30 November 2011

Proton Perkenal Saga Baru

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, Proton Holdings Bhd pada Rabu memperkenalkan kemasukan baharu variasi Saga yang dinamakan Saga FLX SE.

Variasi baru ini bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.

Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.

"Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.

Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan Proton menerima kira-kira 331,768 tempahan.

Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

Proton juga meletakkan sasaran menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac, 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baharu ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan - Putih dan Merah - Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.

Proton juga berkata pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.

Para pembeli boleh melihat model baharu ini di semua bilik pameran Proton mulai esok.-BERNAMA

Rogol: Mekanik dipenjara 12 tahun

KUALA LUMPUR — Seorang mekanik hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah kerana merogol anak jirannya yang berusia 19 tahun, tiga tahun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Azmizam Dolah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam Haris Salleh yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu bagi menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Azmizam, 36, didakwa merogol gadis berkenaan di sebuah rumah yang terletak di Taman Aman Putra, Jinjang Utara, Sentul di sini pada 1.30 petang, 21 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Maline Anne telah mengemukakan seramai tujuh saksi manakala pembelaan memanggil tiga saksi termasuk tertuduh untuk memberi keterangan. — Bernama

PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507. - Malaysiakini

* Ini jelas penyelewengan. Adakah dia kebal undang-undang...

KSN: Kakitangan awam dibelenggu ‘naga-naga ciptaan sendiri’


PUTRAJAYA, 30 Nov — Penjawat awam di negara ini masih dibelenggu budaya silo, keterpisahan dan ketaksuban menjaga sempadan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Menyifatkan budaya itu sebagai ‘naga-naga ciptaan sendiri’, Sidek membidas keengganan penjawat awam untuk mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran.

Justeru, beliau mahukan penjawat awam memahami trend dan perkembangan pengurusan sumber manusia yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kepimpinan masa akan datang.

“Janganlah pula untuk berjaya menewaskan naga dalam diri, kita membina naga di jabatan masing-masing. Cabaran yang mendepani kepimpinan sektor awam pada masa kini ialah untuk memimpin warga sektor awam yang bersifat ‘inter-generational’ bagi membentuk satu sinergi yang mantap ke arah merealisasikan agenda perubahan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Felo Intan dan Penyampaian Diploma Intan 2011 hari ini.

Sidek (gambar) berkata 16 peratus daripada penjawat awam di negara ini tergolong dalam peringkat umur 51 dan ke atas, 25 peratus dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun manakala baki 59 peratus berumur 21 hingga 40 tahun.

Beliau juga mengingatkan pegawai-pegawai muda supaya mengambil peluang untuk mempamerkan ciri-ciri kepimpinan tanpa perlu menunggu sehingga menjawat jawatan yang lebih kanan untuk berbuat demikian.

Dipetik Bernama Online, kata beliau kesungguhan, semangat juang yang kental dan jitu yang ditunjukkan oleh ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David perlu dijadikan contoh oleh penjawat awam bagi mengeksploitasi keseluruhan kapasiti untuk menterjemahkan aspirasi rakyat sekaligus keluar daripada belenggu pemikiran yang jumut dan cara bekerja yang lapuk yang hanya merencatkan inisiatif transformasi negara.

Pada majlis itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dianugerahkan Felo Intan bagi tahun 2011.

Seramai 648 penjawat awam turut menerima diploma Intan iaitu 59 orang graduan menerima Diploma Sains Pengurusan manakala 589 graduan menerima Diploma Pengurusan Awam. - TMI

Khairy dedah 'Formula 6 Jahanam' pembangkang

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan formula "6 Jahanam" yang didakwanya cubaan pembangkang yang berangan-angan untuk melaksanakan formula "kehancuran negara".

Sambil mengambil kisah dari filem P Ramlee '6 Jahanam', Khairy menempelak pembangkang berhubung cubaan tersebut yang disifatkannya "polemik politik pembangkang jijik".

Enam formula tersebut yang didakwa akan dilaksanakan adalah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa, dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

"Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN. Pada mereka BN adalah pencuri pilihan raya, menidakkan suara rakyat dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.

"Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?

"Sedarkah kita, propaganda rampasan September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara," katanya.

'Tiup api kebencian'

Beliau juga membidas pembangkang yang didakwanya menghasut rakyat dengan meniupkan api kebencian kepada kerajaan dengan menggunakan kebangkitan "Arab Spring" tatkala idea mengadakan perhimpunan BERSIH,

"Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sesebuah negara berdaulat," katanya bagi menghuraikan formula pertama.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Memacu Generasi, Melakar Tranformasi" di PWTC hari ini.

Khairy juga turut menempelak timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya.

"Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar. Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, keluar dari mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu, iaitu memastikan Anwar menjadi perdana menteri Malaysia dengan apa jua cara - halal atau haram. Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka," katanya sambil menegaskan demokrasi negara menjadi mangsa pertama di bawah kerakusan pakatan tersebut.

Khairy juga mempersoalkan pembangkang yang masih gagal mengemukakan 'kabinet bayangan' berbanding BN yang berupaya mentadbir negara dan mengutamakan semangat setiakawan dalam pemilihan jemaah kabinet.

