31 March 2012

Klang dilanda banjir kilat lagi

KLANG 30 Mac - Lebih 5,000 murid dan pelajar di lapan buah sekolah menengah serta rendah di sini terpaksa 'bercuti' apabila sekolah mereka diarah tutup hari ini ekoran banjir kilat selepas hujan lebat awal pagi ini.

Lapan sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah (STAR), SMK La Salle, SMK Teknik Klang, Sekolah Kebangsaan (SK) 1 & 2 Simpang Lima, SK Sungai Udang dan SK Telok Gadong.

Kejadian banjir kilat itu merupakan yang kedua melanda Klang dalam tempoh tiga hari selepas Selasa lalu.

Ia disifatkan lebih buruk apabila kawasan yang dinaiki air sebelum ini semakin teruk terjejas antaranya Kampung Delek, Kampung Sungai Udang, Taman Sentosa, Taman Chi Liung, Pandamaran dan Padang Jawa. - Utusan

* Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ada penjelasan dan cadangan langkah mengurangkan kesan banjir. Jangan semata-mata menyalahkan kerajaan persekutuan. Jika Pakatan perintah, terus guna peruntukan persekutuan berdasarkan cadangan tadi...

PM bayangkan akan kawal media dalam talian

Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.

"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di
Kuala Lumpur Jumaat malam.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.

Najib berkata langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.

"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.

"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.

"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.

"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.

Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.

Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.

"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.

"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.

Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan.

"Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.

Kerajaan turut menyambut baik usaha para peneraju pengarang media cetak untuk menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini, katanya.

Beliau berkata di bawah persepakatan itu, para editor bersetuju untuk menyediakan satu kod etika yang memperincikan prinsip-prinsip kewartawanan untuk dijadikan prinsip panduan dalam tugas-tugas pengumpulan dan penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.

"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya.

"Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka," katanya.

Najib berkata beliau setuju dengan pandangan rakan-rakan wartawan bahawa peraturan-peraturan sedia ada berhubung media tidak boleh kekal statik.

"Peraturan-peraturan itu bukannya dibancuh dalam acuan simen yang tidak boleh dipecahkan. Kita sekarang berada pada era digital yang memberikan kita semua akses kepada maklumat tanpa batas.

"Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.

"Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya. - Bernama

* Takut sebab media tertinggi dilayari pro-pakatan...

30 March 2012

Saya tiada niat langsung untuk baling selipar

PETALING JAYA – Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang.

Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri menyesal di atas apa yang berlaku.

“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu Sritharan di atas apa yang berlaku begitu juga dengan ibu dan bapanya,” katanya pada sesi pertemuan dari hati ke hati antara pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD 1) dan keluarga mangsa, semalam.

Dalam kejadian pada waktu persekolahan petang Isnin lalu, murid tahun satu terbabit M. Sritharan dibaling selipar oleh gurunya hingga menyebabkan dia mengalami cedera ringan pada bahagian mata kiri.

Sementara itu bapa mangsa A. Murugan, 46, ketika ditemui berpuas hati dan memaafkan guru itu di atas apa yang berlaku.

“Saya menerima maaf cikgu Nur Adha dan saya berharap selepas ini anak saya dapat meneruskan pembelajaran selepas mendapat tiga hari cuti sakit oleh pihak hospital,” katanya.

Murugan berkata, dia juga akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat mengenai insiden tersebut sebelum ini.

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Setiausaha PKR Cabang Subang G. Manivanan itu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku, Yang Dipertua PIBG SKDD 1 Zakir Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan supaya ibu bapa yang mempunyai sebarang kemuskilan atau masalah membabitkan anak mereka di sekolah boleh melaporkan kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.

“Jangan buat aduan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana kerana dalam kes ini apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik,” katanya. - Sinar Harian

* Siapa Guru Besar dia? Bagaimana guru bawahan pakai selipar ke sekolah dan berlaku pada hari Isnin di mana sepatutnya ada perhimpunan sekolah pada hari itu...

Tukar segera akta lapuk

KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.

“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. - Kosmo

* "Tukar akta lapuk". Macam pernah dengar ayat itu...

Jabatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.

Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."

Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.

"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi. - Sinar Harian

Wajib tolak pemimpin biseksual

KOTA BHARU 29 Mac - Dua tokoh ulama di negeri ini menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah.

Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang.

Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.

"Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan. - Utusan

* Jenis ulama mangkuk ni...

BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo

SHAH ALAM, 30 Mac — Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.

“Sekarang, berkemungkinan kita akan hilang Selangor jika keadaan ini berterusan dan kemenangan semestinya susah buat kita kerana sasaran kita adalah untuk mendapatkan pengundi muda,” katanya dalam temubual eksklusif bersama wartawan TMI.

