30 September 2012

PM: Berwaspada dengan senjata pembangkang

Najib
SEREMBAN, 30 Sept —  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga “senjata” iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.
“Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan).

“Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.
“Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada Negara? Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga — kutuk, hasut, janji.”
 Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.
“Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama.”

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.
“Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

“Simbol tak sama... kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama,” katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan “kabinet bayangan” mereka.
Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk
menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

“Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. “Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata ‘tidak’, pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip.

“Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama,” katanya.
Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

“Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.
“Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu,” katanya. - Bernama

Rakyat Malaysia bakal bertuah kerana mendapat ketua pembangkang (Najib) yang berwibawa selepas pilihanraya nanti.

Guru besar ditahan cabul dua murid

Gambar Hiasan
TELUK INTAN 28 Sept. - Polis menahan seorang guru besar sebuah sekolah rendah yang didakwa mencabul dan cuba merogol dua murid sekolahnya ketika menghantar mangsa pulang ke rumah menaiki keretanya di sini petang semalam.

Suspek berusia 57 tahun ditahan di rumahnya malam tadi selepas keluarga dua murid berusia 11 tahun itu membuat laporan polis petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang apabila kedua-dua mangsa mendakwa guru besar itu tidak terus menghantar mereka pulang sebaliknya membawa mereka ke rumahnya di Pekan Baru terlebih dahulu untuk memuaskan nafsunya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, semasa berada di rumah guru besar itu, dua murid perempuan itu mendakwa mereka telah dipeluk dan dicium oleh suspek.
"Mangsa juga mendakwa guru besar itu meminta mereka menanggalkan pakaian tetapi mereka menjerit meminta tolong dan merayu supaya dihantar pulang.

"Selepas didesak oleh kedua-dua mangsa, guru besar itu telah menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kok Liang berkata, kedua-dua mangsa yang pulang dalam keadaan ketakutan kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarga mereka yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan.

Susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. - Utusan

Siasat dengan adil. Budak sekarang juga sudah ada yang pandai bercakap bohong.

Azalina: Himpunan Hijau Lestari topeng pembangkang capai objektif politik

Azalina
PENGERANG, 30 Sept —Di sebalik bantahan dan demonstrasi di Dataran Sungai Rengit anjuran Himpunan Hijau Lestari, di sini hari ini, ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman melihat ia hanyalah “topeng” pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menggunakan badan bukan kerajaan untuk mencapai objektif politik mereka.

Azalina juga turut meyuarakan keyakinan rakyat Johor, dan Pengerang khususnya, tidak begitu daif untuk menilai rasionalnya isu Pengerang ini untuk menggoncang kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor.
“Ia strategi pembangkang, tapi mereka gunakan topeng organisasi bukan kerajaan untuk mencapai objektif politik pembangkang.

“Saya tidak akan bawa isu pembangkang, lebih baik saya bawa isu BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Organisasi bukan kerajaan Pengerang, sebelum ini, berkata kepada The Malaysian Insider yang mereka telah cuba untuk mendapatkan bantuan daripada Azalina bagi membantu mereka berhubung projek pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion.
Azalina, bagaimanapun, menafikan perkara itu, malah beliau menegaskan isu yang dibawa NGO itu adalah ideologi pembangkang.

“Bila mereka jumpa saya? Saya selalu cuba selesaikan isu yang di bawa organisasi bukan kerajaan. Untuk di Pengerang ini, mereka ada tiga pilihan, kerajaan tak memaksa.
“Banyak organisasi bukan kerajaan  bawa ideologi pembangkang... kalau betul Himpunan Hijau ingin memperjuangkan alam sekitar, kenapa semasa tumpahan minyak di Pengerang yang melibatkan hampir 700 nelayan tiada pemimpin mereka yang turun padang?” bidasnya.

