Saturday, January 28, 2012

Hasan tidak perlu masuk Umno

SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak ada keperluan bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama parti itu sekiranya mahu terus aktif berpolitik.

Katanya, adalah lebih baik Hasan berjuang dengan caranya sendiri kerana beliau percaya tokoh motivasi itu mempunyai kekuatan sendiri."Kekal lah dalam kepompong sekarang, lebih baik berada di luar Umno dan juga luar Pas.

Beliau boleh membawa agenda yang beliau rasakan sesuai dengannya.

"Hasan ada kekuatannya, jika hendak berterusan berpolitik bertandinglah dengan kerusi bebas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas melawat Karnival Karangkraf 2012, semalam.

Hasan sebelum ini dipecat daripada Pas berikutan kenyataannya berterusan mengecam parti dan Pakatan Rakyat (PR) dimana keputusan dilakukan selepas Pas Pusat mengadakan musyawarah.

Dalam satu kenyataan, Pas menjelaskan, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) dan setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Pas Pusat.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sudah ada jenama sendiri yang mampu berjuang dengan namanya itu.

"Beliau boleh memberikan pendapat yang lebih profesional dengan berada di luar Pas," katanya.

Hasan Ali kini aktif sebagai penceramah Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) dalam usaha membendung orang Islam daripada terpesong akidah. - Sinar Harian

* PAS pecat, Umno tolak...

Anwar tak risau ugutan Datuk T

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau dengan ugutan terbaru Datuk T untuk mendedahkan satu lagi video seks yang didakwa membabitkannya.

Bercakap di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang di
Seberang Jaya hari ini, Anwar mendakwa ketiga-tiga anggota trio Datuk T digunakan oleh Umno yang tidak boleh menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lalu yang membebaskan beliau daripada tuduhan liwat.

Anggota trio Datuk T ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T yang terus menerus mencemarkan imej beliau, Anwar sebalik bertanya siapakah mereka itu dan adakah mereka boleh dipercayai.

Katanya, pemimpin Umno tidak tidak berani berdepan dan berdebat mengenai dasar-dasar, tetapi lebih suka bersembunyi di sebalik trio Datuk T.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR itu, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - Shuib berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar. - Malaysiakini

21 ponteng solat, lepaskan gian di ladang

POKOK SENA - Tindakan 21 lelaki sanggup ponteng solat Jumaat semata-mata melepaskan gian di ladang kelapa sawit mengundang padah apabila kumpulan penagih dadah berkenaan berjaya diberkas polis.

Dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 6.30 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Muhammad Safuan Abdul Rashid menahan semua suspek berusia 20 hingga 50 tahun.

Kumpulan penagih dipercayai penduduk setempat dan kawasan sekitar itu dipercayai sanggup ponteng solat Jumaat untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan berkata, suspek yang bekerja kampung itu disyaki menagih heroin dan mendapat bekalan dari kawasan berdekatan.

“Kita percaya ladang kelapa sawit di Kampung Pokok Pauh ini dijadikan sarang kegiatan itu sejak sebulan lalu dan serbuan dibuat hasil maklumat awam serta risikan selama dua minggu.

“Selain itu kita turut merampas 18 buah motosikal dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti status kenderaan itu sama ada curi atau sebaliknya,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Difahamkan kumpulan berkenaan menjalankan aktiviti penagihan di bawah pokok kelapa sawit dan sehelai tikar getah turut diletakkan di bawah pokok kelapa sawit sebagai tempat mereka berehat.

Menurut Adzaman, serbuan itu bagi mengelakkan penularan aktiviti penagihan dadah di kawasan tersebut selain untuk mengurangkan kegiatan curi motosikal serta getah sekerap di kawasan ini.

“Siasatan awal mendapati separuh daripada kumpulan lelaki terbabit merupakan penagih berulang yang melebihi tiga kali. Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Din Jusoh, 65, berkata, kumpulan penagih terbabit sering berpindah lokasi bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

“Sekiranya ada pekerja di ladang masuk ke tempat ini mereka akan berpindah ke tempat lain,” katanya.

Penduduk, Mohd Khairul Zulkifli, 18, berkata, kelompok penagih itu masuk ke ladang secara berperingkat bermula sebelah pagi dan berkumpul sehingga 7 petang.

“Mujur golongan muda kampung ini tidak terlibat kerana mereka lebih gemar dengan aktiviti bermain bola sepak,” katanya.

Sinar Harian pada 22 Januari lalu melaporkan, polis menahan seramai 33 penagih termasuk pengedar dadah yang sedang melepas gian di bangsal kayu berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Menerung, Mukim Derang, Pokok Sena.

