LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

28 June 2011

Anwar jangka ramai lagi pemimpin BERSIH ditangkap

Admin | 9:08 PM | Be the first to comment!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan lebih ramai pemimpin BERSIH 2.0 akan ditangkap sebelum perhimpunan itu pada 9 Julai ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau undang-undang lain bagi menahan pemimpin BERSIH bagi melindung kedudukan dan kepentingan Umno-BN.

"Pemimpin yang korup dan zalim ini akan mengunakan apa sahaja alasan bagi mengekalkan pegangan mereka kepada kuasa,” katanya kepada wartawan selepas merakamkan kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan itu. - Malaysiakini

* Polis lupa akan 'ketuanan rakyat'...

NIEI: Bebaskan Song

Admin | 9:01 PM | Be the first to comment!

Pusat kajian pilihan raya National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) hari ini menuntut supaya pihak berkuasa segera membebaskan seorang pelatih wanitanya yang ditahan berhubung satu program Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Ledang, Johor.

Setiausaha agung NIEI, Amin Iskandar (kiri) berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap pelatih warga Korea itu, Song Min-young juga tidak berasas dan tidak betul sama sekali.

"Semasa penahanannya di Ledang, Johor, Song sedang memerhatikan kerja-kerja oleh Parti Sosialis Malaysia, selari dengan tugasnya di NIEI," kata Amin yang membacakan satu kenyataan rasmi NGO itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan satu laporan akhbar hari ini bahawa, PSM yang mengepalai BERSIH 2.0 bersekongkol dengan ejen asing bagi menyebarkan propaganda jahat untuk menggulingkan kerajaan.

Seorang daripada "ejen asing" yang dinamakan dalam laporan akhbar tersebut itu ialah Song, 24.

"Kami sangat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat oleh polis dan juga Utusan Malaysia bahawa Song merupakan seorang ejen asing yang (mahu) mengacau ketenteraman di Malaysia.

"Kami menuntut supaya Song dibebaskan dan tuduhan ke atasnya digugurkan serta merta," kata Amin lagi yang juga mahu PDRM serta akhbar berkenaan memohon maaf atas tuduhan berkenaan.

Amin menjelaskan, pelajar kejuruteraan di Chonnam National University itu sebenarnya membantu NGO berkenaan dalam kajian pilihan raya dan juga untuk satu kajian bertajuk 'Election in Malaysia: Comparison studies between Malaysia and South Korea.'

Beliau turut menjelaskan, Song juga merupakan anggota pertubuhan hak asasi May 18 Memorial Foundation di Korea dan memulakan latihan selama sembilan bulan di NIEI bermula Mac lalu.

"Tugas (Song) memerlukan beliau berkomunikasi dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan juga parti politik.

"Song bukanlah perisik asing dalam apa cara sekalipun," kata Amin yang menambah, Song juga merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan peringkat ijazah di Chonnam National University, Korea Selatan.

Song telah dibebaskan pada Ahad lalu bersama seramai 29 orang lagi ahli PSM namun beliau kemudiannya ditahan semula semalam di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Namun pada 27 Jun, Song ditahan semula pada malam semalam dan kini ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil," kata Amin.

Bercakap kepada media di perkarangan bangunan balai polis berkenaan, Amin berkata Song kini disiasat mengikut Akta Imigresen berhubung status pasportnya.

"Kita akan bekerjama dengan kedutaan Korea bagi membantu mempercepatkan proses pembebasannya. Kita akan minta kedutaan sahkan pasport beliau," kata Amin lagi. - Malaysiakini

* Polis...polis.

Harussani: Ambiga cuba jadi 'superhero'

Admin | 8:54 PM | Be the first to comment!
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya. -Bernama

* Buruk rupa bila dia mula bercakap soal politik...

Burma usir, senarai hitam Michelle Yeoh

Admin | 8:45 PM | Be the first to comment!

Bintang Hollywood Malaysia Datuk Seri Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pejuang pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya telah diusir oleh rejim tentera Burma dan disenarai-hitamkan.

"Beliau tidak mempunyai peluang memasuki Burma lagi. Beliau diusir keluar sebaik penerbangan pertama tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Burma kepada AFP.

"Beliau kini disenarai-hitamkan,” kata pegawai kedua tanpa memberitahu alasan berbuat demikian.

Yeoh berjumpa dengan Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan itu di kediamannya di Yangon Disember lalu selepas merakamkan adengan filemnya yang dirahsiakan di bawah arahan pengarah Perancis Luc Besson di Thailand.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan lewat tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan November lalu selepas dikenakan tahanan rumah selama tujuh tahun. - Malaysiakini

19 June 2011

LL4G: Pidato Mohamad Sabu diarah dibatalkan

Admin | 10:25 PM | Be the first to comment!
Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan. - Malaysiakini

* Mana contoh persaudaraan Islam, jika benar Umno mendokong nilai-nilai Islam...

Pelakon komedi 'Pak Uda' meninggal dunia

Admin | 10:17 PM | Be the first to comment!
Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991. - Bernama

18 June 2011

Purata 17 kematian setiap hari di jalan raya

Admin | 8:45 PM | Be the first to comment!
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.

Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lalu, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

"Walaupun banyak usaha dilakukan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, namun perangkaan kecelakaan masih tinggi dan membimbangkan," katanya ketika berucap pada program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, di Bera hari ini.

