31 July 2012

Tiada beza mansuh duti eksais jika buka bidaan AP, kata Pekema

PETALING JAYA, 31 Julai — Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) melihat cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan bidaan umum terhadap Permit Import (AP) adalah “tidak masuk akal” dan hanyalah sekadar kenyataan politik semata-mata.

Hafiz AF disaman bekas pengurus pentas

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, menunjukkan pernyataan tuntutannya terhadap penyanyi Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali Hafiz AF. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu 'Awan Nano' hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

George Kent-Lion Pacific menang tender LRT Ampang

Syarikat Prasarana Negara Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

CUEPACS harap bonus khas untuk pesara KWSP

PUTRAJAYA: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berharap agar Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan turut dipanjangkan kepada pesara yang memilih untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lajim digugur Timbalan Menteri

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

'Undang-undang lompat parti harus digubal'

SHAH ALAM - Kerajaan harus mempertimbangkan penggubalan undang-undang lompat parti atau kod etika untuk ahli politik bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) secara automatik.

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan

KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.

Jual makanan ikut pintu belakang

SUNGAI CHOH - Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.

Isteri hilang hampir seminggu

KOTA BHARU- Di saat insan lain bergembira dapat berbuka puasa bersama keluarga, seorang warga emas, Mat Noor Yusoff, berduka selepas isterinya menghilangkan diri hampir seminggu.

Myanmar nafi dakwaan penganiayaan etnik Rohingya

YANGON 31 Julai - Myanmar semalam menafikan tuduhan beberapa pihak yang mendakwa pasukan keselamatan negara ini melakukan penganiayaan ke atas etnik Rohingya, selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan keras yang dikenakan terhadap komuniti Islam tersebut.

Pegawai tertinggi tentera Syria belot sertai pemberontak

ISTANBUL 31 Julai - Seorang pegawai kanan tentera Syria berpangkat Brigadier Jeneral dilapor telah berpaling tadah untuk menyertai kumpulan pemberontak negara itu yang berpangkalan di Turki semalam.

Pas: Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal

KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.

Syria isytihar kemenangan

Sepasang suami isteri Syria bersama anak mereka meninggalkan Aleppo bagi mengelak pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak kelmarin. - Foto EPA
Tentera rampas semula Damsyik yakin kembali kuasai Aleppo

Aleppo: Kerajaan Syria mengisytiharkan kemenangan selepas mendakwa menguasai semula Damsyik dan mula membedil kawasan pemberontak di bandar terbesarnya, Aleppo.

Skandal bank Iran: 4 dihukum mati

TEHERAN - Empat orang dikenakan hukuman mati atas peranan mereka dalam skandal penyelewengan bank terbesar Iran tahun lalu.

Karpal: Hudud bukan inti manifesto Pakatan

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

30 July 2012

Gambar yang tidak mungkin keluar di Utusan, Berita Harian, NSTP dan The Star


Zahid harap Umno dan BN Sabah tidak pandang ringan

KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin yang keluar dan melepaskan semua jawatan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada keutuhan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PKR: Penyertaan 2 MP bakal realisasikan penubuhan kerajaan PR di Sabah

KUALA LUMPUR, 30 Julai — PKR berharap melalui penyertaan dua ahli Parlimen dari Sabah ke dalam Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu bakal menyaksikan matlamat pakatan pembangkang itu untuk menubuhkan “Kerajaan Rakyat Negeri Sabah” bakal terlaksana dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

OKT meninggal dunia dalam kandang tertuduh

Pihak polis membawa keluar jenazah Fazli Khamis dari bangunan mahkamah
AYER KEROH - Seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan miliki dadah, tumbang lalu menemui ajalnya di dalam kandang tertuduh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam.