Polis kemudian berjaya menumpaskan modus operandi sama yang menjadikan ladang kelapa sawit di Kampung Pokok Pauh di sini pula sebagai sarang penagih iaitu kira-kira 20 kilometer dari Kampung Menerong. - Sinar Harian

'Video seks 2.0: Satu lagi percubaan cemarkan Anwar'

Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar.

"Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN.

Mac tahun lalu, Trio 'Datuk T' - Shuib, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik - telah menayangkan kepada wartawan di Kuala Lumpur sebuah video aksi seks seorang lelaki yang mirip Anwar dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video tersebut, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.

Mengenai cabaran Shuib supaya Anwar membuktikan yang mereka salah melalui ujian forensik atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", Surendran menyifatkannya sebagai satu taktik "yang memalukan dan terdesak" Umno.

Semalam, 'Trio Datuk T' mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu, Shuib dilaporkan berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac tahun lalu, adalah bukan Anwar. -

* Bagaimana Umno boleh biarkan penyebar video lucah ini berterusan merosakkan umat Islam. Oh lupa...Umno parti LUCAH, RASUAH, dan FITNAH...

Aziz Bari: Saya terpaksa terjun dunia politik

SHAH ALAM – Setelah hampir sebulan meletakkan jawatan sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, beliau terpaksa terjun ke dunia politik kerana tiada pilihan.

Menurutnya, penyertaannya dalam politik adalah "terpaksa" setelah menyedari haknya sebagai ahli akademik dinafikan, selain mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

“Saya dilatih sebagai ahli akademik, bukan dipilih untuk jadi ahli politik dalam konteks sekarang ini. Saya bukan memilih bidang profesion berpolitik itu. Saya terpaksa, seolah- olah dicampak dalam dunia politik.

"Saya dipaksa dan terpaksa memilih jalan politik kerana tidak boleh berfungsi sebagai ahli akademik. Orang melihat saya dan tidak boleh menerima kita memberi pandangan berkaitan perkembangan semasa di mana semuanya dianggap politik.

"Oleh itu, apa pilihan yang saya ada?” katanya kepada Sinar Harian selepas Wacana Sinar Siri ke-10 anjuran Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Bagaimanapun, Aziz bersikap terbuka jika ditawarkan menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.“Spekulasi akan bertanding mana- mana kerusi akan ada kerana kini saya sudah tidak bekerja.

“Dalam hal ini saya terbuka dan sebagai rakyat Malaysia saya boleh buat apa yang difikirkan sesuai dan tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini sudah banyak parti politik yang menawarkannya bertanding atas tiket parti masing-masing.

“Saya sudah sebut banyak kali, Pas, DAP dan PKR banyak kali melamar saya menjadi calon pilihan raya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Dewan pun belum bubar.

“Saya terpaksa sesuaikan juga kawasan mana yang nak bertanding, kerusi siapa dan adakah yang dibawa sesuai dengan apa yang saya pegang,” katanya.

Katanya, beliau kini sedang meneliti parti mana yang sesuai dengan perjuangan yang hendak dibawa dalam politik.

“Kalau hendak terlibat dalam politik, saya pastikan idea saya diterima, kalau katakan tidak seratus peratus pun sebahagian besar yang kukuh dan boleh diterima.

“Pada saya bertanding dalam pilihan raya ini sebagai satu ruang perjuangan. Kalau soal nak cari makan, saya rasa tak perlu, saya sudah bersara awal,” katanya. - Sinar Harian

MB Kedah: Orang luar jangan campur urusan Kuin

ALOR SETAR - Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.

Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.

Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.

"Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit. - Sinar Harian

* Selepas ini, PAS perlu memilih betul-betul calon MB...

(Video) Newsflash: Anwar Ibrahim Di Dengkil 27/01/2012



Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar. - Malaysiakini

* "Saya tak mahu tahu apa yang engkau lakukan. Apa yang saya mahu Anwar dihancurkan"...

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong

KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Friday, January 27, 2012

3 lelaki, ibu tunggal ditahan

KULIM - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.
“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.
Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya. - Sinar Harian

Abang Bangladesh dicekup khalwat

AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.

Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian

Anwar tetap mahu debat dengan Najib

SABAK BERNAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini, semalam.

Hadir sama dalam siri ceramah itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin; pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari; Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Pas Sabak Bernam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online awal minggu ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Dalam reaksinya semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing.

Sementara itu, PKR mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar kerana pendekatan sedemikian perlu bagi menyuburkan budaya membahas dan membincangkan isu-isu menyentuh kepentingan rakyat dari semasa ke semasa secara konstruktif, membabitkan pemimpin-pemimpin negara.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar juga mengulangi janji yang dibuat sekiranya dapat menawan Putrajaya.

"Hari ini kita tawan Putrajaya, esok harga minyak turun. Dua minggu selepas kita tawan Putrajaya, kita akan minta cara untuk turunkan kadar elektrik,” katanya.