Penggal Adun Sungai Panjang ini tamat apabila BN tewas kepada PR sewaktu pilihan raya 2008. PR memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim menggantikan Khir sebagai menteri besar.

Khir (gambar) menegaskan “hampir” keadaan demografi pengundi antara Melayu dan bukan Melayu menjadikan negeri itu sukar ditawan BN kerana hanya pengundi Melayu bersama BN.

“Mampukah BN menawan Selangor? Kita kembali kepada peratusan pengundi, 52 peratus kalau tak silap saya adalah bukan Melayu.

“Masalahnya di sini adalah sesetengah kerusi yang kita (Umno) menang pada 2008 adalah di bawah 500 pengundi, tapi Umno rasakan semua kerusi adalah boleh dimenangi kerana mereka hanya mendapat reaksi daripada Melayu,” katanya.

Menurut Khir sementara Umno mendekati komuniti Melayu di Selangor dan mendapat respon positif, parti komponen seperti MCA dan MIC perlu melakukan perkara sama.

“Kita perlu dapatkan laporan daripada bukan Melayu ... Umno sudahpun melaksanakannya, parti komponen harus lakukan perkara yang sama, untuk Cina dan India.

“Perkara pokok di sini adalah jika Umno terlalu dominan, perkara itu menjadikan bukan Melayu tidak selesa. Mereka kemudiannya akan mengundi untuk PR walaupun PR tidak melaksanakan apa-apa,” tambahnya.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

“PR tidak menunaikan janji pilihan raya mereka walaupun mereka kata mempunyai simpanan tunai yang banyak.

“Saya sangat risau akan Selangor,” katanya.

Namun begitu, semalam Najib menjelaskan BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang termasuk menawan kembali Selangor, dan sokongan rakyat amat menggalakkan.

Menurut beliau rakyat sering memberitahunya BN telah kembali memperolehi sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana menteri itu menjelaskan BN harus menawan semula Selangor, negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan industri “walau apa pun yang berlaku.” - TMI

* Rakyat hendak tukar selera...

Mahathir: Sukar nak ramal keputusan PRU13

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar.- Bernama

29 March 2012

Pelajar tahfiz kantoi

KUANTAN - Sanggup merentasi ratusan kilometer dari Utara, seorang remaja bawah umur sanggup menebalkan mukanya meraih simpati menjual cakera padat (CD) agama di hadapan premis bank di bandar ini sejak dua hari lalu demi membantu anak yatim.

Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berasal dari Yan, Kedah mendakwa dirinya pelajar tahfiz di Alor Setar, Kedah ditemui ketika berlegar-legar menjual CD terbabit di hadapan sebuah premis bank terkenal di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Dengan membawa CD tersebut, remaja itu menyapa pengguna bank terbabit dan menyerahkan resit tertera nama pusat tahfiz tersebut pada mereka yang membelinya.

Mendakwa hasil jualan CD terbabit untuk didermakan pada anak yatim dan golongan memerlukan, remaja itu memberitahu, dia dan 12 rakannya dihantar tenaga pengajar mereka ke premis bank berlainan setiap hari.

Menurutnyanya, dia dihantar ke premis bank terbabit pada jam 1 petang dan dijemput kembali oleh tenaga pengajarnya pada jam 5 petang dan mereka ditempatkan di sebuah rumah di Beserah di sini.

“Pada waktu pagi, kami akan belajar bersama-sama dan petangnya kami membuat aktiviti ini dan saya sudah biasa melakukannya sejak kecil. Sebelum ini saya ke Kuala Lumpur selama dua minggu dan antara destinasi yang sudah dikunjungi termasuklah Kelantan, Johor Bahru.

“Saya sudah lali dengan kerja sebegini dan mula memasuki pusat tahfiz ini sejak berusia 7 tahun dan tiga lagi adik-beradik turut belajar sama,” katanya.

Ditanya hasil jualannya, dia mendakwa boleh memperolehi hingga RM100 dan bergantung pada nasib dengan menjual CD terbabit sebanyak RM20 sekeping.

Katanya, tugas tersebut dijalankan dengan sukarela dan memberitahu tidak takut ketika berhadapan orang ramai.

Ditanya sama ada dia tidak cemburu melihat rakan sebaya dapat bersama keluarga dan rakan lain, remaja itu memberitahu, dia tidak cemburu malah yakin dengan aktivitinya itu adalah tugas mulia membantu mereka yang memerlukan.

Sementara itu, dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang dan Norbaini Abu Bakar memberitahu, mereka menemui remaja itu ketika berkunjung ke bank tersebut kira-kira jam 3 petang.

Norbaini berkata, sebelum itu dia ada melihat remaja terbabit di hadapan premis bank lain di Jalan Beserah di sini dan menjelaskan tinda-kan tersebut melanggar undang-undang kerana di bawah umur dan tidak memiliki surat kebenaran.

“Atas kesedaran, kita menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyerahkan remaja ini pada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, kakitangan JKM yang menahan remaja itu tidak dapat mengulas lanjut namun memberitahu, remaja terbabit akan diletakkan di sebuah rumah perlindungan di sini sebelum menunggu siasatan sepenuhnya dijalankan. - sinar harian

Seminar tidak singgung sensitiviti pihak lain - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seminar pemantapan akidah anjuran Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Pelajaran negeri itu Sabtu ini tidak bertujuan menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seminar tersebut adalah untuk menjaga kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

“Tanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam diletakkan di bawah tanggungjawab majlis-majlis agama Islam negeri dan pelbagai program diatur bagi tujuan tersebut.

“Saya percaya penganjur seminar berkenaan telah mengambil kira tentang semua aspek dan tidak berniat untuk menimbulkan perkara-perkara negatif," jelasnya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat TH di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider semalam, berhubung kenyataan Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM), Chrissane Chin yang mempertikaikan penganjuran seminar tersebut. - UTUSAN

Anwar: Seminar di Johor gerakan politik yang menjijikkan

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendesak Putrajaya memberikan penjelasan berhubung seminar “ancaman Kristianisasi” pada Sabtu ini yang mana Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara itu sebagai “gerakan politik yang menjijikkan.”

Anwar (gambar) ketika ditanya ketika sidang media di Parlimen petang ini bersetuju bahawa program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini.

“Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut mengaitkan program tersebut dengan Umno, berkata pemimpin kerajaan kerap kali menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Namun begitu, Anwar menambah sekiranya ancaman Kristianisasi itu wujud, pihak yang berkenaan perlu mengemukakan bukti dan bukannya menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat Muslim.

“Adakah benar berlakunya gejala Kristianisasi dalam kalangan Muslim,” soalnya.

Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada keseluruhan 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut. - TMI

Tiga penari tiang didenda RM25

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. - Kosmo

* Di Malaysia, Imam yang cuba pertahan hak di penjara 1 tahun, yang buat maksiat didenda RM25...

Kereta wartawan dilanggar penjenayah ada 20 rekod lampau

KLANG - Kalau selama ini Rita Jong, wartawan mahkamah sebuah akhbar berbahasa Inggeris sering membuat liputan mengenai penjenayah yang dihadapkan ke mahkamah, namun semalam beliau berdepan saat mencemaskan apabila keretanya dilanggar seorang penjenayah yang mempunyai 20 rekod jenayah lampau.

Rita, 36, yang kini hamil lima bulan, dan suaminya, Kenny Teo, 35, seorang petugas di stesen televisyen swasta bagaimanapun bernasib baik kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semasa kejadian, saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah. Syukur, kami selamat tetapi kereta mengalami kerosakan pada bahagian tepi pemandu," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata, suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah serta mempunyai 20 rekod jenayah lampau di sekitar Shah Alam dan Ampang.

Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 petang kelmarin, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja warna kelabu, terserempak dengan sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Istana.

"Ketika bertembung dengan polis, suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan dan ketika cuba ditahan, suspek bertindak memecut kenderaannya ke arah Jalan Tengku Kelana sebelum terbabas di Jalan Dato Hamzah.

"Kenderaan yang dipandu suspek telah terbabas dan melanggar kenderaan yang dinaiki pemberita berkenaan yang dipandu suaminya," katanya kepada pemberita.

Mohamad berkata pemeriksaan lanjut dalam kenderaan suspek menjumpai sebatang besi tajam yang hujungnya dibengkokkan, dipercayai peralatan pecah rumah dan beberapa kunci induk.

Beliau berkata, kenderaan yang dinaiki suspek juga dilaporkan sebagai kereta curi berdasarkan rekod di Bukit Jelutong, dan pemeriksaan air kencing mendapati dia positif dadah. - Bernama

* Jangan pula lepas ni dia bebas dengan rekod 21 jenayah lampau...

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. - Malaysiakini

Pakatan akan ambil alih tol terlampau untung

Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

"Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai sebanyak RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata Pakatan sambil mendakwa wang itu tidak akan dipulangkan kepada rakyat. - Malaysiakini

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan

Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara. - Bernama

* Sekarang sekolah percuma, ada sekolah swasta ditutup?

Nalla cari jalan lucut Anwar sebagai ketua pembangkang

Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual.

Peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

"Secara teknikalnya usul ini boleh dibawa dan kita perlu teliti dan study mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas sidang media di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Beliau mengambil contoh dalam kes kes bekas presiden Amerika Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang berakhir dengan pengundurannya.

Dalam sidang media sama, Nalla berkata, beliau tidak gentar dengan tuntutan saman yang dikemukakan oleh Anwar dan akan berpegang dengan kenyataannya yang disiarkan Utusan Malaysia, 20 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, Nalla mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh itu merupakan seorang "biseksual."

Mengulas lanjut dalam sidang media hari ini, Nalla mendakwa Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin. dan beliau akan memastikan rakyat mengetahui "perangai sebenar Anwar."

"Walaupun dia saman sampai RM500 juta pun, saya tidak kisah. Saya mahu perbicaraan ini dimula dengan segera kerana saya mahu rakyat tahu tentang perangai sebenar Anwar.

"Kali ini kami ramai dan akan bersama-sama menjatuhkan Anwar," katanya lagi, mengulas saman fitnah yang dikemukakan Anwar semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar menuntut gantirugi am sebanyak RM100 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut hadir pada sidang media itu ialah beberapa orang individu yang mendakwa pernah berkawan rapat dengan Anwar dan kini bergabung di bawah gerakan yang dinamakan "Gerakan Anti-Anwar."

Gerakan itu antara lainnya dianggotai bekas setiausaha peribadi ketua pembangkang itu Anuar Shaari, ahli perniagaan Umi Hafilda Ali, dan juga dua orang bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam pada itu, majlis tertinggi Zahid Md Arip yang turut bercakap dalam sidang media tersebut menggesa supaya Anwar tidak lagi menggunakan kenyataan ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai untuk menafikan dakwaan yang dihadapi.

"Saya bimbang, nanti kes saman Datuk Nalla ini nanti dia kata, selepas berbincang dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi saman ini tidak perlu diteruskan lagi.

"Janganlah gunakan ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi," katanya sambil ketawa. - Malaysiakini

* Macam tidak lengkap kalau Hasan Ali tiada...

Tuntutan Dong Zong biadab, kata Ridhuan Tee

Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan "biadab" kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China.

"Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat.

"Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka," katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Ridhuan juga berkata, kumpulan "ultra kiasu" Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda "Cina, Cina, Cina."

Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan "demonstrasi ultra kiasu."

Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu.

Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen.

"Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut.

"Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?

"Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita," katanya. - Malaysiakini

28 March 2012

2 lagi wanita mangsa simbah asid di Rawang

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

27 March 2012

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.

Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.

Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.

Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.

Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.

Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.
Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965. - Malaysiakini

* Nak guna duit siapa?

Lynas Perlu Dapatkan Kebenaran Hantar Sisa Balik Ke Australia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tegas dengan syaratnya supaya Lynas Corporation (Lynas Corp) mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk menghantar sisa dari kilang nader buminya di Kuantan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, setakat ini, Australia belum menghubungi Malaysia secara formal sama ada berhasrat untuk menolak sisa berkenaan dari loji tersebut. "Kita telah meletakkan syarat. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka perlu mencari tempat lain untuk membuang sisa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Kerajaan telah menetapkan lima syarat khas bagi membolehkan Lynas Corp mendapat lesen Operasi Sementara di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

Syarat itu termasuk menentukan lokasi bagi Kemudahan Buangan Sisa Tetap (PDF). Sementara itu, Ongkili berkata, sebuah panel penilaian sembilan anggota terdiri daripada pakar-pakar dari agensi kerajaan dan badan swasta telah dibentuk bagi mengendali audit kejuruteraan ke atas kilang yang dicadangkan itu.

"Kami mahu mereka melakukan pemeriksaan rawak, kerana rakyat mempersoalkan sama ada mereka (kilang) melakukan perkara yang betul," kata beliau. Terdahulu, ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, Ongkili menegaskan bahawa segala tindakan kerajaan adalah berdasarkan peraturan dan prosedur semasa serta mematuhi standard antarabangsa.

Katanya, kerajaan akan sentiasa membuat penambahbaikan dan mendapatkan penglibatan orang awam khususnya penduduk di sekitar Kuantan supaya pengertian yang betul dan maklumat yang tepat diperolehi oleh semua pihak. -BERNAMA

* Berat sangatlah syaratnya tu... Kita terus diperbodoh...

Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks

Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. - Bernama

* Bolehkah dapat keadilan?

Safee Sali mahu selesai kes isterinya di luar mahkamah

SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah.

Peguam syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari ini.

Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.