Jelas Azalina lagi, perhimpunan hari ini juga digerakkan pembangkang dengan harapan untuk menjadikan RAPID sebagai Lynas kedua.
“Perhimpunan itu digerakkan pembangkang dengan harapan ingin menjadikan RAPID sebagai Lynas kedua. “Mereka cuba gunakan sentimen ini untuk mewujudkan pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia,” tegasnya.
Malah, Azalina juga turut menggesa ketiga-tiga parti komponen PR untuk menyatakan pendirian mereka berhubung isu RAPID ini.

“Isu RAPID ini saya yakin mereka akan gunakan sebagai senjata menjelang pilihan raya umum ke-13. Apa pendirian mereka dalam isu ini?
Selepas pilihan raya, ia akan senyap,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Perhimpunan hari turut menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.

Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider dengan organisasi bukan kerajaan Pengerang,  koordinatornya Zaaba Abdul Samad berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.

“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang... tapi perairan di Johor, sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan Selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan, mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.

Justeru, Zaaba menegaskan isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu. Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.

“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.”
Sementara itu, pengerusi organisasi bukan kerajaan Pengerang Anis Afida Mohd Azli menegaskan, ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan BN itu.

“Mereka sangat marah.
“Mungkin ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck pula menegaskan isu di Pengerang ini bukan lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insider turut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut. - TMI

Selepas pilihanraya akan senyap kerana masalah itu akan diselesaikan oleh kerajaan PR yang baru.

LHDN: Individu pendapatan bercukai bawah RM5,000 bebas cukai

lhdn
CYBERJAYA - Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.
  
Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.
  
"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.
  
Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.
  
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.
  
Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.
  
Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi dan meningkat produktiviti.
  
Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.
  
Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalam Bajet 2013. - Bernama

Ezam: Kekuatan Umno makin lemah

Ezam
SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.
Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13. - Malaysiakini

Najib jangan buat-buat tidak faham. Ezam hendak jadi calon.

29 September 2012

Bekas KM Pulau Pinang dakwa Anwar tak pernah suka Pas

Mohammad Fairuz Khairuddin
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai  Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.

"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.

"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.

Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam.

"Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.

"Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.

Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.

"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya. - SH

Perbuatan melaga-lagakan orang ini bukan perangai orang Islam.

28 September 2012

Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan

bajet
SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - SH

Seperti pilihanraya bulan disember. Kesilapan besar buat Najib kerana tidak menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.

27 September 2012

Nazri komen macam menteri pelajaran, kata TPM

Muhyidin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tuntutan oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong sebagai perkara "munasabah" hanyalah pandangan peribadi menteri berkenaan.

Katanya, beliau sendiri telah mendapatkan penjelasan menteri hal ehwal undang-undang tersebut pagi ini, susulan kenyataan Nazri selepas menerima memorandum NGO berkenaan semalam.
"Apa yang dinyatakan itu pandangan dia, tetapi saya jelaskan, kita pun ada pendirian, polisi kerajaan tentang soal itu pun jelas dan kita pun dah buat keputusan.

"Jadi sepatutnya (apabila Nazri) terima  memo itu, dia boleh serah kepada saya. Nanti kita boleh buatlah. Jadi tak payah komen. Dia komen macam dia jadi menteri pelajaran, susahlah saya.

"Saya beritahu dengan (Nazri), dan dia pun kata betul, dan pandangan itu peribadi. Mungkin dia rasa silap buat kenyataan. Saya dah panggil dia, dan ulasan dia telah buat," katanya.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menerima memorandum daripada mana-mana pihak.

"Cuma apa tuntutan dalam memorandum itu, biasanya kita akan kaji, saya pun tak baca lagi apa tuntutan dalam memorandum itu.

"Kalau soal pentadbiran, soal guru itu dah lama dah. Jawatankuasa (telah) kita tubuhkan. Tapi kalau ia menyentuh soal undang-undang dan dasar, dia tidak boleh jawab macam itu. Kita kena kaji.

