LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

28 May 2012

Pembangkang belum layak tadbir negara-Tunku Abdul Aziz

Admin | 7:13 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 28 Mei - Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks, rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang memerintah.

Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan. - UTUSAN

* Elok saja Pakatan Rakyat perintah beberapa buah negeri. Umno perintah penuh dengan rasuah, lucah dan fitnah...

PKR mahu penganjur acara lumba disiasat

Admin | 3:21 PM | Be the first to comment!
Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.
Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.
"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.
"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.
Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu
"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya. - Malaysiakini

PKR dakwa FGVH dapat tanah rizab Melayu ikut 'pintu belakang'

Admin | 3:16 PM | Be the first to comment!
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu.

Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, perkara itu berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Felda Plantation Bhd, yang sebelum ini mempunyai pegangan ke atas tanah berkenaan, dan juga FGVH.

Katanya, tanah rizah berkenaan diwujudkan untuk menjamin milikan bumiputra dan tanah berkenaan perlu digantikan dengan tanah lain yang sama saiz sekiranya diambil oleh bukan bumiputera.

Bagaimanapun, urusniaga tersebut menggunakan "jalan belakang" yang mengekalkan pemilikan dan status tanah berkenaan, tetapi memberikan pajakan selama 99 tahun kepada FGVH untuk mentadbir tanah tersebut, dakwanya.

Katanya, pajakan selama 99 tahun itu sama seperti memindahkan pemilikan tanah berkenaan memandangkan penyenaraian FGVH bukan sahaja disertai bumiputra dan bukan bumiputra tetapi juga warga asing.

Perkara itu bertentangan dengan semangat dalam memperuntuk tanah rizab Melayu, katanya. - Malaysiakiniu

Undi parti masuk syurga fatwa sesat

Admin | 7:26 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik. - Utusan

* Apa pula hukum jika seorang itu percaya berita daripada orang fasik...

27 May 2012

(Video) Ummi Hafilda Ali dan Panas Dunia

Admin | 11:49 PM | Be the first to comment!
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur:4)

(Video) Mana Ulama, Mufti dan Majlis Fatwa Umno???

Admin | 11:25 PM | Be the first to comment!
Buat-buat tidak nampak perkaitannya... * Selamatkan Islam, Tolak UmnoBN

Nenek tawar khidmat seks dicekup

Admin | 10:45 PM | Be the first to comment!
SEREMBAN 26 Mei - Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran pada serbuan di tiga buah hotel murah di sekitar bandar ini. Dalam serbuan yang dilancarkan secara serentak kira-kira pukul 3.20 petang itu, wanita berkenaan sedang menunggu pelanggan manakala sebahagian lagi sedang melayan pelanggan di bilik hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. "Dalam serbuan ini, polis menahan seramai 17 wanita warga tempatan dan lapan wanita warga Indonesia berusia antara 19 dan 63 tahun kerana disyaki menjadi pelacur. "Kita turut menahan seramai 14 pelanggan dan tiga lelaki kerana disyaki menjadi penjaga kepada pelacur berkenaan," katanya selepas mengetuai operasi itu.

Difahamkan, semua wanita terbabit menjadikan ketiga-tiga hotel terbabit sebagai sarang pelacuran sejak beberapa bulan lalu dengan bayaran serendah RM30. Jelas Hamdan, dalam serbuan itu juga, pihaknya merampas beberapa keping kondom dan pelincir yang digunakan oleh wanita berkenaan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral. Kata Hamdan, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran. - Utusan

* Kalau serius benteras, tutup dan ambil tindakan 3 hotel itu...

(Video) Orang India Sokong Pakatan rakyat

Admin | 10:34 PM | Be the first to comment!

Ramai kakitangan awam tidak mampu miliki rumah sendiri

Admin | 10:20 PM | Be the first to comment!
MACHANG - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lalu.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). – Bernama

* Berjuang mahu ikhlas Cuepacs, barulah boleh membuahkan hasil...

Ahmad Shabery: Jangan politikkan kes kemalangan di Himpunan Jutaan Belia

Admin | 10:09 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA, 27 Mei — Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi.
Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

“Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.
Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.
Ahmad Shabery berkata beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut.

“Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian tersebut dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir.

“Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh,” kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.
Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.

“Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah,” katanya.
Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

“Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.
“Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama,” katanya. — Bernama

* Kalau penganjur mengikut peraturan keselamatan, rasanya boleh atau tidak dielakkan...

