28 October 2010

Tindakan pembangkang jejas pelabur asing

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kencenderungan pemimpin pembangkang menjaja keburukan kerajaan kepada pihak luar nyata memberikan imej negatif mengenai Malaysia di mata pelabur asing, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, kesan daripada aktiviti itu menyebabkan pelabur asing keliru dengan situasi semasa negara sekaligus mematikan hasrat mereka untuk membuat pelaburan di negara ini.

"Sebagai contoh yang dilakukan pihak tersebut seperti mengatakan sistem kehakiman negara ini tidak adil, ataupun pihak polis kita makan rasuah, negara ini negara Taliban yang disebabkan oleh isu kalimah Allah, memang ia beri kesan pada persepsi pelabur asing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) sama ada perbuatan pembangkang memburukkan imej negara telah menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini.

Mukhriz berkata, kerajaan bekerja keras dalam menarik pelabur asing supaya melabur di negara ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. - Bernama

* Index rasuah Malaysia tinggi bukan dikeluarkan oleh pembangkang...

No comments:

Post a Comment