Polis tahan suami Syaleza bantu siasatan

SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Lajim diberi surat tunjuk sebab, dianggap persenda Umno

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Ibu Pejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan dengan mengapa beliau tidak boleh dipecat oleh Umno berikutan dengan tindakan ahli parlimen Beaufort itu mengumumkan meletakkan jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu kata setiausaha agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Waytha dapat pasport, akan pulang 1 Ogos

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memperolehi pasportnya melalui misi diplomatik Malaysia di Singapura, dan bersedia untuk pulang ke tanahair Rabu ini.

Beri alasan bersahur elak dicekup

Pasangan kekasih yang merupakan rakan sekerja ini ditahan selepas mendapati mereka tiada ikatan sah.
PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin.

Buta akibat letupan mercun bola

MOHD. Sohibollah kini berhadapan dengan masa depan suram selepas mata kirinya dikhuatiri buta akibat letupan mercun bola.
ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Eksekutif pentadbiran TV9 disahkan mati dijerut

SHAH ALAM 30 Julai - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

'Sabar duhai hati', status terakhir BB isteri ditemui mati

PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

(Video) Lajim Ukin - Tinggal UMNO Untuk Rakyat

Ada kesan jerut, ahli keluarga eksekutif stesen TV ditahan

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.

Demi maruah, PERKASA minta Lajim keluar Umno

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai  timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli Umno.

BN terima kesan jika Lajim bertanding

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan menerima saingan sengit sekiranya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bertanding atas tiket parti selain dari BN dalam parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

(Video) Gadis Cina bukan Islam berpuasa di bulan Ramadan

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Umno Sabah serah kedudukan Lajim kepada pucuk pimpinan parti

KOTA KINABALU, 29 Julai — Umno Sabah akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai anggota Umno selepas beliau mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti dan kerajaan di sini, semalam.

29 July 2012

Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz kata Umno

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Najib umum duit raya Felda RM43.2 juta

SIK, 29 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Batal Larangan Buku SIS

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap sebuah buku bertajuk 'Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism' oleh Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia).

Pertempuran hidup mati pemberontak di Aleppo

ORANG RAMAI mengadakan bantahan terhadap Presiden Bashar Al-Assad selepas solat Jumaat di Maraa dekat Aleppo kelmarin.
DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera terus membedil pusat bandar Aleppo semalam ketika tentera Presiden Bashar Al-Assad bersiap sedia untuk menggempur pemberontak di bandar raya kedua terbesar Syria itu.

Saya tidak kecewa - Nur Suryani penembak tunggal negara

LONDON - "Saya tidak kecewa, anak saya buat saya rasa tenang," kata penembak tunggal negara ke Sukan Olimpik London, Nur Suryani Mohamed Taibi selepas gagal meneruskan saingan 10 meter air rifle di Lapang Sasar The Royal Artillerry Barracks di sini, semalam.

(Video) DSAI di Tuaran, Sabah - Perubahan politik Sabah

Kumpulan pemisah Thailand menembak mati empat anggota tentera

BANGKOK 28 Julai - Kumpulan pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi di selatan Thailand awal hari ini ketika keganasan dilaporkan terus meningkat di wilayah bergolak itu sejak bermulanya Ramadan.

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU

SHAH ALAM - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya - kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Rakyat Saudi pulang ke rumah selepas dipenjara di Israel

RIYADH 29 Julai - Seorang lelaki Arab Saudi yang dipenjarakan hampir tujuh tahun di Israel selepas dikatakan 'sesat di gurun Sinai', akhirnya dibebaskan dan tiba di rumahnya di sini pada Khamis lalu.

Politik baru di Sabah mula dibentuk

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Senario politik baru di Sabah bakal berubah apabila dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, bertindak menubuhkan parti sendiri dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara

Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

K'jaan ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia'

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

28 July 2012

Lajim letak jawatan dalam MT Umno, pengerusi BN

Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Kontroversi pengantin remaja

PEKAN – Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundangkontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini.

Hasan Ali gesa Pas jawab kenyataan Persekutuan Kristian

KUALA LUMPUR - Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.