Kemalangan litar drag: Jangan saling menyalah

Admin | 6:20 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA 27 Mei - Kemalangan yang mencederakan 17 penonton di Litar Drag Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini semalam tidak harus dipersalahkan ke atas sesiapa sekali pun.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hari ini, walaupun pihak penganjur perlumbaan telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang perlu, ia bukan satu perkara yang mudah untuk mengawal lebih 10,000 penonton yang berpusu-pusu menyaksikan perlumbaan itu semalam.
"Saya difahamkan bahawa walaupun pihak penganjur telah memberi amaran malah menyatakan akan memberhentikan perlumbaan, ramai di kalangan penonton berdegil dan berdiri melepasi kawasan penampan yang telah ditetapkan.
"Keadaan (keingkaran penonton) tidak dapat di kawal kerana keterujaan mereka melihat perlumbaan, jadi tidak wajar kita menyalahkan mana-mana pihak dalam nahas ini," kata beliau ketika melawat lokasi kemalangan padi tadi.
Ahmad Shabery menasihatkan semua pihak yang terlibat agar menantikan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.
Menurut beliau, laporan telahpun dibuat kepada pihak polis dan kementeriannya turut menantikan laporan daripada pihak penganjur mengenai nahas itu.
Sementara itu, menurut seorang saksi kejadian, Rashid Gandara, kemalangan boleh dielakkan sekiranya penonton memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
"Tapi apa boleh buat, penonton hanya patuh arahan untuk berada di belakang halangan keselamatan untuk seketika.
"Setiap kali penonton dengar deruman enjin menghampiri, mereka akan kembali menghampiri halangan itu malah ada yang melangkauinya," kata Rashid yang juga tuan punya gerai yang paling hampir dengan lokasi kemalangan. - UTUSAN ONLINE

* Inilah perangai Umno. Tidak bertanggungjawab. Belia perlu tolak UmnoBN...

17 cedera dalam acara lumba di perhimpunan belia

Admin | 6:10 PM | Be the first to comment!
Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.

Pembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.
Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.
Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.
"Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi.
"Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.
"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya. - Malaysiakini

* Tunjuk simpatilah sikit. Mereka yang kena langgar itu manusia bukan ayam...

Bersih akan merantau seluruh negara untuk kempen ‘keluar mengundi, lawan penipuan’

Admin | 7:26 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.

Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.

"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan.

"Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.

"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.

Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."

"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.

Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."

Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis. - TMI

Malaysia Belum Jadi Negara Berpendapatan Tinggi Untuk Beri Pendidikan Percuma Sepenuhnya

Admin | 7:17 AM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA: Malaysia belum mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti Finland dan Denmark untuk mampu memberi pendidikan percuma sehingga ke tahap pengajian tinggi, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pendapatan per kapita penduduk, negara ini berada di sekitar RM25,000, berbanding Finland RM138,000 dan Denmark RM176,000.

"Pendapatan tinggi negara berkenaan itu secara tidak langsung membolehkan yuran pengajian peringkat tinggi dihapuskan melalui pembiayaan cukai yang dikenakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1 Belia 1 Kemahiran dan Rakan 4Biz sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, Sabtu.

Mohamed Khaled berkata jumlah pelajar pengajian tinggi di Finland adalah sekitar 169,000 orang dan Denmark 241,000 berbanding 1.1 juta pelajar di negara ini.

Pembayaran kadar cukai juga tinggi di Finland iaitu antara 6.5 peratus dan 30 peratus, Denmark pula pada kadar 36.57 peratus dan 55.4 peratus manakala Malaysia pula sehingga 26 peratus sahaja, katanya. - BERNAMA

* Duit minyak negara masuk mana?

Terlepas pelaburan RM20 juta kerana Bersih

Admin | 6:59 AM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA - Kuala Lumpur terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan hasratnya itu berikutan kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ahli perniagaan tersebut menemuinya dan menyatakan hasrat untuk melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan niatnya selepas melihat keganasan yang berlaku.

"Selepas Bersih, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi 'tidak sekarang' selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu negara," katanya selepas merasmikan majlis Segmen Luar Bandar di Himpunan Jutaan Belia di sini semalam. - Kosmo

* Bukan terlepas pelaburan sebab polis bertindak ganas terhadap peserta bersih?

Pemandu trak tunda maut ditikam

Admin | 6:52 AM | Be the first to comment!
BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu trak tunda sambilan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan manakala dua jarinya putus selepas dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki berhampiran Jalan Song Ban Kheng, dekat sini semalam.

Mayat Meena Kumar, 40, yang berasal dari Ujung Batu dekat sini dijumpai di tepi jalan oleh orang awam kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa yang juga pemilik sebuah kedai mencuci kereta dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan terbabit.

Bapa kepada dua anak itu dikatakan keluar minum bersama beberapa rakannya di Seberang Jaya, dekat sini pada pukul 10 malam sebelum dia dihubungi seseorang yang mahukan perkhidmatan tunda kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, mangsa kemudiannya bergegas ke tempat kejadian di Taman Kimsar, dekat sini dan sebaik tiba terdapat sebuah kereta bersama sekumpulan lelaki di situ. - Kosmo

Nazri: Saya tak nampak untungnya Anwar ambil Yusof jadi peguam

Admin | 6:38 AM | Be the first to comment!
KUALA KANGSAR - Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang kini membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April itu, bebas berbuat demikian selepas meletak jawatan Februari lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"... saya difahamkan Anwar panggil dia (Yusof) kononnya untuk menguatkan kes dia (Anwar) (untuk) mempertahankan diri, tapi yang menentukan sama ada orang itu bersalah ataupun tidak, bukan peguam yang mewakili tapi hakim di mahkamah.

"Tapi saya tak nampak untungnya ambil Yusof sebagai peguam kerana Yusof bukan pendakwa yang disegani, tak ada siapa kenal dia," kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program ekspedisi berakit Sungai Perak sempena Tahun Melawat Malaysia di sini.

