31 December 2010

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri. - Malaysiakini

* Pakatan perlu mencari cara berkesan bagi mengelakkan kejadian di Perak tidak berulang semula...

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu. - Utusan

* Saya pun kagum...

Polis mahu sekat maklumat tidak tepat media baru

IPOH 30 Dis. - Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.

"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak yang ke-18 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan dokumen serta tongkat kuasa daripada pemangku, Datuk Zakaria Yusof kepada Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Zakaria yang juga Timbalan Ketua Polis negeri memangku jawatan tersebut selama sebulan empat hari sebelum diserahkan kepada Mohd. Shukri yang juga bekas Ketua Polis Terengganu.

Mohd. Shukri yang pertama kali ditugaskan di wilayah utara itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas di Selangor termasuk bertugas di Sarawak.

Dalam pada itu, Ismail berkata, strategi polis dalam membanteras jenayah secara menyeluruh memerlukan pengukuhan modal insan dan kemahiran anggota.

Katanya, ia selaras dengan konsep 4P iaitu protective (melindungi), performance (kualiti kerja), proactive (proaktif) dan people (rakyat).

Malah, beliau turut yakin usaha membanteras jenayah dapat dicapai dengan kerjasama 'sahabat' polis seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela serta polis bantuan.

"Benteng pertahanan juga akan menjadi lebih kukuh melalui integrasi bersama masyarakat melalui sistem rondaan, jalinan hubungan dengan rumah-rumah ibadat seperti masjid dan gereja.

"Anggota perlu fokus, komited dan bersatu hati dalam menjalankan tugas selain perlu amalkan cara hidup sihat termasuk dalam kehidupan sosial, aktiviti sukan dan keagamaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, bagi menangani penipuan jenayah kolar putih, polis akan meningkatkan kerjasama dengan pihak bank bagi mencari jalan memperketatkan undang-undang sedia-ada.

Katanya, dua bentuk pencegahan yang perlu diambil bagi mengatasinya ialah melalui aktiviti kerohanian dan skop tugasan secara lebih berkesan.

"Sememangnya kita sudah mempunyai kerjasama dengan Bank Negara untuk mengesan jenayah itu dan usaha positif untuk mengurangkannya," katanya.

Sementara itu, Mohd. Shukri ketika berucap pada majlis tersebut menyedari cabaran bertugas di negeri berkenaan terutama daripada segi politik dan jenayah.

Katanya, pemahaman tentang sosio ekonomi, budaya dan politik akan diberi perhatian bagi menangani pelbagai isu termasuk pengurusan bilangan balai polis memandangkan Perak merupakan negeri yang luas. - Utusan

* Tahun depan pilihanraya. Kenalah bantu UmnoBN menang...

28 December 2010

Gobalakrishnan: Anwar pilih kasih

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.
Gobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar amal 'pecah dan perintah'

Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.

"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.

"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.

Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

'Surendran bukan ahli PKR'

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi. - Malaysiakini

* Anwar pergilah pujuk Gabalakrishnan tu, besar bakti dia dalam Pakatan...

27 December 2010

Syiah serah memo, tuntut maaf terbuka


Sekumpulan pengikut Syiah hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), mendakwa berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap mereka.

Kumpulan 30 orang itu mendakwa serbuan terhadap pusat mereka di Gombak pada 15 Disember lalu bercanggah dengan pelbagai peruntukan, antaranya Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak daripada Suhakam berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata jurucakapnya Kamil Zuhairi Ab Aziz.

"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."

Sebahagian daripada kumpulan itu antara 128 orang yang ditahan dua mingg lalu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuang bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

Kali pertama tampil mengadakan sidang media di ibu pejabat baru Suhakam di Kuala Lumpur, Kamil menjelaskan, ketika serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tiada usaha penyebaran fahaman, sebaliknya hanya majlis tahlil untuk arwah cucu Nabi Muhammad.

Mengakui mempunya jati diri yang khusus, Kamil menolak generalisasi yang menyamakan fahaman mereka - Syiah Imamiah - di negara ini dengan kumpulan yang sama di negara lain.

"(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, keganasan dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya," katanya sambil menegaskan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung elemen itu.

Sehubungan itu, mereka menuntut pihak yang terlibat dalam tangkapan mereka, terutamanya JAIS, pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguatkuasa jabatan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana "mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap mereka".

Tuntutan itu turut dibuat kepada pihak media dan penceramah popular Datuk Dr Hassan Din yang dilaporkan berkata, perkahwinan dengan pengikut Syiah boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf.

Mengulas 'kekeliruan' terhadap fahaman mereka, Kamil menjelaskan perkara itu berlaku ekoran tiada dialog dan kajian yang tersusun daripada sarjana berhubung fahaman itu. - Malaysiakini

* Syiahlah, Wahabilah, apa nak jadi ni...

Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.- Malaysiakini

Polis 'rompak' peniaga dibebas daripada reman

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa dua anggota polis yang didakwa menyerang dan merompak seorang ahli perniagaan Chia Buang Ting telah dibebaskan daripada tahanan.

"Mereka (polis itu) melantik peguam bagi bertindak bagi pihak mereka apabila dibawa kepada majistret pagi ini bagi melanjutkan reman.

"Bagaimanapun peguamnya membantah permohonan itu kerana tertuduh merupakan pegawai polis, tidak ada sebab untuk mereka lari, (jika berlaku) mereka akan mudah dikesan.

"Dan majistret setuju dengan bantahan itu dan membebaskan mereka," kata wakil rakyat DAP itu.

Semalam, Chia dilaporkan sedang menimbang mengambil tindakan lanjut terhadap anggota polis yang dikatakan menyerang dan merompak wang tunai RM13,000 daripadanya awal bulan ini.

Satu siasatan polis telah dimulakan, dengan Chia mengenal pasti beberapa anggota polis dalam kawat cam kelmarin.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, ahli perniagaan berumur 34 tahun itu turut hadir. - Malaysiakini

Dua anggota polis ditahan bantu siasatan dakwaan salah guna kuasa

PETALING JAYA 26 Dis. - Polis hari ini menahan dua anggotanya yang berpangkat konstabel bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa dan mencederakan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Kota Damansara di sini pada 18 Disember lalu.

Penahanan dua anggota berusia 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Damansara itu dibuat untuk siasatan dan tindakan selanjutnya akan diketahui selepas kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

Dalam kejadian itu, kedua-dua anggota tersebut didakwa mencederakan mangsa, Chia Buang Hing, 34, yang ditahan kerana gagal mempamerkan cukai jalan selain disyaki memiliki dadah dan parang.

Kedua-dua anggota polis itu didakwa mencederakan mangsa selain mencuri wang tunai sebanyak RM13,000 milik mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, satu laporan polis berkaitan dakwaan mangsa yang bekerja sebagai peniaga bingkai lukisan dibuat pada 23 Disember lalu.

"Laporan berkenaan dibuat sehari selepas mangsa menjalani tahanan reman selama empat hari dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Menurut Tun Hisan, siasatan awal menunjukkan adalah wajar pihaknya menahan kedua-dua anggota terbabit supaya siasatan lebih telus dan adil dapat dilakukan.

"Polis telah merakamkan 20 percakapan anggota, pegawai polis dan orang awam. Pelbagai sudut siasatan dibuat termasuk enam anggota polis menghadiri kawad cam semalam.

"Mangsa turut dihantar ke hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian x-ray selepas laporan dibuat. Polis sedang menunggu hasil siasatan pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya.

"Saya berpuas hati dengan perjalanan siasatan yang dianggap telus termasuk meneliti keterangan percakapan, kewajaran kes dan berdasarkan bukti yang ada," katanya.

Menurut Tun Hisan, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk anggota polis sekiranya mereka didapati terlibat dalam kegiatan jenayah serta salah guna kuasa.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379 kanun yang sama iaitu mencuri," katanya. - Utusan

Raja Azmi Cerita ‘seks’ lagi!

Nasib malang bertimpa-timpa, itulah musibah yang datang kepada penerbit filem kontroversi, Raja Azmi. Masih terbayang bagaimana lesu wajah wanita itu selepas ditahan satu malam di lokap atas kesalahan gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan satu kes berkaitan jenayah komersial pada 20 Ogos lalu.

Sebelum itu, nama wanita berusia 51 tahun menjadi panas bila dikaitkan dalam kes perceraian adik angkatnya yang juga pemain badminton negara, Roslin Hashim apabila bercerai kali kedua.

Banyak sangat cerita pasal Raja Azmi ni. Tahun ini juga, dia digelar pembikin filem ‘gila seks’ hanya semata-mata kerana karya terbaru terbitannya, ... Dalam Botol mengisahkan kisah gay dan terdapat babak pelakon lelaki bogel.

Baru-baru ini, nasib Raja Azmi bertambah malang apabila filem tersebut tidak dapat ditayangkan pada 27 Januari ini dan ditunda ke tarikh baru pada Mac pula.

Semuanya kerana kelewatannya melunaskan baki bayaran produksi akhir filem itu berjumlah RM96,373 di Studio Digital Mixstage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Saya rasa hendak menangis hari ini tetapi pengalaman tidur di dalam lokap mengajar saya erti ketabahan untuk menghadapi masalah ini,” luahnya kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH.

Namun dalam tidak cukup wang untuk bayar kepada Finas itu, Raja Azmi sempat lagi merancang buat filem baru bertajuk Anak Ikan. Masih kekal berunsur seks dan juga kisah gay. Hebat Raja Azmi!

Raja Azmi punyalah beriya beritahu filem ... Dalam Botol akan ditayangkan di pawagam pada 27 Januari depan. Alih-alih filem itu ditunda. Kenapa?

Mula-mula memang akan ditayangkan Februari ni tetapi tak sempat, mungkin Mac pula. Saya harap-harap sampai Mac sahaja. Sebenarnya saya lambat bayar duit baki kepada Finas, sebab itu jadi macam ini.

Banyakkah yang belum bayar?

Jumlahnya RM96,373. Itu untuk kos-kos produksi akhir di sana. Isu ni buat saya terkejut kerana saya ingat sebagai pembikin filem tempatan yang buat di Finas akan dapat kelonggaran. Kiranya kita berhutang dulu dengan mereka, bila filem keluar panggung, barulah Finas potong daripada kutipan panggung. Itu yang berlaku sebelum ni. Saya buat filem Cinta 200 Ela, saya berhutang dengan Finas RM70,000. Enam tahun kemudian baru saya langsai bayar. Saya tak tahu ini undang-undang baru ke atau ‘diundang-

undangkan’ kerana saya Raja Azmi.

Maknanya sebelum ini tak ada undang-undang macam itu?

Itu yang saya pelik, bulan lalu, tiba-tiba saya dapat surat dari Skim Wajib Tayang yang ditandatangani oleh Datuk Azman Salleh, kena langsai hutang itu dulu dan baru boleh dapat tarikh Wajib Tayang. Katakan saya tak dapat bayar hutang itu selama setahun, maknanya filem saya akan tersadai selama setahun. Sekarang ni mana pergi peranan Finas yang membantu penerbit filem? Kenapa nak bertindak sebagai syarikat swasta? Kalau saya tahu Finas akan paksa saya untuk langsai hutang itu baru nak lepaskan filem saya, baik saya hantar ke KRU Production atau ke Bangkok untuk proses akhir. Kerajaan belanja berjuta ringgit buat studio di Finas dan saya teringat ucapan Datuk Seri Rais Yatim berkata tujuan studio itu untuk bantu pembikin tempatan untuk galak buat filem. Maksudnya tolong penerbit macam saya ni yang habis buat filem dan proses akhir tak cukup bajet. Nanti dah kutip di panggung, saya bayarlah balik.