Solah berkata di Pahang, sebanyak 17,315 kes kemalangan jalan raya dicatatkan tahun lalu dengan 492 kes kemalangan maut membabitkan 574 kematian.

"Daripada jumlah itu juga sebanyak 446 kes mengakibatkan kecederaan parah manakala 786 cedera ringan," katanya. - Bernama

* Ini bala...

Pilihanraya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari

Admin | 8:41 PM | Be the first to comment!
Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam,” katanya.

Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu,” katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian. - Malaysiakini

Dr Tan: Siapa biaya kos pertunangan anak Najib?

Admin | 8:33 PM | Be the first to comment!
Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu. - Malaysiakini

16 June 2011

‘Rahsia’ Siti Nurhaliza terima tawaran sertai askar wataniah

Admin | 11:23 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kekangan masa memenuhi jadual waktu bukan penghalang untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah, yang dapat membantu membina kekuatan mental dan fizikal, kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Siti Nurhaliza dan tujuh lagi rakan artis lain telah menyerahkan borang menerima tawaran menyertai pasukan askar wataniah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan hari ini.

Siti Nurhaliza, 32, berkata program ini bukan sahaja dapat membina jati diri tetapi juga dapat menguatkan ketahanan fizikal dan mentalnya sebagai sukarelawan.

“Saya pernah membuat latihan dan aktiviti lasak sebelum ini dalam sebuah program televisyen, namun saya rasakan latihan yang bakal dilalui dalam askar wataniah lebih mencabar.

“Mungkin dari segi latihan kecergasannya. Jadi, saya perlu persiapkan diri dengan ketahanan fizikal dan mental,” katanya yang turut menerima uniform askar wataniah daripada Menteri Pertahanan.

Suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa juga hadir pada Majlis Penyertaan Selebriti Askar Wataniah di sini hari ini.

Penyanyi baru, Ana Raffali pula berkata dia gembira apabila ditawarkan untuk menyertai askar wataniah.

“Saya pernah berniat untuk menjadi askar. Namun, niat tersebut tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.


“Sebaik sahaja mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya,” kata artis yang masih solo.

Bagaimanapun, beliau yang mempunyai masalah kesihatan tidak menganggap ia bukan penghalang untuk menyertai askar wataniah.

“Saya mahu menyumbang sesuatu kepada negara. Jadi, saya tetap akan meneruskan menerima latihan dalam rejimen ini ini,” katanya yang mempunyai masalah lelah.

Dalam pada itu, Shaheizy Sam Abdul Samad pula berkata dia menyertai askar wataniah meneruskan cita-cita ayahnya.

“Saya akan memenuhi cita-cita ayah walaupun dia sudah tiada. Tambahan pula, Saya dapat mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan,” kata pelakon filem Adnan Sempit.

Selain itu, Aizat Amdan kelihatan teruja apabila menerima tawaran rejimen tersebut.

“Saya mahu menyertai pelbagai jenis latihan yang ada seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti M-16,” kata Aizat.

Selebriti lain yang turut menyertai rejimen tersebut ialah penerbit filem David Teo; model, pengacara dan pelakon, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau Intan Ladyana, pelakon Mohd Nor Bon dan anak perempuan Zahid sendiri Nurul Hidayah.

Dalam pada itu, Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat golongan muda turut sama terlibat dengan askar wataniah.

“Penyertaan mereka boleh dijadikan contoh ikutan kepada golongan muda dari pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Zahid berkata, Kementerian Pertahanan mempelawa selebriti menyertai askar wataniah bagi memberi pendedahan kepada warga selebriti tentang aktiviti, latihan dan tugas-tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dengan penyertaan ini, saya mahu mereka merasai dan memahami sendiri latihan askar-askar ATM.

“Dalam masa yang sama, selebriti juga berperanan dalam menjiwai hati anak-anak muda masa kini, “ katanya lagi. - TMI

13 June 2011

Mesej Ras Adiba ‘You’re joking right, OWC?’ bantah Kelab Taat Suami

Admin | 9:54 PM | Be the first to comment!

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Bagi menggambarkan pendirian tidak bersetuju dengan penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan awal bulan ini, selebriti Ras Adiba Radzi menggunakan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej beliau.

Beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ pada beg kitar semula sebagai tanda tidak bersetuju dengan penubuhan kelab tersebut.

Sebahagian beg itu dipamerkan pada majlis pelancaran beg ‘Sporting Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.

Beg-beg itu bukan untuk dijual.

‘OWC’ merujuk Obedient Woman Club atau Kelab Taat Suami dilancarkan 4 Jun lalu di Rawang.

Ras Adiba, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Trading & Production yang mengeluarkan beg ‘Sporting Ras’ berkata, beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ untuk mempersenda Kelab Taat Suami.


“Bukan semua pasangan suami isteri yang setuju dengan pendirian kelab tersebut. Ramai yang menentang penubuhan kelab itu tetapi mereka (Kelab Taat Suami) langsung tidak ambil kira pendapat semua,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Bag Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.

Ras Adiba juga berkata mungkin dengan cara itu, kelab tersebut sedar bahawa ramai yang menentang dengan prinsip mereka.

“Bila pengguna memakai beg kitar semula ini, mana tahu kalau-kalau ahli mereka nampak dan sedar,” ujarnya lanjut.

Sebelum ini, Kelab Taat Suami cawangan Malaysia dilancarkan dengan membawa mesej kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing, sekali gus mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur.

Sejak diperkenalkan di Johor 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia yang mana 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan berminda terbuka serta golongan intelek.

