LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

29 November 2012

Perwakilan: 'Ada orang Melayu sendiri gembira perpecahan Melayu'

Admin | 7:24 PM |
umno
KUALA LUMPUR - Orang Melayu hari ini dilihat gembira menyaksikan perpecahan sesama Melayu sendiri, dakwa perwakilan dari Perlis, Aziz Had.

Aziz berkata, ada di kalangan individu yang sengaja mengecam dan menghina budaya Melayu.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini gembira apabila institutsi diraja dan budaya Melayu dipermainkan.

"Sehubungan itu, Umno perlu menang dalam pilihan raya akan datang bagi menghakis ancaman itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno ke-66, hari ini.

Katanya, Umno bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan yang ada demi masa depan bangsa dan negara.

"Kami berjanji untuk tidak khianati parti, berjanji bekerja kuat memenangkan parti dan sedia bersaing dengan jujur," katanya.

Dalam pada itu, perwakilan Kedah berharap rakyat Kedah dapat memberi peluang kepada Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir semula negeri itu.

Datuk Othman Aziz berkata, kekalahan sebanyak lima kerusi dalam pilihan raya lalu banyak mengajar mereka dan bingkas bangun.

Menurutnya, dengan semangat 'Aku Janji' yang dipupuk tahun lalu serta baiah yang ditekankan pemimpin, parti itu yakin dapat menawan semula daripada pentadbiran pembangkang.

"Kami mengaku pernah buat silap. Kami mohon berilah peluang kedua kepada kami.

"Kami berjanji tidak akan kecewakan lagi rakyat Kedah," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden.

Katanya, pemimpin parti itu akan terus berdoa dan akan bekerja bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Pemimpin Umno dan Barisan Nasional akan menaikkan negeri itu menjadi negeri yang hebat," katanya. - SH

Gembira apabila Melayu baik berpecah dengan Melayu lucah, fitnah, rasuah, dan parah.

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3

Admin | 12:30 PM |
utusan
KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.
“Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya.

Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama


Najib: Malaysia akan hilang kedaulatan tiga tahun selepas Pakatan perintah

Admin | 12:21 PM |
najib
KUALA LUMPUR, 29 Nov — Malaysia akan hilang kedaulatan dan musnah ekonomi tiga tahun selepas Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran hari ini.
Menurut presiden Umno itu, jika janji-janji PR dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara akan musnah seperti negara Greece.

“Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.
“Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.

“Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut Najib senarai janji-janji PR tidak lojik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.
“Jika disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri.
“Mana mungkin semua itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara,” katanya.

Najib turut menyelar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu melibatkan Australia dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

“Sebab itulah tanpa segan silu mereka mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan berkenaan hanya mengaibkan negara dan menghina intelek rakyat Malaysia.

“Tidak perlulah kita libatkan orang asing untuk menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden sampai sanggup mengkhianat bangsa dan tanahair.

“Dah lebih separuh abad pun kita merdeka ... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihanraya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi,” tambah Najib lagi.
Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung dari 27 November sehingga 1 Disember.

2,722 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara berhimpun bagi mendengar amanat pimpinan tertinggi Umno menjelang pilihan raya paling sengit,  bakal berlangsung tidak lama lagi. -TMI

Anwar panggil pemerhati luar ( Australia ) kerana SPR gagal buat kerja. Ini lebih baik dari bawa bahan berbahaya dari Australia masuk ke Malaysia.

'Kita akan bersaing untuk setiap undi...pertahan Putrajaya'

Admin | 12:13 PM |
najib
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk menyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya.

"Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

"Duhai putera puteri... duhai para pejuang bangsa, segeralah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan... pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini... pertahankan.... pertahankanlah Putrajaya.

"Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia.... Tanah Malaysia... Permata Nilam," tegas Najib di akhir ucapan dasarnya itu.

Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya Umum ke-13 ini bukanlah satu pilihanraya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat  dan negara.

"Pilihanraya inilah yang akan mencorakkan rupawajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

"Hakikatnya, hasil kerja keras setiap generasi, kita telah membentuk Malaysia yang dikagumi rakan dan dihormati rakan dan taulan. Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara," katanya.

Pilihannya juga amat jelas, tambahnya, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

Di satu sudut, tambahnya, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman.

"Hendaklah kita selalu beringat. Betapa susah payahnya bapa-bapa pengasas kita membina apa yang dinikmati hari ini.

Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Muhamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebaliknya, saudara dan saudari, di satu sudut lagi, jalan yang bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri.

"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.

"Justeru, saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," tambahnya.

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Najib berkata, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan. Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam. - Malaysiakini

Kalah UmnoBN nanti, jangan buat huru hara dan kacau pula. Hormati keputusan rakyat memilih PR.

Suspek samun, rogol diburu

Admin | 12:05 PM |
IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki 
yang disyaki terlibat dalam kejadian samun 
dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu.
KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.

Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.

Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.
Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan. - Kosmo

Untung tak buat jahat.

28 November 2012

Nurul Izzah dicabar berdebat dengan Puteri UMNO

Admin | 9:35 PM |

Shahanim
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar hari ini dicabar berdebat dengan Pergerakan Puteri UMNO sebelum memasang hajat untuk berbuat demikian dengan Presiden UMNO atau pemimpin tertinggi lain.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anak kepada Ketua Pembangkang itu diingatkan agar tidak hanya menunjukkan keberanian dengan mencabar Presiden dan Timbalan Presiden parti.

