01 November 2010

Tun Mahathir yakin BN menang di Galas, Batu Sapi

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi berikutan masalah dalaman yang dihadapi pembangkang, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir BN mempunyai peluang cerah kerana prestasi pembangkang tidak berapa baik sangat. Kini mereka berkelahi sesama sendiri dan sebagainya. Jika mereka menang dan menjadi kerajaan, ia akan menjadi bencana kepada negara,” katanya kepada pemberita di Persidangan Sedunia mengenai Riba di sini hari ini.

Ditanya tentang kritikan terhadap calon Pas di Galas, Dr. Zulkefli Mohamed yang dikatakan tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat kerana gemuk, Dr. Mahathir berkata keadaan fizikal bukan perkaranya. - Bernama

* Negara sedang dalam bencana di bawah UmnoBN dan rakyat tidak sabar-sabar mahu keluar dari bencana itu...

No comments:

Post a Comment