30 April 2012

(Video) BN Gunakan Cara Hitler - Bersih 3.0

Kadar gaji minimum RM800 - RM900

SHAH ALAM - Malaysia akan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900 untuk tenaga kerja di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.


Sambil menyifatkan ia sebagai "hadiah Hari Pekerja", Najib berkata, kadar itu ditetapkan dengan melakukan pengubahsuaian ke atas syor dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.

Pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja, Najib berkata, kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lima juta tenaga kerja.

Dalam mengumumkan perkara itu, Najib yang pada tahun lalu mengumumkan pelarasan gaji antara tiga hingga tujuh peratus bagi sektor awam tahun lalu memberitahu bahawa kadar gaji minimum masih rendah berbanding paras dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Badan induk itu yang memperjuangkan gaji minimum sejak lebih tiga dekad lalu, menuntut RM1,200 sebulan.

"Gaji minimum ini meliputi semual sektor pekerja di negara ini kecuali tenaga kerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkannya Putrajaya malam ini.

Pengumuman dibuat secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Katanya, pekerja-pekerja di Semenanjung akan menikmati gaji minimum RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala pekerja di Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Menurut Najib, pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

Pemberian tempoh masa yang mencukupi itu, menurut beliau, adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.

Najib berkata, kerajaan mengambil langkah itu supaya upah dan gaji yang diterima oleh pekerja-pekerja di negara ini adalah selaras dengan kadar produktiviti dan kos sara hidup.

Katanya, seramai 33.9 peratus tenaga kerja negara ini menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan iaitu rendah daripada garis kemiskinan RM800. - Sinar Harian

Zizan Raja Lawak Ditahan Wad

Dipetik dari laman facebook Angsa Ganas Zizan raja Lawak dikatakan telah ditahan di wad kerana diserang penyakit. Tak dinyatakan penyakit yang dihidapi oleh Zizan sehingga dia ditahan di wad, namun menurut komen-komen di Facebook, zizan diserang gastrik..apapeun semoga zizan cepat sembuh dan kembali berlawak seperti biasa. - www.nescafeais.com

Ketua Polis: Perhimpunan Bersih 3.0 rusuhan

KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti penyokong, penganjur termasuk pemimpin politik yang dilihat mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 merusuh.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebelum itu menjelaskan perhimpunan yang diadakan Sabtu lalu, bukan perhimpunan aman, sebaliknya demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi rusuhan.

“Kita sudah kenal pasti individu yang memulakan rusuhan tersebut. Siasatan yang dijalankan bukan hanya meliputi mereka yang terlibat secara langsung tetapi juga terhadap mereka yang dianggap pencetus perhimpunan ini.

“Apa yang berlaku merupakan satu kesalahan merusuh, melanggar perintah mahkamah dan beberapa kesalahan lain yang akan dipastikan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Ismail berkata, beliau kesal kerana penganjur tidak mengotakan janji di mana gagal memastikan perhimpunan tersebut tidak bertukar ganas.

Ini kerana, beliau berkata, keganasan itu bermula selepas penyokong memecahkan halangan terakhir iaitu penghadang dan kawat duri di Dataran Merdeka.

Beliau berkata, polis kemudiannya bertindak secara profesional untuk menangani perusuh selepas mereka berkelakuan agresif dengan mengubah dan merempuh halangan dalam usaha untuk menawan Dataran Merdeka.

“Kita terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan 'water cannon' untuk menyuraikan perusuh selepas mereka memecahkan halangan di Dataran Merdeka.

“Sebelum itu kita membenarkan mereka berhimpun selama beberapa jam tetapi keadaan itu bertukar ganas apabila penyokong bertindak di luar batasan undang-undang dan di luar semangat Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Pada sidang media tersebut, satu tayangan video hampir tujuh minit berkaitan keganasan penyokong ditayagkan kepada wartawan, termasuk kejadian Unit Amal Pas merempuh polis di KLCC serta serangan terhadap anggota polis dan jurugambar TV Al-Hijrah, Mohamad Azri Salleh di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya menerima lebih 10 laporan daripada penyokong dan wartawan yang mendakwa dipukul polis dan beberapa laporan daripada polis yang cedera dipukul perusuh.

Beliau berkata, polis akan meneliti dan menyiasat semua dakwaan terhadap pasukan keselamatan itu, termasuk rakaman video dan gambar yang tersebar di internet.“Kita menjanjikan siasatan yang telus untuk semua. Dalam waktu terdekat, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau turut kesal dengan penganjur yang tidak mengambil peluang tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menganjurkan perhimpunan di stadium, antaranya Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka.


“Sekiranya senario ini terus berlangsung, ia menggalakkan budaya agresif di masa akan datang yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya. - SH

* Bau busuk Umno...

Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta

Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya...


Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara.

Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting.

Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya. - Malaysiakini

* Tiada cara lain untuk selamatkan Malaysia. Umno perlu ditumbangkan...

(Video) Rakyat 1Malaysia Ada Pesanan untuk Najib

(Video) Dipukul Polis - UmnoBN bakal hilang undi Cina

29 April 2012

2000 lebih polis menjadi peserta Bersih 3.0?


http://manjongmari.blogspot.com/




 getah kuning, penanda bagi setiap polis berpakaian preman (SB)
http://greenboc.blogspot.com/

(Video) Gila! Polis Tumbuk Pelancong - Bersih 3.0

Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.


"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi. - SH

Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.

Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.  - Malaysiakini

* Bukti keganasan polis. Hukum polis yang terbabit jangan sekadar mohon maaf. Mereka tidak layak jadi anggota polis. Jika tidak rakyat akan menghukum Umno pada pilihanraya nanti...

(Video) 400 Malaysians gather in HK for Bersih 3.0

Bersih: Ambiga mahu siasatan bebas penuh

SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mahu satu siasatan menyeluruh yang bebas diadakan bagi menyiasat perjalanan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara semalam, yang berakhir dengan insiden ganas.


"Kami mahu satu siasatan penuh dan bebas (diadakan) berhubung insiden ini," kata beliau dipetik mesej laman mikro Twitter Bersih, hari ini.

"Kami fikir siasatan penuh seharusnya diadakan," kata beliau lagi.

Bersih 2.0 atau nama penuhnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengadakan sidang media petang ini berhubung perhimpunan Bersih 3.0, yang dicemari insiden ganas, dengan sejumlah orang termasuk anggota polis cedera dan lebih 500 orang ditahan.

Ambiga juga berkata, pihaknya mengutuk keganasan yang disaksikan semalam.

Katanya, "jika kami telah dibenar untuk menggunakan Dataran (Merdeka) dan pihak polis bekerjasama dengan kami, (protes) Duduk Bantah telah dapat diadakan aman," katanya lagi.

Malah kata Ambiga, "kami percaya ada ejen provokasi (di tempat kejadian)."

Sehubungan itu kata Ambiga, pihaknya juga mahu mereka yang mencetuskan masalah ketika perhimpunan semalam dikenal pasti.

Polis tidak membenarkan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka. Malah, pemilik Dataran Merdeka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak membenarkan lokasi itu digunakan.

Semalam, Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan penyokongnya dan pasukan polis.

"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua. Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya hari ini.

"Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau.

Perhimpunan semalam walaupun tidak mendapat kebenaran untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di lokasi bersejarah itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan yang bertukar menjadi luar kawalan.

Hishammuddin berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan peserta perhimpunan itu.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini (semalam), penganjur menjanjikan perhimpunan aman, sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan.

"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya. - SH

* Malang, sepatutnya polis menjaga rakyat...

Peguam dakwa diserang polis

Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.


Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang.

Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut.

Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya.

Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya.

Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.

Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.

Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.

Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.

Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya. - Malaysiakini

* Najib kata kita ke arah negara maju.

(Video) Keganasan Polis - Rakyat Akan Tukar Kerajaan

(Video) Mangsa Rempuhan Kereta Polis di Sogo

The protester hit by the police car after it was attacked by other protesters is taken to an ambulance - Malaysiakini

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.


Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). - Mstar

(Video) Karoot Komedia - Episode 06

PERKASA: PM jangan takut bubar Dewan Rakyat

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0 dijalankan semalam.


"Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.

"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. - Malaysiakini

Undang-undang apa Polis Guna untuk Belasah Orang Di Khalayak Ramai?

* Hanya dengan menukar Umno menjadi pembangkang di Malaysia dapat 'mengajar' polis yang 'ikut undang-undang' sendiri. "SELAMATKAN MALAYSIA"

PKR mahu Najib tanggungjawab dakwaan serangan

Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.


Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.

"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.

Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.

"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.

"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. - Malaysiakini

* Ini adalah satu hujah yang menunjukkan polis bukan di pihak yang benar...

Bersih 3.0: Nik Aziz ucap 'tahniah'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikritik Umno Kelantan atas alasan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berhimpun di ibu negara, semalam.


Menteri Besar Kelantan ini berkata, rakyat hadir di ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan ketika Bersih kerajaan diam dan membisu manakala apabila Bersih 2.0 diadakan, kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.

"Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” kata beliau semalam, menerusi laman Twitter dan dipetik Harakah Daily.

Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mengarahkan ahli parti itu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 satu tindakan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.

Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.

Nik Abdil Aziz berkata, kehadiran pelbagai kaumn secara beramai-ramai bukan atas faktor kaum, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.

Nik Aziz bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.

Menurut beliau, jika Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya. - Sinar Harian

Peserta Bersih dibayar untuk hadir perhimpunan

KUALA LUMPUR 28 April - Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri. - Utusan

* Akhbar Umno ini selalu membuat berita atau kenyataan yang tidak ada bukti...

(Video) Bersih 3.0: From picnic to battlefield

(Video) Kereta Polis Pecah Depan SOGO (2009 - 2012) | BERSIH 3.0

(Video) Polis Terajang Demonstran Ramai-ramai (PDRM)

Saya mangsa keadaan - Zahida Rafik

KALI terakhir menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran lima tahun lalu, Zahida Rafik, 37, ternyata tidak perlukan pencapaian dalam lakonan untuk diburu sensasi. Dua minggu kebelakangan ini, kisah skandal Zahida yang dikaitkan dengan seorang pemimpin bertaraf menteri tidak habis-habis dikorek dan dicari akar punca.

Impak paling hebat untuk jelitawan seperti Zahida, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sendiri memberi kenyataan akhbar menafikan dakwaan satu pihak bahawa dirinya menaja hidup pelakon itu sehingga sanggup berhabis sehingga RM1.5 juta sebagaimana yang didakwa.

Pucuk dicita ulam mendatang, berdasarkan satu maklumat bahawa Zahida akan membuat penampilan sempena satu majlis pelancaran koleksi Nur of Alexandaria dan program amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di Galaxy, Ampang, Sensasi Bintang tidak melepaskan peluang turun padang.

Biarpun sangat berhati-hati memberikan komen atas segala kontroversi, pelakon Kuliah Cinta dan Senario The Movie itu sedikitpun tidak menunjukkan reaksi marah mahupun melenting.

"Saya okey sahaja, saya tenang dan saya masih kuat berdepan semua ini atas sokongan keluarga dan pasukan saya (Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah) ini," katanya sambil menidakkan rasa malu untuk bertemu masyarakat.

Tindakannya berdiam diri dan tidak melayan pertanyaan media selama ini juga dibuat atas nasihat peguamnya sendiri, Datuk Seri Shafee Abdullah.

Ditanya, sanggupkah dia berdepan segala pembongkaran sekiranya kes itu nanti dibicarakan di mahkamah, Zahida juga tidak berkerut dahi. Tiada sebab untuk dia merasa gentar kerana yakin, semua cerita yang seolah-olah meletakkan dirinya dilihat sebagai perempuan simpanan itu hanyalah fitnah semata-mata.

"Apa yang saya tahu, saya membuat laporan polis berhubung pemandu peribadi saya, Noor Azman Azemi, 38, yang melarikan duit saya sebanyak RM200,000. Tiba-tiba, saya pula didakwa dengan macam-macam cerita, saya terkejut dan tidak tahu-menahu mengenai isu yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan. Berdasarkan latar belakang pihak yang membuat tuduhan, saya tidak menolak ini semua ada motif politik dan saya yang menjadi mangsa keadaan," katanya yang berkali-kali menafikan ada ada hubungan intim dengan menteri yang dimaksudkan.

Kata Zahida, dia hanya mengenali pemimpin itu sebagai menteri, tidak lebih daripada itu.

"Kami tidak pernah mempunyai sebarang hubungan peribadi. Sudah tentu saya tahu dia seorang menteri dan sebagai selebriti, dia pula orang kenamaan, kami ada bertembung dalam majlis-majlis tertentu tapi setakat itu sahaja. Lagipun sehingga sekarang saya masih solo dan masih belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki," tegasnya.

