahli-ahli PKR dapat melihat Wan Azizah tidak mempunyai kekuatan politik dan peranannya di dalam parti hanyalah sebagai boneka Anwar.

Menurut beliau, Wan Azizah juga tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin parti politik apatah lagi untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
"Saya percaya rakyat Selangor tidak mahu seorang pemimpin lemah menjadi Menteri Besar mereka dan Wan Azizah bakal berdepan risiko ditolak pengundi di mana-mana DUN yang ditandinginya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fakhrul Azman mengulas kemungkinan Wan Azizah bertanding di kerusi DUN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan dilantik sebagai Menteri Besar jika pembangkang berjaya mengekalkan kuasa di negeri berkenaan.
Sementara itu, bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan meminta Wan Azizah melupakan hasrat bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen di Selangor.

Sebaliknya, beliau menasihatkan Wan Azizah bertanding di Pulau Pinang supaya boleh memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri sekiranya memenangi kerusi DUN.
"Mengapa pula Wan Azizah hendak bertanding di Selangor? Adakah kerana Wan Azizah, Anwar dan anak perempuan mereka yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ingin menguasai Lembah Klang?," katanya.

Dalam masa sama, beliau hairan dengan tindak-tanduk Wan Azizah, Anwar dan Nurul Izzah yang seolah-olah menggunakan PKR sebagai platform membina dinasti politik keluarga mereka. - UTUSAN

Dinasti keluarga yang baik lebih disenangi rakyat berbanding dinasti keluarga yang merompak dan menyamun harta rakyat.

Mufti Kedah: Anggota keselamatan terbunuh Op Daulat syahid akhirat


SUNGAI PETANI - Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.
Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.

Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang di sini, hari ini.

Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.
"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata langkah MPM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program agama seumpama itu merupakan tindakan tepat untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam yang dilihat telah berpecah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata perpecahan orang Melayu berlaku kerana mereka terlalu banyak berpolitik sehingga isu pencerobohan pengganas di Sabah yang mengancam keselamatan negara turut dipolitikkan.

"Kerana mahu melihat perpaduan orang Melayu kembali utuh...saya yakin usaha berterusan MPM dengan membabitkan masyarakat secara menyeluruh akan mengubah minda orang Melayu untuk menerima Islam sebagai agenda bersama," katanya.

Program Istiqhazah Al-Kubra yang bermaksud 'memohon pertolongan Allah SWT' itu bermula dengan solat sunat tahajud, hajat, witir dan bacaan Yassin dan tahlil untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu sebelum solat Subuh dan diikuti tazkirah dan membaca doa Istiqhazah. - Bernama

Suka kau lah.

28 March 2013

6 penjenayah Lombok tumpas

Umar Ali Saifuddin Shaharuddin (tengah) menunjukkan barangan kemas yang disamun penjenayah warga Indonesia pada sidang akhbar di IPD Alor Gajah, Melaka, semalam.
ALOR GAJAH 27 Mac - Enam penjenayah dari Lombok, Indonesia tidak sempat menikmati hasil samun di sebuah rumah di Kampung Air Itam Pantai, Tanjung Bidara di sini apabila kesemuanya ditangkap polis kurang enam jam selepas melakukan jenayah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang memecah masuk rumah berkenaan pada pukul 2 pagi semalam.
Katanya, suspek kemudian mengikat enam ahli keluarga di rumah tersebut dengan menggunakan kain langsir sebelum menggeledah mencari barang berharga.

"Mangsa namun tidak dicederakan. Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 2.15 pagi, bergegas ke rumah itu sebelum menahan seorang suspek yang baru hendak keluar.
"Seorang lagi suspek diberkas selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas dikejar polis berdekatan tempat kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap seorang daripada dua suspek yang dipercayai ketuanya membawa kepada penahanan seorang rakan mereka kira-kira 30 minit kemudian di sekitar kawasan tersebut.
Susulan itu tambahnya, empat lagi ahli kumpulan ditangkap di sekitar Kuala Sungai Baru dekat sini, empat jam selepas itu.

Kata beliau, polis turut menemukan kesemua hasil samun semula berupa barang kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan kesemuanya bernilai RM10,000.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka masuk ke negeri ini seminggu yang lalu dan menyara hidup melalui kegiatan samun dan pecah rumah.