“Rakyat mampu membuat pilihan, BN pernah perintah Selangor, PR masuk empat tahun perintah Selangor dan rakyat perlu diberikan peluang untuk membuat pilihan," kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberitahu, derita rakyat perlu diatasi begitu juga dengan rasuah dan penindasan.

"Sebab itulah kita kata rakyat ada pilihan. Rakyat mesti bangkit tentukan masa depan mereka,” katanya. - Sinar Harian

* Anwar adalah ahli pidato yang sungguh hebat. Najib tak akan mampu berhadapan dengan beliau...

Tonto serang penguat kuasa

DUYONG – Sekumpulan samseng bertindak kurang ajar apabila menyerang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang melakukan operasi di sebuah kafe siber dekat Taman Seri Duyung, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, kumpulan seramai hampir 30 orang itu dipercayai tonto dan rakan kepada pengusaha siber kafe yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian berkomputer tanpa lesen sejak empat hari lalu.

Akibat serangan itu, empat anggota penguat kuasa cedera dibelasah termasuk seorang daripadanya parah akibat ditikam di lengan.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Azizan Abbas, 26, yang mengalami luka sepanjang kira-kira 12.7 sentimeter di lengan kanannya selepas ditikam menggunakan pisau Rambo oleh seorang suspek.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka, di sini dan kini dirawat manakala, empat lagi anggota penguat kuasa yang cedera mendapat rawatan pesakit luar.

Akibat serangan itu juga, anggota penguat kuasa terpaksa mengeluarkan kembali sejumlah komputer yang disita dan diletakkan di dalam van penguat kuasa untuk mengelak tindakan lebih ganas.

Difahamkan, sebuah van MBMB yang digunakan dalam operasi berkenaan turut dipecah suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, semasa kejadian, pergelutan berlaku selepas kesemua penguat kuasa terbabit selesai menyita komputer dan membawa keluar dari premis berkenaan.

"Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam kejadian itu dan siasatan serta tindakan lanjut akan diambil," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri, di Bukit Beruang, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang menggunakan senjata.

“Polis nasihatkan supaya mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ingin menjalankan operasi supaya mendapatkan kerjasama serta bantuan polis untuk keselamatan mereka,” katanya. - Sinar Harian

* Tonto ini seolah-olah menganggap polis Malaysia lemah...

Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10j

Bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Saman tersebut berhubung tulisan Zulkifli dalam blognya yang mendakwa Syed Husin pernah berjumpa untuk menawarkan supaya mengosongkan kerusinya.

Turut dinamakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, ialah ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Writ saman tersebut difailkan pagi ini melalui firman guaman Tetuan M/s Edwin Lim Suren dan Soh.

Saman itu difailkan ekoran penyiaran artikel oleh Utusan Malaysia
bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan satu posting dalam blog oleh Zulkifli.

Tulisan dalam blog itu, yang turut disiarkan oleh Utusan Malaysia, mendakwa Syed Husin berjumla dengan Zulkifli dan meminta ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengosongkan kerusinya.

Jika beliau berbuat demikian, Zulkifli akan ditawarkan jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 dan RM60,000 sebulan.

Zulkifli juga mendakwa dalam tulisan blog tersebut bahawa Anwar menjanjikan pampasan yang sama kepada Syed Husin sekiranya beliau mengosongkan kerusi timbalan presiden untuk memberi laluan kepada Azmin Ali. - Malaysiakini

Datuk T dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat'

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai. - Malaysiakini

* Pastikan kali ini bukan hitam putih...

Bekas perunding NFCorp hadapi tuduhan baru

KLANG - Bekas perunding National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Shamsulbahrin Ismail berhadapan dengan dua tuduhan baru hari ini - melakuan penipuan wang pelaburan RM90,000 milik seorang pemandu teksi dua tahun lalu.

Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu seorang pemandu teksi Limat Jonit, 57, untuk membuat pelaburan bernilai RM90,000 dalam syarikat yang diketahuinya tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa mendorong Limat untuk memasukkan sejumlah wang itu ke dalam akaun bank milik peribadinya.

Pendakwaan di depan Majistret Hurman Hussain, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Elya Edzrin Mohd Roslan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. Hadir sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, peguam S Surendran dan Lateefa Koya, serta Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh Hurman, Shamsubahrin kelihatan tenang.

Hurman membenarkan Shamsubahri diikat jamin RM9,000 dan menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan serahan dokumen di Mahkamah Majistret.

Tidak sampai 30 minit prosiding pertama berlalu, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu menipu orang awam untuk menyediakan pembantu rumah tempatan membabitkan wang sebanyak RM13,000.