Dalam laporan Selasa lalu, Yusof berkata, beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.

"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya.

Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.

Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yusof yang bersara Februari lepas, berkata, Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam Isnin lalu dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Yusof berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut. - Malaysiakini

* Dia ketua pendakwa kes Anwar. Anwar telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Sekarang dia membela Anwar. Sokongan rakyat akan bertambah...

SPR: Responden mungkin tak tahu

Admin | 6:31 AM | Be the first to comment!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

"Soalan yang diberikan jelas dan menggunakan logik, semua orang akan menjawab mereka mahu dafar pemilih yang bersih, termasuk SPR.

"Saya hairan kenapa masih ada lapan peratus daripada mereka menjawab negatif untuk soalan itu," katanya sinis.

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum. - Malaysiakini

* Jadi SPR jangan jadi Umno...

26 May 2012

Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno

Admin | 4:21 PM | Be the first to comment!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.

"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk  menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini. - SH

* Umno terlalu terdesak...

Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah

Admin | 4:16 PM | Be the first to comment!
Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.

Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.

Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.

Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan. - Malaysiakini

* Siapa yang benarkan?

UM sasar ranking 100 terbaik pada 2017

Admin | 4:12 PM | Be the first to comment!
Universiti Malaya (UM) menyasarkan berada dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lagi, kata Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Beliau berkata dengan status autonomi yang dimiliki UM, ia diyakini mampu melonjakkan usaha universiti itu untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

"Bila kita mendapat status autonomi, kita diberi banyak kebebasan seperti mencari wang sendiri, memilih kriteria pengambilan pelajar mengikut standard UM termasuklah pengambilan tenaga pengajar.

"Kita juga bebas untuk mengadakan kerjasama dengan lebih banyak universiti yang mempunyai status ranking yang lebih tinggi... jadi autonomi memberi kita lebih banyak peluang untuk maju ke depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hi-Tea UM bersama alumni UM di Kuala Lumpur.

Berdasarkan QS World University Ranking, UM kini berada pada kedudukan 167 universiti terbaik dunia dan tangga ke-39 universiti di Asia.

- Bernama

* Nak pegang kuasa 5 tahun lagi?

'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'

Admin | 4:08 PM | Be the first to comment!
Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.

Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik. - Malaysiakini

* Bila sesuatu jawatan itu diberi kepada yang tidak layak...

(Filem) Jangan Pandang Pandang

Admin | 7:20 AM | Be the first to comment!

(Video) Pak Samad: Saya tidak tua untuk jadi bodoh

Admin | 7:15 AM | Be the first to comment!

Pembangkang ancam adakan bantahan kenaikan harga petrol 11.5%

Admin | 7:13 AM | Be the first to comment!
NEW DELHI 24 Mei - Parti-parti pembangkang India mengancam untuk mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak di seluruh negara, sementara parti-parti dalam kerajaan menuntut supaya harga petrol itu diturunkan.

Bagaimanapun, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti berhaluan kiri masih belum menetapkan tarikh untuk mengadakan bantahan itu.

"Kerajaan langsung tidak bersimpati dengan nasib rakyat. Kenaikan 7.50 rupee (RM0.42) bagi seliter petrol adalah sukar digambarkan. Kami akan menuntut supaya ia diturunkan,'' kata jurucakap BJP, Prakash Javdekar.

Harga petrol India dinaikkan sebanyak 11.5 peratus berkuatkuasa malam tadi, kenaikan mendadak sejak kawalan komoditi itu ditarik balik pada Jun 2010.

India mengimport 70 peratus minyak dan peruncit berkata, mereka terpaksa menaikkan harga itu berikutan kejatuhan nilai mata wang rupee.

Nilai mata wang itu menurun sebanyak 13 peratus sejak Februari lalu dan mencecah rekod baru iaitu 56.40 rupee (RM3.16) untuk satu dolar ketika didagangkan awal hari ini.

Minggu ini, Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee menyalahkan ketidaktentuan ekonomi global, terutama krisis di Eropah dan jumlah import minyak yang semakin meningkat menjadi faktor menjejaskan nilai rupee.

Menurut Pranab, nilai import minyak tahunan India berada dalam lingkungan sehingga AS$170 bilion (RM536.1 bilion).

Dengan kenaikan baru itu, harga petrol meningkat sebanyak 13 sen iaitu 7.50 rupee (RM0.42) dengan kos seliter minyak di New Delhi adalah 73.18 rupee (RM4.10) dan 77.88 rupee (RM4.37) di Kolkata.

Kira-kira 50 peratus daripada harga petrol di India mengandungi cukai yang dikenakan kerajaan persekutuan dan negeri.

Namun, kerajaan masih memberikan subsidi kepada harga diesel, minyak tanah dan gas cecair petroleum yang digunakan untuk memasak. - DPA

Bas terbalik: Seorang jemaah tabligh maut, enam parah

Admin | 7:04 AM | Be the first to comment!
BALIK PULAU - Sebuah bas yang disewa sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian.

Menurut jurucakap bomba, siasatan awal mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam orang termasuk pemandu bas cedera parah.

Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.

Rombongan itu difahamkan menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.

Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat. - SH

25 May 2012

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur

Admin | 11:21 AM | Be the first to comment!
Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

pantai dalam kerinchi pkr 240512Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam. - Malaysiakini

* Umno penyubur budaya samseng perlu ditolak...

24 May 2012

Lelaki Ditemui Mati Ditetak

Admin | 8:44 PM | Be the first to comment!
KLANG: Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan tubuh berlumuran darah akibat ditetak di kepala dan perut di ladang kelapa sawit di Jalan Acob, Bukit Kapar, Khamis.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja ladang kira-kira 8.30 pagi ini ketika pekerja itu sedang membuka pagar ladang berkenaan untuk memulakan tugas.

"Panik melihat keadaan tubuh mangsa dengan perut terburai, pengadu (pekerja ladang) kemudian menghubungi balai polis Kapar untuk meminta bantuan," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara Superitendan Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mangsa yang berumur lingkungan 40-an itu lengkap berpakaian dan dipercayai mati kurang dari tempoh 24 jam."Pemeriksaan awal mendapati tubuh mangsa ditetak sebanyak lima kali di bahagian kepala dan perut dipercayai menggunakan senjata tumpul.

"Bagaimanapun tiada dokumen pengenalan diri dan senjata ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Mohd Shukor berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat motif pembunuhan. - BERNAMA

Umno: Cara PM selesai masalah, bukan debat

Admin | 8:29 PM | Be the first to comment!

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak perlu diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Adnan menganggap bahawa perdebatan bukanlah jalan penyelesaian dalam merungkai pelbagai masalah, sebaliknya pendekatan Perdana Menteri yang lebih gemar turun padang dan menyelami kehendak rakyat diaplikasikan untuk pengurusan dan pentadbiran negara ini.

“Apa yang jelas, tindakan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan debat sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang tidak logik untuk dilakukan dan tentunya sebagai pemimpin berjiwa besar saya fikir tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menerima cadangan tersebut,” kata beliau dipetik Umno Online, hari ini.

Tengku Adnan juga berkata, pada pandangan beliau Perdana Menteri tidak perlu melayan tuntutan debat, apatah pula dengan "ketua pembangkang yang seringkali melihat kepada sudut negatif semata-mata untuk menjatuhkan kerajaaan yang telah memajukan negara."

“Berdasarkan beberapa siri debat yang telah berlangsung sebelum ini didapati bahawa ia lebih cenderung untuk dimanipulasikan oleh pihak pembangkang selain memainkan emosi tanpa mengguna pakai ilmu yang ada," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan yang diadakan adalah ikutan daripada budaya politik di Amerika Syarikat dan Eropah yang berbuat demikian menjelangnya pemilihan presiden mereka.

"Kenapa kita mesti terikut-ikut dengan acuan dari Barat sedangkan kita sendiri mempunyai sistem pentadbiran yang lancar dan berpandukan kepada demokrasi terpimpim,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan juga mengkritik Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali mencari populariti dengan melakukan provokasi dan cuba mengusulkan keperluan debat dibuat sedangkan keutamaan adalah rakyat dan negara.

“Sebagai pemimpin yang amanah dan melaksanakan tanggungjawab tentunya Perdana Menteri lebih mengutamakan kehendak rakyat keseluruhannya daripada memenuhi tuntutan segelintir pembangkang yang kerapkali lebih bersifat provokatif.

“Ini bukanlah perkara baru kerana umumnya, penerimaan ikhlas kerajaan akan dijadikan satu permainan sebagaimana perpaduan dan muzakarah yang turut disensasikan sebagai satu isu atas tujuan mengekalkan populariti pemimpinnya yang tenggelam kerana gagal dalam pentadbiran,” katanya lagi.

Tegasnya, pihak pembangkang hanya tahu memanipulasi isu dan melakukan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

“Pembangkang gagal melakukan kebajikan dan kemajuan kepada masyarakat dan lantaran itulah mereka tiada punca untuk dicanangkan selain daripada mencari kesalahan dan memanipulasikan kepimpinan Umno-BN,” katanya lagi. -SH

* Kalau takut, Najib tak layak jadi PM Malaysia...

100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

Admin | 8:14 PM | Be the first to comment!
 
 
Lebih 100 orang cuba berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini, dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

NONEKumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.

Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.

NONENamun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.

Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.

Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.

Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.

NONECubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.

Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Beliau hadir ke kawasan rumah Ambiga lewat sejam daripada masa asal kumpulan penjaja yang diketuainya merancang membuka gerai.

NONEKumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka tidak kelihatan.

Kumpulan pemuda bermotosikal itu bersama mereka berpakaian kuning bertulisan "BERSIH 4.0" dari MPBKL kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 5.20 petang selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Mohd Khalid.

Kumpulan MPBKL pada asalnya merancang mendirikan 60 gerai berhampiran kawasan rumah Ambiga bermula jam 3.30 petang hari ini. - Malaysiakini

Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata

Admin | 8:11 PM | Be the first to comment!
Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata
 
Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

NONEAsrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek,
tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.
Apabila dia terkena kanister tersebut, Asrul rebah dan dibantu oleh orang ramai yang membawanya ke sebuah hospital berhampiran, di mana beliau menerima sembilan jahitan di bawah matanya.