Peguam syarie Junaidah Bakar mewakili isteri Safee tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1. - Sinar Harian

Presiden Perancis tolak Qaradawi

PARIS 26 Mac – Kehadiran ulama Sunah terkemuka yang kini menetap di Qatar, Yusuf al-Qaradawi ke Perancis adalah tidak dialu-alukan, kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, hari ini.

Qaradawi, 86, yang dilahirkan di Mesir telah dijemput untuk melawat Kesatuan Pertubuhan Islam di Perancis pada bulan depan.

‘‘Saya telah beritahu kepada Amir Qatar bahawa Qaradawi tidak dialu-alukan berada di mana-mana wilayah di Republik Perancis,’’ katanya kepada France Info Radio.

Qaradawi, yang mengacarakan sebuah rancangan popular di televisyen satelit Al-Jazeera, menyokong kebangkitan Arab di Tunisia, Mesir dan Libya serta telah melancarkan satu dana bagi menyokong pemberontak Syria. – AFP

Nazri kata anaknya boleh urus sendiri hal peribadi

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.

“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

PKR mendakwa semalam, sekiranya polis “berusaha mempertahankan” pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membersihkan Nedim dalam dakwaan pergaduhan tersebut selepas empat hari insiden tersebut.

Ketua Polis Brickfield ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Sabtu lalu “kes itu jelas” hanya melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Nedim.

“Saya tak tahu mengapa dan bagaimana ada orang lain boleh terlibat (Mohamad Nedim) dalam perkara ini,” menurutnya.

Namun Naib Presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenyataan Wan Abdul hanya dibuat selepas empat hari kejadian tersebut adalah “mencurigakan”.

“Adakah pihak polis cuba melindungi Umno dan reputasi kerajaan?” kata peguam tersebut. “Kejadian itu turut dilaporkan telah di rakam oleh CCTV di kawasan tersebut. Apa kandungan CCTV itu?”

Beliau turut mendesak polis mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut kerana kes ini melibatkan “ anak menteri kanan”.

Ini adalah kali kedua anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kejadian jenayah.

Pada 2004, Nedim dituduh terlibat dengan kematian Darren Kang, pelajar jurusan undang-undang di United Kingdom, yang dibunuh di Sri Hartamas.

Pada masa itu, Nazri mengakui anaknya berada di lokasi tersebut namun menegaskan anaknya tidak terlibat dengan jenayah tersebut, yang mana lima peniaga Thailand mengaku salah atas tuduhan membunuh. - TMI

* Rakyat boleh tahu jika polis cuba menyembunyikan sesuatu...


ARKIB : 16/02/2006


Lima warga Thai sebabkan kematian dipenjara 5 tahun

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Lima warga Thailand yang mengaku salah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian mahasiswa undang-undang Darren Kang Tien Hua, 23, masing-masing dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohtaruddin Baki menjatuhkan hukuman tersebut mengikut peruntukan Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan selepas meneliti rayuan kesemua tertuduh, fakta-fakta kes dan mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela.

Hakim Mohtaruddin sewaktu membaca keputusannya menyatakan beliau mengambil kira faktor bahawa kesemua tertuduh merupakan warga negara asing yang datang ke sini mencari nafkah halal.

Kata beliau, sebagai pekerja restoran yang mengamalkan prinsip `pelanggan sentiasa betul', mereka sepatutnya meleraikan pergaduhan dan bukannya melibatkan diri dalam pertelingkahan tersebut.

``Tetapi sewaktu membuat penelitian, saya juga dapati mangsa melakukan perbuatan yang membuatkan kamu semua naik darah. Maka dengan itu, saya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setiap seorang bermula tarikh kamu ditangkap,'' ujarnya.

Terdahulu, peguam Hazman Ahmad sewaktu mengemukakan rayuan mengatakan bahawa kejadian yang berlaku adalah bukan satu jenayah terancang dan terdapat unsur provokasi dalam kejadian itu.

Antaranya ialah mangsa pada waktu kejadian berada dalam keadaan mabuk dan dibuktikan melalui laporan kimia yang menunjukkan kandungan alkohol dalam darah Darren adalah tinggi.

``Mangsa juga mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan ada unsur perkauman yang menyumbang kepada pertelingkahan itu,'' kata peguam bela.

Galeri awam yang dipenuhi ahli keluarga kesemua tertuduh menjadi riuh dan ada yang mengucapkan syukur apabila Hakim Mohtaruddin menyampaikan keputusannya.

Turut dilihat di mahkamah ialah ibu Darren, Sonia Teh, 48, dan kakak tiri mangsa, Melanie Kang. Tunangnya, Vivien Goh Win See, 26, juga hadir tetapi dilihat keluar lebih awal sebelum keputusan kes dibacakan.