Finas nampak macam zalim, kan?

Finas tak zalim malah mereka dah banyak bantu saya. Finas juga bagi sewa harga kamera yang sangat berpatutan untuk filem ini. Saya akan jadi zalim kalau tuduh Finas zalim. Tapi saya sekarang dalam keadaan serba-salah dan keliru. Adakah ini perundangan atau akta baru Finas? Kalau baru, saya tak pernah pula dimaklumkan. Yang mengawal Finas adakah Lembaga Pengarah atau Ketua Pengarah? Sekarang kuasa terletak di tangan Lembaga Pengarah dan mereka nak buat undang-undang suka-suka hati. Finas tu syarikat dia orangkah? Semua orang-orang persatuan jadi ahli Lembaga Pengarah. Dah persatuan buat macam syarikat sendiri, tak kan bila dilantik dalam Lembaga Pengarah, Finas nak dibuat syarikat juga? Ini awak tulis, saya tak kisah kalau kena serang dengan mereka.

Apa perasaan Raja Azmi sekarang apabila jadi macam ni?

Saya dapat tahu ini keputusan Lembaga Pengarah Finas. Lagi saya keliru, apakah mereka berkuasa di Finas? Awak timbulkan soalan. Saya tak kisah kalau saya kena masuk lokap lagi sekali. Pengalaman dalam lokap buat saya berani nak cakap untuk tegak kebenaran. Saya sedih, ikut hati hendak menangis tapi saya dah kuat sekarang. Saya dah buat rayuan kepada Finas tapi mereka kata tak boleh, kena bayar juga.

Habis tu macam mana sekarang? Dah ada duit nak bayar?

Saya akan minta bantuan daripada David Teo. Kami dah berbincang dan dia bagi kata-kata positif untuk mendahulukan duit dia sebanyak RM96,373.

Dalam duit tak ada ni, Raja Azmi ada hati nak buat filem baru bertajuk Anak Ikan pula dengarnya ni?

Duit ada tapi tak cukup pasal bajet dah lari. Kalau saya ada duit banyak, saya tak buat apa-apa dah. Duduk rumah goyang kaki saja. Tapi daripada duit yang kecil saya kena buat duit lagi untuk menjadi banyak. Saya buat filem guna duit sendiri, bukan buat pinjaman bank.

Anak Ikan? Dengar macam filem berunsur seks lagi dan ada kisah gay juga? Betul ke?

Dua-dua tak betul. Betul pun tak, tak betul pun tak. Betul, saya dah rancang filem Anak Ikan kalau ... Dalam Botol berjaya di panggung.

Kenapa masih kisah gay?

Belum pasti lagi. Gelaran anak ikan sinonim untuk lelaki muda, remaja dan berwajah kacak atau jambu dibela lelaki berumur. Tetapi ada juga anak ikan dibela wanita berumur atau kaya. Jalan cerita awal filem ni dah ada.

Raja Azmi ni macam tak ada modal lain saja? Asyik-asyik filem seks? Obses sangat dengan seks?.

Dalam hidup ni, apa yang tidak ada kena mengena dengan seks, cinta dan agama. Kalau tidak ada tiga benda ni, bukan manusia. Itulah kelebihan menjadi manusia.

Tak takutkah nanti gelaran penerbit filem seks terus melekat?

Kenapa baru sekarang kata saya penerbit filem seks? Macamlah saya tak pernah buat filem lain. Saya pernah terbit komik kartun dan animasi, Anak-Anak Sidek, terbit Buku Panduan Solat untuk kanak-kanak sekolah, orang tak bercakap juga. Wartawan pun tak berminat tulis cerita macam tu. Saya buat filem Cinta 200 Ela orang tak suka walaupun memaparkan nilai persahabatan yang tinggi dan penuh mesej agama.

Kalau buat juga filem ni, orang mesti kata Raja Azmi seorang wanita yang suka dengan kontroversi?

Itu saya terima kerana saya memang suka dengan kontroversi kerana ia rempah-ratus dalam hidup.

Tapi saya nafi suka meraih kontroversi. Cuma bila saya buat filem, kontroversi datang dengan sendiri. Macam saya baru bercakap nak buat filem Anak Ikan, terus jadi kontroversi. Saya sukalah.

Soalan akhir, Raja Azmi kalau buat filem seks mesti bagi alasan nak berdakwah? Kenapa macam tu?

Saya cuma kata filem ... Dalam Botol sahaja nak berdakwah. Filem lain saya tak pernah kata pun. Dakwah adalah berkongsi pengalaman hidup kawan saya dalam ... Dalam Botol. Itu kisah besar. Tapi Anak Ikan kalau jadi buat, saya tak akan berdakwah kerana skripnya hanya rekaan tapi saya suka. - utusan

Mencari kepuasan

KEPUASAN! Itulah yang dapat disimpulkan daripada luahan hati artis-artis yang memiliki dan meminati motosikal berkuasa tinggi ini. Di sebalik bahaya menunggang motosikal berkuasa tinggi, kepuasan yang dicari oleh pencinta sukan permotoran ini tidak kira siapa mereka.

Sudah nama pun artis, pasti di dalam minda kita terbayang mereka menaiki kereta besar yang berjenama, sesuai dengan status mereka.