Apabila ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, Asrul berkata, "Tidak, ini adalah perjuangan rakyat."

Katanya, dia akan menyertai lagi perhimpunan jika BERSIH 4.0 dianjurkan.

NONESebagai belia, kata Asrul, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara kekal demokratik.
Asrul dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran apa yang menimpa dirinya.
Dia juga telah hilang pekerjaan sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembuatan di Pulau Pinang, yang ditawarkan kepadanya sebelum perhimpunan BERSIH diadakan.

"Mereka memberitahu saya bahawa pekerjaan tersebut memerlukan seseorang yang mempunyai penglihatan yang baik," katanya sambil menambah, dengan keadaannya itu, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan tersebut. - Malaysiakini

Fitnah: Utusan gagal rayu perintah bayar Khalid Samad

Admin | 8:03 PM | Be the first to comment!
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya akhbar itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad berhubung satu tulisan di akhbar tersebut yang didapati memfitnah MP Shah Alam itu.

khalid samad pas muktamar 2Laporan Harakahdaily hari ini menyebut, mahkamah turut memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Khalid Samad (kanan).

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hihamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim ketika membacakan keputusan itu menyatakan bahawa panel berkenaan menolak rayuan Utusan yang gagal mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memfailkan rayuan mereka.

Keputusan itu dibuat mengikut Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa rayuan untuk tuntutan kurang dari RM250,000 wajib mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November lalu memutuskan bahawa berita bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang disiarkan di muka hadapan Utusan pada 10 September 2009 adalah memfitnah Khalid.

Khalid hari ini diwakili oleh Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili Mohana Kumar. - Malaysiakini

Anwar, Wee selesai di luar mahkamah kes saman 10j

Admin | 8:00 PM | Be the first to comment!
Kedua-dua pihak dalam saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah.
  
Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili  Wee.
  
Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu.
  
"Terma penyelesaian adalah rahsia dan tiada perintah dikeluarkan berkaitan dengan kos," katanya dan menurutnya pihak yang terlibat telah membincangkan mengenai penyelesaian itu sejak beberapa minggu lepas.

Mahkamah pada awalnya menetapkan 10-12 September untuk mendengar saman itu.
  
Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Wee telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa timbalan menteri itu berkempen dalam satu ceramah dalam pilihan raya kecil Machap pada 2007.
  
Anwar mendakwa kenyataan memfitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Parties at their last leg of campaigning' yang disiarkan dalam portal berita proPembangkang.
  
Anwar mendakwa kenyataan berbuar fitnah oleh Wee adalah berniat jahat.
  
Wee, dalam pernyataan balasnya, menafikan mengeluarkan kenyataan memfitnah itu seperti didakwa.

- Bernama

50 permohonan guru mahu aktif politik

Admin | 7:58 PM | Be the first to comment!
Sebanyak 50 permohonan diterima daripada kalangan guru yang mahu menyertai politik berikutan kelonggaran sejak 2010 yang membenarkan pegawai kerajaan bergiat aktif dan bertanding serta memegang jawatan dalam parti politik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.
  
"Daripada permohonan itu, 24 diluluskan manakala sembilan lagi ditolak. Bakinya masih dalam proses penelitian," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
  
Mohd Puad berkata antara sebab permohonan mereka ditolak adalah kerana memegang jawatan seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua.
  
Beliau berkata daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya satu membabitkan penyertaan dalam parti pembangkang.
  
Kelonggaran adalah bagi pegawai dari gred DG41 hingga DG48.
  
"Kerajaan tidak menghalang (aktif politik) tetapi perlu ikut syarat yang ditetapkan," katanya.

Di majlis itu, Kamariah Zainuddin, Kamaruddin Mansor dan Naizi @ Abd Aziz Mustafa dipilih sebagai Tokoh Guru Selangor 2012.

- Bernama

Mansuh Caj Satu Peratus: PTPTN Serah Kepada PM Dan Kementerian

Admin | 8:08 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pengajian Tinggi, untuk membuat keputusan mengenai saranan pemansuhan caj perkhidmatan satu peratus.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata caj tersebut dikenakan ke atas peminjam bagi menampung kos pengurusan dan pentadbiran PTPTN.

"Ia juga untuk menampung pembukaan cawangan PTPTN di negeri, di mana kita sudah buka cawangan di Sabah, Sarawak dan Pahang, manakala di Melaka akan dibuka dalam masa terdekat.

"Kita nak mudahkan ibu bapa dan pelajar hubungi kita, sebab itu kita turun padang dan buka cawangan di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Universiti Teknologi Mara, di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas saranan yang dibuat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada debat bersama Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli mengenai PTPTN, yang dianjur akhbar Sinar Harian, di sini semalam.

Mengenai keseluruhan debat bertajuk 'Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi' itu, Ismail berkata segala hujah yang disampaikan Mohd Rafizi adalah tidak benar dan jelas bermotifkan politik.