Semalam, Sulkifli Muso, 20; Wae Yusoh Wae Salae, 25, dan Abdunloh Mamin, 21 bersama-sama dengan Abdul Torleh Yama serta Masukri Che Mae; masing-masing berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan pindaan tersebut, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 6 Julai 2004 di Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas di sini dan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Di peringkat awal kesemua tertuduh didakwa atas tuduhan membunuh Darren di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, B. Sarala Pillai dan Timbalan Pendakwa Raya, Hamzah Ismail manakala Hazman dibantu oleh peguam bela, Ahmad Fuzi Zain.

Sarala yang ditemui media selepas selesai prosiding berkata pihaknya akan mengemukakan notis rayuan terhadap hukuman yang dianggap ringan ke Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, ibu mendiang Darren, Sonia Teh ketika diminta komennya berkata, beliau memang berharap kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman maksimum.

Bagaimanapun katanya, walau apa keputusan mahkamah, anaknya tetap tidak akan hidup semula. - Utusan

Pengurus bank dirompak RM200,000

SHAH ALAM, 26 Mac — Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata keluarga seorang pengurus kanan bank telah dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan pisau di rumah banglo mereka di Jalan Lapangan Terbang Subang, dalam pukul 5 pagi hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata bahawa kumpulan perompak itu telah mengikat dua pengawal keselamatan warga negara Nepal sebelum mengumpil salah satu daripada tingkap dan masuk ke dalam rumah itu.

Perompak yang memakai topeng itu kemudian mengikat isteri dan tiga anaknya sebelum menggeledah rumah itu.

Semasa kejadian itu pengurus bank berkenaan tidak berada di rumah kerana mempunyai urusan rasmi di Sabah.

Zahedi menambah bahawa kumpulan perompak itu kemudian melarikan barang kemas, wang tunai, mata wang asing dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Sehingga ini tiada tangkapan dibuat namum polis telah menyoal siasat kedua-dua pengawal keselamatan itu untuk membantu dalam siasatan. - TMI

* Bayangkan keadaan di Malaysia, rumah yang ada pengawal keselamatan (2 orang) pun tidak selamat...

Tambahan 10 sen untuk subsidi petrol RON95

Kerajaan menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen pada bulan ini - kepada RM1.03 seliter - ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Menurut The Star hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter.

Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.

* Lepas pilihan raya dan UmnoBN menang, siap kau rakyat...

Kos ubahsuai pejabat Hasan Ali tertinggi, kata MB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Ali membelanjakan lebih mahal daripada rakan-rakannya untuk mengubahsuai pejabatnya.

Mendedahkan perkara itu di sidang DUN Selangor hari ini, Khalid berkata perbelanjaan Hasan mendahului senarai, iaitu RM329,000 diikuti Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Ia merupakan satu tamparan terhadap Hasan yang semalam mendakwa Xavier dan Halimah membelanjakan lebih banyak daripadanya untuk mengubahsuai pejabat mereka.

Pada hari yang sama Jeyakumar menafikan dakwaan tersebut manakala Halimah menjelaskan bahawa pejabatnya tidak pernah diubahsuai.

Sebelum ini, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa Hasan - ketika menjadi exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam - boros membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat. - Malaysiakini

* Tunggu jawapan Hasan...

Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya. - Sinar Harian

* Nasib baik Azmin desak PAS singkir Hasan. Kalau tidak kuda trojan itu secara diam merosakkan parti...

Remaja perempuan rancang lari diri ke Thailand, bukan diculik

SHAH ALAM - Remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.

"Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

"Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.

Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.

"Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.

"Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit," katanya.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.

Pada 11 Mac, Zahedi berkata seorang daripada remaja Myanmar terbabit mengajak mereka pulang ke Malaysia namun ketika mereka sedang menaiki keretapi untuk pulang ke Malaysia, kesemua mereka ditahan oleh polis Thailand di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.

Beliau berkata rentetan kejadian itu, remaja perempuan berkenaan bertindak menghubungi ibunya pada 12 Mac dan mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Seksyen 9 dan dibawa ke Thailand.

Zahedi berkata siasatan kes itu sudah 90 peratus siap dan esok, polis dijadual mengambil keterangan keluarga kesemua remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

"Kita jangka kertas siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Zahedi berkata difahamkan kumpulan remaja terbabit termasuk remaja perempuan itu menjalankan aktiviti kutipan derma secara haram dan mengenali rapat antara satu sama lain.

Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.

Remaja perempuan itu bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.- Bernama

* Bukan main tajuk sebelum ini. Sindiket Pelacuran Antarabangsa...