Bertanyakan Zahida tentang jalan hidupnya yang tidak habis dikaitkan dengan kisah skandal, hidup ditaja dan sekali gus melibatkan maruah seorang wanita, Zahida reda terhadap apa yang berlaku

"Bagi saya ini semua fitnah, gosip orang kenamaan dengan artis sudah jadi lumrah. Fitnah pula asam garam dalam kehidupan sebagai seorang artis. Masyarakat kita pula sukakan cerita hiburan," katanya yang tiba-tiba mendapat perhatian pengikut di laman Twitter.

Menjelaskan keadaan, kebanyakan komen berunsur negatif yang tertulis dalam Twitter pada awal isu berkenaan hangat diperkatakan bukanlah ditulis olehnya. Kata Zahida, dia bukan jenis artis yang aktif bertwitter.

"Bila ramai yang mencari saya, mereka mula menjadikan akaun Twitter saya sebagai sasaran. Selama ini, anak-anak saudara saya yang membalas kebanyakan komen di Twitter itu. Bila sedar, komen-komen mereka itu banyak tidak senonoh, barulah saya ambil alih dan betulkan dengan komen-komen yang positif," katanya.

Terbaru, Zahida menerusi peguamnya menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Zuraida yang sebelum ini didakwa orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan mendakwa menteri itu memberi wang kepada Zahida.

Surat yang dihantar melalui peguamnya, Shafee bertarikh 23 April itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf kepadanya dalam tempoh tujuh hari.

(Video) Bukti Kekejaman Polis - Bersih 3.0

28 April 2012

(Video) Tembus Ke Dataran Merdeka (Sudut LRT)

Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya, 250,000 hadir

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan mereka berjaya dan mendakwa 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.


"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar." - Malaysiakini

Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis

Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.


Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.

"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.

"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."

Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis. - Malaysiakini

PM ambil berat kes penculikan Nayati

KUCHING 28 April - Nasib kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik di ibu negara pagi semalam mendapat perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun beliau sibuk dengan lawatan kerjanya ke negeri itu sejak Khamis lalu.

Perdana Menteri berkata, tengah malam tadi beliau membuat dua komen di Twitter peribadinya, @najibrazak berhubung kejadian itu.

Semakan di akaun Twitter Perdana Menteri mendapati komen berkenaan dibuat beliau kira-kira 12 tengah malam selepas menghadiri majlis makan malam bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri di Kediaman Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya.

Komen pertama beliau berbunyi: “Terlalu banyak yang diperkatakan mengenai Nayati sepanjang hari ini. Ayuhlah kita semua berdoa dan melalui media sosial (kita) meluaskan pencarian Nayati,".

Komen kedua tidak lama selepas itu pula berbunyi: “Saya merayu sebagai seorang bapa supaya Nayati tidak diapa-apakan dengan apa jua cara. (Telah) bercakap secara terus kepada IGP (Ketua Polis Negara) untuk menyiasat kes ini,".

Menurut Perdana Menteri, komen yang dibuat beliau itu kemudian disebarkan secara meluas oleh pengikut akaunnya dan pengguna Twitter yang lain malah, ia menjadi lebih popular berbanding komen-komen berkaitan perhimpunan Bersih 3.0.

“Saya harap polis serta masyarakat akan sama-sama membantu usaha mencari kanak-kanak terbabit.

Malah saya terfikir untuk memberitahu peserta perhimpunan Bersih 3.0 supaya turut membantu mencari kanak-kanak itu kerana ia lebih berfaedah berbanding mengadakan demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN

* Kerja mencari, polis atau orang awam? Mengapa tidak terfikir kerahkan polis mencari mangsa culik daripada beramai-ramai menyekat kebebasan rakyat...

(Video) Bersih 3.0 - Al Jazeera

(Video) Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4:23pm: Jalan TAR - A police vehicle allegedly hits two protestors in front of Sogo shopping centre, injuring them. - Malaysiakini



(Video) Isyarat Jelas Rakyat Tolak BN

Siapa yang Ganas



Bermandi Air Bercampur Kimia

4.04pm - Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.
4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.


FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR. - Malaysiakini

Anwar: 'Kita akan mara ke Dataran walau apapun'

KUALA LUMPUR - Kira-kira 25,000 orang setakat ini menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang di sekitar kawasan pinggiran Dataran Merdeka, di sini, menolak empat tempat lain yang ditawarkan.


Pada perhimpunan itu, yang setakat ini menurut polis adalah terkawal, Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga terdahulu awal pagi tadi menyeru para peserta perhimpunan agar menghormati perintah mahkamah melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di Masjid Negara bersama 5,000 orang sedang bergerak ke arah Dataran Merdeka, menyeru peserta perhimpunan "Kita akan mara ke Dataran Merdeka walau apapun."

Beliau juga menyeru peserta perhimpunan jangan lemah semangat oleh rasa takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. - Bernama

BERSIH 3.0 adalah kotor kerana penganjur tak hormat undang-undang

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu kota hari ini boleh dikatakan sebagai Kotor 3.0 kerana penganjur dan peserta perhimpunan itu jelas tidak menghormati undang-undang negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ini berlaku lantaran ketiadaan penghormatan kepada nilai-nilai positif dan murni selain tidak mengendahkan mengenai pemuafakatan. "Kalau kita lihat mereka tidak memberi penghormatan kepada undang-undang yang mereka sendiri sokong di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tidak menghormati keputusan mahkamah.

"Apa yang kita nak sangkutkan (berharap) kepada pemimpin-pemimpin seperti ini yang membawa negara kepada politik jalanan, membawa susah-payah kepada orang ramai, kepada percanggahan nilai amalan dan tidak menghormati prinsip-prinsip keagamaan?" katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus di Kuala Lumpur (Badan). - BERNAMA

* Bagi Umno yang BERSIH itu kotor, yang kotor itu bersih...

Untung Jualan Tentu Berlipat Ganda

Tembakan Meriam Air dan Gas Pemedih Mata Dilepaskan Ke Atas Orang Ramai

Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. - Malaysiakini

(Video) Himpunan Hijau menuju ke Dataran Merdeka

Guru terlibat Bersih 3.0 berdepan tindakan disiplin

BATU PAHAT – Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru dan guru pelatih terlibat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, hari ini.


Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat kerana Bersih 3.0 adalah perhimpunan bermotifkan politik dan dilaksanakan di kawasan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Jika penganjur tetap berdegil melaksanakannya di Dataran Merdeka, mereka akan dianggap sebagai kumpulan yang mengadakan aktiviti yang bertentangan­ undang-undang dan guru juga guru pelatih sertainya boleh dikenakan tindakan disiplin.

“Kita juga bimbang perhimpunan yang diadakan di tempat terbuka seperti ini yang menjadi tumpuan awam seperti Dataran Merdeka boleh membawa kepada kekecohan, seterusnya menyebabkan keselamatan­ guru berkenaan tidak terjamin,” katanya ketika menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, semalam. - Sinar Harian

* Kata guru boleh terlibat dengan politik, asal sahaja tidak mengganggu masa bertugas...

(Video) Komisioner SUHAKAM, James Nayagam Minta Semua Pihak Bertenang

Perhimpunan BERSIH 3.0 Telah Berjaya - Datuk S Ambiga



(Video) Tangkapan Beramai-ramai Akan Dibuat Selepas Ini?

Berpanas Demi Kesejahteraan Anak Bangsa

Anwar Ibrahim Tiba

(Video) Peserta Perhimpunan di Jalan Tun Perak - 12.15 tgh

GEMPAR!!! Unit Amal Di Barisan Hadapan Rempuh Polis




(Video) Peserta perhimpunan merempuh benteng polis di KLCC pada jam 11.00 pagi

(Video) Bungkusan disyaki Bom Diperiksa Polis di Bersih 3.0

35,000 orang dianggar sudah banjiri KL

Penyokong pembangkang bertumpu di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR 28 April - Para penyokong parti pembangkang mula berkumpul di Dataran Merdeka termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali walaupun mereka dilarang berbuat demikian oleh pihak berkuasa.


Kira-kira 4,000 orang kini berhimpun di kawasan itu selepas mereka berarak dalam kumpulan-kumpulan kecil dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalam Sultan Ismail, Jalan Brickfields dan dari Jalan Pudu. - Utusan

Peserta Bersih Mula Berarak ke Dataran Merdeka