Pada 30 Disember lalu, dia mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ketika itu.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorongnya bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibu negara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong beliau menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember. - Sinar Harian

* Peliknya pendakwaan ini berlaku selepas pendedahan penyelewengan NFC. Adakah ini yang dikatakan oleh Anwar undang-undang kuno yang mengenakan orang yang perlu dikaji semula...

Juruterbang didenda khalwat isteri orang

SUBANG - Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.

Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu. - Sinar Harian

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.

Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya. - Malaysiakini

* Hasan Ali kuatkan Islam tidak tapi melemahkan Pakatan Rakyat...

Guru dijel 12 tahun, 7 sebatan

KOTA BHARU 26 Jan. - Seorang guru dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol serta mencabul muridnya yang berusia 12 tahun dalam makmal sains di sebuah sekolah di Pasir Puteh, dekat sini tiga tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yek Hock Soon, 29, setelah didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Beliau menetapkan demikian setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

''Saya mengambil kira tentang kepentingan awam serta hubungan antara tertuduh dan mangsa iaitu sebagai seorang guru dan murid yang mana hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Penting bagi badan perundangan membendung jenayah seperti ini.

''Dengan itu, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan ke atas tertuduh bagi kesalahan merogol mangsa serta tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi kesalahan mencabul. Hukuman dijalankan secara berasingan,'' katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Hock Soon yang berasal dari Sitiawan, Perak didakwa merogol mangsa di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh antara pukul 8 pagi dan 3 petang, awal bulan Ogos 2009.

Bagi kesalahan itu, bekas guru Bahasa Cina dan Sains itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Hock Soon turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut dengan niat hendak mencabul kehormatannya di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari, 17 Ogos 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Rosmizan Sulaiman yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan dikenakan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh.

''Dalam kes ini, mangsa merupakan anak murid tertuduh sendiri dan kejadian berlaku di sekolah. Tertuduh mengajar di sekolah itu dan mangsa belajar di situ. Kes rogol dan cabul tidak sepatutnya berlaku.

''Minta juga pertimbangan mahkamah akan trauma yang melanda mangsa akibat perbuatan tertuduh. Saya mohon hukuman yang berat dikenakan,'' katanya. - Utusan

Thursday, January 26, 2012

AS tekad halang nuklear Iran

WASHINGTON 25 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, penyelesaian masih boleh dicapai secara aman dalam konfrontasi antarabangsa dengan Iran berhubung program nuklearnya tetapi beliau enggan menolak tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan.

Kenyataan Obama itu membayangkan kesempatan untuk diplomasi semakin terhad, terutamanya ketika Iran sudah mengancam untuk menutup Selat Hormuz iaitu laluan utama bagi bekalan minyak dunia, ekoran sekatan antarabangsa yang semakin ketat dihadapinya.

Masyarakat antarabangsa sudah mengatasi perbalahan (berhubung isu Iran) dan kini bersepakat mengenai langkah untuk menyekat cita-cita nuklear Iran, kata Obama dalam ucapan tahunannya kepada anggota kedua-dua dewan Kongres AS, malam tadi.

Kesepakatan tersebut dicapai menerusi 'kekuatan diplomasi kita', kata Presiden itu, tanpa menyentuh kenyataan bahawa Rusia dan China terus berkeras menentang tindakan untuk memperketatkan sekatan ke atas Teheran.

"Amerika bertekad untuk menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear, dan saya tidak menolak sebarang tindakan untuk mencapai matlamat itu.

"Namun penyelesaian isu ini masih boleh dicapai secara aman, dan inilah yang jauh lebih baik," kata Obama.

Presiden daripada Parti Demokrat itu menyampaikan ucapan 'State of the Union' tersebut 10 bulan sebelum beliau dijadual bertanding semula untuk menduduki penggal kedua di White House.

Lawan Obama daripada Parti Republikan menggambarkan beliau sebagai tidak tegas terhadap Iran.

Pada November lalu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan, agensi itu mendapat gambaran keseluruhan bahawa Teheran 'menjalankan beberapa aktiviti yang ada kaitan dengan pembangunan sebuah bom nuklear'.

Teheran menolak laporan itu sebagai tidak berasas. - AFP

Warga emas dituduh cabul cucu perempuan

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.

Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne. - Bernama

Aznil Nawawi Guna Sembilan Produk Kecantikan Wajah

PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi mula terdedah dengan penjagaan wajah seawal usia 12 tahun dan sehingga sekarang telah menggunakan sebanyak sembilan jenis produk kecantikan.

Aznil berkata, pada usia tersebut dia sudah mula praktik menggunakan tiga jenis produk wajib iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.

"Kebanyakan lelaki selalu menganggap remeh tentang penjagaan wajah mereka. Bagi mereka itu perkara yang leceh.