"Jadi tak apalah dia dah terlepas cakap. Tapi apa yang dicakap itu (tidak semestinya) betul dan mengikut polisi kerajaan. Jadi saya telah beritahu dia, supaya tidak membuat kenyataan sebegitu (selepas ini)," katanya.
'Saya bukan munafik'
Terdahulu, Nazri ketika bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi. - Malaysiakini

Sudah hendak lingkup pun bertelagah sesama sendiri.

Rayuan bekas pengikut Ayah Pin ditolak, hukuman penjara kekal

Kamariah Ali (kiri) ketika keluar 
dari Mahkamah Rayuan Syariah, 
Kuala Terengganu, hari ini.
KUALA TERENGGANU - Seorang pengikut ajaran sesat ‘Kerajaan Langit Ayah Pin’, Kamariah Ali, 61, terpaksa akur selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini, hari ini menolak permohonan rayuannya dan mengekalkan hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah terhadapnya, empat tahun lalu.

Sebelum ini, pada 3 Mac 2008, bekas ustazah lulusan Universiti Al-Azhar itu, telah didapati bersalah mendakwa dirinya bukan Islam bagi mengelak daripada diambil tindakan dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamad Abdullah telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya.

Kamariah telah didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 kerana mengaku bukan Islam sebagai jalan mengelak diambil tindakan di atas kesalahan mengikut Seksyen 10 Enakmen sama kerana melanggar fatwa.

Bagaimanapun, semalam, tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut yang bersidang bersama Datuk Md Yusup Che Teh dan Datuk Husin Harun memutuskan, hukuman dua tahun penjara yang dikenakan sebelum ini dikekalkan dan mengarahkan hukuman itu berkuat kuasa semalam di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ibrahim ketika membacakan penghakiman itu berkata, selepas panel hakim meneliti semua alasan dan rayuan perayu (Kamariah) serta bukti, hujah dan dokumen dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang diputuskan pada 3 Mac 2008.

“Pihak pendakwaan juga berjaya membuktikan fakta dalam kes itu dan Kamariah didapati melakukan kesalahan berat dan serius serta mengancam kelangsungan hidup beragama,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kasmizan Abdullah manakala Kamariah diwakili peguam, Saadiah Din.

Sebelum ini, pada 20 Julai 2005, Kamariah antara yang ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu dengan bantuan polis di Kampung Ayah Pin di Batu 13, Besut.

Kemudian, Kamariah dituduh mengeluarkan kenyataan keluar dari Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 12.50 tengah hari, 21 Julai 2005 di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut.

Dia mengaku bukan Islam bagi mengelak dikenakan tindakan atas kesalahan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 kerana melanggar fatwa yang mengisytiharkan ajaran Ayah Pin atau Ariffin Mohamad sebagai sesat.

Bagaimanapun, dia bersama 40 pengikut lain yang turut didakwa atas kesalahan sama dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah daripada pertuduhan itu, namun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 7 Enakmen sama, kerana mengaku bukan Islam.

Sepanjang prosiding kesnya pada 2008, Kamariah mencuri perhatian mahkamah apabila berdolak dalik ketika Mohamad memintanya mengucap dua kalimah syahadah untuk merungkai keraguan status agamanya. - SH

Suspek rompak RM1.23j ditemui keletihan

suspek
TAIPING 26 Sept. - Selepas lebih seminggu menjadi buruan polis, seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya sebelum melarikan enam beg berisi wang RM1.23 juta, akhirnya berjaya diberkas malam tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 11 malam di kawasan hutan berbukit di Kampung Syed Omar, Perlis oleh anggota pasukan khas Polis Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui keletihan dipercayai kelaparan dalam hutan tanpa sebarang bekalan makanan selepas bersembunyi sejak beberapa hari lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui wang tunai RM7,250 dan mata wang Thailand 550 baht (RM54) bersama suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek dipercayai memasuki Thailand melalui laluan tikus di sempadan negara sebelum masuk semula ke Malaysia beberapa hari lalu. - Utusan

Sepandai tupai melompat...

26 September 2012

Cuepacs harap bonus satu setengah bulan

baget
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.

"Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman.

"Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000.

"Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000," katanya.
Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.

Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.
Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia.

"Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam," katanya. - SH

Penambahan elaun perumahan dan bonus sebulan gaji boleh mengembirakan kakitangan awam. Najib melakukan kesilapan jika tidak menggunakan baget ini untuk memikat hati penjawat awam.

Hasan Ali dakwa kenyataan Anwar hina orang Islam

hasan ali
Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam Innocence of Muslims.Hasan mendakwa demikian berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Anwar dalam laporan akhbar British, The Scotsman.

Laporan Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."

Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".

NONE"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.

Laporan Utusan itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa Anwar mengulas "reaksi ganas" dalam bantahan orang Islam ke atas video yang menghina Islam itu.
Kenyataan Anwar dalam The Scotsman itu juga sebaliknya menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"
Seterusnya, Anwar dalam laporan The Scotsman itu juga mengulas mengenai kemarahan kelas pemerintah Malaysia ke atas filem berkenaan.
"Hipokrasi oleh orang-orang ini (yang) bercakap mengenai mempertahankan Islam sedangkan mereka terang-terangan korup dan tidak adil...," katanya. - Malaysiakini

Teringat lawak filem P.Ramlee, "Apa yang kau merepek ni Syaitan"

Bajet Pakatan tak berasaskan dasar kaum

Belanjawan Rakyat
Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini. - Mkini

Pahang rugi jika batal bekal air

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh
SHAH ALAM – Kerajaan Pahang akan kerugian RM60 juta jika perjanjian konsesi penyaluran air mentah dari negeri itu ke Selangor dibatalkan.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, dalam perkara itu, Selangor tidak akan kerugian kerana tidak perlu membeli air mentah.

Malah menurutnya, Pahang sebaliknya yang berkemungkinan dikenakan penalti kerana melanggar perjanjian.

“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 23 September lalu mengugut akan membatalkan perjanjian menyalurkan air mentah ke Selangor jika negeri itu  terus berdegil tidak meneruskan projek Langat 2.

“Adnan tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah. Yang sebenarnya, Selangor mempunyai bekalan air mentah yang cukup. Yang kurang di Selangor ialah air terawat, bukan air mentah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mendakwa, punca Selangor kekurangan air terawat kerana syarikat konsesi air, Syabas tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Ia merupakan asas kenapa Kerajaan Negeri Selangor bertegas mahu mengambil alih pengurusan air di Selangor. Dengan itu, Selangor langsung tidak akan rugi apa-apa jika Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air.

"Sebaliknya Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan,” katanya.
Selain itu, Fuziah mendakwa projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 bilion itu hanya usaha untuk memberi projek kepada syarikat kroni.

“Kerajaan Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100 peratus selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat Selangor.

 “Jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan penstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan,” katanya. - SH

Kos 2 hari sewa jet eksekutif RM96,000

Mohd. Taufik Omar
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional. - Utusan

25 September 2012

Anak Taib Mahmud didakwa 'tampar', 'tumbuk' isteri

Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Shahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney dan Kuching.

NONE"Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk.

"Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar," katanya.

Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang "sebesar muzium lama" di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.

24 September 2012

Pemilik jet tak harap balasan, kata Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.
NONEAnwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.

NONEKatanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.

Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam.

"Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya.

Ketua Pemuda Umno Kepong cedera parah ditikam

Norizan
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.
Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.
"Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya.
Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - SH

Parti dia kata Malaysia aman.

Isu filem hina Nabi: Umno Terengganu persoal pendirian Anwar

Timbalan Pengerusi Biro Agama 
dan Penerangan Umno Terengganu, 
Muhammad Ramli Nuh
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Penerangan Umno Terengganu, Muhammad Ramli Nuh mempersoalkan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak ke depan dalam membantah penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’.

Lebih jelas lagi, katanya, sikap Anwar yang tidak menegur Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham juga memperlihatkan Anwar bersikap berhati-hati dalam menjaga hubungannya dengan Pakatan Rakyat (PR) berbanding agama.