"Polis turut menjumpai tangkal dan azimat daripada tiga suspek yang dipercayai digunakan oleh mereka bagi melakukan jenayah," ujar beliau.
Katanya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 2 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan samun bersenjata. - Utusan

SPR kesal Pakatan tolak tawaran RTM siar manifesto

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kesal apabila tawaran siar manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditolak oleh Pakatan Rakyat bulat-bulat.

Sebaliknya kata beliau, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.

“Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.

“... memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada dasarnya kita dan dapatkan ruang untuk mereka bercakap,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kelmarin, Majlis Pimpinan PR sebulat suara menolak tawaran siaran selama 10 minit.

Abdul Aziz merayu agar PR mempertimbangkan semula tawaran yang telah diusahakan SPR itu dan jika timbul rasa tidak puas hati, mereka boleh menyatakan syor agar dapat diperhalusi sekali gus menepis dakwaan mereka bahawa SPR berat sebelah dalam memberi liputan media yang adil kepada mereka sepanjang proses berkempen pada PRU13.

“SPR bercadang sebaik saja dapat garis panduan ini daripada Kementerian Penerangan, kita nak panggil semua parti politik.

“... belum dapat butiran lagi sudah ditolak begitu saja, walhal saya banyak kali turun naik untuk dapatkan ruang siaran itu kepada mereka, mereka sepatutnya hargai, bukan tolak mentah-mentah,” katanya. - SH

Seronokkah memperbodohkan rakyat Malaysia?

'M'sia akan beli 18 pesawat tempur baru'

Malaysia menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia, kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.

NONE"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.

"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."

Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.

Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.

Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun. - Mkini

Cuba ini sebahagian manifesto PR, sudah tentu siang malam, pagi petang akan diperlekeh.

Polis: Papagomo dibuang kerja, bukan pengundi pos

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

NONEMortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.

Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.

SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut. - Mkini

Akibat membuka keaiban orang. Keaiban sendiri terdedah.


26 March 2013

Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.
  
Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
  
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
  
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.
  
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.
  
Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.
   
Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.
  
Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.
  
Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
  
Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Bernama

25 March 2013

Saya maafkan sesiapa sahaja-Tun M

KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.
"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.
"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. - UTUSAN

Akibat kebodohan sendiri, orang lain pula dipersalahkan.

24 March 2013

Gelar pasukan keselamatan sebagai anjing, Badrulamin didesak minta maaf

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.
"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.
Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.

"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.
"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya. - UTUSAN

Siapa yang kata anjing itu adalah pasukan keselamatan? Jika siasat biar adil. Kemungkinan anjing merujuk kepada seekor anjing yang sebenar juga ada.

Manifesto Pakatan Sabah janji hukum mereka yang terlibat dalam ‘Projek IC’

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) berjanji mahu menghukum mereka yang terlibat dalam "Projek IC" sebagai manifesto pilihan raya untuk Sabah, dan menggunakan kemarahan berdekad penduduk asal ke atas mereka yang terlibat memberi kad pengenalan kepada pendatang asing.

Pakatan pembangkang itu berkata inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib seharusnya perlu mempunyai syarat memastikan panel mempunyai kuasa menghukum mereka yang terlibat dalam inisiatif kontroversi itu.

"Kita akan menguruskan RCI yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah kedatangan pendatang haram di Sabah, bukan hanya membersihkan sistem kewarganegaraan dan memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja dibenarkan mendapatkan kewarganegaraan, tetapi mereka yang terlibat dengan Projek IC akan dihukum," kata pakatan tersebut dalam manifestonya yang dimuatturun dari online.

Janji itu dikeluarkan selepas Sabah masih lagi terkejut dengan pencerobohan yang berlaku oleh sekumpulan militan Filipina ke negeri mereka, insiden yang dikaitkan dengan "Projek IC".

Militan seramai 200 orang itu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari, dan menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk selatan Filipina yang beragama Islam ke utara Sabah. - TMI

Belum perintah sudah 'ghairah' hendak menghukum orang. PR sepatutnya fokus kepada kebajikan semua rakyat. Manifesto sepatutnya juga ke arah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Najib serah 1,000 permit teksi dengan pilihan raya semakin hampir

PUTRAJAYA, 24 Mac — Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu hari ini dan menjanjikan lebih lagi yang mana Datuk Seri Najib Razak berkata ianya merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbirannya untuk meraih sokongan 700,000 pengundi daripada kelompok pemandu teksi diseluruh negara yang marah dengan kelewatan pembaharuan dalam industri tersebut.