Sementara itu, Shahrizat turut berkata, kelab tersebut langsung tidak mewakili keseluruhan pendapat masyarakat khususnya pasangan berumah tangga.

“Bukan sahaja kaum lelaki tetapi juga wanita membantah kelab tersebut.

“Ia bukan suara majoriti tetapi hanya suara-suara kecil dalam kelab berkenaan yang melahirkan pendapat,” katanya pada sidang media.

Shahrizat menambah, secara tidak langsung, kelab itu memberi gambaran negatif terhadap peranan wanita di Malaysia.

“Saya berasa terkilan dengan kelab ini. Ia menggambarkan martabat isteri terlalu rendah dan hanya perlu mengikut telunjuk suami semata-mata,” ujar Shahrizat lagi.

Jelas Shahrizat, beliau memandang tinggi wanita Malaysia kerana mereka mempunyai tanggungjawab dan budaya yang elok.

Katanya, jangan sesekali kelab berkenaan mencerminkan wanita sedemikian kerana itu perkara salah.

Dalam pada itu, Shahrizat menyokong sepenuhnya keluaran jenama beg ‘Sporting Ras’ yang dikatakan mampu meneroka pasaran luar negara.

“Ini membuktikan Orang Kelainan Upaya juga boleh menjadi usahawan berjaya setanding dengan usahawan-usahawan maju yang sedia ada.

“Mereka juga dilihat boleh berdikari dan mampu mencari rezeki halal sekali gus menukar taraf kehidupan,” katanya lagi.

Syarikat Pro Trading & Production yang bertapak pada 13 jun 1995 telah mula memperkenalkan beg-beg perjalanan termasuk bagasi dan beg untuk keperluan perniagaan.

Selain itu, Ras Adiba berkata, jenama beg ‘Sporting Ras’ telah dipasarkan di enam buah pasar raya seperti ‘Carrefour’ dan di Pertama.

“Terdapat 48 jenis beg yang menggunakan jenama ini, 12 jenis beg sekolah dan lebih 100 beg dan ‘luggages’ untuk Persatuan US polo,” katanya lagi. - TMI

* Ras Adiba tidak layak menyertai kelab ini...

BERSIH 2.0: PERKASA lawan habis-habisan

Admin | 8:39 PM | Be the first to comment!

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.

Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya.

BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
Tempoh kempen minimum 21 hari
Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
Menghapuskan rasuah pilihan raya - Malaysiakini

* PERKASA ni cakap saja besar...

10 June 2011

Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN

Admin | 7:59 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA, 10 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

“Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

“Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan,” kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa,” kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.

Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

Kata Najib, institusi-institusi seperti Felda, Felcra, Bank Islam dan Bank Rakyat menunjukkan bahawa negara mempertahankan konsep kebajikan awam.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan “Membangun Negaar Berkebajikan”. - TMI

* Sudah 50 tahun lebih Umno duduk di atas. Mereka tidak nampak apa yang ada di bawah. Sudah masanya rakyat seret Umno ke bawah...

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Admin | 7:48 PM | Be the first to comment!

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno. - Malaysiakini

* Sudah-sudahlah Umno dengan lucah dan seks ni. Bangsa kita nak runtuh dah...

‘Sayang jaga diri baik-baik’

Admin | 6:10 AM | Be the first to comment!

KUALA LUMPUR: “Jaga diri baik-baik kalau abang tak sempat nak jaga sayang,” itu pesanan terakhir Mohd Hairin Mazlan, 24, kepada tunangnya, Norafiqah Atan kira-kira dua jam sebelum dia terbunuh dalam kemalangan.

Norafiqah, 21, berkata seperti biasa arwah akan menjemputnya di rumah sebelum menghantarnya ke tempat kerja di Jalan Klang Lama kerana pejabat mereka berhampiran.

“Kami bekerja di tempat sama, jadi dia menghantar saya ke pejabat terlebih dulu sebelum keluar ke Putrajaya untuk menghantar pesanan pelanggan,” katanya.

Mohd Hairin terbunuh selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16, Lebuhraya Maju arah Putrajaya sebelum kawasan rehat Seri Kembangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke arah penghadang jalan manakala motosikalnya terseret 50 meter.

Mangsa yang parah di kepala dan muka maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa yang juga anak bongsu daripada 14 beradik itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan Norafiqah pada 2 Julai depan di Kuala Selangor. Menurut Norafiqah, dia tidak menyangka keengganan arwah menempah kad jemputan majlis perkahwinan mereka itu menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mazlan Ali, 68, berkata walaupun sedih dia reda dengan ketentuan Tuhan.

Katanya, jenazah Mohd Hairin akan disemadikan di kampung halaman keluarganya di Kampung Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. - HMetro

Ramli MS, Alyah intim

Admin | 6:03 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Selepas masing-masing pernah gagal dalam rumah tangga dan ikatan pertunangan, pengarah muzik terkenal, Ramli MS kini dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah.

Sumber memberitahu, baru-baru ini, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh, 52, mula rapat dengan Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 30, selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berakhir di Genting Highlands pada 3 April lalu.

“Berikutan pertemuan di majlis ‘post-party’ itu, mereka bertukar nombor telefon dan saling berhubungan di talian baik sama ada berbual mahupun SMS. Mereka nampak bahagia dan gembira,” kata sumber itu yang enggan dikenali.