'Tiga kepala satu badan'

"Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio - tiga kepala, satu badan. Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan - siapa perdana menterinya? Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?," katanya.

Selain itu, beliau juga menempelak pembangkang yang didakwanya angkuh kerana mahu mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan

"Pembangkang tabur statistik bahawa nisbah penjawat awam dengan penduduk di Malaysia adalah tinggi dan membebankan.

"Tetapi mereka sengaja menyembunyikan hakikat bahawa negara-negara lain tidak mengambil kira golongan anggota keselamatan dan warga pendidik sebagai kakitangan awam.

"Sedangkan di Malaysia, dua golongan ini merangkumi lebih 50 peratus daripada semua penjawat awam. Maka, sudah pastilah nisbah kita lebih tinggi daripada negara-negara lain," katanya.

Beliau juga mempersoalkan terhadap apa akan berlaku kepada pentadbiran undang-undang sekiranya pembangkang mentadbir negara ini.

"PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu. Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza?

"Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi? Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan. Kalau di KL, sumbat penjara. Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.

"Inilah realiti yang akan berlaku sekiranya kita benarkan pakatan pembangkang yang tandus persefahaman mengambil alih kepimpinan negara," katanya. - Malaysiakini

* Nasib Khairy sendiri sekarang bagai telur di hujung tanduk...

Kereta BMW Pemilik Kebun Sayur Dirompak

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kebun sayur di Batang Kali kerugian RM250,000 apabila kereta jenis BMW 5 Series miliknya dilarikan dua lelaki di Batang Kali dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata kejadian berlaku pada 7.15 malam itu di satu tempat letak kereta yang gelap apabila mangsa yang berumur 67 tahun, didatangi dua lelaki yang menghunuskan parang dan meminta kunci kereta daripadanya.

Katanya mangsa yang ketakutan terus menyerahkan kunci kereta itu sebelum suspek melarikan kereta berkenaan ke arah Tanjung Malim.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Norel Azmi. - BERNAMA

Orang Asli dipenjara kerana mencabul

KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga minggu ke atas seorang Orang Asli selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.

Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan hukuman ke atas Baharom Awang, 23, dilaksanakan mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Nov.

Baharom, seorang pekerja membancuh simen, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang gadis berumur 17 tahun di koridor bertentangan dengan Maple Boutique, No. 105 Jalan Sultan, Dang Wangi, pada 11.45 pagi 23 Nov.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping. — Bernama

TPM: DAP 'parti paling rasis' mahu negara republik

Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan."

Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".

"Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.

"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya.

Aliran Islam pembangkang

Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.

Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti.

"Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya.

Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri.

"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?"

Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini. - Malaysiakini

* Melayu kini bagus sangatkah selepas 50 tahun lebih UmnoBN berkuasa?

Anwar: K'jaan tergesa-gesa lulus Bil Perhimpunan Aman


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan yang ingin meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa merupakan langkah yang lebih teruk daripada junta tentera Burma.

Katanya, kerajaan Burma sendiri telah membuat rundingan dengan pemimpin pembangkang negara itu, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

"Tapi di Malaysia guna brute force of majority, tanpa debat panjang dan tanpa ambil kira sentimen rakyat," katanya yang menggesa supaya undang-undang berkenaan ditarik balik dan diserahkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk dibincangkan.

"Tanpa itu sukar bagi kami untuk memberi sokongan," katanya lagi dalam ucapan ketika membahas rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, peruntukan undang-undang berkenaan yang menetapkan supaya penganjur memberikan notis selama sebulan sebelum sesuatu perhimpunan dijalankan juga lebih teruk daripada amalan kerajaan Zimbabwe, Jepun dan Hong Kong.

"Malaysia lebih minat banding dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prionsip kebebasan dihormati.

"Jadi rang undang-undang Burma perlukan pihak yang anjurkan perhimpunan maklum lima hari sebelumnya. Jadi kita ketinggalan dengan Burma," kata Anwar lagi.

Kerajaan dijangka mengemukakan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan hari ini untuk memendekkan tempoh notis berkenaan kepada sepuluh hari.

"Malaysia dalam soal notis saja sudah terkebelakang, nampak seolah-olah kebimbangan kerajaan yang mengaku (dipilih secara sah) tapi bimbang dengan kebebasn yang mahu diberikan kepada rakyat," katana lagi.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menyeru supaya perhatian diberikan kepada rang undang-undang alternatif yang dikemukakan Majlis Peguam kepada ahli parlimen hari ini. - Malaysiakini

29 November 2011

Mayat penghuni pusat tahanan Bkt Jalil dibedah siasat

Seorang penagih dadah yang meninggal dunia selepas pengsan di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil petang semalam akan dibedah siasat hari ini bagi mencari punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh berkata bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Segala maklumat lanjut akan diketahui esok semasa saya membuat sidang media di pejabat saya," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke HKL oleh anggota polis yang bertugas, bagaimanapun doktor yang merawatnya mengesahkan beliau meninggal dunia setengah jam kemudian.

Siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

- Bernama

* Tak sempat polis dapat maklumat, dadah diambil daripada siapa...

PAS: RUU Perhimpunan Aman taktik BN hadapi PRU, Najib patut batal

KUALA LUMPUR, 29 Nov — PAS menegaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang hendak dibahaskan dengan beberapa pindaan pagi ini, mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan taktik pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.

“Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah,” kata beliau dalam kenyataan.

Rang undang-undang itu bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dijadual untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pagi ini.

Ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak, Kabinet Najib memutuskan untuk membawa tujuh pindaan ketika ia dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Tuan Ibrahim (gambar) berkata, rakyat melihat rang undang-undang ini “adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.”

“Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja mendesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu,” kata beliau lagi.

Tambah beliau, rang undang-undang baru ini merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Katanya, rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

“Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak

“Kata Umar bin Abdul Aziz ‘bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu’,” katanya lagi. - TMI

Lagi tahanan mati dalam lokap polis

Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.

"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi. - Bernama

* Lain kali kalau nampak sakit bawalah ke hospital...

28 November 2011

Dr M: Malaysia tak akan dijangkiti Arab Spring

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat.

"Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak.

"Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya.

"Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran."

Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib.

"Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja.

"Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan.

Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk” ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat.

"Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung,” katanya sinis.

Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan.

Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".

“Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota UMNO mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan UMNO" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang "berjangkit" akibat globalisasi.

“Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia.

“Malahan, jika kita kaji apa yang belaku di seluruh dunia dan mengandaikan apa yang berlaku di seluruh dunia juga akan berlaku di negara kita dan kita lihat bagaimana masalah itu ditangani, dengan itu kita boleh lakukan perubahan yang sama di negara kita untuk membendung sebarang pemberontakan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pemulihan yang serupa mungkin tidak sesuai untuk setiap negara dalam menangani krisis global berikutan persekitaran berbeza.

"Anda perlu sesuaikan diri anda dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda.

"Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya. - Malaysiakini

Najib: Umno perlu reform atau hadapi Arab Spring

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.

"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

"Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kualz Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.

justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya. - Malaysiakini

Jawatan JUSA, Turus akan diubah

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.

Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut. - Utusan

* Sudahlah kurang jawatan, terpaksa berebut dengan orang luar (swasta) lagi...

27 November 2011

Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.

"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. - Malaysiakini

Ancaman perogol bersiri berakhir

KOTA BHARU – Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin.

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut.

Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin.

Penjaga asrama itu bersama dua lelaki yang juga pekerja di sebuah kedai datang menyiasat atas kepercayaan ada penghuni membawa masuk teman lelaki tetapi kemudian terkejut mendapati suspek cuba merogol mangsa yang diikat dengan wayar seterika.

“Dua pekerja itu kemudian menangkap lelaki tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

“Saya nampak ada kesan luka pada pipi mangsa dan tangannya diikat dengan wayar seterika,” kata wanita berusia 30 tahun itu yang enggan identitinya didedahkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tetapi enggan mengulas lanjut. - Kosmo

* Aduhai Kelantan...

Aziz Bari: Saya tiada hasrat tanding PRU, Umno pun boleh jemput jika sudi

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.

Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.

Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.

“Selain tidak lagi dibenarkan bercakap di atas pentas akademik seperti yang berlaku di KUIS tiga hari lalu saya sebenarnya telah mula ditekan sejak setahun kebelakangan ini.

“Jabatan dan institusi yang dalam orbit Umno-BN tidak lagi menjemput atau membenarkan saya bercakap,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan semasa membabitkan diri beliau.

Katanya, ada raja yang tidak senang dengan “saya meskipun saya mempertahankan institusi beraja. Apa pun masih ada kalangan kerabat diraja yang menyokong saya.”

“Misalnya saya berucap pada ceramah anjuran Angkatan Muda PKR di Gelang Patah (kelmarin sempena kongres tahunan), sebab ketuanya anak murid saya, dia jemput saya, saya beri pandangan.

“Malangnya ada anak-anak murid saya dalam Umno tidak mahu jemput saya . . . apa saya nak buat?” katanya lagi.

Ekoran teguran Sultan Selangor dengan menyebutkan nama beliau secara langsung dalam titah ucapannya minggu lalu, ada penganalisis politik dan ahli-ahli politik Umno menggesa Aziz turun gelanggang politik.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Dalam ulasannya, Aziz menambah, “secara jujur saya mengatakan saya tidak bersedia pun untuk bertanding dalam pilihan raya atau bercita-cita mahu jadi ahli politik.”

“Nak bertanding dalam politik, sertai politik perlu duit. Siapa yang sanggup bagi duit. Saya tiada persediaan. Kalau keadaan mengizinkan, saya lebih suka bekerja seperti sekarang sehingga pencen,” kata ahli akademik ini.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika Umno sanggup mengundang saya untuk memberikan pandangan, saya mengalu-alukan, saya bersedia, tetapi jangan kata saya digunakan oleh pembangkang,” katanya lagi.

Aziz menambah, di negara-negara maju ahli-ahli akademik berpolitik perkara biasa dan hanya di Malaysia, “itu pun ketika Umno sedang nazak, menyokong parti pembangkang lain dari Umno dianggap kesalahan.”