“Apa yang saya janjikan? Saya berjanji permit teksi individu. Walaupun banyak syarikat memberi pekerjaan, namun ada yang mengeksploitasinya.
“Ini satu lagi janji ditepati kerajaan,” kata Najib kepada 5,000 pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan dengan politik yang digambarkan sebagai “perhambaan alaf baru.” - TMI

Umno-BN sudah nazak, baru nak beri, itu pun sebilangan kecil yang dapat. Beza pemimpin yang sayang rakyat dengan pemimpin yang lupa diri.

Taib salahkan Anwar isu video Global Witness

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.

Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.

"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu.

Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak.

"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya. - Mkini

Lepas kekenyangan menyamun, Anwar pula dipersalah.


23 March 2013

(Video) Umno-BN bermasalah - Pisah (jauh) daripada mereka adalah taufik hidayah

SPR: Kumpulan 'ajaran sesat' mahu ganggu hari undi

JANDA BAIK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini.

Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi,  dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini.

Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal.

Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa.

Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13. -SH

Apa yang kamu merepek ni.

PKR tetap dengan pendirian, dakwa Papa Gomo ‘panik’

KUALA LUMPUR, 23 Mac – PKR tetap dengan dakwaan mereka terhadap penulis blog pro-Umno Papa Gomo, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini, sambil menambah parti tersebut akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti untuk mengesahkan identiti lelaki di belakang blog kontroversi itu.

Rafizi tetap dengan pendirian lelaki yang beliau namakan semalam Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papa Gomo – bekas anggota polis pernah didakwa kerana rasuah dan juga “pengundi hantu” dengan dua pendaftaran dalam daftar pemilih.

Pemimpin PKR itu juga meremehkan penafian lelaki mendakwa dirinya Wan Muhammad Azri yang memberitahu akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau bukanlah Papa Gomo seperti didakwa, tetapi merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat media.
“Apa sahaja ianya, dia sedang panik,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider petang ini.

“Apa dia boleh lakukan sekarang ialah menafikan dirinya orang tersebut, tetapi ini akan berlanjutan dan lebih banyak bukti akan dikeluarkan untuk membuktikan sebaliknya,” tambah beliau.
Rafizi mengatakan PKR akan mengeluarkan lebih banyak bukti untuk mengesahkan Wan Muhammad Azri adalah orang dibelakang blog kontroversi www.papagomo.com, blog yang ditujukan untuk menghentam pakatan pembangkang persekutuan itu. - TMI

Bukankah sekarang anda sepatutnya menyerang. Ini sudah terbalik. Bila nak keluar 'Seasons 7 Episode2'?

Anwar tidak layak tadbir negara, kata Taib Mahmud

KUCHING - Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.

"Rakyat dahulu berjuang untuk capai kemerdekaan kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam politik kita, tetapi malangnya ada pula pemimpin yang kononnya 'champion' di peringkat antarabangsa seolah mahu sejarah penjajahan berulang semula.

Dia bawa orang luar dan pengaruhi mereka, kemudian mereka 'condemn' Malaysia bukan negara yang baik.

"Dia tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan dia yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya," katanya ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta dekat sini hari ini.

Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala 'Arab Spring', itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan," katanya.

Taib berkata politik diamalkan pembangkang dengan terus-menerus membawa orang luar, nyata berbeza daripada politik yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

"Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul.

"Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini," katanya. - Bernama

Pernah atau tidak anda terfikir akan duduk di dalam penjara kerana kesalahan merompak khazanah rakyat?

Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

NONEDalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

NONEROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya. - Mkini

Kekuatan parti komponen PR antara punca Umno-BN takut untuk mengadakan pilihanraya. Pilihanraya bagai kematian mereka.

Lelaki dikatakan sebagai ‘Papa Gomo’ menafikan dakwaan

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Wan Muhammad Azri Wan Deris, lelaki yang dikenalpasti oleh PKR semalam sebagai penulis blog pro Umno Papa Gomo, telah tampil ke hadapan untuk menafikan pertuduhan, mendakwa dirinya sebagai seorang eksekutif di media.

