23 September 2011

Azab sejam diseksa


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 28 tahun terpaksa menanggung azab kira-kira sejam apabila diseksa sekumpulan lelaki tidak dikenali selepas menculiknya pada 19 September lalu.

Mohd Azufaizal Ab Manah, 28, putus jari manis kanan, hampir putus telinga kiri, patah tangan kanan dan cedera teruk di muka, tengkuk dan belakang badan akibat ditetak serta dikelar kumpulan lelaki terbabit menggunakan senjata tajam.

Bapanya, Ab Manah Mohammad, 54, berkata, dia dimaklumkan Azufaizal, kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika anak sulungnya itu berehat di rumah neneknya di Kampung Buluh, Setiu, kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Ketika menonton televisyen, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki tidak dikenali menculik Azufaizal sebelum dibawa ke Kampung Batang Gergaji, Besut.

“Azufaizal dipukul bertubi-tubi termasuk ditetak dan dikelar menggunakan senjata tajam di seluruh badan selain muka dan tengkuk sebelum dia yang berlumuran darah diugut tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. - Mymetro

No comments:

Post a Comment