“Di England tokoh akademik seperti Prof Harold Laski diketahui berfikiran kiri sehingga digelar ‘red professor’. Sementara itu sarjana perlembagaan Prof Wade diketahui berfikiran konservatif dan anti-Parti Buruh. Di Scotland, sarjana sains politik John Mackintosh, pernah menjadi ahli parlimen Glasgow,” katanya lagi.

Tambah beliau, Barisan Nasional sendiri sebenarnya mempunyai ramai pemimpin yang pernah menjadi akademik seperti bekas timbalan perdana menteri di era Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan bekas-bekas menteri pusat Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Fong Chan Onn.

“Jadi apa masalahnya? Umno kena sedar bahawa zaman dan masa untuk mengugut sudah berlalu,” katanya lagi.

“Yang lebih parah ialah kita punyai ramai (naib-naib canselor) VC, rektor, dekan yang penakut dan lebih Umno dari para pemimpin Umno sendiri.

“Saya nak sebut bahawa menyertai politik bukan pilihan atau opsyen tetapi tanggungjawab; khususnya untuk memperbetulkan sistem yang kian tidak demokratik, menekan dan autoritarian,” jelas beliau dengan lebih lanjut.

Tambahnya, mereka yang lebih suka bermain dengan retorik adalah ahli-ahli akademik yang takut hilang jawatan atau lebih teruk lagi memang tidak punya kelayakan untuk jawatan itu selain mengampu dan membodek sahaja. - TMI

Karpal: Kita masih dalam perang dengan Indonesia

Walaupun parlimen menarik balik tiga pengisytiharan darurat pada Khamis, peguam Karpal Singh berkata pengisytiharan berkaitan Indonesia dan Konfrontasi masih wujud.

Pengerusi Nasional DAP Karpal Singh hari ini berkata bahawa Malaysia masih dalam keadaan perang dengan negara jiran Indonesia ekoran pengisytiharan darurat 1964 masih belum ditarik balik.

Katanya, pengisytiharan terhadap konfrontasi Indonesia itu tidak termasuk dalam tiga pengisytiharan yang ditarik balik di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menambah, pendirian kerajaan bahawa pengisytiharan secara tersirat ditarik balik dengan lulusnya pengisytiharan 1969 seperti dinyatakan dalam penghakiman Majlis Privi 1978 (Teh Cheng Poh lawan pendakwaraya).

Majlis Privi merupakan mahkamah tertinggi di negara ini pada waktu itu. - Malaysiakini

26 November 2011

Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’

JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.

“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.

“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya lagi.

Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.

“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.

“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok,” katanya.

Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.

“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri,” katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.

Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.

“Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.

“Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?” katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.

* Gaji naik, minyak turun, tarif elektrik turun. Maksiat bagaimana? Lihat Selangor sekarang pergaulan bebas yang menjadi punca zina bukan main rancak tanpa dibendung bersungguh-sungguh...

PKR akan terus ceramah di Johor

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu telah memperoleh permit untuk satu program ceramah pada malam ini, membabitkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau telah melihat permit berkenaan pada malam tadi dan berharap pihak polis akan terus memberi kerjasama dalam penganjuran siri ceramah PKR seterusnya di seluruh negeri berkenaan, kata Saifuddin kepada pemberita dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres berkenaan di Johor Bahru.

Tambahnya, PKR telah menerima reaksi berbeza-beza ke atas permohonannya untuk mendapatkan permit bagi mengadakan program berkenaan.

"Kategori pertama polis diam. Kategori kedua, ya dia keluarkan permit macam malam ini (program melibatkan Anwar). semalam saya ditunjukkan permit uuntuk program Datuk Seri diadakan.

"Kategori ketiga, polis secara lisan maklum tak boleh teruskan, tak ada hitam putih," katanya lagi yang menambah, kesemua program berkenaan akan diteruskan.

PKR mengatur program ceramah di 14 kawasan DUN di seluruh negeri Johor sempena kongres nasional parti yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Mengulas mengenai tindakan polis ke atas enam program ceramah yang dijalankan pada malam semalam, Saifuddin berkata PKR tidak menerima sebarang laporan berhubung gangguan atau tindakan kekerasan ke atas program berkenaan.

"Terbukti perhimpunan itu berjalan dengan elok dan terkawal," katanya lagi yang menyatakan bahawa sambutan rakyat Johor terhadap program berkenaan juga merupakan satu isyarat ke atas penerimaan parti itu di negeri berkenaan.

"Kami tak pernah dapat sokongan begini tujuh tahun dulu tapi kini gambaran biasa... Kita pernah terima isyarat ini di Perak dan Selangor dan kita terima isyarat ini kelihatan dari Johor.

"Maka munasabah tempat kongres parti ini kita pilih di Johor dan serentak dengan itu bukan saja kongres tapi 20 program penerangan serentak setiap malam. Walau kita berdepan halangan di sana sini tapi sambutan sangat baik," katanya lagi. - Malaysiakini

Aziz Bari muncul di Johor, dakwa BN gagal selesai banyak isu asas


JOHOR BARU, 26 Nov - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.
Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.

"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.

Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.

Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.

Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat .

"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.

"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya. - TMI

AMK akan demo jika Anwar dipenjara


Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. - Malaysiakini

25 November 2011

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.

Membuka tirai kongres yang kali pertama diadakan di kubu kuat Umno itu, Azmin turut menyerang Umno sebagai parti yang "anti-Melayu" dan hanya berjuang untuk "membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat."