Dalam satu mesej sistem pesanan ringkas kepada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian semalam, Wan Muhammad Azri mengenalpasti nombor MyKadnya digunakan Pengarah Strategi PKR dalam sidang akhbar semalam dalam menyemak rekod silam Papa Gomo.

Beliau menegaskan dirinya bukan penulis blog kontroversi disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memuatnaik gambar yang dikatakan video seks palsu.
“Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

“Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut akhbar tersebut, Wan Muhammad Azri juga menafikan dakwaan Rafizi bahawa dirinya adalah “pengundi hantu” menegaskan beliau tidak pernah mengundi sebelum ini.

“Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.
“Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju,” beliau dipetik berkata.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalami, Rafizi turut mendakwa Papa Gomo yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu dan juga pengundi hantu yang berdaftar di dua kawasan parlimen iaitu di Ampang dan Wangsa Maju.

“Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah,” kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.  - TMI

Bukan kata kamu berani ke?

Kiram dakwa lapan ‘pemberontak Sulu’ adalah rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.
Gambar fail menunjukkan askar-askar Malaysia semasa operasi memburu militant Sulu di Lahad Datu. — Gambar Reuters“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman  negeri mereka,” tambah Idjirani.
Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.
Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, pengerusi jabatan hak asasi manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.
Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Walau bagaimanapun, SLA memuatnaik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.
Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.
Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.
Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. - TMI

Kesan projek IC?

Najib di Pahang esok, semua tunggu Parlimen dibubar

KUALA LUMPUR - Dalam debaran menunggu pengumuman pembubaran Dewan Rakyat, parti-parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan keyakinan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang ditunggu-tunggu itu.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan berkata, jentera penerangan BN telah mengadakan sesi taklimat dan ceramah di seluruh negara, dan esok adalah yang terakhir di Sabah.

"Selagi belum pilihan raya kita kena terus bersiap dan terus bekerja tanpa henti sehingga kita tahu keputusannya. Segalanya sudah siap, kita hanya tunggu
manifesto dan pengumuman calon sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, manifesto BN biasanya akan dilancarkan selepas pembubaran Dewan Rakyat dan nama calon setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti biasa terus sibuk dengan jadual hariannya di Putrajaya manakala esok, beliau dijadual menghadiri beberapa program di Pahang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR juga sama seperti pihak lain yang menunggu pengumuman pembubaran     Dewan Rakyat.

"Sebelum masanya tiba, segala usaha penambahbaikan diteruskan SPR bagi memastikan PRU kali ini berjalan lancar termasuk membersihkan daftar pemilih," katanya.
Beliau berkata esok SPR masih mengadakan taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus peringkat Wilayah Persekutuan dan
mengikut jadual taklimat itu adalah yang terakhir.

Seandainya PRU13 diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.
Bagi mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam laman twitternya pula berkata, ahli MCA menunjukkan semangat yang tinggi dan bersedia untuk PRU13.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jentera parti tersebut telah berada pada tahap kesiapsiagaan yang terakhir dan segala persiapan bagi
menghadapi PRU13 sudah berada di tahap terakhir.

Beliau berkata, Pas membuat persediaan sejak setahun lepas berikutan jangkaan bahawa pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah tanah air.
Mengenai pemilihan calon, Salahuddin berkata senarai tersebut sudah 99 peratus selesai dan Pas bakal menampilkan calon yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan tidak dilupakan calon wanita. - Bernama

Rakyat sudah tidak sabar untuk tukar kerajaan Umno-BN.

22 March 2013

Bekas SB: Tukar kerajaan, pulihkan wibawa polis

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

NONE"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'
Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan. - Mkini

Rakyat akan dapat banyak keuntungan daripada kejatuhkan Umno-BN.

21 March 2013

SPRM 'bertindak sewajarnya' ke atas bukti Global Witness

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat yang didedahkan NGO Global Witness berhubung dakwaan urusniaga belakang tabir melibatkan keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.
"Siasatan sedang dijalankan. Dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak sewajarnya," kata Mustaffar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Global Witness juga mendedahkan dakwaan mengenai modus operandi kegiatan ahli keluarga dan rakan niaga Taib untuk mengelak daripada cukai dan syarat pegangan saham.

NGO yang menyiasat dan berkempen untuk menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar itu merakam video berkenaan secara rahsia.

Abdul Taib bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan. - Mkini
Anda percaya SPRM akan menyiasat sehingga mereka yang bersalah dihukum? Tidak jika di bawah Umno-BN.