Menurut sumber, pada April lalu ada peminat ternampak Ramli dan Alyah muncul di satu lokasi terkenal di Singapura.

Sumber berkata, Ramli ingin membawa Alyah bertemu keluarganya di Singapura dan begitu juga dengan Alyah. Sementara itu, Alyah ketika ditemui di Angkasapuri semalam terkejut dengan gosip sensasi itu, tetapi enggan mengulas lebih mendalam.

“Jangan salah faham. Kami cuma bersahabat dan Alyah sentiasa hormatkan kebolehan dan kedudukan Ramli. Alyah suka meminta pandangan Ramli berkaitan muzik dan penerbitan lagu. “Kami berjumpa pun atas dasar kerja dan jangan diperbesar-besarkan isu persahabatan kami itu. Mengenai pertemuan di Singapura, ia kebetulan. Alyah pergi beli-belah di sana dan Ramli pula ada urusan kerja. Elok anda minta komen Ramli sendiri,” kata Alyah.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Ramli, tetapi telefonnya tidak berjawab. - Mymetro

Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul

Admin | 5:53 AM | Be the first to comment!

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. - Mstar

Perpaduan Melayu: Umno silap jika terus salahkan PAS

Admin | 5:46 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas timbalan presiden PAS itu, “Umno silap” jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.

“Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur,” ujar Mohamad (gambar) lagi.

“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,” kata timbalan presiden PAS ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kelmarin, timbakan pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira kerana PAS tidak mahu perpaduan Melayu apabila PAS terus menolak kerjasama dengan Umno.

Pandangan yang serupa juga dilahirkan oleh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

Beliau menegaskan, PAS tiada masalah untuk mewujudkan hubungan peribadi tetapi tidak dalam hubungan politik.

Katanya, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat untuk membina politik baru tanpa sebarang acuan Umno.

Sementara itu, salah seorang naib presidennya Salahudin Ayub berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menolak idea perpaduan Melayu kerana perpaduan itu sudah lama wujud sejak negara merdeka.

“Perpaduan itu telah lama wujud. Bukan sahaja perpaduan dengan orang Melayu, bahkan juga perpaduan dengan masyarakat lain berlainan agama.

“Perpaduan Melayu itu tetap wujud dan tidak akan hilang sama sekali selagi kita tetap pegang pada prinsip perpaduan, mengamalkan budaya Melayu, beretika ikut cara Melayu dan ikut acuan bangsa Melayu,” katanya.

Selain itu, Salahudin berpendapat, Umno memberi kenyataan sedemikian kerana mereka mengalami “musim kemarau yang panjang.”

Jelasnya, mereka ketandusan idea untuk menjatuhkan PAS sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan hakikatnya langsung tiada kena-mengena dengan perpaduan Melayu.

Ditanya mengenai PAS mahu memecahbelahkan Melayu untuk kepentingan mereka, beliau menegaskan, perpecahan Melayu hanya akan terjadi seandainya “kita memutuskan ikatan silaturrahim.”

“Itu baru dikatakan sengaja elak perpaduan dan pecah belahkan orang Melayu,” katanya.

Jelas beliau lagi, dalam arena politik memang wujud parti Umno-PAS yang tidak sealiran parti politik.

“Tetapi, adakah dengan berbeza parti dan tidak bergabung menjadi satu parti sudah dianggap PAS sengaja tidak mahu perpaduan dan mahu pecah belahkan Melayu?

“Adakah dengan gabungan PAS-Umno sudah dikira perpaduan Melayu telah wujud?” ujarnya lagi.

Beliau juga berpendapat kenyataan Umno itu sebenarnya satu hujah yang naif.

“Itu hanya momokan daripada mereka yang sengaja mahu menakut-nakutkan orang Melayu.

“Mungkin mereka bimbang dan teruja dengan kepimpinan baru PAS yang lebih progresif dan kontemporari dalam memberi saingan pada pilihan raya umum yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyarankan supaya seluruh masyarakat khususnya orang Melayu tidak bimbang dengan kenyataan Umno itu.

Ujarnya, kepimpinan PAS tidak akan menyentuh perpaduan Melayu kerana tetap tegas perpaduan Melayu tidak pernah hilang.

“Umno berkata sedemikian sebagai satu cara menjauhkan pengundi PAS pada pilhan raya umum nanti,” ulasnya lanjut. - TMI

09 June 2011

RM5,000 akibat aksi wheelie

Admin | 11:50 PM | Be the first to comment!
Gara-gara aksi 'wheelie', pemuda menerima padah apabila dikenakan hukuman penjara seminggu berkuat kuasa semalam dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu, September tahun lalu.

Tertuduh, Shamsu Hapizal Hanafiah, 26, dari Kampung Berangan Hujung, Tumpat, yang seblum ini mengaku tidak bersalah, membuat pengakuan itu selepas dipanggil membela diri ketika pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majestret Nur Zakiah Shamsudin. lagi berita...

Pensyarah dituduh sebabkan kematian

Admin | 11:39 PM | Be the first to comment!
Seorang pensyarah warga Britain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian lelaki tempatan, bulan lalu.

Bagaimanapun Ricos Nocholas Christen, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Leong Chin Yap dengan menumbuk mangsa di belakang kepala.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di kaki lima Leisure Bay Cafe dan Restaurant, No 78 G, Jalan Pandan Indah 4G68B, Pandan Indah dekat sini jam 2 pagi, 29 Mei lalu. lagi berita...

Mengamuk Isteri Tak Layan Nafsu

Admin | 11:26 PM | Be the first to comment!
Seorang buruh yang didakwa memukul isterinya menggunkan jag air plastik hingga cedera gara-gara wanita itu menolak permintaan untuk mengadakan hubungan seks menggunakan cincin penambat zakar dipenjara empat bulan kerana gagal membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistet, di sini, semalam.

Tertuduh Shahadan Norham, 50, dari Batu 7, Jalan Gambang, di sini, di dakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 55 tahun dengan menghentak jag air plastik mengandungi ais di kepala wanita berkenaan di rumah mereka, jam 5 petang, 28 Mei lalu. lagi berita...

4 Tayar, rim kereta lesap

Admin | 11:09 PM | Be the first to comment!

"Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu bata yang terletak di tempat tayar untuk mengalas kereta," kata Azmie Usul, 28.

Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya ilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini. lagi berita...

Bakar rumah selepas rompak

Admin | 10:58 PM | Be the first to comment!
Penjenayah dikesan bertindak ganas lupus bukti pecah masuk

SEMENYIH: Perompak kini dikesan bertindak kejam kerana bukan saja merompak rumah, malah dipercayai turut membakar kediaman itu untuk melupuskan bahan bukti selepas berjaya mendapatkan barangan.

Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu. Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan membabitkan modus operasi sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Difahamkan, sekumpulan penjenayah itu dikatakan mensasarkan kediaman tiada penghuni dan waktu malam, sebaik penghuni sudah tidur.

Malah, kejadian rompak dan bakar itu nyaris meragut nyawa empat beranak termasuk seorang budak lelaki kuramg upaya (OKU) yang nyaris rentung apabila rumahnya dibakar ketika mereka sedang tidur.

Menceritakan kejadian itu di Taman Tasik Semenyih, mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata ketika kejadian Ahad lalu, mereka sekeluarga sedang tidur di bilik tingkat atas bersama suami dan dua anak.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, saya tersedar apabila elektrik terpadam dan sebaik membuka bilik tidur, asap tebal dari tingkat bawah. Saya dan suami terpaksa mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU, sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.
"Saya pada mulanya fikirkan kebakaran akibat lintas pintas tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya yang ada di tingkat atas, hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar.

"Selepas menghubungi bomba untuk mendapatkan kepastian, saya dimaklumkan ketika mereka sampai untuk memadam kebakaran, pintu belakang sudah terbuka akibat diumpil, selain dawai pagar belakang sudah digunting," katanya yang bersyukur kerana mereka selamat.

Seorang lagi mangsa kejadian sama, Mohd Zabri Yusof, 40, dari Taman Desa Mewah, berkata ketika kejadian yang memusnahkan keseluruhan rumahnya pada Jumaat lalu, beliau sekeluarga berada di kampung.

“Saya mulanya menyangka kebakaran akibat litar pintas, tetapi menyedari dua komputer riba dalam almari bilik hilang dan percaya rumah dipecah masuk sebelum dibakar.

“Sejak tinggal di rumah ini tujuh tahun lalu, ini kejadian kedua berlaku di rumah saya, tetapi kejadian pertama awal bulan lalu, dua lelaki dipercayai warga asing itu tidak berjaya memasukinya selepas menyedari isteri membuka lampu rumah,” katanya.

Mohd Zabri turut menyerahkan salinan pita rakaman CCTV kepada polis sebagai bahan bukti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut dan perkembangan terbaru dilaporkan kepada penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kebakaran itu sejak bulan lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, satu daripadanya mempunyai kesan pecah masuk iaitu pagar belakang dipotong, namun dua lagi kes tiada bukti mengatakan rumah berkenaan dirompak sebelum dibakar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bencana dan api, tetapi sebuah rumah yang ada kesan pecah masuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bharian

Parang jadi teman tidur

Admin | 10:51 PM | Be the first to comment!
Penghuni dekat asrama pekerja asing bimbang keselamatan

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya. Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.

Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku.

“Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian.

“Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai senjata.

“Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak mahu dicederakan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya. - BHarian

Penunggang kuda positif morfin

Admin | 10:46 PM | Be the first to comment!
SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Georgetown selepas polis mendapat perintah reman, semalam. - Foto Ramdzam Masiam
GEORGETOWN: Penunggang kuda yang merempuh kanak-kanak berusia lima tahun sehingga parah ketika berkelah di pantai Batu Feringgi, di sini, kelmarin disahkan positif dadah.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata ujian air kencing ke atas lelaki terbabit yang berasal dari Alor Setar, dia disahkan positif dadah jenis morfin. “Siasatan terhadap suspek mendapati dia mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk kes pecah rumah dan jenayah berkaitan dadah,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini semalam.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa 30 minit melawat Arina Kirana Azrin di wad kanak-kanak HPP, di sini, semalam.

Media semalam melaporkan percutian Arina Kirana ke negeri ini bersama keluarganya bertukar tragedi apabila patah bahu kiri dan cedera paha kanan akibat dirempuh kuda yang dinaiki seorang lelaki ketika bermain dengan kakaknya di pantai terbabit.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kakak mangsa berusia 12 tahun bagaimanapun tidak cedera manakala lelaki terbabit menghilangkan diri.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai budak pantai, ditahan polis tidak lama selepas kejadian.
Sementara itu, polis mendapatkan perintah reman empat hari terhadap suspek di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Dia ditahan sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain. - BHarian

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai

Admin | 2:20 PM | Be the first to comment!

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007. - Malaysiakini

* Ini baru seorang 'Umno'...

NGO: Remaja ditembak dari jarak dekat

Admin | 2:12 PM | Be the first to comment!

Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

“Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak - yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” kata peguam N Surendran.

“Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

“Ini menunjukkan mangsa sedang berlutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz. - Malaysiakini

Jamil Khir: Jangan persoal status Tugu Negara, patung Tunku

Admin | 7:30 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen tidak boleh disamakan dengan tugu 1 Malaysia yang dibantah pembinaannya di Perlis.

Ini kerana jelas beliau, Tugu Negara yang dibina lebih empat dekad lalu bukan lagi lokasi sambutan Hari Pahlawan sejak tahun lalu, malah istiadat kalungan bunga juga diharamkan selaras dengan fatwa kebangsaan.

“Kita kena faham, sejak saya ambil alih (jawatan menteri) kita telah menukar (lokasi) sambutan Hari Pahlawan, kita sudah tidak lagi lakukannya di Tuga Negara.

“Kita buat dengan mengikut apa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kita ikut fatwa yang dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada kedua-dua tugu itu harus dikekalkan, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya mengatakan “itu cerita lain.”

Kelmarin, Pemuda PAS Johor mahu Jamil Khir menyatakan pendirian mengenai status Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama di Parlimen, ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.

“Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan,” katanya.

Khamis lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

Jamil Khir pula berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia. - TMI

08 June 2011

Bila Mahathir Teringin Nak Makan Jering

Admin | 11:06 PM | Be the first to comment!
WAH wah.. wahhhh...Mahathir kita sudah sihat rupanya, sudah dapat bercakap dan bersuara. Sudah keluar dari IJN, bila? Hari ini dia memberi komen tentang barisan kepimpinan baru Pas. Selamat segar, Dok! Biasalah nadanya, sebagai seorang penentang Islam Pas nombor satu penuh sinis dan sindir menikam kalbu. Inilah kehebatan Mahathir kita dia boleh tembak orang selamba saja.

Kali ini dia membuat perbandingan orang Pas dengan memilih pelapik kepala, songkok dan kopiah. Kata Mahathir puak ulama dikalahkan puak songkok hitam. Maksud beliau puak songkok hitam ialah puak yang menyokong Anwar Ibrahim. Mahathir sangat alergik terhadap kedua-duanya, kepada Pas dan Anwar. Dialah yang memecatkan Anwar sehingga Melayu jadi huruhara sehingga hari ini dan Umno terus menyentak-nyentak.

Kata Mahathir dengan kemenangan puak songkok hitam ia memberi kemenangan besar kepada Karpal Singh. Jauh tilikkan dan sindiran beliau. Mat Sabu yang berlawan dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man, Karpal Singh yang menang, bukan orang Pas ataupun Umno. Inilah bidasan orang politik veteran bernas dan berkias menyenakan hati. Sebenarnya juga inilah permainan politik.

Apa dimaksudkan Mahathir kita ni, dengan menangnya puak profesional maka Karpal Singh tidak perlu bimbang lagi dengan Pas yang hendak tegakkan Islam di negara ini. Mahathir cuba memberi fahama bahawa pemimpin yang menang hari ini bukan mempunyai cita-cita Islam.
Dalam kata lain mereka akan membentrakan harapan Pas untuk menubuh negara Islam.

Jadi kerana itu Karpal Singh tidak payah lagi menjadikan dirinya mayat untuk dilangkahi oleh orang-oang Pas yang hendak daulatkan Islam. Kerana orang Pas pun sudah tidak terhingin lagi hendak membangun Islam. Kalau orang Pas masih nakkan Islam mereka tidak pilih Mat Sabu. Sebelum ini Karpal Singh begitu vokal menentang negara Islam versi Pas sehinggakan sanggup mati demi menghalang Islam Pas tertegak.

Wah Mahathir... mudah membuat penilaian dan menghina tahap keimanan Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan Pas yang baru. Kita juga tidak tahu rupa-rupanya Mahathir mengikhtiraf kepimpinan Pas selama ini sebagai kepimpinan Islam.

Bila Mahathir beranggapan begitu, rupa-rupanya Mahathir tidak kenal dengan 'sengoti' siapa dia Mohamad Sabu yang dipanggil imam dari kalangan pengikutnya. Apakah istilah 'imam' itu bukan zahir dari rahang Islam. Itulah Mahathir kerana jarang ke Iran maka perkataan imam pun tidak difahami apa ertinya.

Jelas juga Mahathir tidak mengenali organ Pas sedalam-dalamnya. Dia masih mamai barang kali ingatkan Pas macam Umno. Ubat bius di IJN masih belum hilang. Di dalam Pas untuk pengetahuan Mahathir ia bukan dipimpin oleh satu saf, kepimpinan mentadbir dan mencatur jihad saja, tetapi ada dua lapis lagi. Dalam Pas ada Dewan Ulama dan Majlis Syurag Ulama. Kedua institusi inilah yang menjaga Pas dan menjadi roh kepada perjuangan Pas. Adapun individu tertinggi mengusai institusi ini ialah al Mursyidun.

Mereka yang menduduki kedua institusi ini bukan sebarangan. Mahathir sendiri walaupun sudah menjadi PM selama 22 tahun belum tentu dapat duduk dalam institusi ini kalau dia tertakdir menyertai Pas satu hari nanti. Mereka yang menganggotai institusi ini bukan hanya kerana mereka memakai kopiah puteh dan tutup mereka, tetapi yang beramal dengan segala ilmu-ilmunya.

Ertinya Pas tidak boleh ditadbir atau dibawa mengikut arah dan kompas keyakinan seseorang. Pas harus dipandu dan ditetapkan kiblat perjuangan oleh kedua institusi ini. Apabila Mahathir dengan muda menyangkakan bahawa Pas telah merombak cita-cita Islam, sebenarnya Mahathir mendangkalkan ilmu siasahnya sendiri.

Kita nampak, Mahathir kita ini sangat susah hati apabila golongan profesional menang. Kenapa? Kalau orang tidak tahu memang merasakan apa yang dilakukan Mahathir dan pemimpin Umno lain itu satu tindakan yang perlu disokong. Cara Mahathir mengomen menunjukkan seolah dia seorang pemimpin yang komited dengan Islam. Yang berjurus sejak kecil menjujung 'Quran' hingga ke pejabat dan bercita-cita besar untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini! Seorang yang mahu Islam di negara ini ditegakkan atau seorang penentang kepada kerja menghalang Islam wujud di negara ini.

Orang masih tidak lupa siapa Mahathir sebenarnya. Dia adalah bekas PM orang paling bekuasa di negara ini. Selama 22 tahun menjadi pedana menteri. Masa dia menjadi PM Umno tidak pernah sekali pun kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Mahathir seorang yang powerful sekali. Dia juga dianggap sakti, keramat dan berani. Barang diminta semuanya diperolehi. Macam Pak Dogol dalam wanyang kulit, dia bersin pun emas akan menggolek ke kakinya.

Dengan kuasa dia telah melakukan apa yang dikehendaki. Paling klasik ialah dia membuang imuniti raja-raja Melayu. Satu tindakan berani yang melambang dan menjadi mahkota keberanian Dr Mahathir seorang perdana menteri sehingga digelar Mahafiraun. Lepas itu dia buang pula para hakim yang tidak sebeulu dengannya.

Sepatutnya dengan keberanian itu Mahathir telah melakukan apa yang dia merasa tidak sempat dilakukan hari ini. Iaitu menghakiskan kekuasaan orang Cina dan India. Atapun menegakkan bukan syiar Islam di negara Islam tetapi perlaksnaan hukum termasuk hukum hudud. Tetapi sayang seribu kali sayang bulu ketiak Cik Minah panjang...

Melihat cara Mahathir kita mengkritik kepimpinan Pas seolah dia adalah pejuang Islam tulen mengalah Osama Ben Ladin. Kita nak tanya Mahathir kenapa semasa berkuasa dulu beliau tidak melaksanakan apa yang teringin hari ini. Kenapa? Tidak ada gunanya Dok kalau kita ingin makan jering relong setelah gigi kita bergonjang dan gigi kacip dan geraham sudah tercabut. Kalau setakat gonyel gonyel (kunyah) telan sudah tidak ada umppp lagi.

Makanya pada saya apa yang disuarakan Mahathir itu tidak lebih daripaa hendak menunjukkan bahawa dia masih sihat, masih sengar dan masih boleh berkata-kata. Ibarat orang berahi jering relong kalau tak dapat mamah pun hidup bau haringnya pun cuku. Sebenarnya kalau dikatakan dia obses kepada Islam, obses kepada Melayu ia hanya lakonan sahaja, sebab semasa dia berkuasa, dia mengabaikan segala ini malahan dalam sudut tertentu dihinanya dan ditentangnya mereka yang ingin laksanakan Islam.

Sesunguhhan sebahagian daripada mala petaka yang dihadapi negara ini termasuk penghakisan kuasa politik Melayu dan timbulnya liberalisme dalam agama Islam adalah hasil didikan dan ajaran Al Mahathir Ibnu Mohamad Ickandar. - http://www.msomelayu.blogspot.com

Seniman Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara

Admin | 10:45 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah supaya tidak membandingkan hasil karyanya dengan filem-filem lain sebaliknya harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, tindakan Gambit menghasilkan klip video lagu Marilah dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej Malaysia jika dipasarkan di luar negara.

"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Harun diminta mengulas berhubung penyebaran klip video Marilah nyanyian Prema Yin yang dilakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.

Alasan Gambit, aksi yang di arahkannya itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Harun berkata, sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara.

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.

"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi.

Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya.

Bukan sahaja Gambit kata Harun sebaliknya Prema Yin dan Shahz Jazle turut bertanggungjawab dalam kontroversi berkenaan. - Mstar

Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz

Admin | 10:34 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya. - TMI

PAS: M'sia negara diktator bukan negara kebajikan

Admin | 7:56 PM | Be the first to comment!
Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.

“Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” kata Mohamad (atas, kiri) ketika diwawancara oleh TV Selangor.

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka.

Semua negara di dunia adalah negara kebajikan?

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek.

“Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan,” kata Mohamad.

Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Menurut Mohamad Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

“Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang.

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mustahil PAS bersama Umno

Dalam wawancara itu, Mohamad juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno BN selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

Katanya, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" kata Ahmad yang dipetik dari Mstar Online.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977. - Malaysiakini

* Ayam sabung PAS...

Petronas untung RM241.2 bilion

Admin | 7:41 PM | Be the first to comment!

Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi, kata Shamsul Azhar kepada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

"Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan," katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lalu, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

- Bernama

* Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta tidak merasa nikmat daripada minyak yang sebegitu besar keuntungannya bila Umno perintah Malaysia. "Kita Tukar Jer.."

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

Admin | 7:31 PM | Be the first to comment!
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam. - Malaysiakini

* Orang Melayu ni sukar menerima sesuatu pendekatan, strategi, idea yang baru (tidak bertentangan dengan Islam) tapi kalau maksiat yang baru no 1 dia ikut...

Lintah raksasa serang kampung Jawa Tengah

Admin | 8:05 AM | Be the first to comment!

DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.

Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.

Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi

Masjid di Palestin dibakar di Tebing Barat

Admin | 8:00 AM | Be the first to comment!
RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani.

Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh.

Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak.

Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu.

Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi.

Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu. - Agensi

Percepat Tarikh Kahwin, Farah Berdebar Jadi Isteri

Admin | 7:55 AM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, mengakui berdebar menghitung hari untuk bergelar isteri pada 15 Julai depan.

Dia yang mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan pada 25 Disember lalu terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka atas permintaan pihak lelaki.

"Perasaan sangat berdebar terutamanya apabila majlis tersebut dipercepatkan, majlis yang sepatutnya bulan September tetapi terpaksa diawalkan atas sebab tertentu dan sudah tentu sekarang semua sedang kelam kabut buat persiapan.

"Banyak lagi yang belum disiapkan termasuk kad jemputan. Nasib baik juga saya dibantu oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan terdekat," katanya yang ditemui pada sidang media Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terlalu teruja untuk berceritakan tentang hal-hal berkaitan perkahwinan dan mahu ia berjalan seperti biasa.

"Saya sebenarnya takut untuk bercerita dan tak mahu terlalu teruja kerana benda-benda sebegini kita hanya merancang. Biarlah semuanya berjalan seperti biasa dan lancar.

"Tapi nasihat saya, jangan bertunang lama-lama kerana dugaan dalam tempoh tersebut sangat kuat, perkara kecil boleh jadi besar," ujarnya sambil tersenyum.

Tambahnya, dia kini sedang menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah.

"Saya juga dalam proses menyiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri melalui bahan-bahan bacaan dan banyak bertanya kepada pakar dan orang-orang tua," katanya.

Bercerita tentang konsep perkahwinan, Farah memberitahu, majlis resepsi bertemakan perkahwinan dalam taman akan diadakan di sebuah taman di Putrajaya, sementara pihak lelaki akan diadakan di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

"Saya mahukan perkahwinan yang sederhana tetapi memberi kenangan dan kami memilih untuk mengadakannya di sebuah taman di sekitar Putrajaya.

"Manakala baju akan ditaja oleh pereka fesyen Zery Zamry," tuturnya yang masih merahsiakan lokasi persandingan tersebut.

Sementara itu, Farah yang sibuk dengan aktiviti sebagai pengacara mengakui bakal mengikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang.

"Selepas kahwin saya akan tinggal di Pulau Pinang, aktiviti seni masih berjalan cuma saya perlu ulang alik dari sana.

"Lagi pula saya banyak mengambil tawaran pengacaraan yang masanya lebih fleksibel berbanding lakonan, manakala bidang nyanyian pula saya masih lagi merancang untuk menerbitkan sebuah single baru," katanya yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer Sham Kamikazi. - Mstar

Gugur dasar negara Islam dikritik

Admin | 7:36 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.

Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa ‘serangan’ apabila dituduh tidak efisien.

“Yang peliknya Pas ini, sekejap kata nak tegakkan negara Islam, sekejap nak negara kebajikan, mana satu sebenarnya hala tuju Pas? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” kata seorang penyokong Pas yang dikenali sebagai Rosli Hashim.

Tegas Rosli, Pas kena kembali kepada perjuangan sebelum ini dengan menetap pendirian untuk menegakkan agama Islam dan bukannya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya lagi, jika sekali pun dasar lama itu tidak mampu membawa Pas untuk menawan Putrajaya, tetapi setidak-tidaknya parti tersebut diiktiraf sebagai pembangkang yang berwibawa sehingga dihormati oleh kawan dan lawan.

Kenyataan Rosli itu kemudian disahut oleh Kairiel Amree dengan berkata: “A'aaah kebajikan buat pemimpin-pemimpin negara. Rakyat biar susah.”

Dalam pada itu, bagi meredakan keadaan, seorang lagi penyokong Pas, Ahmad Shukri Abd. Rahman tampil memberi penjelasan dengan berkata, dasar parti itu tetap tidak berubah walaupun fokus Pas kini beralih ke arah negara berkebajikan.

Menurutnya, perubahan tersebut merupakan anjakan paradigma disebabkan keutamaan Pas ketika ini menggulingkan Barisan Nasional (BN) kerana cara lama (negara Islam) hanya memungkinkan parti itu menguasai negeri sahaja, bukannya kerajaan Persekutuan.

“Setelah kukuh barulah prinsip syariat boleh ditegakkan di seluruh negara. Cara lama asyik boleh pegang Kelantan sahaja, tapi tiada kuasa Persekutuan. Hudud pun tidak boleh dilaksanakan sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya. - Utusan

* Siapa Rosli? Apa jawatan dia? Apa pendidikan dia? Rosli mewakili pertubuhan apa, sehingga tulisannya menjadi sandaran kepada Utusan? Cukup-cukuplah memperbodohkan bangsa sendiri...