Menurutnya, sebagai orang Islam dan juga ketua bagi parti-parti pembangkang, Anwar sepatutnya mengambil peranan terhadap isu yang melibatkan sensitiviti agama itu.

“Kenapa Anwar tidak boleh lantang dalam isu ini atau menegur Ngeh Koo Ham. Saya tengok Anwar bukan lagi pejuang Islam. Keadaan ini berbeza dengan dahulu ketika dia menerajui kepimpinan Abim dan menjadi pejuang kepada gerakan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Jelasnya, beliau tidak bermaksud supaya Anwar menimbulkan kekecohan sebaliknya mempertikaikan sikap Anwar yang tidak menonjolkan diri dalam isu-isu seperti ini yang jelas menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Beliau tidak menolak, sikap berhati-hati yang ditunjukkan Anwar itu berkemungkinan menguatkan lagi dakwaan pihak tertentu sebelum ini bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Yahudi.

“Kita tengok beliau tidak berapa marah terhadap Amerika, di samping mengambil jalan selamat untuk menjaga hubungannya dengan PR untuk ke Putrajaya. Sepatutnya dalam kes ini, beliau perlu menjadi pemimpin utama yang bergerak ke arah itu,” katanya.

Menyentuh perkara sama, Muhammad Ramli turut memuji sikap Umno dan Pas yang mampu bersama-sama berjuang dalam isu terbabit.

Secara tidak langsung katanya, kedua-dua parti yang dianggotai majoriti Melayu dan Islam itu masih mempunyai ruang untuk bersatu atas platform agama.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan itu turut membuktikan Umno dan Pas berupaya mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan Islam.

“Alhamdulillah, kita nampak kesedaran ada untuk berjuang bersama baik Pas atau Umno walaupun mereka bergaduh atas tiket politik tetapi disebabkan kepentingan agama, mereka tidak meletakkan politik di depan,” katanya. - SH

Lepas Anwar beri kenyataan tuduh pula dia tidak ikhlas.

23 September 2012

(Video) Cara BN Menang Pilihanraya ke-13 nanti?

Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.
Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. - Malaysiakini

Mahathir ketakutan apabila bukan hanya rakyat Malaysia menyokong Anwar tetapi masyarakat antarabangsa juga menyokong.

22 September 2012

Cuepacs harap kerajaan tambah imbuhan perumahan

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.
“Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.
Sebagai contoh, katanya ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ini amat membebankan penjawat awam seolah-olah mereka tidak mendapat pelarasan gaji.

Lok berkata menerusi belanjawan itu juga penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun berharap dapat diberi pelepasan cukai. — Bernama

Wajar naikkan RM100 lagi.

PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud

Taib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. - Malaysiakini

Najib tidak ambil pusing tetapi rakyat Malaysia ambil pusing. Tukar kerajaan dan siasat kekayaan pemimpin UmnoBN. Pastikan harta mereka diperoleh secara sah tetapi jika terbukti dengan jalan salahguna kuasa dan rasuah. Penjara sedang menanti...


Najib mohon lagi sepenggal untuk lebih pembangunan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini,

"Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.

Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.

Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini. - Malaysiakini

Ramai rakyat susah dan kesempitan hidup. Menteri UmnoBN kaya raya dilimpahi dengan duit yang begitu banyak sekali. Rakyat tiada pilihan lain kecuali tumbangkan kerajaan UmnoBN dalam pilihanraya nanti.

K'jaan tumpu rumah mampu milik bawah RM300,000

Kerajaan akan memberi tumpuan untuk membantu pembinaan lebih banyak rumah mampu milik bernilai di bawah RM300,000 bagi perumahan awam dan swasta kerana menyedari harga rumah semasa menyukarkan rakyat terutama golongan menengah memilikinya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan menyedari masalah itu sejak beberapa tahun lepas dan mengusahakan strategi yang diselaraskan dengan kemampuan rakyat sejajar dengan 'the people's first'.