Mana mungkin mereka mahu berpanas menghadap matahari dengan menaiki kenderaan dua roda. Pasti berjelaga kulit nanti. Belum lagi dihitung dengan kepulan asap yang bakal disedut, sejuk mengharung hujan, serta bahaya di jalan raya, pasti golongan artis akan memilih untuk berkereta yang sudah tentunya lebih selamat.

Namun hakikatnya, ramai artis bukanlah bagai ‘puteri lilin’ seperti yang disangka. Ada antara mereka sanggup berpanas, basah, berjelaga demi hobi ekstrem menunggang motosikal yang boleh dikatakan merbahaya.

Awie, Nabil, Aliff Satar, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Linda Onn, Rosyam Nor dan Jaclyn Victor adalah antara nama yang memiliki serta meminati motosikal terutamanya yang berkuasa tinggi.

Demi kepuasan diri di samping menghilangkan tekanan dalam kehidupan seharian, mereka mencari alternatif yang boleh dikatakan ekstrim iaitu dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Hits sempat menemuramah beberapa orang artis yang memiliki motosikal berkuasa tinggi sewaktu sidang akhbar Kuala Lumpur Bike Week di Rum Jungle, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Utusan

25 December 2010

Lagi mangsa keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!"

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

* Jika benar tuduhan itu, saya cadangkan polis ini dihukum mati oleh mahkamah...

21 December 2010

Nahas paling ngeri


IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.

“Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.

Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.

Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

“Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.

- Utusan

* JALAN RAYA DI MALAYSIA TIDAK SELAMAT. KERAJAAN MALAYSIA TIDAK BELAJAR DARI NEGARA YANG MAJU. BILA PELANCONG TIDAK MASUK MEREKA HANYA TAHU MENYALAHKAN ANWAR IBRAHIM.

20 December 2010

Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 dipanggil

KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”

“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.

Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.

Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. “Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh,” kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. “Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak,” katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

“Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan,” kata beliau lagi. - TheMalaysianInsider

* Saya jangka dia akan masuk UMNO...

Selagi Rosmah Tidak Tutup Jambul


ORANG yang seronok digelar sebagai wanita pertama Malaysia, Rosmah Mansor mencadangkan supaya diadakan tilawah Quran di kalangan orang buta menggunakan braille. Katanya, tujuan diadakan tilawah itu bagi meningkatkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebagai penganut agama Islam saya bersetuju apa saja usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini. Tidak kiralah ia melibatkan orang cacat penglihatan ataupun cacat pendengaran. Tuhan jadikan manusia dengan kesempurnaan tidak boleh dipertikaikan, dan setiap manusia ada fungsi dan peranan masing-masing. lagi berita...

Didakwa tipu bank RM100 juta

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pengarah syarikat pengurusan minyak dan gas, Market Asia Link Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah atas 46 tuduhan menipu sebuah bank berhubung urus niaga minyak bernilai hampir RM100 juta, dua tahun lalu.

Yahya Mohd. Khalid, 53, memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, S. M. Komathy Suppiah.

Lelaki berbaju kemeja hitam itu didakwa menipu pegawai Trade Finance Centre, Affin Bank Berhad, Noraihan Othman, 51, dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh memiliki dokumen-dokumen palsu berkaitan penjualan minyak.

Dokumen itu termasuk invois syarikat miliknya dan e-mel pembelian minyak dan gas daripada Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad).

Perbuatan tertuduh telah mendorong wanita itu meluluskan 46 permohonan 'Bankers Acceptance' (Penerimaan Bank) dalam transaksi berbeza yang kesemuanya berjumlah RM99,126,848.65.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu melalui pekerja-pekerja di syarikatnya di pejabat Trade Finance Centre Affin Bank Berhad, Tingkat 2, Menara Affin, No. 80, Jalan Raja Chulan, Dang Wangi di sini antara 16 Oktober 2008 hingga 7 November tahun yang sama.

Bagi kesemua tuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Komathy membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan cagaran RM300,000 oleh dua penjamin. Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Kes akan disebut semula pada 17 Januari depan.

* Baru dituduh tetapi perlu membayar duit dan segala macam kesusahan. Adilkah undang-undang begini?

Hassan Basrie dibenar tangguh bayar denda

IPOH 17 Dis. - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie terselamat daripada hukuman penjara 42 bulan setelah Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pembayaran denda berjumlah RM210,000 yang dikenakan Selasa lalu.

Hakim Tan Hooi Leng membuat keputusan itu setelah mengambil kira perkhidmatan tertuduh selama 30 tahun dan kerjasama yang diberikan sepanjang perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.

Katanya, mahkamah membenarkan Hassan Basri menangguhkan pembayaran denda tersebut sehingga proses rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi di sini.

Hooi Leng juga memerintahkan Hassan Basri menandatangani bon jaminan dan hadir bersama seorang penjamin, selain pasport antarabangsanya disimpan oleh mahkamah.

Keluarga Hassan Basri bersetuju melunaskan RM25,000 hari ini sebagai wang pendahuluan daripada denda keseluruhan yang dikenakan.

Mahkamah juga memerintahkan wang jaminan sebelum ini dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang perlu dibayar hari ini.

Hooi Leng membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Ranjit Singh Sandhu dan Beldip Singh yang memohon mahkamah membenarkan pembayaran denda berjumlah RM210,000 dibayar secara ansuran dalam tempoh satu bulan.

Ranjit dalam permohonannya berkata, Hassan Basri tidak dapat menjelaskan denda dalam tempoh tersebut kerana anak guamnya itu perlu mencagarkan rumah dan tanah untuk mendapatkan wang.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib membantah permohonan itu.

''Perbuatan rasuah itu merupakan kes yang serius dan bukan setakat memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi bakal-bakal pesalah rasuah yang lain,'' katanya.

Pada 14 Disember lalu, Hassan Basri dihukum penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atau penjara 42 bulan selepas disabitkan terhadap tujuh pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hassan Basri, 56, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa atas tuduhan rasuah hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana tiga daripada hukuman tersebut berjalan serentak.

Hooi Leng menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Hassan Basri menghadapi tujuh pertuduhan rasuah di antara 7 Ogos 2007, 15 Ogos 2007, 17 Ogos 2007 dan 6 September 2007 kerana meminta wang suapan di antara RM1,100 hingga RM20,000 bagi kes jenayah syariah.- Utusan

* Hebat hakim sivil kita, tidak ada yang rasuah...

Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diumum Jumaat ini

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon serta hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Jumaat ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya telah pun menerima notis berkenaan kekosongan itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Disember lalu.

Kerusi Tenang dalam kawasan Parlimen Labis di Johor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha akibat kencing manis pada 17 Disember lalu. - Utusan

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 6 tahun

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar dipenjara enam tahun dan denda RM620,000 setelah didapati bersalah terhadap 16 tuduhan menerima rasuah bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Katar di sini hari ini. - Utusan

* Ketua dia lepas...

19 December 2010

PERTANDINGAN MENEKA BILANGAN KACANG


Pertandingan ini adalah secara percuma. Anda hanya dikehedaki meneka dengan menyatakan beberapa maklumat ringkas dalam ruangan komen. Hadiah akan disediakan bagi pemenang yang bertuah... maklumat lanjut sila ke Laman Penganjur

16 December 2010

Zaid: Selamat Berlawan

HARI Isnin lalu saya sudah tulis Akim - Angkatan Keadilan Insan Malaysia akan jadi Kita. Hari ini apa yang ditulis itu benar. Hari ini nama Akim telah ditukar menjadi Kita - Kesejahtraan Insan Tanah Air. Zaid seperti diduga dia telah menjadi tuan kepada Akim yang menjadikannya sebagai Kita.

Tepatlah itu, kalau kita membeli lembu dogol atau motokar scond hand, maka kita kena tukar nama pemiliknya kepada nama kita. Kalau tidak nanti payah dan melakukan kesalahan. Sebagai seorang peguam bertaraf internasional Zaid cukup arif mengenai hal itu.

Proses pertukaran itu sudah berlangsung pagi ini. Jangan tanya berapa Zaid beli Akim, itu tidak penting. Orang kaya apa lagi seorang peguam boleh beli apa saja, kecuali sokongan rakyat. Sokongan rakyat susah untuk dibeli dan sokongan rakyat juga tidak ternilai harganya.

Tetapi kita percaya dengan kredibiliti dan juga syaksiah Zaid yang telus, demokratis dia boleh membeli rakyat untuk menyokong partinya!

Seperti dilapor oleh portal berita, buat permulaan Kita akan mewujudkan sebuah cawangan di sebuah negeri saja. Sama-samalah kita tenguk apakah Zaid berjaya dan lebih hebat daripada Anwar untuk menghidupkan Kita. Negara ini demokrasi, maka sesiapa pun boleh buat parti dan menjadi ketua.

Cuma apa yang saya nampak parti politik di negara ini tak ubah seperti klub atau NGO saja. Sesiapa yang tidak jadi presiden mana-mana parti, boleh tubuh NGO dan jadi presiden. Boleh buat kenyataan akhbar guna title presiden. Kalau hendak acap wajah dan nama disiar dan disebutr tv, bercakaplah hentam Anwar Ibrahim.

Anwar adalah aset paling baik kepada sesiapa yang hendak belajar bercakap ataupun yang ingin namanya disiarkan dalam akhbar dan tv. Kalau anda bercakap mengutuk orang lain belum tentu kenyataan dan cakap anda dinilai oleh akhbar. Begitu juga kalau ada dibiarkan oleh parti anda dan tidak popular anda boleh jont Anwar, sekajap masa saja Anwar akan popular. Selepas popular itu boleh anda mengadaikan diri anda kepada UBN.

Sebab itu saya katakan Anwar memberi keuntungan kepada sesiapa saja yang pandai ambil kesempatan tidak kira semasa beliau dalam kesusahan ataupun beliau berada dikemuncak kekuasaan ini. Barang kali inilah dikatakan Dewa hidup. - MSO Melayu

* Parti orang pencen, maaf lepas ini zaid lebih sibuk menghadiri majlis doa tahlil berbanding mesyuarat parti KITA...

15 December 2010

Balasan makan duit haram

IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.

Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.

Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah.

* Hakim sivil buli hakim syariah?

Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

Kedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan. - Malaysiakini

AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden

Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh dalam muktamar parti itu pagi ini.
Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Pelantikan Zaid itu juga dibuat melalui kelulusan satu usul dalam mesyuarat hari ini untuk menggantikan nama jawatan presiden kepada ketua parti.

Dalam ucapan penangguhannya di muktamar berkenaan hari ini, Zaid juga berkata parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Mengulas perubahan stuktur dalam KITA, Zaid berkata parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi, seorang ketua parti yang dipegang olehnya serta satu jawatankuasa eksekutif pusat.

Selain Zaid, tiga lagi pemimpin KITA dipilih dalam mesyuarat hari ini iaitu Rashid Azad Khan sebagai bendahari pusat serta dua anggota jawatankuasa eksekutif pusat iaitu Muhammad Firdaus Abdullah dan Abdul Malek Shamsuddin.

Jawatan lain dalam parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Lambang dan matlamat parti itu juga akan didedahkan pada tarikh berkenaan, katanya lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Tak perlu ahli ramai

Tambahnya KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.

Zaid juga berkata, beliau menyedari bahawa AKIM merupakan sebuah parti yang kecil dan parti itu juga baru ditubuhkan semenjak tahun 1994.