20 March 2013

Sistem Saraan Transformatif: Cuepacs mahu butiran terperinci

SERDANG - Cuepacs meminta supaya dapat diadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Transformatif (SST).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak SST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu lepas, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai skim baharu itu.
Bagaimanapun menurutnya Cuepacs tidak dapat memberi jawapan tepat kepada pelbagai isu yang yang ditimbulkan mengenai sistem saraan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia itu kerana pihaknya sendiri, masih samar dalam pelbagai aspek mengenainya.

Menurutnya antara yang sering dibangkitkan ialah soal kumpulan perkhidmatan baharu, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya.
"Kalau secara rambang kami tahulah, tapi kami nak lebih terperinci, supaya dapat kami jawab soalan-soalan dari anggota kesatuan," katanya dalam persidangan media di pejabat Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) di Universiti Putra Malaysia di sini, selepas menyampaikan wang insurans kepada dua balu anggota Kepertama di sini.

SST yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 di Putrajaya awal minggu lepas ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

Kakitangan awam sudah meluat wahai Omar.

PMO: Khabar angin Parlimen bubar hari ini tak benar

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.
Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan undangan pertama yang akan dibubarkan, pada 26 Mac.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 25 Mac, sehari sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan.

Lim bagaimanapun berkata, Parlimen juga mungkin dibubarkan lima hari lebih awal daripada 25 Mac.

Tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan berakhir pada 28 April dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan serentak untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN.

Kenyataan PMO hari ini turut menjadi perhatian memandangkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan, pada 12 Februari 2008, bahawa Parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya.

Abdullah secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, 13 Februari 2008 untuk mengadakan pilihan raya ke-12. - Mkini

Cepat Najib, rakyat sudah tidak sabar untuk 'ajar' Umno-BN.

(Video) Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein: Kenapa Saya Masuk PKR?

PM Umum BR1M Jadi Inisiatif Tahunan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam Selasa.

Najib berkata justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.
"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya.

Beliau berkata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.
"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

"Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya.
Najib berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza.
"Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju," katanya.

Beliau berkata ada negara pula tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun dan ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.
Najib berkata kini masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan tentang halatuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya pilihan itu adalah tentang kebolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan ceritera kejayaan Malaysia dan janji ditepati.
Justeru, katanya rakyat perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, mendukung harapan, berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya.
"Atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah," katanya.

Najib berkata kerajaan bukanlah seperti mereka yang menerbitkan manifesto apabila musim pilihan raya, tetapi setelah menjadi kerajaan, janji itu dimungkiri.
Beliau berkata sudahlah manifesto yang dibuat tidak tunaikan, mereka terbitkan pula janji baharu dalam bentuk buku jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

"Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen buku jingga, dikeluarkan pula manifesto baharu. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baharu yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan.

"Maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baharu mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik?" katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan dan integriti proses pilihan raya, beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bebas dan telus.
"Untuk itu, saya menyeru kepada semua parti politik supaya 'walk the talk' dan mempunyai keberanian moral untuk menandatangani ikrar yang sama," katanya.

Najib turut mengajak seluruh rakyat supaya membina masa depan yang gemilang untuk semua dan menjanjikan pulangan adil kepada mereka yang bekerja keras, berkreativiti, inovasi dan sanggup mengambil risiko.
"Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan taman kebahagiaan untuk semua," katanya.

-BERNAMA

UmnoBN adalah kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi sebuah kerajaan yang mewakili taukeh - taukeh yang besar. Mengikut rekod lepas, kerajaan UmnoBN akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan jika rakyat terus memberi mandat kepada mereka. Duit BRIM itu akan mereka ambil semula secara halus dan rakyat terus terbeban dengan kos hidup yang tinggi seperti sebelum ini. Beranilah berubah dengan mengundi calon PR.

(Video) Kita sembelih Umno dahulu - Haron Din

Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes

SHAH ALAM - Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.

Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. - TMI

Niat baik perlu beserta dengan bukti yang baik.

Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

KUALA TERENGGANU - Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen.

"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya.  - Bernama

Memberi harapan tinggi yang akhirnya tidak menjadi (kenaikan imbuhan COLA & perumahan)  alasan wajar Omar patut meletak jawatan sebagai presiden Cuepacs.

