28 October 2010

21 kompaun iklan haram

AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa berusaha membanteras pemasangan kain rentang secara haram serta iklan haram yang ada dalam kawasan pentadbiran mereka.

Sebanyak 271 kompaun dikeluarkan ke atas pesalah sejak Januari sehingga Ogos lalu.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob berkata, pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan bagi memastikan tidak ada individu yang berani memasang kain rentang tanpa kebenaran.

“Kami membuat pemantauan dan jika didapati ada yang melanggar peraturan kompaun RM1,000 dikenakan. Bagi pesalah yang mempunyai kompaun melebihi tiga, lesen perniagaan mereka akan dibatalkan serta merta,” katanya. - Mymetro

No comments:

Post a Comment