28 October 2010

Penjaga kunciGunung Merapi turut maut

YOGYAKARTA 27 Okt. - Letusan Gunung Merapi di Sleman, dekat sini meragut 29 nyawa termasuk penjaga kunci gunung berapi itu Mbah Madrijan .

Madrijan ditemui meninggal dunia dalam keadaan sujud menghadap kiblat di dalam bilik di rumahnya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari gunung berkenaan.

Madrijan, 83, sebelum ini berkeras tidak mahu meninggalkan gunung berkenaan walaupun pihak berkuasa mengarahkan penduduk sekitar 10 kilometer (km) berpindah.

Dalam kejadian yang sama tahun 2006, Madrijan juga terus berada di rumahnya dan terselamat menyebabkan dia menjadi ikon kepada penduduk Indonesia kerana keberaniannya dan diambil berlakon dalam iklan minuman pemberi tenaga

Seorang wartawan tempatan, Yuniawan Nugroho turut terbunuh ketika dikatakan pergi ke rumah Madrijan bagi memujuknya turun.

Kebanyakan mangsa yang terkorban yang tinggal sekitar rumah lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kerohanian dengan gunung berkenaan.

Mayat Maridjan disahkan identitinya berdasarkan bentuk ibu jari tangannya yang bengkok, pakaian dan ujian DNA.

Kira-kira pukul 5 petang semalam, Gunung Merapi meletuskan debu panas setinggi 1,500 meter dan tersebar sehingga Ciamis yang terletak kira-kira 300 km dari Gunung Merapi.

Dalam pada itu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia memindahkan 44 orang pelajar Malaysia dari pesantren Sirojul Mukhlasin yang berada 15 kilometer dari kaki Gunung Merapi di Magelang dekat sini ke Solo tengah malam tadi.

Mereka terdiri 34 orang pelajar Malaysia serta tiga orang isteri dan dua orang bayi. Turut dipindahkan ialah dua pelajar warganegara Singapura.

Operasi itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar dengan dibantu Pasukan Bantuan Sukarela Malaysia yang dianggotai para pelajar Universiti 11 Maret di Solo. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment