20 December 2011

Harga minyak menyusut

SINGAPURA 19 Dis. - Harga minyak mentah hari ini menyusut di bawah AS$93 (RM279) di Asia apabila pasaran saham ditutup rendah selepas pengumuman kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong II.

Penanda aras minyak mentah untuk penghantaran bulan Januari telah merosot sebanyak 78 sen (RM2.34) kepada AS$92.75 (RM278.25) setong pada pertengahan dagangan elektronik New York Mercantile Exchange.

Kontrak itu jatuh sebanyak 34 sen (RM1.02) kepada AS$93.53 (RM280.59) pada Jumaat lalu.

Di London, minyak mentah Brent telah menyusut sebanyak 45 sen (RM1.35) kepada AS$102.9 (RM308.7) pada tukaran saham niaga hadapan ICE.

Sementara itu, pasaran saham di Asia menjunam pada hari ini berikutan kebimbangan pelabur terhadap peristiwa kematian Kim Jong II yang dijangka mencipta ketidakstabilan pada kedua-dua wilayah terpisah di Semenanjung Korea itu.

Pasaran saham Korea Selatan jatuh 3.3 peratus, Hong Kong menyusut 2.5 peratus dan Jepun telah tergelincir 1.1 peratus.

Harga minyak mentah telah mencecah lebih AS$100 (RM300) pada awal bulan ini berikutan perkembangan kebimbangan krisis hutang Eropah akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi di benua itu tahun depan dan melumpuhkan permintaan minyak global.

Harga minyak mentah telah disokong oleh pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang perlahan dan data terkini mengenai perumahan AS dan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) dijadual diumumkan pada minggu ini juga.

''Perhatian terhadap nombor-nombor yang menunjukkan susut nilai ini membolehkan tumpuan dunia beralih arah dari Eropah untuk tempoh seminggu kata, perunding tenaga Ritterbusch and Associates.

Gas asli jatuh empat sen (RM0.12 sen) kepada AS$3.09 (RM9.27) per 1,000 kaki padu.

Minyak pemanas (heating oil) jatuh 1.3 sen ( RM03.90 sen) kepada AS$2.80 (RM8.4) segelen dan niaga hadapan gasolin menyusut satu sen (RM0.03 sen) kepada AS$2.49 (RM7.47) segelen. - AFP

No comments:

Post a Comment