"Lain pula dengan saya yang sudah mula menjaga wajah pada usia muda. Jika dahulu hanya tiga produk sahaja, sekarang ini saya pakai sembilan jenis yang antaranya seperti krim mata, pemutih, serum, penegang kulit, dan pelindung matahari selain tiga pembersih utama pencuci, penyegar dan pelembap.

"Rasa muka ini seperti bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa," katanya.

Tambah pengacara rancangan Clever itu, dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk merawat wajahnya sebelum keluar rumah melakukan rutin hariannya.

Dan jika tidak meletakkan sebarang pelembap wajah, risiko untuk terdedah dengan cahaya matahari lebih mudah selain kurang berkeyakinan diri apabila bertemu dengan orang ramai.

"Saya percaya, sesiapa sahaja yang menjaga raut wajahnya akan berasa lebih berkeyakinan berbanding yang tidak berbuat apa-apa. Pada masa yang sama juga kita akan lebih maju daripada segi karier kerana personaliti yang dibawa itu," tegasnya.

Sementara itu, pengacara itu berharap agar kariernya diangkat lebih tinggi dengan melakukan satu kelainan untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

"Saya selalu ingin membuat kelainan agar para peminat tidak bosan dengan persembahan saya tidak kira dalam bidang pengacaraan di televisyen mahupun acara konsert.

"Sebab itu Konsert Hore-Hore dianjurkan kerana bagi saya ia satu kelainan apabila seorang pengacara yang membuat konsert, bukannya penyanyi.

"Pada tahun ini, mungkin saya akan melakukan sesuatu di mana akan menjelajah ke setiap negeri selepas menerima respons positif tentang konsert yang dianjurkan bersama pihak Astro pada Mac tahun lalu," ujarnya. - Mstar

Penghakiman Bertulis Pembebasan Anwar Belum Siap

KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Rabu.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Januari, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Karpal berkata PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," kata beliau.

Karpal berkata mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.

Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

* Dalam pada itu, Saiful boleh menumpukan terhadap pekerjaannya. (Siapa yang beri dia kerja?)...

Lepas pelukan setelah dipujuk

GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.

Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.

Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.

Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam. - Kosmo

Mahkamah bebas Anwar suntik PKR momentum baru

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat awal bulan ini telah membentuk momentum baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) meneruskan perjuangan parti itu.

Timbalan Presidennya Azmin Ali berkata, perkembangan itu memberi satu inspirasi dan kekuatan baru kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana kemenangan terbaru ini diasaskan oleh kesabaran serta keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

“Saya bersyukur Anwar bebas dari fitnah yang jahat lebih satu dekad yang dilancarkan oleh Umno dan yakin pembebasan ini adalah hasil dari tekad rakyat yang memohon pertolongan dari ALLAH s.w.t.

“Pembebasan ini juga berkat doa dan solat hajat yang dijalankan secara berterusan bersama-sama rakyat sehingga keputusan memihak kepada Anwar pada 9 Januari lalu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada barisan peguam yang telah melaksanakan tugas bukan seperti peguam biasa, tetapi bekerja kuat dan gigih untuk mempertahankan seterusnya membersihkan nama Anwar.

Mengulas isu sama, Azmin berkata, walapun sudah bebas, tetapi Anwar berpendapat rakyat masih belum bebas.

Sehubungan itu, Anwar berikrar bersama pimpinan PKR untuk bekerja lebih kuat untuk membebaskan rakyat.

“Agenda utama PKR bersama rakan Pakatan Rakyat (PR) untuk membebaskan rakyat dari terus dibelenggu oleh Umno dan Barisana Nasional (BN). Perjuangan ini adalah demi untuk menaikkan martabat rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan beliau bahawa Umno merupakan dalang yang memfitnah Anwar dalam kes liwat ini, Azmin berkata, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk berkata demikian.

“Antara cabaran utama PR untuk ajak rakyat Malaysia keseluruhannya untuk menghentikan ‘politik durjana’ yang digunakan oleh Umno untuk mempengaruhi rakyat.

“Malahan, Umno turut menggunakan pengaruh mereka ke atas media-media yang dikuasai oleh parti-parti komponen BN untuk lancarkan politik fitnah ini secara besar-besaran sehingga besar-besaran,” katanya.

Azmin berkata, kesan pengaruh Umno dapat dilihat dengan lebih nyata terutamanya ke atas akhbar-akhbar utama yang dikuasai parti itu tidak lagi dimuatkan dengan berita yang mempunyai nilai, sebaliknya sarat dengan fitnah, maki hamun dan cerca.

Sehubungan itu, beliau berkata, PKR telah mengemukakan permohonan dalam mahkamah untuk memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah.