"Sebut saja bila, sebut saja di mana, saya dan ahli Puteri akan datang berdepan dengan dia. Kalau betul dia anak reformasi mari bertarung di pentas bahas dengan puteri anak kelahiran UMNO," katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

Saya rasa Nurul tidak akan menolak ini asal sahaja dibuat secara live. Cuma janganlah nampak takut dengan bawa ramai lawan satu.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar hari ini dicabar berdebat dengan Pergerakan Puteri UMNO sebelum memasang hajat untuk berbuat demikian dengan Presiden UMNO atau pemimpin tertinggi lain.
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anak kepada Ketua Pembangkang itu diingatkan agar tidak hanya menunjukkan keberanian dengan mencabar Presiden dan Timbalan Presiden parti.
"Sebut saja bila, sebut saja di mana, saya dan ahli Puteri akan datang berdepan dengan dia. Kalau betul dia anak reformasi mari bertarung di pentas bahas dengan puteri anak kelahiran UMNO," katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121128/po_24/Nurul-Izzah-dicabar-berdebat-dengan-Puteri-UMNO#ixzz2DWUxAHQ4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pemimpin Kelab UMNO pejuang siber parti

Admin | 9:17 PM |

kelab umno
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Para pemimpin Kelab UMNO Luar Negara diminta memainkan peranan sebagai penggempur siber bagi menghadapi perang siber oleh pihak pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan pihak pembangkang di alam maya.

"Oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi UMNO," katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menggesa ahli-ahli Kelab UMNO agar menyertai pertubuhan itu selepas mereka menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air.

Katanya, ini membolehkan ahli-ahli berkenaan meneruskan kesinambungan perjuangan mereka sebelum mereka menyertai mana-mana cawangan dan bahagian UMNO. - UTUSAN

Berilah 'elaun siber tinggi' baru semangat nak berjuang lawan PR. Tak kan free sahaja nak gadai ke'intelektualan'an.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Para pemimpin Kelab UMNO Luar Negara diminta memainkan peranan sebagai penggempur siber bagi menghadapi perang siber oleh pihak pembangkang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan pihak pembangkang di alam maya.
"Oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi UMNO," katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di sini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menggesa ahli-ahli Kelab UMNO agar menyertai pertubuhan itu selepas mereka menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air.
Katanya, ini membolehkan ahli-ahli berkenaan meneruskan kesinambungan perjuangan mereka sebelum mereka menyertai mana-mana cawangan dan bahagian UMNO. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121128/po_26/Pemimpin-Kelab-UMNO-pejuang-siber-parti#ixzz2DWRjbC00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Deepak dakwa ditekan lembaga pengarah syarikatnya

Admin | 9:04 PM |
deepak
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya. - Malaysiakini

Bekas KPN dakwa menteri campur tangan siasatan

Admin | 8:45 PM |
musa
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa (gambar) kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.
“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.
“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.
“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.
“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.
Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka. - TMI

Patut masa ada kuasa dahulu.


Shahrizat: Jika Umno hilang kuasa, tidak mustahil 13 Mei berulang

Admin | 3:04 PM |
wanita
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.
“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

“Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.
“Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.

“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember. - TMI

13 Mei tidak akan berulang kerana Melayu yang baik (PR) ambil alih pemerintahan negara manakala Melayu jahat (UmnoBN) akan diseret ke muka pengadilan (Jika ada bukti salahguna kuasa).

(Video) Sambutan Hari Lahir Sultan Pahang

Admin | 12:32 AM |

27 November 2012

Lelaki Ditahan Berhubung Kes Rogol, Bunuh Pelajar Perempuan 16 Tahun

Admin | 7:09 PM |
Norikah Saliwah
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan kes rogol dan pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kota Matudu, Sabah.

Suspek, merupakan warga asing yang mengendalikan sebuah kedai perabot ditahan pada kira-kira pukul 10 pagi Selasa selepas mayat Norikoh Saliwah ditemui dibuang di tepi jalan dekat Kampung Ranau pada kira-kira pukul 12.40 petang pada Ahad, kira-kira 2 kilometer dari bandar Kota Marudu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Assiten Superitendan Kamaruddin Sulaiman mengesahkan penangkapan itu berkata, polis percaya budak perempuan itu dirogol dan dibunuh.

“Kami sedang menyoal siasat suspek,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai kes yang mencetuskan kemarahan penduduk di Kota Marudu.

Menurut rakan-rakan dan keluarga mangsa, gadis itu kali terakhir dilihat pergi ke kedai perabot bersama kakak dan sepupu mereka.

Kakak dan sepupu dikatakan meninggalkannya di kedai kerana mangsa pergi untuk melihat perabot di tingkat atas kedai.

Ia adalah kali terakhir gadis itu dilihat oleh kakak dan sepupunya yang hanya menyedari dia pada tengah hari Ahad.
Polis, yang pada mulanya menjumpai mayat di tepi jalan, mengesyaki dia menjadi mangsa langgar lari. - Mstar

26 November 2012

Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000

Admin | 6:58 PM |
abu bekir
Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.

"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.

NONE"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.

Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.

Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.

Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. - Malaysiakini

Bukalah mata dan hati wahai pengundi Sarawak.

Malaysia kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura

Admin | 8:14 AM |

REAKSI kecewa Norshahrul Idlan selepas 
rembatannya tersasar melepasi palang 
gol lawan dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 
menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit 
Jalil, malam tadi. Singapura menang 3-0.
KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.

Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.

Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.

Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.

Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan. 

Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.

Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.

Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.

Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada barisan tengah.

Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.

Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya. - Utusan

KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.
Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.
Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.
Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.
Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.
Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.
Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.
Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.
Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada barisan tengah.
Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.
Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121126/su_01/Langkah-sumbang#ixzz2DHaGnAWP
© Utusan Melayu (M) Bhd