Remaja mengaku liwat dipenjara 21 tahun

GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011.

Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Gambir, Gelugor di sini dan didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010.

Berdasarkan pertuduhan kelima, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 337E yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun Nisa ketika membacakan keputusannya memutuskan tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermulahari ini.

Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail. - Sinar Harian

Buruh dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh Dirang

Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.

Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.

Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan. - Bernama

25 March 2012

(Video) Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Kepala Batas 24/03/2012


Ketua DHPP Pulau Pinang isytihar keluar pakatan pembangkang

GEORGETOWN 25 Mac – Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada pakatan pembangkang dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.

Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

"Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

"Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat... saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya. – BERNAMA

* Angin tidak ribut tidak tetiba isytihar keluar pakatan. Hampir pilihan raya ni, lakonan macam itu kurang laku...

Khaled Nordin: Hadiah batu nisan tindakan tidak matang

JOHOR BAHRU - Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menuntut pilihan raya kampus diadakan segera dengan cuba menyerahkan batu nisan kepada beliau menunjukkan mereka tidak yakin dengan kehadiran mereka di institusi pengajian tinggi.

Sambil membayangkan tiada tindakan bakal diambil ke atas pelajar-pelajar terbabit, Mohd Khaled berkata beliau menganggap perbuatan mereka sebagai tidak matang dan beliau tidak mahu terheret sama dengan tindakan mereka.

"Biarkan mereka," kata Khaled Nordin ketika ditanya sama ada kementerian beliau sudah mengenal pasti pelajar-pelajar yang cuba menyerahkan batu nisan kepadanya Jumaat lalu.

Beliau turut menyifatkan tindakan pelajar terbabit sebagai publisiti murahan untuk menarik perhatian agar apa yang dilakukan itu mendapat liputan media.

Institusi pengajian tinggi (IPT) adalah platform perbincangan dan pertentangan idea dalam keadaan matang di mana pandangan semua pihak didengar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SMK Permas Jaya di sini, hari ini.

Kira-kira 100 penuntut pro-Mahasiswa yang mndakwa mewakili tujuh badan berkaitan mahasiswa lain berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya Jumaat lalu yang antara lain bagi menuntut pilihan raya kampus diadakan segera dan membebaskan kampus daripada campur tangan politik luar selain menyerahkan memorandum tiga perkara serta batu nisan kepada Mohamed Khaled.

Bagaimanapun memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada setiausaha politik Khaled, Mohammad Khairi A Malik tetapi enggan menerima batu nisan itu. – Bernama

* Sepatutnya Khaled muhasabah diri bila diberi 'batu nisan'...

Lebih banyak bantuan untuk rakyat akan diumumkan

SEREMBAN 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih banyak bantuan untuk rakyat akan diumumkan oleh kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menurut Perdana Menteri, pemberian itu bertujuan memastikan setiap kelompok atau kumpulan rakyat menerima sentuhan secara langsung daripada kerajaan.

"Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sudah ada sentuhan, ibu bapa yang ada anak bersekolah dapat RM100, anak-anak di universiti dapat baucar buku RM200, warga emas ada bantuan dan mereka yang berniaga pun dapat bantuan.

"Kita buat yang terbaik untuk setiap kelompok dan kumpulan, mesti ada sentuhan dan ada lagi idea-idea baru, tapi saya tak keluar hari ini. Kita akan bagi banyak lagi bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mesra rakyat dan melancarkan kempen kesedaran Sayangi Warga Emas peringkat negeri di Padang Awam Desa Rhu, Sikamat dekat sini hari ini. - Utusan

* Bantuan atau Rasuah? Pilihan raya semakin hampir...

Cuepacs: Nama anggota suruhanjaya diumumkan sebelum 31 Mac

KOTA BAHARU, 25 Mac — Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata kongres itu mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Dipetik Bernama Online, Omar berkata “Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat".

“Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” beliau telah berkata selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia pada hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Omar berkata bahawa Cuepacs telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

Beliau menambah bahawa draf mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diperiksa dengan teliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin supaya masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu langsung dalam perkara itu tidak akan timbul lagi. - TMI

Ramli kecewa kerajaan tolak tribunal siasat AG

Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal 'copgate'.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.

"Pihak polis dan tentera sepatutnya neutral dan mengambil berat keselamatan negara tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Mereka kini berfikir dua kali untuk membuat keputusan atau menggunakan budi bicara walaupun arahannya datang daripada pihak atasan.

"Kenapa mereka perlu ikut arahan bos jika akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat?

"Stigma ini akan menjejaskan agensi ini. Saya dan budak-budak saya sudah habiskan banyak masa untuk membersihkan nama kami," katanya kepada Malaysiakini.

Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh. - Malaysiakini

* Kemudian puak ini kata Malaysia akan 'hancur' jika diperintah Pakatan Rakyat...

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

SUBANG JAYA - Penduduk di Taman Perindustrian UEP di sini gempar apabila 12 buah kenderaan milik penghuni di kawasan perumahan itu disimbah dengan cat berwarna coklat dan hitam semalam.

Mereka hanya menyedari kejadian itu antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan masing-masing.

Antara kenderaan yang menjadi sasaran ialah dua buah kereta Proton Gen.2, Proton Perdana V6, Proton Wira, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Honda CRV, Hyundai, Chevrolet dan Mercedes Benz.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian membawa kepada penemuan bungkusan plastik lutsinar mengandungi cat.

Suspek dipercayai melempar bungkusan tersebut ke arah kereta mangsa secara rambang.

Dua daripada kenderaan terlibat diletak dalam kawasan berpagar manakala selebihnya di hadapan rumah.

Salah seorang mangsa, K. Rina, 39, berkata, dia menyedari kereta Proton Perdana berwarna perak miliknya disimbah cat ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pulang ke kampung di Kedah pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Saya terpaksa membatalkan rancangan kami sekeluarga untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kedah selepas kereta saya sudah bertukar warna cat seperti warna coklat pula. - Kosmo

* Aman sungguh Malaysia...

Harimau Biru maskot PDRM

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung-julng kalinya memperkenalkan Harimau Biru sebagai maskot rasmi pasukan itu sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Pelancaran maskot tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama lebih 10,000 pegawai, anggota polis serta orang awam.

Pemilihan maskot itu melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.

Sempena hari bersejarah dengan tema 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami' itu, PDRM telah membuka sebanyak 18 buah ruang pameran di Dataran Merdeka yang mewakili setiap jabatan dalam pasukan itu sebagai pendedahan kepada orang ramai berkaitan tugas-tugas polis.

Selain itu, pelbagai acara lain turut berlangsung termasuk pertunjukan khas dan persembahan hiburan. - Kosmo

Ahli Puteri UMNO cedera akibat diragut

Pembantu Tabika Kemas cedera akibat diragut

BALING - Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.

Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.

Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya. - Kosmo
* Malaysia selamat?

Tentera Syria serbu bandar dikuasai pemberontak

BEIRUT 25 Mac - Tentera Syria semalam, melancarkan serbuan ke atas beberapa bandar yang dikuasai kumpulan pemberontak mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 maut.

Serangan paling sengit itu menyasarkan Saraqeb di wilayah barat laut Idlib yang menyaksikan tentera dengan kekuatan sebanyak 26 buah kereta kebal mengukuhkan kedudukan untuk membahagikan bandar itu kepada dua.

Sementara itu, beberapa kumpulan penentang kerajaan akan berkumpul di Turki Isnin ini bagi membincangkan beberapa objektif dalam menghadapi tindakan keras rejim.- AFP

Kenyataan Paling 'Hamlau' Dari Seorang PM

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.

Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwana itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.

Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.

Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.

Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...

Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.

Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan? - www.msomelayu.blogspot.com

Teksi jahanam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan. - Mymetro

* Malaysia selamat? UmnoBN kata Malaysia selamat...

Suspek bakar lebih 18 kereta mewah ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai suspek bakar lebih 18 kereta mewah di Sentul sejak dua minggu lalu, ditahan polis pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wahm, berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan semasa menaiki motosikal di persimpangan Kampung Puah, Sentul di sini pada 10.30 pagi tadi. Beliau berkata, semasa ditahan, lelaki itu didapati membawa tuala berbau petrol, minyak petrol serta pemutar skru yang ditajamkan dan dipercayai digunakan untuk memancitkan tayar kereta yang disasarkan. "Identiti lelaki itu dikesan melalui rakaman kamera TV litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan di mana kes kereta dibakar dilaporkan selain daripada maklumat orang awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Dalam kes terbaru malam tadi, tiga kereta dibakar di kawasan Sentul dan satu di Titiwangsa.

Katanya, siasatan awal polis mendapati motosikal yang dinaiki lelaki itu dipercayai dicuri di Sentul pada Februari tahun lalu.

"Siasatan polis juga mendapati suspek turut terbabit dalam banyak kegiatan memancitkan tayar kereta, namun hanya tiga laporan dibuat mengenai kes tersebut," katanya.
Katanya, polis kini masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar suspek yang bergerak solo itu dan dia disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

"Suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau seperti mencuri motosikal serta gaduh dan dikehendaki di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang," katanya. - BERNAMA