"Harga rumah jauh lebih tinggi, pegawai kerajaan yang baru mula kerja pun tak mampu nak beli mampu milik ini. Ia akan jadi agenda penting kerajaan untuk bantu rakyat memiliki rumah mampu bina," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena lawatan kerjanya ke China.

Muhyiddin berkata rumah berharga RM300,000 ke bawah akan menjadi tumpuan setelah kajian dijalankan terhadap pendapatan rakyat dan kos jualan pemaju.

Beliau berkata swasta mungkin akan digalakkan membina rumah mampu milik dengan mempertimbangkan pemberian insentif agar mereka dapat membantu membina rumah kategori sedemikian.

"Kalau mereka tidak untung besar tapi bilangan pembeli ramai, akhirnya beri keuntungan pada mereka juga. Tapi mungkin isu penting soal tapak, ada tanah tapi tak sesuai, tempat tiada penghuni dan isu lain yang kementerian pusat dan kerajaan negeri harus cari jalan menyelesaikannya," katanya.

Katanya beliau menjangkakan projek-projek rumah mampu milik akan dapat dilaksanakan lebih pantas selepas pembentangan Belanjawan 2013.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan yang akan membentangkan belanjawan itu pasti mengetahui situasi serta keupayaan kemampuan.

Mengulas belanjawan yang akan dibentangkan pembangkang yang antara lain mengenai rumah mampu milik, Muhyiddin berkata ia tidak mempunyai 'legal standing'.

"Ini cuma political gimmick nak gambarkan kalau Bajet Perdana Menteri adalah A, Bajet dia A++, one upmanship sebagai satu tarikan politik bahawa Pakatan Rakyat akan menawarkan jauh lebih baik daripada BN sudah buat dalam Bajet.

"Tapi rakyat mesti paham, mereka boleh buat berbagai-bagai, tapi terbukti macam contoh di Selangor, mereka dah tawarkan macam-macam tapi tak terlaksana.

"Kalau mereka nak buat affordable housing, patut di Selangor banyak rumah dibina atau di Pulau Pinang tapi tak dibuat pun," katanya. - Bernama

50 tahun lebih diberi peluang memerintah, ada ramai rakyat tak berumah sendiri?

20 September 2012

Doktor pakar disamun

AZHAM memperkatakan sesuatu kepada
 Ida Zarina yang cedera disamun ketika ditemui 
di HUSM semalam.
KOTA BHARU – Seorang doktor pakar mengalami detik cemas apabila bukan sahaja kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina miliknya lesap malah, dia cedera di beberapa anggota badan akibat disamun di Kampung Demit di sini kelmarin.

Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika Dr. Ida Zarina Zaini, 38, yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berada dalam kenderaan tersebut di depan rumah sementara menunggu tiga anaknya masuk untuk dihantar ke sekolah.

Mengimbau semula kejadian itu, Ida Zarina memberitahu, tanpa disangka, seorang lelaki berwajah bengis tiba-tiba membuka pintu pemandu menyebabkan dia tersentak dan menjerit.

“Saya kemudian tergesa-gesa ke kerusi penumpang depan sebelum suspek terus mengundurkan kenderaan dengan laju. Tanpa berfikir panjang, saya terus membuka pintu dan terjun sebelum tercampak menyebabkan saya cedera di kepala, lengan dan kaki.

“Suspek kemudian terus memecut kereta,” ceritanya ketika ditemui di HUSM di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan melakukan Ops Tutup sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Kita sedang mengesan penjenayah berusia lingkungan 30-an tersebut berdasarkan beberapa maklumat yang kita peroleh daripada saksi kejadian.
“Suspek dipercayai datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira hitam bersama seorang rakan sejenayahnya,” katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Ekoran kejadian itu, mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM80,000 dan tiada barangan berharga lain berada di dalam kenderaan tersebut. - Kosmo

Akibat pemimpin tidak bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat.

Dr M tak jangka BN akan menang besar

Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka BN akan memenangi pilihan raya umum akan datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang meyakinkan.