“Kalau Najib boleh gunakan pentas-pentas sama ada dalam atau luar negara untuk membuat tuduhan-tuduhan ini, secara langsung atau tidak langsung kenapa beliau tidak berani tampil di mahkamah untuk beri keterangan bahawa Umno dan pimpinan Umno tidak terlibat?

“Keterangan dalam mahkamah telah membuktikan individu yang mendakwa berlakunya tuduhan ini telah bertemu sendiri perdana menteri dan isterinya. Kita merasakan perlu untuk mereka tampil ke mahkamah tetapi perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang sama turut berlaku ketika kali pertama Anwar dituduh, di mana Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri telah memberikan pelbagai alasan sebaliknya beliau menggunakan kuasa eksekutifnya ditangannya untuk menghalang mahkamah dari memanggil beliau sebagai saksi.

Katanya, tindakan itu sebenarnya telah menimbulkan kecurigaan dan tanda tanya di kalangan masyarakat mengapa perkara ini boleh berlaku sehingga mereka takut untuk tampil untuk menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam fitnah ini. - Sinar Harian

NFC tetap 'lubuk penyelewengan', kata PKR

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan ketua audit negara semalam, bahawa jabatan itu menjalankan audit ke atas National Feedlot Centre (NFC) dan bukannya National Feedlot Corporation (NFCorp), tidak membebaskan projek berkenaan daripada dakwaan penyelewengan.

Beliau mempertahankan bahawa "lubuk penyelewengan" itu ialah syarikat yang dikuasai keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – NFCorp, National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan Real Food Company.

"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukannya NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta," katanya dalam tulisan di laman Twitter semalam.

Beliau turut menyebut semula dakwaan yang pernah dikemukakannya sebelum ini berhubung projek tersebut "kerana ada pcubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara semula."

Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod daripada suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan bahawa hutang yang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.

"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi yang turut menyenaraikan semula pendedahan PKR berhubung kes tersebut.

Beliau mendakwa, NFC antara lainnya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC, syarikat yang dikuasai penuh oleh keluarga Shahrizat.

Sebahagian daripada wang ini digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar, dakwanya.

NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.

Tambahnya, NFCorp juga masih perlu menjelaskan mengenai pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya sertaperbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara. - Malaysiakini

* Percubaan yang tak menjadi atau mungkin lebih makan diri...

Permainan 'Aku Jimat' dibuang?

Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.

Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu, Aku Jimat muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.

Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun. - Malaysiakini

* Besar kuasa dia. 'Boboi' yang dikaitkan dengan dia oleh blogger pun terus masuk Umno. Mungkin lepas ini kita akan dengar 'Apple' masuk Umno...

Forum seks Kelab Taat Suami diserbu

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) semalam menyerbu forum anjuran Kelab Isteri Taat (KTS) yang dikatakan untuk mempromosikan "seks suci".

Menurut laporan Berita Harian, jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam".

Lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, yang diasaskan oleh bekas ahli kumpulan al-Arqam yang diharamkan, dilaporkan tergamam apabila sepasukan 10 anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu forum tersebut di Persiaran Harimau.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin mengesahkan serbuan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Presiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun, menegaskan kempen tersebut tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi oleh semua pasangan Islam.

"Kehidupan Rasul perlu dicontohi, termasuk mengenai seks... Islam membenarkan seks, tetapi hubungan seks suci di antara suami dan isteri...," katanya dalam laporan Berita Harian.

Ini turut disokong oleh pemimpin KTS di Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu, lapor akhbar itu lagi.

Serbuan itu juga dilaporkan oleh akhbar Inggeris The Star dan New Straits Times, yang memetik Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid sebagai berkata kempen itu boleh merendahkan martabat Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Tamyes Mohd berkata, kempen yang amat pelik itu bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari, adalah tidak wajar kerana Rasulullah "tidak hanya berkahwin untuk seks".

Sebaliknya, kata beliau, Rasulullah berkahwin dengan wanita dari suku kaum yang berbeza untuk menyatukan orang Arab dan menyebarkan Islam," katanya, sambil menegaskan supaya digunakan cara yang lebih bijaksana untuk membanteras seks haram. - Malaysiakini

* Tak puas hati, saman...

Majlis Hukuman pastikan hukuman setimpal

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Majlis Peguam mencadangkan sebuah Majlis Hukuman diwujudkan untuk mengadakan satu garis panduan mengenai kadar hukuman ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, dengan adanya majlis ini, hukuman yang dijatuhi bersesuai dengan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik itu.

Beliau berkata, mengenakan hukuman mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut adalah tidak wajar kerana sesuatu kes itu perlu dilihat dari aspek bagaimana kemalangan itu serta sama ada kes itu "berat atau ringan."

"Sesuatu hukuman perlu bergantung kepada fakta-fakta kes yang pada amnya berlainan antara satu sama lain.