19 March 2013

EKSKLUSIF - Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib

Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

NONEVideo itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang
penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu, telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya. - Mkini Rakyat Sarawak perlu berani tukar kerajaan.

18 March 2013

Kiram tarik balik gencatan senjata, arah pengikutnya terus berperang

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut  berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” ke atas Malaysia. - TMI

Itu namanya cari nahas.




16 March 2013

Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman

KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu." - SH

Siasatan harus mencakupi semua aspek. Beban kerja guru yang tinggi yang menyebabkan tekanan hidup boleh juga jadi penyebab kepada masalah mental.

14 March 2013

Kementerian luar: Akhbar Filipina bohong

Kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya menolak dakwaan media Filipina kononnya berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan Rabu malam, berkata dakwaan yang disiarkan oleh akhbar Inquirer pada 9 dan 10 Mac lepas, didapati tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Kenyataan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, yang terbabit dalam operasi itu, telah menafikan dakwaan itu dan perkara itu turut disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kementerian itu berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang dalam negara dan antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Tidak perlu diingatkan bahawa kumpulan pengganas itu telah melakukan tindakan keganasan dengan pembunuhan kejam dan kekejaman di Lahad Datu dan Semporna," katanya.

Kenyataan itu menyebut langkah perlu akan diambil bagi memastikan keperluan kemanusiaan semua orang awam di kawasan berkenaan akan ditangani sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia dengan sokongan padu semua rakyat Malaysia, akan kekal berdiri teguh dalam usaha melindungi keamanan dan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara, katanya - Bernama

Kenyataan yang jelas double standard.

TPM dakwa pembangkang rancang wujud porak peranda pada PRU13

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hari ini bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat

"Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.
  
"Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan," katanya ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru.
  
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.
  
Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
  
"Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu dalam pilihan raya umum akan datang.
  
"Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja... dan saya pergi ke tempat-tempat lain... gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat," katanya.
  
Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini... saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).
  
"Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu," katanya.
  
Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh.
  
Sebaliknya, beliau berkata manifesto yang akan dibentangkan BN kemungkinan selepas pembubaran Parlimen akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkara-perkara yang akan dilaksanakan supaya difahami dan diyakini rakyat bahawa kerajaan BN mampu melaksanakannya.
  
Dalam majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan dana RM200,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada beberapa rumah ibadat bukan Islam di kawasan itu untuk tujuan penambahbaikan.
  
Beliau turut melancarkan empat bas henti-henti syarikat Setara Jaya menambah kepada 12 buah bas sedia ada untuk kegunaan 22,000 penduduk di kawasan Hulu Selangor - Bernama

Maksudnya dia (UmnoBN) cuba menang dengan cara menipu. 

12 March 2013

Cuepacs mahu kakitangan awam sabar, tunggu pengumuman akhir tahun

SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.

Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.

"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).

"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.

"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya. - SH

Tiba pula masa UmnoBN dan pengikutnya bersabar menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya nanti.

Penjawat Awam kena tipu hidup-hidup oleh Najib?


Rafizi: Pakatan ada tawaran lebih baik bagi kakitangan awam

SHAH ALAM - Susulan pengumuman sembilan perkara 'berita baik' sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada "tawaran lebih baik" untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.

Sehubungan itu kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman 'lumayan' diumumkan oleh perdana menteri semalam.

Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.

"PR ada tawaran yang lebih baik dan kami tidak bimbang, sebab penjawat awam boleh bezakan. Soalnya, jangan salah guna tempoh selepas mandat," kata beliau.

Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata, "orang-orang Umno meroyan. Tidak faham isu dia orang ini.... isunya kerajaan yang tidak ada mandat, salah guna untuk pancing undi, bukan soal kebajikan penjawat awam," katanya lagi.

Semalam, Najib antara lain berkata kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai ini.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat
kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Perdana Menteri juga berkata, berkuat kuasa 1 Januari lalu semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti,
kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - SH

Cuba fahami ayat tersebut "faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai ini". Adakah maksudnya tahun depan penjawat awam tidak akan mendapat KGT kerana KGT sudah diberi awal? Jika benar penjawat awam yang memperolehi KGT RM80 sebenarnya hanya mendapat faedah RM400 (RM80 X 5 bulan) sahaja dan tiada sebarang kenaikan gaji daripada pengumuman semalam.