Dalam ucapannya di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2012, Dr Mahathir berkata senario ini bermakna status quo
kerajaan persekutuan akan kekal - "lemah".

Beliau yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, ini akan menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

Menurutnya, kerajaan sekarang mempunyai kelebihan 30 kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli Parlimen akan mengakibatkan perubahan kerajaan.

Itulah sebabnya, tambah beliau, kerajaan sekarang yang lemah kerana ia cuba untuk terus kekal dengan menumpukankepada pelbagai tuntutan dan tidak memberi tumpuan kepada pembangunan negara atau mendengar apa komuniti perniagaan mahu.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa BN masih boleh memenangi pilihan raya umum ke-13 tetapi dengan  majoriti yang kecil. - Malaysiakini

Cukup sudah rakyat ditipu selama ini. PR akan mengambil tempat.

Malaysia risiko jika BN kalah, kata Mahathir

mahathir
KUALA LUMPUR - Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.
"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Bagaimanapun, beliau berkata, BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.
"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.
Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.
"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - Bernama

Rakyat tetap akan beri peluang PR memerintah sepenggal. Jika lebih baik dari UmnoBN, tempoh akan dilanjutkan lagi.

Kajian perincikan kekayaan AS$21 bilion empayar Taib

Kekayaan Taib
Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. - Malaysiakini

Rakyat Sarawak perlu cerdik dengan pilih calon PR.

Cuepacs: Penjawat awam sedia kerja lebih masa jika...

omar
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menawarkan untuk bekerja lebih masa setiap hari sekiranya kerajaan melaksanakan enam tuntutannya, termasuk bayaran lebih sebulan gaji.

Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersedia membincangkan perkara itu dalam kongresnya, sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan mereka dalam pengumuman Bajet 2013 pada 28 September ini.

"Cuepacs akan pastikan perubahan pekerja. Kita akan minta mereka bekerja lebih masa 15 minit sehari iaitu, datang seawal 7.45 pagi dan pulang 5.15 petang," kata Omar.

Katanya, Cuepacs juga menuntut supaya perdana menteri mengumumkan rancangan baru untuk menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan Mac lalu.

Selain itu, Cuepacs mahu kerajaan menurunkan harga rumah kepada kadar RM60,000 hingga RM150,000 untuk membolehkan penjawat awam berpendapatan kurang RM3,000 memilikinya, kata Omar.

NONECuepacs juga meminta kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman berkenaan, katanya lagi yang menambah, perkara itu pernah dibangkitkan sejak tahun 2010.

Kesatuan itu juga menuntut supaya kerajaan mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

Omar berkata, sebelum ini MBJ di peringkat persekutuan telah dimansuhkan oleh kerajaan tanpa memaklumkan kepada pihaknya.
 "Kita serahkan semua ini pada kerajaan. Tak boleh pada orang lain kerana saluran kita (adalah) kerajaan.

"Kita mahukan penjawat awam yang berkualiti seiring dengan apa yang kita tuntut dan kerajaan mahukan," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Cuepacs hari ini. - Malaysiakini

Mana perginya slogan kerajaan UmnoBN 'janji ditunai' yang kononnya akan mengantikan SBPA kepada rancangan yang baharu.

19 September 2012

Gadis dirogol lelaki kemaruk seks dalam bilik air

Suspek turut menggeledah bilik tidur mangsa 
untuk mencari barang berharga
KUALA LIPIS - Berikutan tidak mampu mengawal nafsu serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk merogolnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas merogol mangsa, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa diheret dari bilik tidurnya sebelum dirogol dalam bilik air.
“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.

Abdul Razak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuhnya.

“Polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya.

Manakala, mangsa pula menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, akibat cedera selepas bergelut dengan suspek.


Acu parang

Suspek dipercayai memecah masuk melalui 
pintu belakang yang tidak berkunci.
Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui Sinar Harian memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama sekolahnya, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur sebelum mendengar anak dan cucunya meminta tolong.

"Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air," katanya.

Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah masuk.

"Penjenayah itu menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu," katanya.

Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.

"Ketika keluar, saya dapati anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran," katanya.

Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh bogel ke rumahnya untuk meminta pertolongan.

"Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pengsan di rumah saya," katanya.

Sinar Harian difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian . - SH

Hanya UmnoBN tahu memerintah Malaysia. Orang lain perintah akan hancur Malaysia. Tapi anak bangsa kita saban hari dirogol, zaman siapa perintah?

Ibu terbunuh selamat anak, diserang 20 lelaki

kalyani
SUNGAI PETANI – “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami."

Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.

Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa sementara isterinya ditembak hingga menemui ajal.

Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.

Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.

Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.

Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.

Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta  memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.

Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.

“Kami juga bukan jenis orang yang banyak harta namun tidak sangka boleh menjadi sasaran penjenayah,” katanya.

Sedang bersembang di luar rumah

“Ahli keluarga mangsa dan jiran semua sedang bersembang di luar rumah secara tiba-tiba nampak dari jauh sekumpulan lelaki sedang menuju ke arah rumah dalam kejadian jam 11 malam.

“Pada masa sama ada yang menjerit supaya masuk ke dalam rumah sebelum terdengar beberapa das tembakan ke udara yang dilepaskan ahli kumpulan terbabit,” demikian luahan jiran mangsa M Munniammal, 42.

Bagaimanapun, katanya, tembakan seterusnya mengenai pipi Kalyani Krishnan, 57, yang ketika itu cuba menghalang ahli kumpulan tersebut dari terus menyerang anak lelaki mangsa.

Akibat tembakan itu, Kalyani rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Anak mangsa serang jiran,  rosakkan kereta, van

Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Subramaniam, 58, berkata, sebaik penjenayah melarikan diri dari lokasi kejadian, anak si mati terus meluru ke arah rumahnya sambil menjerit kenapa tidak sama-sama membantu menyelamatkan keadaan.

“Selepas marah kepada jiran, mereka terus merosakkan sebuah kereta dan van yang di parkir dalam rumah saya sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya. - SH

Betullah kata pemimpin UmnoBN, Malaysia adalah sebuah negara yang paling selamat. Paling selamat bagi penjenayah melakukan kekejaman.

18 September 2012

Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya'

Tahniah
KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir.

Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan.

Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini.

Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk.

Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya.

Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat.

Enggan dedah kisah pertemuan

Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.

“Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun,” tutur Ustaz Don ringkas.

Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.

“Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.

“Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya,” tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.

Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.

“Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.

“Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian,” sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.

Husna mahu selalu di samping suami

Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.

“Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya,” tuturnya lembut.

Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.

Sebaliknya dia  hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.

 “Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah,” balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.

“Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.

Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.

“Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T,” ucapnya penuh kerendahan hati. - SH

17 September 2012

Kadet PTD maut, KSN arah henti aktiviti lasak

Datuk Seri Dr Ali Hamsa
Ini kejadian kali ke-2.
Tidak boleh salahkan takdir 
jika langkah keselamatan diabai.
KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.

Ini, katanya, berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.

"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai Aidy Hasmi atau apa yang berlaku terhadap Allahyarham.
Dalam laporan terdahulu, Bernama melaporkan bahawa Aldy dari Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force
136, Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di
sebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.

"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan
(CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya.

Yahya berkata, Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 September ini.
Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
"Mangsa juga telah menjalani ujian perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.
Beliau turut dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini juga untuk urusan pengebumian.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi terjatuh ke dalam air ketika
latihan itu diadakan.
"Ketika dia jatuh, jurulatih memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy
Hasmi sudah berbuih," katanya. - SH

Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur

Gurji bersama Bacile semasa proses 
rakaman filem itu. (Gambar kanan) 
Gurji tidak menyangka Bacile memperdayanya
 sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.
AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.

"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.
  
Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.

Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.

Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.

Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.

Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.

Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara. - SH