"Oleh itu budibicara hakim tidak patut disekat, malah hukuman bukan sekadar untuk hukuman sahaja tetapi untuk pemulihan (ke atas pesalah trafik)," katanya.

Beliau mengulas pandangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye pada Ahad lalu yang menyarankan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut. - BERNAMA

* Masalah kemalangan bukan kerana hukuman yang ringan atau sikap pemandu. Masalah utama adalah penguatkuasaan yang sangat lemah. Siapa yang jaga 'penguatkuasa' ini. Jawapannya adalah UMNO...

Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati

GENEVA 26 Jan. – Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati di utara bandar Idlib, Syria kelmarin, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.

“Abdulrazak Jbero ditembak mati ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Idlib dan motif pembunuhan sedang disiasat.

“ICRC mengutuk pembunuhan itu di mana ia menunjukkan Syria masih tidak menghormati pasukan perubatan,” kata Ketua Operasi ICRC Asia Barat, Beatrice Megevand-Roggo. – REUTERS

Lelaki peluk mayat teman wanita jatuh bangunan

GEORGETOWN - Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.

"Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- Bernama

Wednesday, January 25, 2012

‘Kenapa Anwar tak saman kami?’

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya. - Utusan

* Banyak duit Ezam sekarang. Itu sebab berani cabar minta disaman berjuta seperti yang Utusan kena...

Karpal: Penghakiman bertulis pembebasan Anwar belum siap

KUALA LUMPUR - Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh setiausaha hakim perbicaraan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat. Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Karpal berkata PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," kata beliau.

Karpal berkata mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.

Pada 9 Jan, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara,Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- Bernama

Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ rendahkan martabat Nabi Muhammad, tegas Muslimat PAS

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Dewan Muslimat PAS menyelar kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” yang dilancarkan Kelab Taat Suami sambil menegaskan “Islam tidak menjadikan seks sebagai agenda utama.”

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata Kelab Taat Suami Malaysia pimpinan Fauziah Ariffin sepatutnya menggunakan kelebihan lain Nabi Muhammad berbanding kehidupan seks.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang meragui matlamat sebenar Kelab Taat Suami itu.

“Kalau kita lihat dari sudut Islam, bagaimana Islam mengangkat hubungan suci suami isteri tetapi seks bukan agenda utama sebaliknya menjaga keturunan adalah yang paling penting.

“Jadi sempena kelahiran Nabi Muhammad seharusnya kita bersyukurnya dan melihat bagaimana kelahiran Nabi Muhammad ini sebagai penyuluh seluruh alam,” kata Siti Zailah.

Tegas beliau, menjadi kehidupan seks sebagai agenda utama Islam adalah tidak wajar kerana banyak lagi aspek lain yang menjadi keutamaan menambah “seks hanya sebahagian daripada kehidupan manusia.”

“Islam datang dengan rahmat, bukan meletakkan agenda seks dan nafsu sebagai agenda utama tetapi bagaimana meletakkan ketinggian maruah manusia, saya tidak setuju bila letakkan seks sebagai agenda utama.

“Seks hanya satu suntikan yang kita disyorkan mengikut naluri semula jadi yang ada dalam diri manusia sesuai dengan syarak,” katanya dengan nada terkejut.

Justeru Siti Zailah menasihatkan Kelab Taat Suami kembali kepada ajaran Islam dan mengangkat martabat Rasulullah di kedudukan sebenar.

“Bagi saya kelab ini patut kembali kepada ajaran Islam, mereka perlu nilai balik apa agenda mereka.

“Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks dan saya sangat tidak bersetuju kerana ada banyak lagi perkara lain yang boleh diperbesarkan,” katanya.

Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.” - TMI

17 pembantu guru B. Inggeris AS ke Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seramai 17 daripada 50 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fullbright dari Amerika Syarikat (AS) yang dihantar ke negara ini akan ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ini merupakan tahun ketujuh Terengganu mendapatkan khidmat ETA sebagai salah satu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Menurutnya, untuk program kali ini, pihaknya akan menumpukan penempatan di sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah premier dan sekolah elit.

"Program ETA sebenarnya bukan asing bagi kita kerana ia dilaksanakan di sini sejak tahun 2006 lagi.

"Bezanya pada tahun ini ialah, ia tidak lagi diletakkan di bawah seliaan kerajaan negeri sebaliknya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran,” katanya. - BERNAMA

* Budak pandai, kita hantar guru BI cemerlang tempatan, berapa boleh jimat. Ini segelintir kecil sahaja dapat nikmat. Umno...

Ibu Bapa Diminta Bantu Elak Pelajar Salah Guna Baucar Buku 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa ibubapa memantau anak-anak mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi awam dan swasta agar tidak menyalagunakan sumbangan baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang diberikan kerajaan.

"Baucar bernilai RM200 itu diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian mereka dan bukannya untuk dijual," kata Presiden GPMS Jais Abdul Karim ketika dihubungi Bernama, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Jais mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu agar ia tidak terus menular.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Irmohizam Ibrahim pula berkata pelajar tidak sepatutnya melakukan perkara berlainan daripada tujuan sebenar baucar itu diberikan kepada mereka. Beliau berkata sikap pelajar yang menyalahgunakan pemberian baucar itu jelas menyalahi pengiktirafan yang diberikan kerajaan dan rakyat yang mahukan mereka membeli bahan bacaan yang berfaedah untuk kepentingan pengajian mereka.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Baucar itu adalah amanah kerajaan dan rakyat yang seharusnya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membeli sumber bahan bacaan.

"Sebarang penyalahgunaan baucar itu wajar dihentikan segera," kata Irmohizam. - BERNAMA

* Seperti kata orang zaman ini, "Suruh beli lembu dia beli kondo"...

Pembeli rumah terbengkalai buat laporan SPRM

PUTRAJAYA - Seramai 50 daripada 1,200 pembeli rumah di empat projek perumahan terbengkalai sejak 10 tahun lalu di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dengan mendakwa kemungkinan berlaku penyelewengan.

Hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk oleh SPRM untuk membuat laporan itu bagi mewakili pembeli lain.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Abdul Karim Said, 57, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya datang bagi membantu pembeli-pembeli itu membuat laporan kepada SPRM.

"Kami berharap agar SPRM dapat menyiasat perkara ini supaya semua pihak mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya.

Seorang daripada pembeli, Salmah Bakri, 38, berkata SPRM dan kerajaan Selangor harus menyiasat perkara itu kerana sudah hampir 10 tahun ia terbengkalai begitu sahaja.

Beliau berkata suaminya sudahpun membayar ansuran rumah yang mereka beli sejak tahun 2002 sehingga 2005 namun sehingga sekarang projek perumahan itu masih tidak berjalan.- Bernama

“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Walaupun kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.

“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.

“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbyka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.

Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.

“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan...memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.

“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.

November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci. - TMI

* Lagi dikata tidak boleh lagilah dicari...

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang. - TMI

* Tukar tajuk boleh...

Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan. - Malaysiakini

* Yang badan besar tu jangan lupa...

NFCorp Ucap Terima Kasih Kepada NGO

KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) melahirkan rasa terima kasih kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir pada sesi dialog untuk menjelaskan situasi yang melanda perbadanan itu, Ahad lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh telah memberi penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu dalam pertemuan selama dua jam setengah pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Usahawan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan, Persatuan Pemikir Profesional Malaysia dan Persatuan Anak-Anak Kelantan.

Mohamad Salleh menjelaskan NFCorp merupakan syarikat persendirian manakala Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, beberapa laporan polis telah dibuat dan kenyataan turut diberikan berserta buku-buku dan dokumen syarikat untuk siasatan lanjut.

"NFCorp memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan menunggu hasil siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, perkataan kecelaruan telah menimbulkan kekeliruan orang ramai terhadap syarikat itu.

"Ketua Audit dalam laporan audit 2010 tidak menyifatkan NFCorp sebagai dalam kecelaruan. Kritikan mengenai projek itu dalam kecelaruan adalah tidak tepat," tegasnya.

Izmir turut berkata, laporan Ketua Audit boleh diperolehi secara percuma dari laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my/.

Beliau menggesa orang ramai supaya meneliti laporan itu untuk memahami kekeliruan tersebut.

NFCorp juga mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh NFC.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan. - Mstar

Maki polis dipenjara dua bulan

KOTA BHARU 22 Jan. - Tindakan seorang pekerja kilang papan memaki hamun anggota polis membawa padah apabila dia dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Muhamad Safuan Azahar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas lelaki terbabit, Gur Chun Foo, 37, dari Johor selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Balai Polis Kota Bharu, kira-kira pukul 8.15 malam pada 15 Januari lalu.

Tertuduh yang bekerja di kilang papan di Kuala Krai didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 iaitu berlakuan tidak senonoh dengan membuat kacau dan memaki hamun anggota polis di balai berkenaan.

Sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, pada waktu kejadian, seorang lelaki telah datang ke tempat pertanyaan di Balai Polis Kota Bharu dan membuat kacau dengan memaki hamun anggota polis. Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah. - Utusan

* Kenapa dia maki polis? Tentu bersebab...

Umno: Najib, Anwar tak perlu debat

SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

“Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini.

“Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

“Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis.

“Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain,” katanya.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim. - Malaysiakini

* Bukti pemimpin Umno tiada kelayakan tetapi tetap dilantik sebagai pemimpin...