"Layakkah perjuangan Umno yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-bumiputera berniali RM52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?

"Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation. RM250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan telah disalahguna untuk membeli kondominium mewah.

"Sehingga hari ini menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari timbalan presiden Umno.

"Di mana 'ketuanan Melayu' yang dilaungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada menteri untuk keluarga dan kerabat?" soalnya lagi. - Malaysiakini

Kesatuan sekerja tidak boleh disaman

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Hakim Datuk V.T.Singham berkata, Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi (majikan).

"Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya.

Singham juga berkata, adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.

Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Setiausaha Agungnya, J.Sandagran Solomon.

Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE tersebut atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu.

Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan. — Bernama

Sultan Selangor dukacita kenyataan Aziz Bari

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor hari ini.

Abdul Aziz, dalam penjelasannya kepada media menerusi e-mel, berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan itu.

"Saya tidak berniat melawan baginda. Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.

"Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan," kata Abdul Aziz.

Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.

"Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit," titahnya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan. - Bernama

* Ingat dukacita kerana maksiat banyak di Selangor...

24 November 2011

Malaysia tewas kepada Syria


KUALA LUMPUR: Skuad Olimpik negara gagal bangkit semula selepas tewas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.

Perlawanan itu disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung secara sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).

Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.

Selepas separuh masa pertama, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusun jentera serang bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.

Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.

Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain pada Selasa. - Bernama

* Tak cukup hebat...

Imam Muda Asyraf Umum Nama Anak Selepas 7 Hari


PETALING JAYA: Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.

Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.

“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua pada esok (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Asyraf berkahwin dengan Nurhusna hampir dua tahun. - Mstar

Perginya sebutir mutiara… Ustaz Ghazali Hasbullah

Oleh ALWI MUDA

Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam semalam (2 Jun) di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).
Semasa hayatnya, beliau dikenali dengan ketegasannya dalam menyampaikan kuliah secara telus tanpa rasa takut. Malah hilang rasa gerunnya kepada sesiapa sahaja kepada Allah menyebabkan beliau pernah ditahan ISA menurut beberapa ustaz.

Usaha beliau menyampaikan kuliah tidak sahaja kepada Lembah Klang malah ke mana sahaja sehingga utara dan selatan bagi membolehkan beliau menyampaikan ilmu Islam dan mencari dana bagi Darul Atiq dalam masa yang sama.

Darul Atiq, sebuah tempat pengajian ilmu disamping pemulihan akhlak serta perlindungan kepada anak yatim dan ibu tunggal diasaskan oleh Arwah semasa muda bersama isteri beliau. Asal hanya didirikan sebuah pondok buluh untuk berteduh dan seterusnya berkembang menjadi pondok menjadi tempat mereka dahagakan ilmu Islam dan praktikalnya.

Sepanjang mengenali beliau, cukup dikenali sebagai orang yang makbul doanya. Mungkin mengenai amalannya antara lain tidak pernah gagal meninggalkan solat malam seminimum 60 rakaat setiap malam yang diamalkan berpuluhan tahun.

Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Bagi Kembara Sufi, kehilangannya bermakna hilangnya satu mutiara berharga yang pernah menjadi idola satu ketika dahulu. Almarhum Ustaz Ghazali Hasbullah adalah guru yang mula-mula membawa Kembara Sufi di atas landasan Islam sejak 1980an. Di mana sahaja Allahyarham berceramah di Terengganu, pasti Kembara Sufi sampai dengan basikal tuanya. Masih lagi tersimpan lembaran-lembaran zikir dan doa yang diedarkan oleh allahyarham dalam setiap kuliah beliau. Semoga rohnya bersemadi bersama-sama para solihin, amin…

Al Fatihah untuk guruku tercinta… - www.dupahang.wordpress.com

* Teringat namanya...cari di google...rupanya beliau sudah kembali...

Hayati Ceramah Beliau (Video)

Sultan Selangor dukacita


SHAH ALAM 23 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana ada sesetengah pihak di negeri ini suka mengritik dan mencaci pasukan polis.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak baik serta perlu dielakkan kerana pegawai dan anggota polis juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan.

“Beta berasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini yang suka mengkritik dan mencaci pihak polis yang sedang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

“Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat di negeri supaya terus mematuhi undang-undang serta menyokong tugas-tugas anggota polis bagi memastikan negeri ini terus aman dan damai.

“Beta menyeru kepada semua rakyat di negeri Selangor supaya menyokong tugas-tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya negeri Selangor akan sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai serta rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam harmoni dan selesa,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik serta ikhlas dalam menangani sesuatu kes jenayah dengan adil tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

“Apa yang penting, setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis mencapai kepentingan peribadi,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan pasukan polis supaya menjaga disiplin dan integriti mereka termasuk memastikan bahan bukti untuk sesuatu kes dapat terus dijaga dengan rapi agar ia tidak hilang atau dirosakkan.

“Ini kerana, ia (kehilangan barang kes) boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes serta boleh menyebabkan orang yang bersalah terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

“Kehilangan dan kerosakan bahan bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan oleh masyarakat,” titah baginda. - Utusan

* Rakyat persoal polis yang dilihat menjadi kuda tunggangan parti politik pemerintah. Polis disanjung jika bekerja dengan betul...

Muhyiddin: ‘Lebih mudah, lebih indah’ jika PAS-Umno bersatu

KOTA BARU, 23 Nov ― Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.

Mengulangi pendirian yang pernah diketengahkan beberapa kali sebelum ini, Muhyiddin (gambar) yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

“Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,” katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.

Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.

Isu kerajaan perpaduan antara PAS-Umno sudah banyak kali ditengahkan sejak pilihan raya umum 2008. - TMI

* Kalau esok Umno perintah Kelantan. Lusa dah boleh guna wang royalti...

23 November 2011

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang
memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik. - Malaysiakini

* Kena jadi cerdik untuk perintah rakyat yang sudah semakin cerdik. Ini zaman kuasa rakyat...

Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut
China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan seban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni." - Malaysiakini

* Dia tahu tiada siapa akan undi dia kerana dia seorang 'pengkhianat'. 'Pengkhianat ' sememangnya dibenci orang sepanjang zaman. Ibrahim akan kalah dengan kehinaan kerana tempat yang lain amat memerlukan undi pos sebagai talian hayat mereka...

Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Seksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:

•tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;

•tempat perhimpunan;
•cara perhimpunan;
•kelakuan peserta semasa perhimpunan;
•pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
•apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
•kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.
Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

Sebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama, tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan

Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.

Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.

•Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
•Loji rawatan air
•Stesen penjana elektrik
•Stesen minyak
•Hospital
•Balai bomba
•Lapangan terbang
•Landasan keretapi
•Terminal pengangkutan awam darat
•Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
•Tempat ibadat
•Tadika dan sekolah - Malaysiakini

* Tak ambil ikhtibar daripada kejatuhan kerajaan Mesir...

22 November 2011

Penganjur: Kami dimaklum majlis Saifuddin dibatal atas ‘arahan KPT’

Farhan DarwisNovember 22, 2011KUALA LUMPUR, 22 Nov — Penganjur program bicara buku yang sepatutnya disempurnakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah malam tadi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mendakwa pihaknya dilayan seolah-olah mengadakan program haram dan difahamkan pembatalan adalah ekoran “arahan” Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.

“Auditorium utama diarah dikunci serta-merta. Seolah-olah macam program haram,” kata pengurus program itu Fuad Syazwan Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis itu berlangsung di kampus induk UIA di Gombak dan sepatutnya menyaksikan program bersembang-sembang antara Datuk Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan pelajar adalah sebahagian daripada program Aikol Festival anjuran Persatuan Pelajar Undang-undang UIA.

Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk “Kalau Saya Mahasiswa” sempena festival tersebut.

Menurut Fuad, pengurusan UIA tidak sepatutnya membatalkan program malam tadi dan menangguhkan sehingga isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai.

Katanya, program itu sudah diusahakan sejak dua bulan lalu.

“Tidak patut (dibatalkan) kerana ia hanya program biasa. Alasan tidak kukuh. (Penjelasan) hitam putih hanya diperoleh selepas pembantu khas Datuk Saifuddin sendiri yang minta (daripada pengurusan).

“Pegawai hanya memberitahu ini arahan KPT , ya ini yang diberitahu kepada kami. Kami sedang cuba untuk meminta penjelasan daripada rektor sendiri. Semalam beliau (ada) mesyuarat,” kata beliau sambil menambah, pihaknya kecewa kerana persiapan sudah dibuat manakala kelulusan juga telah diperoleh.

“Kami hanya diberitahu (tentang pembatalan) empat jam sebelum program,” kata Fuad sambil menambah, maklumat itu diperoleh ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menambah, beliau mendapat maklumat daripada Nik Ahmad Kamal bahawa pembatalan itu adalah atas arahan rektor universiti.

“Alasan pembatalan ialah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

The Malaysian Insider berusaha untuk mendapatkan komen pengurusan UIA sejak pagi tadi tetapi masih gagal.

Dalam laporan terdahulu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa terkejut dengan pembatalan majlis diskusi e-buku saat-saat akhir, sambil berkata, pusat pengajian tinggi seharusnya menjadi tempat menggalakkan dialog-dialog kritikal.

Presidennya Mohamad Iqbal Ab Wabab berkata, pihaknya juga tertanya-tanya jika Datuk Saifuddin Abdullah selaku penyandang jawatan dalam kerajaan dan ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri menghadapi nasib itu, “bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain.”

Sehubungan itu, Mohamad Iqbal berkata, universiti seharusnya membenarkan pendapat yang berlainan dan menghormati pandangan yang berbeza.

Saifuddin, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila UIA membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.

Saifuddin juga merupakan antara ahli politik yang lantang menyuarakan pendiriannya berkaitan dengan isu UIA menggantung tugas pensyarah Fakulti Undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika beliau disiasat universiti itu bulan lalu. - TMI

* Menteri baik VS Menteri jahat?

Saifuddin terperanjat jemputan pertama dibatalkan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau agak terperanjat kerana program bicara buku elektroniknya yang sepatutnya berlangsung malam tadi dibatalkan.