Katanya Mohd Rafizi menunjukkan pembangkang hanya mahu memberi maklumat yang salah kepada orang ramai, khususnya penuntut universiti, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini cara pembangkang, mereka hidup atas dua perkara, pertama mainkan isu... di mana apa sahaja kerajaan buat mereka akan 'spin' dan kedua memberi janji manis," katanya.

Ismail juga berkata jika benar pendidikan percuma boleh dilaksana, sudah pasti pembangkang berbuat demikian di negeri yang diteraju mereka seperti Selangor menerusi Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor.

"Kita sebaliknya telah hapuskan yuran sekolah malah beri wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Kerajaan juga tanggung subsidi yuran pendidikan 80 dan 90 peratus dan cuma 20 peratus sahaja ditanggung oleh pelajar," katanya.

Terdahulu, pada majlis yang dirasmikan Anggota Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed itu, sebanyak RM5.2 juta WPP diagih kepada 3,480 penuntut IPT bagi kawasan Shah Alam, Kapar, Klang, Hulu Selangor, Selayang, Gombak, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara.

PTPTN memperuntukkan RM8.5 juta WPP untuk diagih kepada 5,660 penuntut IPT di Selangor bagi sesi kemasukan Mei/Jun ini. - BERNAMA

* Siapa yang 'spin'...

Curi berlian kerana anak sakit

Admin | 8:01 AM | Be the first to comment!
PETALING JAYA - Seorang amah warga Indonesia yang melarikan sejumlah barangan kemas milik majikannya di Kelana Jaya pada Isnin lalu mendakwa dia bertindak demikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi merawat anaknya yang sakit.

Difahamkan, anak wanita itu berada di Surabaya, Indonesia.

Jurucakap polis berkata, perkara itu diceritakan oleh suspek yang berusia 29 tahun selepas dia ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah rumah di Pangsapuri Idaman, Kampung Melayu Subang kelmarin.

Amah terbabit yang dikenali sebagai Lis kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman yang akan berakhir Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret di sini.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan, Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad mendakwa, barangan kemas milik anaknya dilarikan oleh seorang amah dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di SS7/4, Kelana Jaya. - Kosmo

* Jawablah dengan hakim macam itu...

Janda tua kaya rugi RM5 juta

Admin | 7:57 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.

Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika.

Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.

Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.

"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu. - Kosmo

* Hujah orang kaya pun perlukan pendidikan tinggi...

23 May 2012

BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

Admin | 9:51 PM | Be the first to comment!
Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.


Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah. - Malaysiakini

* Tempat itu bukan lagi destinasi selepas ini...

Menteri: Sukar bendung LGBT sebab ada dalang

Admin | 9:41 PM | Be the first to comment!
Kerajaan sukar menyekat kemasukan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ke negara ini kerana tidakan itu didalangi individu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya individu berkenaan juga bertanggungjawab "mengimport" masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa Irshad Manji yang beragama Islam.

"Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) tetapi kita kena faham kehadirannya (Irshad Manji) dalam keadaan yang tak bertujuan, datang guna pas lawatan biasa dan kita sedang berusaha meminimumkan masalah ini.

"Kita memang sentiasa berusaha untuk tangani masalah ini sebab negara kita bebas dimasuki orang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan Umno Kedah, di Alor Setar petang semalam.

Jamil Khir yang juga ketua penerangan Umno Kedah, berkata Jakim juga sedari awal menentang percubaan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga untuk mengadakan 'Seksualiti Merdeka'.

Rakyat negara ini dipandu berdasarkan agama, bukan pemikiran sendiri dan setiap individu perlu mematuhi undang-undang yang ada, katanya.

"Semua agama terutamanya Islam tidak mengizinkan perbuatan seperti ini bahkan secara semula jadi naluri manusia juga tak mengizinkan perkara tersebut berlaku," katanya.

Beliau berkata Malaysia juga telah dipanggil ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva baru-baru ini bagi menjelaskan sebab Malaysia menjadi antara negara yang menentang kuat LGBT.
- Bernama

* Lawyer Perancis boleh dihalau balik...

(Video) Debat PTPTN Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin

Admin | 7:14 AM | Be the first to comment!

Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

Admin | 7:10 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. - SH

(Video) Laungan BERSIH 3.0 di London UK (Pelbagai Sudut)

Admin | 12:57 AM | Be the first to comment!

Pendakwaan tutup kes dadah Saiful Apek

Admin | 12:30 AM | Be the first to comment!
PETALING JAYA 22 Mei - Selepas mengemukakan lapan saksi pada perbicaraan kes dadah pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau Saiful Apek dan tiga rakannya di Mahkamah Majistret di sini, pendakwaan menutup kesnya hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 7 Jun untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan sebelum memutuskan sama ada semua tertuduh perlu membela diri atau tidak.

Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad manakala semua tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim. - BERNAMA

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

Admin | 12:22 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan ‘atas angin’. - SH

* Jawapan Rafizi Ramli tahap menteri...

Najib-Anwar perlu debat sebelum PRU13

Admin | 12:12 AM | Be the first to comment!
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.

Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.

"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.

Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.

Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi". - SH

* Tahniah Rafizi. Hujah anda sangat berwibawa. Khairy gagal menjawab soalan dengan baik. Moderator 'berani mati' cabar Najib berdebat dengan Anwar...

Ibrahim: Anwar guna isu Mohd Yusof demi politik

Admin | 12:00 AM | Be the first to comment!
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menjangkakan bahawa isu bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini akan digunakan untuk kepentingan politik ketua pembangkang itu.


"Anwar dia memang political animal. Dia nampak kawan ini dah berhenti dan buka firma undang-undang, jadi dia upah kawan ini dan hendak beritahu orang ramai yang 'dia ini dahulu dakwa saya dan sekarang bela saya.'

"Ini akan jadi isu politik," kata Ibrahim yang berpendapat bahawa Mohd Yusof menyedia khidmat guaman kepada Anwar itu kerana diupah untuk berbuat demikian.

"Tetapi kepada individu ini (Mohd Yusof), beliau hanya memberikan khidmatnya kerana beliau dibayar.

"Bagi saya tidak ada apa-apa yang menarik di sini. Dulu dia berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang dia sudah bersara. Sebagai seorang peguam jika ada orang menawarkan bayaran yang bagus pastinya mereka akan mempertahankan individu tersebut," kata MP Pasir Mas itu lagi.

Pendapat Ibrahim turut dikongsi seorang lagi ahli dewan tertinggi PERKASA, Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah yang berpendapat perkembangan terbaru kes itu tidak membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah.

Sebaliknya, ia adalah bukti kebebasan sistem kehakiman Malaysia yang adil dan saksama.

"Kita kena faham sistem keadilan ini. Kalau kita lihat secara bijaksana, ia bermakna kita menghormati kedaulatan undang-undang dalam sistem pemerintahan kita.

"Kita tidak wajar melihat perkara ini sebagai bukti politik yang berat sebelah. Kita patut lihatnya sebagai kematangan politik," katanya.

Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0

Tindakannya itu menimbulkan kejutan buat banyak pihak kerana sebelum ini beliau adalah ketua pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II dan turut terlibat dalam kes liwat tahun 1998.

Beliau bersara secara rasmi dari perkhidmatan awam pada bulan Februari lalu selepas perbicaraan Liwat II berakhir dan mahkamah membebaskan Anwar. - Malaysiakini

* Nak kata Yusof Zainal ini tidak profesional dan tidak boleh dipercayai kerana hanya pentingkan wang ringgit. Maknanya pendakwaan ke atas Anwar dilakukan oleh peguam yang tidak berwibawa?

22 May 2012

Yusof: Bukan peribadi dengan AG

Admin | 8:36 PM | Be the first to comment!
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat II'.


Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. - Malaysiakini

Amah hilang bersama berlian

Admin | 9:54 AM | Be the first to comment!
KELANA JAYA – Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad, 61, kerugian hampir RM50,000 apabila satu set barang kemas bertatah berlian milik anak perempuannya lesap bersama amah warga Indonesia semalam.

Amah yang dikenali sebagai Lis itu disedari hilang pada pukul 3 petang sejurus Azizah sampai di rumah teres dua tingkat miliknya di SS7/4 di sini bersama anaknya, Zalilawati Osman, 33.

Lis yang berusia 29 tahun berasal dari Surabaya.

Menceritakan kejadian itu, Azizah berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati amah yang baru 21 hari bekerja dengannya sudah tiada di rumah.

Kata wanita itu, khuatir dengan kehilangan tersebut, Zalilawati memeriksa biliknya di tingkat atas dan terkejut mendapati set barang kemas yang disimpan dalam laci hilang.

“Sejak bekerja, Lis tidak menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan malah dia cekap melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas.

“Semalam (kelmarin) Lis memberitahu dia rindu keluarganya di Surabaya dan hari ini (semalam) saya tidak sangka Lis melarikan diri bersama berlian anak saya,” kata Azizah ketika ditemui di rumahnya di sini. - Kosmo

(Video) Zamhuri Kembali Setia Kepada Umno

Admin | 9:39 AM | Be the first to comment!
* Pejuang 'perut'...

PAS: Tiada muzakarah dengan Umno

Admin | 8:19 AM | Be the first to comment!
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.


Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.

Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.

Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.

Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar. - Malaysiakini

* Tak habis lagi gila talak Umno...

21 May 2012

Tolak salah laku BN, kata veteran MCA

Admin | 10:13 AM | Be the first to comment!
Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.


"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.

"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak

kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?

"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian. - Malaysiakini

* Tak ada perasaan malukah orang Melayu yang sokong Umno, bila baca si Cina 'Berani Kerana Benar'...

PKR yakin Pakatan raih 105 kerusi

Admin | 9:20 AM | Be the first to comment!
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.


Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.

Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.

Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan. - Malaysiakini

* Cepat UmnoBN, selesaikan masalah gaji kakitangan awam...

Babi sondol kafe siber

Admin | 8:00 AM | Be the first to comment!
MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. - Kosmo

20 May 2012

Motif rompakan jalanan

Admin | 9:02 PM | Be the first to comment!
LOS ANGELES: Dua lelaki ditahan kelmarin kerana disyaki menembak mati dua pelajar China dekat kampus Universiti Southern California (USC), bulan lalu.

