TAIPING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menggunakan
tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai
kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya
terhadap rakyat.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Najib
yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara
sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah cuba meraih
sokongan 1.4 juta kakitangan awam, peti undi untuk kerajaan yang dilihat
semakin berubah kerana isu skim gaji baru-baru ini.