"Tapi sebab kita baru, kita lebih mampu untuk buat perubahan. Parti lain yang sudah lama sukar berubah sebab kepentingan dan yang jawatan penting yang perlu dijaga," katanya lagi.

Dalam sidang media selepas itu, Zaid berkata beliau memilih untuk menyertai AKIM kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat.

"Saya pilih AKIM dan AKIM pilih saya... Ini lebih cepat daripada buat parti baru dan kalau (pendaftaran) diluluskan terlalu cepat seperti Makkal Sakhti orang tak (berkeyakinan)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga tidak mahu "mencuri sesiapa" daripada PKR, namun parti itu terbuka dalam menerima anggota yang ingin menyertainya.

"Kita tidak perlu ahli yang ramai. Yang kita perlu adalah aktivis-aktivis yang rajin bekerja dengan saya," katanya lagi.

* Terdesak sangatkah Zaid, parti tak bergigi diambilnya...

12 December 2010

‘Taubatlah Azmin’

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.

Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

- UMMI HAFILDA ALI

Adik Azmin Ali. - Utusan

* Tanda-tanda kedatangan pilihanraya besar ialah munculnya spesis manusia yang pelik-pelik dan mendakwa yang pelik-pelik hasil ciptaan UmnoBN...

10 December 2010

(Video) Lagu Kentut

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Harakahdaily

* Apa masalah Pakatan Rakyat ni. Susah sangatkah hendak wujudkan dana dan beri 'sumbangan' kepada blogger pakatan rakyat? Kalau ini pun tidak dapat dibuat, tak usah mimpi hendak tawan Putrajaya...

(Video) Ditembak 4 kali dan tidak tahu mengapa...



* Sudah melampau, rakyat boleh lakukan sesuatu, rakyat tanpa mengira kaum boleh ubah parti yang memerintah dengan undian...

Protes naik harga, tiga siswa ditahan

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu. Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Diarahkan bersurai

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.


Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditangkap di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Jaminan polis

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada jam 6.15 petang tadi, peguam ketiga-tiga mahasiswa yang ditangkap itu, Puspawati Rosman memberitahu Malaysiakini, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis setelah disoal-siasat hampir empat jam.

“Mereka diminta melaporkan diri semula ke IPD Putrajaya pada 23 Disember ini,” katanya.

Puspawati berkata setakat ini belum ada dakwaan khusus dikenakan ke atas ketiga-tiga anak guamannya.

Selain Puspawati, ketiga-tiga mahasiswa itu juga diwakili oleh seorang lagi peguam mereka, Haijan Omar. - Malaysiakini

PAS dakwa surau Al Falah cuba diroboh kerana politik

PAS Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak kerajaan hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kerana unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh Umno dan dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut, lapor Harakahdaily.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul berikutan rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal menguasai surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

Sehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan BN untuk berhadapan dengan kemarahan daripada rakyat khususnya pada pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.

"Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat," katanya.

Sementara itu Pemuda PAS Lembah Pantai mendakwa ada pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Ketuanya, Nasaie Ismail, berkata, apabila pihak surau menghantar memorundum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, mereka telah diminta hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai dengan alasan parti itu akan menjemput wakil DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dan pihak pemaju bagi berunding bersama.

"PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan JAWI ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," kata Nasaie.

Selain itu, beliau turut membidas dakwaan yang menuduh surau Al Falah sebagai surau PAS semata-mata hanya kerana ramai penyokong parti itu bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya. Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," kata beliau.

Isu surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu untuk tujuan pembangunan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kira-kira 80 ahli kariah surau itu yang bimbang tempat solat mereka akan dirobohkan telah bermalam di situ dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Raja Nong Chik supaya surau mereka tidak dirobohkan. - Malaysiakini

Barang naik: Siswa berbaju hitam di masjid Putrajaya

Tidak kurang 200 mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang akan mengadakan perhimpunan aman di Masjid Putrajaya bagi membantah kenaikan harga bahan api dan gula selepas solat Jumaat hari ini.

Jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Ahmad Syukri Kamarudin berkata semua mahasiswa diminta untuk berpakaian hitam sebagai tema bantahan mereka terhadap kenaikan 4 dalam 1, minggu lalu.

Katanya antara mahasiswa yang akan terbabit dengan bantahan hari ini adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Menurut Ahmad Syukri, selain berhimpun, beberapa pemimpin pelajar akan menyampaikan ucapan sebelum mereka berarak untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kemudian empat orang pelajar akan bertemu dengan wakil perdana menteri untuk menyerahkan memorandum itu. Wakil perdana menteri sedia menerimanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mahasiswa berbaju hitam itu juga akan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan berhubung kenaikan bahan api dan makanan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini. - Malaysiakini

Anwar dedah ahli Umno dapat pojek RM2 bilion

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya. - Malaysiakini

Nazri bela Namewee

"I have to save this young man because as you know the Malay mainstream media, the Malay bloggers and part of the Malay community are very upset that I made a statement in Parliament that action will be taken against the two principals and they argued why no action is not taken against Namewee .

"I have been blamed to be not fair because Namewee has also done something in offending the feelings of others but as a man of law, I have looked at all the cases and I agree with the A-G's Chambers that Namewee has not committed any offence which we can charge him under Malaysian laws,” said Nazri in a press conference in his office today.

lagi berita...

Amaran kepada perasuah

PUTRAJAYA 9 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran martabat dan jawatan seseorang bukan jaminan mereka tidak akan diambil tindakan jika melakukan rasuah.

Tegas Perdana Menteri, ia merupakan satu kesedaran yang harus diterima sekali gus membuktikan semua individu di negara ini hanyalah rakyat biasa yang tertakluk kepada undang-undang.

“Ada pihak cuba melemparkan gosip-gosip liar dan mempolitikkan isu rasuah, namun tindakan yang telah kita ambil selama ini membuktikan kita tidak memilih bulu.

“Bagi pihak kerajaan, saya sendiri tidak pernah campur tangan dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak timbul soal cover-up (melindungi) sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Ikrar Memerangi Rasuah oleh Masyarakat Peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam aspek ini, Najib berkata, kerajaan mempunyai keyakinan penuh kepada SPRM sebagai agensi bagi menangani gejala rasuah.

Kerajaan, kata beliau, memutuskan untuk mewujudkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah bagi memantau dan menasihati SPRM.

“SPRM bertanggungjawab kepada kelima-lima Jawatankuasa ini serta perlu mengemukakan Laporan Tahunan kepada Parlimen, ini bagi memastikan operasi SPRM bebas, telus dan profesional.

“Jadi, saya harap mereka (yang lemparkan gosip liar) tidak teruskan perilaku ini sebaliknya mereka perlu konstruktif membantu SPRM dan bukannya lemparkan tohmahan seperti itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yang diketuainya amat komited mahu memerangi rasuah.

“Menurut laporan ‘Doing Business 2011 oleh Bank Dunia’, Malaysia adalah negara ke-21 paling mudah untuk berurus niaga di peringkat global, kita telah naik dari kedudukan ke-23 dalam laporan 2010.

“Bagi World Competitiveness Scoreboard 2010, kita adalah negara ke-10 paling berdaya saing di dunia, kedudukan ini meningkat dari tangga ke-18 pada tahun sebelumnya.

“Kerajaan berharap pada tahun hadapan, negara kita akan menjadi antara lima negara yang paling berdaya saing,” katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun tatacara jenayah rasuah mengalami perubahan akibat perjalanan masa, kesan akhirnya masih tetap sama.

Kata beliau: “Ia adalah kanser yang berkeupayaan memusnahkan masyarakat, meranapkan negara dan meruntuhkan tamadun jika tidak ditangani secara serius.” - utusan

09 December 2010

Ucapan MB Selangor dicemuh dalam majlis bersama TPM

Ucapan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada satu majlis bersama timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin.

Ucapan berkenaan disampaikan exco pertanian Yaakob Sapari di majlis persidangan agung perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi ini.

Sebilangan daripada lebih 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang berkenaan diperhatikan memekik "sudahlah" dan "ini bukan mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Muhyiddin dalam ucapannya selepas itu berkata, negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju.

"Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa.

"Kalau hendak serahkan (peruntukan) kepada menteri besar tak tahu bagaimana caranya.

"Yang penting faedahnya bukan kepada MB tetapi kepada anak-anak buah," kata Muhyiddin lagi, disamput tepukan.

Muhyiddin juga berkata permintaan daripada yang dipertua kesatuan penghulu itu Mohd Zahidi Husain supaya elaun luar penghulu dinaikkan akan dipertimbangkan.

“Saya tengok permintaan itu ada asasnya. Kalau tak cukup naik RM50 sebelum ini mungkin kita boleh tambah sikit lagi,” katanya. - Malaysiakini

* Ini juga bukan zoo, di mana monyet boleh memekik sesuka dia...

Gesaan tamatkan kahwin bawah umur ditolak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan agar perkahwinan kanak-kanak diharamkan meskipun ramai yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun baru-baru.

Siti Maryam Mahmod dilaporkan bernikah dengan seorang guru berusia 23 tahun, Abdul Manan Othman minggu lalu dalam perkahwinan berama-ramai di sebuah masjid utama setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah Syariah.

Masyarakat Islam di bawah umur 16 tahun dibenarkan berkahwin jika mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil di negara ini.

Menurut Nazri, kerajaan tiada rancangan untuk meminda undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.

"Jika agama membenarkannya, kita tidak boleh meminda undang-undang bagi menentangnya,” kata Nazri pada sidang akhbar di lobi parlimen.

"Islam membenarkan asalkan gadis itu telah akil baligh dan telah mempunyai haid,” katanya.

Perkahwinan Siti Maryam itu dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri, Wanita, Keluarga, Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.

Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan antara 16,000 gadis Malaysia di bawah umur 15 tahun sudah berkahwin.

- AFP

* Yang patut dilarang adalah pergaulan bebas yang mendorong kepada perzinaan. Bagus Nazri...

Majikan cemburu punca dibunuh

PASIR MAS – Polis percaya perasaan cemburu majikan terhadap pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum mangsa dibunuh di rumahnya di Kampung Lubok Tapah di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mangsa, Yeap Seok Pen, 60, dipercayai mengesyaki pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Faridah, 21, mempunyai hubungan sulit dengan suaminya yang berusia 64 tahun.

“Walaupun suspek sebelum ini dilihat malas bekerja, tetapi suami mangsa tetap memberi layanan baik dan mangsa cemburu dengan sikap suaminya itu,” katanya di sini semalam.Kosmo! semalam melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang juga menghidap Parkinson dipercayai telah bertengkar mulut dengan pembantu rumahnya itu.

Tambahnya, suspek yang dipercayai tidak tahan dengan sikap mangsa lalu mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa bertubi-tubi di muka. - Kosmo

Isu APCO: Karpal dakwa Speaker Dewan Rakyat mahu Anwar dihukum

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempunyai agendai peribadi untuk memastikan hukuman tergesa-gesa menggantung dari Parlimen, yang disebut-sebut, dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Bukit Gelugor ini (gambar) memberitahu pemberita bahawa Speaker tidak sepatutnya mempengerusikan sesi huru-hara pagi tadi ekoran keputusan Pandikar menolak usul Pakatan Rakyat agar membahaskan isu tersebut memandangkan wujud elemen “konflik kepentingan”.

Pandikar, menurut Karpal, seharunsya telah mengecualikan diri beliau daripada mempengerusikan sidang Dewan Rakyat memandangkan beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, yang minggu lalu memutuskan untuk tidak membenarkan Anwar daripada memberikan keterangan berhubung isu APCO-Israel.

“Apa yang mengejutkan saya hari ini Speaker, yang juga pengerusi jawatankuasa (Hak dan Kebebasan), memutuskan untuk menolak usul yang dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Ahli Parlimen Gombak (Azmin Ali).

“Yang ini sudah pasti satu konflik kepentingan, tidak keraguan mengenai perkara ini,” kata beliau.

Kata Karpal, hanya Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang seharusnya mengetuai prosiding pagi ini yang berubah menjadi kelam-kabut memandangkan beliau bukan anggota jawatankuasa itu.

Malah kata beliau, tidak wajar juga bagi seorang lagi Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mempengerusikan sidang Dewan Rakyat ketika sesi itu.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan jelas memperkudakan hak Anwar,” kata Karpal.

Ahli-ahli Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat ekoran pertikaian lisan apabila wakil rakyat-wakil rakyat pembangkang membantah keputusan Pandikar menolak usul dibawa Azmin.

Usul yang dibentangkan oleh Azmin kelmarin ditolak oleh Pandikar di kamarnya pagi ini dengan alasan bahawa maklumat yang dibawa ke mesyuarat jawatankuasa tidak seharusnya didedahkan sebelum laporan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk perbahasan.

Azmin mendakwa Speaker yang sepatutnya bertindak berkecuali selaku pengerusi Dewan Rakyat telah dibeli oleh Umno dan BN.

Beliau mempersoalkan mengapa jawatankuasa memutuskan untuk tidak mendengar keterangan Anwar dan mendakwa tindakan itu bertentangan dengan prinsip keadilan.

“Ini pencabulan keadilan kerana Ketua Pembangkang dinafikan hak untuk mempertahankan dirinya. Alasan anda untuk menolak usul ialah butiran siasatan oleh jawatankuasa tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana anggota sebelum syor-syornya dibawa ke Dewan.

“Hujah saya ialah prosiding belum pun bermula dan Ahli Parlimen Permatang Pauh (Anwar) tidak dibenarkan tampil ke depan (untuk memberi keterangan),” katanya.

Pandikar menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat yang digunakan oleh Azmin untuk membawa usul itu tidak sesuai dan menambah bahawa jawatankuasa itu belum membentangkan laporannya kepada Dewan untuk perbahasan.

Azmin mencelah dengan berhujah bahawa tujuan usul itu bukannya mempersoalkan syor jawatankuasa tersebut tetapi mengapa gagal mematuhi prosedur yang sepatutnya membenarkan Anwar membela diri.

Malah Timbalan Presiden PKR itu juga merujuk kepada kenyataan Pandikar pada 22 April lalu bahawa beliau memberi jaminan Anwar akan dibenar memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu.

Apabila Pandikar bertegas dengan keputusannya menolak usul Azmin barisan wakil rakyat bangun untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Justeru, Pandikar memberi amaran bahawa mereka yang berdiri akan dianggap sebagai mengganggu Dewan Rakyat.

Katanya, berdasarkan laporan media mengenai isu itu, Karpal dan R. Sivarasa (PKR-Subang), kedua-duanya anggota jawatankuasa itu, dipetik sebagai berkata mereka tidak mengundi berhubung jawatankuasa tersebut.

“Mereka mengatakan bahawa mereka bertindak keluar daripada mesyuarat jawatankuasa. Mereka sendiri tidak mengundi,” katanya.

Kata Pandikar, Peraturan Mesyuarat 83(11) membolehkan jawatankuasa menolak keterangan mana-mana personaliti.

“Dalam mana-mana kes, keputusan bukan dibuat oleh saya seorang sebagai pengerusi jawatankuasa tetapi oleh keseluruhan jawatankuasa, dengan persetujuan majoriti,” katanya lagi.

Ketika ini Karpal menggesa Spekaer daripada membuat sebarang keputusan di Dewan dan menyerahkan kepada timbalannya.

“Terima kasih, YB. Tetapi saya tidak fikir ini konflik kepentingan. Saya tidak memihak mana-mana pihak di sini,” katanya.

Chua Tian Chang (PKR-Batu) juga bangun dengan membawa usul tergempar mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3b) yang memerlukan 15 Ahli Parlimen bangun dan menyatakan sokongan bagi mengatasi keputusan Speaker.

“YB, Peraturan Mesyuarat 18(3B) tidak relevan,” kata Pandikar.

Keadaan yang tegang itu menyebabkan Pandikar mengarahkan beberapa wakil rakyat yang ingkar agar meninggalkan Dewan dan kembali selepas 2.30 petang.

“Sila keluar, Padang Serai (PKR-N. Gobalakrishnan), Balik Pulau (PKR-Yusmadi Yusoff) dan Indera Mahkota (PKR-Azan ismail). Siapa lagi yang berdiri? Anda boleh keluar,” katanya lagi.

Ekoran keputusan itu, wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Rakyat dalam keadaan protes.

Pada 22 April lepas, ekoran usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar berhubung dakwaan

beliau kononnya konsep 1 Malaysia diilhamkan oleh APCO Worldwide.

APCO Worldwide yang menafikan dakwaan itu dilaporkan berkata kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas konsep 1 Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen One Israel adalah palsu.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Pandikar itu dianggotai Kiandee selain Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa dan Karpal. - TheMalaysianInsider

08 December 2010

Banglo di hujung jalan mati bawa nasib malang


SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo

* Apa kata majlis fatwa?

Khir Toyo serah surat peletakan jawatan

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang pada jam 11.20 pagi tadi.

Surat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. - Malaysiakini

* Selamat tinggal Khir...