21 October 2010

Universiti Islam tidak perlu kejar ranking

KUALA LUMPUR - Universiti di negara Islam disaran supaya tidak terlalu mengejar kedudukan ranking sebaliknya perlu lebih memfokus kepada matlamat sebenar penubuhan sesebuah universiti itu.

"Kalau misalnya Universiti Al-Azhar terlibat dengan ranking, ia akan lebih kepada ukuran yang dibuat antara lain seperti soal pensyarah asing, pelajar asing, keupayaan pelajarnya diambil bekerja dan sebagainya.

"Maka dengan sendirinya kewujudan universiti ini tidak dapat memenuhi kehendak pembangunan negara itu (Mesir) ataupun Al-Azhar sendiri tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan agama Islam,” katanya kepada pemberita.

Mohamed Khaled berkata, kedudukan ranking adalah bertujuan komersial dan pemasaran semata-mata.

"Negara Islam memerlukan satu kerangka kualiti dan meletakkan perkara asas terlebih dahulu sebelum meletakkan sesebuah universiti itu dalam sistem ranking.

"Oleh sebab itu, Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan negara Islam lain yang bersetuju supaya ditubuhkan persatuan agensi-agensi kelayakan semua negara Islam dengan Malaysia menjadi pengerusinya,” katanya. - Bernama

* Cerminlah diri dulu Malaysia. Masuk dan lihat Universiti Malaya dan perbaiki diri sendiri sebelum ada hati untuk menjadi pengerusi.

No comments:

Post a Comment