Katanya,"inilah kali pertama saya dijemput tapi program dibatalkan."

Bagaimanapun beliau menerima keputusan oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu dengan alasan "dia rektor saya."

"Saya ambil sikap, itu keputusan universiti... Memandangkan program tak boleh jalan, tak boleh jalanlah," katanya lagi yang enggan mengulas lanjut.

UIA didakwa melarang Saifuddin berdialog dalam program membincangkan buku Kalau Saya Mahasiswa atas alasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan.

Menurut pegawai khas medianya Fadzmel Fadzil, pembatalan itu dibatalkan pada saat akhir dan berdasarkan maklumat, ia atas arahan Rektor UIA Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin.

Saifuddin antara menteri Umno yang melawan arus dengan menyokong AUKU disemak semula ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur yang memutuskan Seksyen 15(5) sebagai menyalahi perlembagaan dan mencabul kebebasan bersuara.

Seksyen itu membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya.

Beliau juga sebelum ini mengkritik UIA bawah pentadbiran Zaleha yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari beberapa hari sebagai pensyarahnya kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor. - Malaysiakini

Rektor UIA batalkan program timbalan menteri

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dilaporkan telah membatalkan program bicara e-book Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, malam tadi.

Alasan yang diberikan adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan.

“Saifuddin dilarang dialog di UIA.

“Menurut jadualnya, pada 21 Nov, jam 8.15 malam, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi membicarakan ebook beliau,” kata pegawai khas medianya, Fadzmel Fadzil dalam emelnya kepada Malaysiakini.

Saifuddin, yang dilihat sebagai pemimpin berfikiran terbuka dan lantang dalam Umno, dijadualkan membincangkan program buku elektroniknya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa".

Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak, Kuala Lumpur.

Menurut Fadzmel, Saifuddin dimaklumkan mengenai pembatalan itu pada saat akhir dan diberitahu ia akan ditangguh ke tarikh yang lain.

“Menurut Saifuddin, beliau (juga) mendapat maklumat daripada timbalan rektor Hal Ehwal Pelajar UIA bahawa pembatalan itu adalah atas arahan Rektor UIA (Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin).

"Alasan pembatalan adalah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan,” katanya.

'Kalau Saya Mahasiswa' adalah buku kelima ahli parlimen Temerloh itu yang diterbitkan pada tahun 2009. Ia boleh dimuat turun dan dibaca di laman www.saifuddinabdullah.com.my.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara. - Malaysiakini

* Umno beruntung sebab ada Saifuddin...

Saham Harvest merudum selepas anak Najib undur

Harga saham Harvest Court Industries Bhd hari ini menjunam ke bawah tahap 30 peratus selepas anak kedua Perdana Menteri, Nazifuddin Najib mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengarah semalam.

Harga saham susut hingga 98 sen apabila dagangan bersambung pada pada jam 9 pagi tadi, iaitu jatuh 42 sen daripada harga yang dicatatkan pada RM1.40 semalam.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin (kanan) dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Namun, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.

Sementara itu, pada temu bual dengan StarBiz yang diterbitkan hari ini, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan, mendakwa bahawa mereka tidak akan menarik diri daripada syarikat pemprosesan balak itu dalam masa "dua hingga tiga tahun akan datang".

"Kami tidak menjual semasa harga melonjak. Saya masih memegang saham saya sebanyak 15.7 peratus itu dan beliau (Nazifuddin) pula masih memiliki 2.2 peratus sahamnya. Kami tetap akan kekal bersama syarikat ini dan tidak akan menarik diri,” kata Chan (kiri) dipetik akhbar itu.

"Kami tidak mahu orang ramai berfikiran bahawa kami membuat keuntungan segera dengan menjual kepentingan kami di Harvest. Kami juga tidak mahu orang ramai untuk membuat bukan-bukan dan mengembar-gembur harga saham.

"Kami tidak akan menarik diri dalam masa terdekat, yang kira-kira dua hingga tiga tahun kerana kami berada di sini untuk melakukan perniagaan tulen."

Menurut Nazifuddin (kanan) pula, spekulasi berterusan mendorong beliau untuk melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Kedua-dua mereka juga mengakui mereka hairan berhubung pergerakan harga-harga saham Harvest. - Malaysiakini

Harimau Muda pertahankan emas Sukan SEA

Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-26 selepas menundukkan Indonesia 5-4 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada perlawanan penuh 90 minit.

Perlawanan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi.

Dengan itu Malaysia mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Gol yang memberi kemenangan kepada Malaysia dilakukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar selepas kedudukan terikat 4-4 sebelum itu.

Pemain tuan rumah Ferdinan Sinaga gagal menyumbat gol untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan ini memusnahkan harapan skuad Indonesia kendalian Rahmad Darmawan untuk meraih pingat emas sejak 20 tahun lalu di mana kali terakhir Indonesia memperolehi emas adalah pada 1991.

Beraksi di hadapan lebih 100,000 lautan merah putih, Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan gol lawan seawal minit keempat menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan Dwi Cahayo.

Ia berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kiri gawang negara yang diambil oleh pemain tengah Octovianus Maniani sebelum Gunawan mudah menanduk masuk bola menewaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut menyaksikan penyokong tuan rumah bersorak girang dengan jaringan pembukaan itu.