Ketua Polis Los Angeles, Charlie Beck, berkata Javier Bolden, 19 dan Bryan Barnes, 20, ditahan kerana disyaki membunuh.

Katanya, Barnes ditahan di rumah dekat kampus tengahari kelmarin dan Bolden ditahan beberapa jam kemudian di Palmdale. Kedua-dua mereka ditahan tanpa ikat jamin.

Ming Qu dari Jilin dan Ying Wu dari Hunan, China, ditembak mati pada 11 April ketika duduk di dalam kereta BMW, kira-kira satu batu dari kampus USC. Kedua-dua pelajar itu berusia 23 tahun.

Beck berkata, motif pembunuhan masih disiasat tetapi “bukti menunjukkan rompakan jalanan.”


Katanya, penyiasat percaya, pembunuhan Wu dan Qu adalah sebahagian daripada beberapa jenayah yang berlaku di Los Angeles.

“Bukti forensik yang diperolehi dari tempat kejadian menghubungkan mereka dengan dua lagi percubaan bunuh,” katanya.

Bukti material ditemui menghubungkan kedua-dua suspek dengan Wu dan Qu, katanya.

Pembunuhan Wu dan Qu menyebabkan pelajar gempar. USC mempunyai bilangan pelajar antarabangsa terbesar di Amerika Syarikat.

Kira-kira 19 peratus daripada 38,000 pelajar di universiti itu adalah pelajar luar, termasuk 2,500 dari China.

Menurut polis, selepas kejadian tembak, Wu ditemui di tempat duduk penumpang BMW, manakala Qu di tangga rumah berdekatan di mana dia terlantar ketika cuba mendapatkan bantuan. - AP

Bekas IGP: Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April

Admin | 8:41 PM | Be the first to comment!
Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa Pakatan Rakyat akan menggunakan "pertumpahan darah" semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu kerana tidak berkeyakinan akan menawan Putrajaya.


Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu hari ini, Abdul Rahim berkata penal bebas yang dibentuk untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 perlu menyiasat perkara itu.

"Saya ada terima maklumat berbaur hasutan kononnya pembangkang tidak yakin menawan Putrajaya dan memilih pendekatan pertumpahan darah.

"Kenyataan seperti itu harus dipantau, dicegah segera. Jika betul ada ucapan seperti itu, panel perlu kaji segenap aspek itu," katanya.

Tambahnya, panel berkenaan juga perlu menyiasat gabungan NGO dalam BERSIH yang kini berubah menjadi gerakan massa – yang berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.

"Kita lihat aspek perancangannya yang rapi, sulit dan pembabitan beberapa individu di sebaliknya yang mempunyai rekod tertentu.

"Gerakan pada 28 April adalah ala-Marxist," katanya lagi yang turut mendakwa beberapa personaliti lain yang terlibat dalam BERSIH mempunyai matlamat politik tertentu. - Malaysiakini

* Apa yang kau merepek ni Rahim...

Enam puluh peniaga ingin buka gerai di luar rumah Ambiga

Admin | 5:03 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.


Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 — Mencucikan Bersih 1,2,3”, peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

“Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur.

Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.

“Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL,” katanya.

Beliau berkata selain menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu kententeraman awam.

“Bersih 4.0 ini juga untuk mencucikan kembali perkataan ‘Bersih’ yang telah disalahgunakan oleh penganjur perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram itu,” katanya.

Pada 10 Mei lepas, sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung kerugian selepas perhimpunan yang dianjurkan Ambiga dan disokong pembangkang itu berakhir dengan rusuhan. — Bernama

* Menampakkan kebodohan sendiri...

(Video) Tak Ada Susu

Admin | 1:13 PM | Be the first to comment!

Bersih 3.0: Cuepacs mahu temu 3 kakitangan awam dicari polis

Admin | 1:05 PM | Be the first to comment!
KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta polis menyerahkan kepada mereka, tiga nama penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs ingin bertemu mereka dan menyelidik punca tiga individu berkenaan melibatkan diri dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.

"...kita nak tahu apakah mereka terpedaya menyertainya dan juga sebab lain yang boleh membantu Cuepacs menangani perkara itu selepas ini," katanya yang ditemui pemberita selepas perasmian seminar kejururawatn sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Kelantan, di sini.

Omar berkata, Cuepacs juga bersedia memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai peraturan yang mesti mereka patuhi selaku anggota perkhidmatan awam termasuk pembabitan dalam perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Beliau juga mengulangi bahawa Cuepacs tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang ditangkap dan didapati bersalah melibatkan diri dalam perhimpunan haram.

"Mereka yang ditahan perlu menanggung sendiri risiko kerana menyertai perhimpunan haram adalah di luar bidang kita untuk membantu mereka yang terbabit.

"Dalam peraturan juga jelas menyebut penjawat awam tidak boleh menyertai perhimpunan seperti itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, penjawat awam yang berkenaan boleh dibuang kerja. - Bernama

* Sudahlah Omar, jangan hendak cari publisiti murahan. Selesaikan masalah gaji penjawat awam dulu...