Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis
kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata
sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan
manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
"Manifesto
ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak
tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita
lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan
kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas
pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh
Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan
NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang semalam.
Pada 25 Februari lepas,
pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari
prasekolah hingga menara gading, kad keahlian DAP, PKR dan PAS boleh
diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan
cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya
dalam tempoh lima tahun.
Mengambil contoh di Eropah, Dr
Mahathir berkata ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan
baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu,
beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih
berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan
kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.
"Kalau
kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip
cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma,
semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.
"Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan
manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU 13), buat
apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut
sahaja," katanya.
Mengulas isu pencerobohan warga Filipina
di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata ia perlu diselesaikan melalui
pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.
Ditanya sama ada
isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak
beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika
saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab. - Bernama
Duit itu (perbelanjaan PR) masih ada pada rakyat dan rakyat akan berbelanja (kebanyakan dalam negeri). Siapa yang membazir duit sehingga mengalir banyak ke luar negara?
Ketibaan DS Anwar Ibrahim disambut meriah di Labuan |
“Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung,” katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di sini, malam tadi. “Itu adalah pembohongan...dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka.”
Bersemangat DSAI memberikan Pidato dihadapan ribuan Penyokong PR di labuan |
Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.
“Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen,” katanya. “Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia.”
Muhyiddin berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat khususnya di Sabah, tetapi pembangkang sengaja tidak nampak dan tidak mengakui pembangunan ketara yang dibawa oleh BN ke negeri itu.
Pada program itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meluluskan peruntukan RM40 juta bagi pembinaan sebuah sekolah menengah baharu, SMK Desa Wawasan, di Tambunan, dekat sini.
Beliau turut bersetuju untuk mewujudkan sebuah Sekolah Menengah Sains di di sini bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin minat dalam bidang sains.
Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan dewan serba guna Sekolah Kebangsaan Bingkor dan RM1 juta untuk melaksanakan pelbagai projek kecil di daerah Keningau. - Bernama