Walaupun tertekan dengan jaringan awal tersebut, anak didik Ong Kim Swee jelas tidak mudah mengalah dan melajukan rentak dengan mengatur beberapa serangan menerusi gandingan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani dan A Thamil Arasu, namun tagihan aksi negara masih belum panas.

Pada minit ke-16, skuad negara dikejutkan dengan jaringan kedua Indonesia namun pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang dianggap 'offside'.

Barisan pertahanan yang dilihat longgar memudahkan Octovianus Maniani melorongkan bola kepada Titus, pemain kelahiran Papua New Guinea itu.

Kesungguhan Malaysia dapat dilihat apabila banyak peluang negara terhidang.

Malah kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Aksi trio penyerang sensasi tuan rumah Octovianus, Patrich Wanggai dan Titus sering kali cuba menguji penjaga gawang Malaysia menerusi percubaan jarak jauh dan gerakan serang balas dan Khairul Fahmi nyata lebih bekerja keras pada malam tadi.

Asraruddin Putra Omar berjaya memecah kebuntuan penyamaan gol pada minit ke-33 menerusi tandukannya yang mudah membolosi gawang, lawan hasil hantaran cantik daripada Baddrol di luar kotak penalti.

Terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Khairul Fahmi dan pemain pertahanan perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan dan ketika barisan penyerang Malaysia ketandusan idea, Kim Swee memasukkan Muhd Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan K Gurusamy pada minit ke-77 dan Yong Kuong Yong menggantikan Thamil Arasu selang tiga minit kemudian.

Ini ternyata merupakan percaturan yang baik di mana Muhd Nazmi dan Yong bersama Mohd Irfan serta Baddrol banyak mengucar-kacirkan barisan belakang Indonesia yang dilihat kian goyang.

Baddrol yang juga merupakan perancang utama skuad negara hampir menambah gol hasil sepakan percuma kaki kanannya namun percubaan tersebut sedikit tersasar hingga menggusarkan Kurnia.

Permainan yang terikat seri 1-1 dipaksa berlarutan kepada 120 minit masa tambahan memaksa kedua-dua pasukan rancak menyerang balas namun masih tiada penyudah yang berkesan oleh kedua-dua negara hinggalah terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada negara.

Octovianus dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawana malam ini.

Sementara itu penentuan pingat gangsa menyaksikan Myanmar membelasah naib juara edisi 2009, Vietnam 4-1 pada aksi sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia di stadium yang sama. - Bernama

21 November 2011

Arnold Schwarzenegger Cedera di Set Penggambaran


LONDON: Arnold Schwarzenegger terpaksa menerima rawatan perubatan di set filem beliau The Last Stand setelah tercedera di dahi selepas melakukan satu aksi lagak ngeri dalam filem tersebut pada 17 November lalu.

Pelakon legenda berumur 64 tahun itu terpaksa menerima rawatan perubatan dan penggambaran filemnya telah dihentikan buat seketika.

Schwarzenegger turut memuat naik gambar di laman sembang akaun Twitter miliknya.

"Tercedera di set hari ini, terima kasih kepada kakitangan perubatan yang membolehkan saya kembali berlakon sejam kemudian," tulisnya seperti dipetik dari contactmusic.com.

Bagaimanapun,dia tidak menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

Schwarzenegger sedang menjalankan penggambaran filem di Albuquerque, New Mexico dan memeggang watak polis di bandar kecil.

Bintang Hollywood ini kembali ke dunia lakonan selepas meninggalkan melepaskan jawatan Gabenor di California pada Januari lalu.

Sejak memulakan penggambaran filem ini, Schwarzenegger telah sering berinteraksi dengan peminat beliau melalui laman sembang Twiiter. - Mstar

Rakaman video detik-detik penangkapan Seif al-Islam


ZINTAN, Libya - Satu klip video menunjukkan anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap selepas dipaksa keluar dari sebuah kenderaan di sini.

Klip sama juga menunjukkan Seif ditumbuk sebaik sahaja dia dikerumuni oleh sekumpulan pemberontak. Memakai serban berwarna coklat, Seif tidak menunjukkan sebarang emosi.

Ketua Briged Zintan, Al-Ajmi al-Atiri memberitahu, Seif meminta mereka yang menangkapnya supaya menembak kepalanya dan membawa mayatnya ke Zintan.

"Seif al-Islam ditangkap pada pukul 1.30 pagi di daerah al-Ajal berhampiran Awbari. Kami menerima maklumat daripada salah seorang pengawal peribadinya.

"Kami kemudian memasang perangkap. Dua buah kereta muncul dengan enam orang di dalamnya, termasuklah Seif. Kami menahan dan mereka tidak melawan. Bercanggah dengan laporan media sebelum ini, mereka tidak menawarkan wang," kata al-Atiri.

Berita penahanan Seif disambut gembira dengan tembakan senjata ke udara.

Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Abdel Rahim al-Kib semalam mengumumkan bahawa Seif yang diburu sejak tiga bulan lalu akan diberi 'perbicaraan yang adil'. - AFP

Pelajar disembur semburan lada


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin.

Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.

Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk.

Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP