LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 March 2010

Zambry dedah ditawar jadi MB jika sertai PKR

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini. - Utusan

* Kalau ditawarkan menjadi Raja Lawak ramailah yang akan percaya...

Din Beramboi kini stabil

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

"Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma ”ditidurkan” oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Nil Aina berkata pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Katanya pihak hospital juga masih menjalankan rawatan susulan termasuk bagi mengesan sama ada pelawak itu yang dijangka dipindahkan ke wad biasa esok, mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.

Mengulas lanjut, Nil Aina berkata bapanya menunjukkan kurang tanda sihat pada hujung minggu lepas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta yang kemudian merujuknya ke Hospital Selayang pada Isnin lepas.

"Saya dan mummy turut demam sejak minggu lepas dan kemungkinan papa berjangkit dengan kami tetapi demam saya dengan mummy tidak seteruk mana.

"Memandangkan demam papa tak kebah, papa buat pemeriksaan ke klinik swasta di Rawang sebelum beliau dirujuk ke sini (Hospital Selayang),” katanya.

Selain menjadi pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi, 44, juga adalah seorang kartunis dan pernah bergiat dalam bidang nyanyian.

Turut kelihatan melawat Din Beramboi di hospital hari ini ialah penyampai radio swasta terkenal, Linda Onn dan Halim Othman. - Bernama

* Syukurlah...

Din Beramboi Disyaki Denggi Berdarah

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri kini dilaporkan dirawat kerana disyaki dijangkiti virus denggi berdarah dan menolak dakwaan kononnya dia diracun.

Sementara itu, anak perempuannya, Nil Aina Adibah Mior, 18, memberitahu keadaan bapanya kini lebih stabil dan masih direhatkan untuk rawatan perubatan.

"Hari ini ayah lebih stabil daripada semalam. Tekanan darah setakat ini lebih baik dari semalam dan dia juga kini sudah boleh menerima darah baru. Bagaimanapun ayah masih lagi direhatkan dan doktor pakar masih lagi merawatnya.

"Doktor memberitahu ayah disyaki denggi berdarah dan terdapat infection virus kencing tikus. Tapi doktor masih lagi membuat rawatan," jelasnya mengulas perkembangan kesihatan Din.

Menurut Nil, Din dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

"Minggu lepas saya dan Ibu mengalami demam kemudian ayah pula, tetapi demam ayah teruk sehingga dia sendiri ke hospital swasta berhampiran. Namun selepas diperiksa, doktor hospital berkenaan menasihatkan ayah agar mendapat rawatan di sini.

"Selepas sampai di Hospital Selayang, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk diperiksa. Buat masa ini doktor mengesyaki ayah demam denggi," ujar anak pertama kepada pelawak dan DJ ini.

Dalam pada itu, Abang kepada Din, Shariffudin, memberitahu dia terkejut dengan kenyataan di media mengatakan Din diracun dan memerlukan bekalan darah.

"Saya terkejut dengan berita yang perlbagai versi, Saya yang masukkan Din ke sini pun tidak tahu yang dia terkena racun di Zoo. Itu mungkin khabar angin. Dia dimasukkan ke hospital kerana denggi berdarah.

"Saya juga terkejut semalam ramai yang datang untuk menderma darah. Doktor hanya memberitahu jika mahu menderma pergi ke unit lain tapi baru saya tahu ada khabar angin yang mengatakan Din memerlukan darah. Itu semua tidak betul.

"Saya harap orang di luar sana tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi, Din sekarang beransur baik dan dia sedang melalui proses rawatan. Saya harap peminat mendoakan yang terbaik kepadanya," jelasnya.

Selain itu, beberapa selebriti SuriaFM seperti Linda Onn, Halim othman, Zizi dan rakan-rakan Din yang lain turut hadir menziarahinya. - Mstar

Kes pembunuhan Syafiah dipindah ke Mahkamah Tinggi

KUALA KUBU BAHARU 31 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pemandu teksi yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun pada Februari lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Zuraida Zakaria kemudian menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan semasa mengemukakan permohonan itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesemua laporan kimia dan bedah siasat telah siap sepenuhnya.

Mohd. Fazli Azri Jamil, 28, didakwa membunuh Syafiah Humairah Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama Batang Kali, Selangor, pada 6.30 petang, 25 Februari lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam P. Kumar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori. - Bernama

DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh

IPOH: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.

Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak.

Mohammad Nizar adalah wakil rakyat Pas bagi Pasir Panjang, manakala Ngeh (DAP-Setiawan) yang juga Pengerusi DAP Perak. - Bharian

* Busuk sungguh hati wakil rakyat BN itu.

Pelajar pintar mahu segera nikah


HALIMATON dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka di Ibu Pejabat Daerah Langkawi, semalam.

Halimaton yang dilaporkan hilang berada di rumah keluarga teman lelaki

LANGKAWI: Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini

Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

Halimaton juga menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, mengenai dirinya, selain menyifatkan ia sebagai fitnah.

“Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani jam 9 pagi Isnin lalu dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Langkawi dan dijemput adik Mohamad Noor pada jam 11.30 pagi di jeti Kuah.

“Saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). Jadi dakwaan dibuat kakak dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah fitnah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Halimaton yang tidak bersekolah sejak seminggu lalu berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang, di sini, manakala Mohamad Noor juga berbuat demikian bagi mempertahankan diri.
“Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi, katanya.

Halimaton turut mempersoalkan tindakan Hamiza yang beria-ria membuat kenyataan tidak mengenali Mohamad Noor sedangkan mereka mengenalinya sejak empat tahun lalu.

“Sebelum ini mereka ada hubungan sebagai adik dan kakak angkat. Kalau cakap tidak kenal itu satu penipuan kerana empat tahun kakak saya bekerja di Langkawi dan mereka memang kenal antara satu sama lain.

“Apa jadi pun saya mahu kahwin dengan Mohamad Noor. Malah, keluarga Mohamad Noor menerima saya dengan elok, cuma keluarga saya menentang hasrat kami untuk berkahwin,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Noor yang bekerja sebagai penyelia restoran berkata, beliau kecewa kerana kakak dan ibu Halimaton menuduhnya menculik dan melarikan gadis itu.

“Saya tidak pernah pergi Kelantan dan saya belum kahwin dengan Halimaton. Malah, ibu saya, Azizah Senapi dan bapa tiri, Abd Razak Md Hashim setiap hari cuba menghubungi keluarga Halimaton di Baling untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik, katanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan yang dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan itu.

Sementara itu, Normah yang dihubungi Berita Harian berkata, Halimaton ada menghantar SMS kepadanya tengah hari semalam memaklumkan dia berada di Langkawi bersama keluarga Mohamad Noor.

“Dia pesan supaya saya menonton berita televisyen dan membeli akhbar esok (hari ini) untuk mengetahui cerita sebenar, katanya. - Bharian

* Tak cukup pintar...

Ganesan Bohong Terima Tujuh Soalan Sahaja Daripada PR

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh soalan daripada 216 soalan yang dihantar.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata ADUN Pakatan telah menghantar soalan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

"Kita telah menghantar soalan bertulis kepada Setiausaha Dewan, kita juga telah mengikut arahan surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan yang mengarahkan semua soalan perlu dihantar sebelum 15 Mac.

"Kita mengikut apa yang diarahkan oleh surat tersebut, tetapi kenyataan Speaker haram itu mengatakan beliau hanya menerima tujuh soalan dari ADUN Pakatan. Ini satu pembohongan sedangkan kita telah menghantar semua soalan, kalau tujuh orang sahaja kami nak tahu siapa mereka dan apa soalan tersebut.

"Disini timbul persoalan, Speaker sepatutnya tidak menerima soalan, yang terima adalah Setiausaha Dewan tetapi kenyataan yang diberikan oleh Speaker haram itu nampak sangat menipu dan ada unsur tertentu yang tidak mahu soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan dijawab di dalam Dewan," kata Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dalam sidang media semalam selepas sidang ditangguhkan.

Nizar juga menjelaskan soalan yang dikemukakan itu menjurus kepada kepentingan rakyat Perak dan fakta-fakta yang diperlukan.

"Soalan kita semua untuk kebajikan rakyat dan ada juga soalan yang kita perlukan fakta jadi tindakan menafikan soalan itu tidak tepat dengan etika Dewan," tegas Nizar. - SK

Shahidan cadang permudah urusan kahwin elak buang bayi

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan pihak berkuasa agama setiap negeri mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan.

Jelas Shahidan, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit, sekali gus menyebabkan berlakunya tekanan sehingga sanggup membuang bayi.

“Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui.

“Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan.

“Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Semalam mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut pada pukat di Sungai Pasir dekat Kampung Panching dekat Kuantan.

Bercakap kepada pemberita di Sungai Pertani semalam Shahidan memberitahu, apabila hubungan menjadi sah, maka tiada lagi tekanan perasaan untuk membuang bayi.

Shahidan mengulas mengenai kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes buang bayi sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, syarat-syarat berkahwin di negara ini didapati sungguh membebankan kerana berbeza di setiap negeri.

“Sepatutnya, jika ikut peruntukan agama, perkahwinan harus dipermudahkan. Namun, di Malaysia kita ada 13 undang-undang untuk berkahwin, setiap negeri mempunyai peruntukan berlainan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pihak berkuasa agama juga sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi berkaitan urusan berkahwin.

“Sepatutnya, undang-undang mengenai perkara ini juga diselaraskan di seluruh negara supaya ia mengamalkan standard yang sama dan memudahkan urusan perkahwinan,” jelasnya. - TheMalaysianInsider

* Bukan main Shahidan...

DUN Perak kecoh, Pakatan keluar dewan

Dewan undangan negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku peraturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pada sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

Semua 28 wakil pembangkang kemudiannya bertindak keluar Dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi ini. - Malaysiakini

* Dewan undangan negeri Perak sudah jadi dewan sarkis...

TPM dicabar letak jawatan jika tak jiwai 1Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta meletakkan jawatannya jika gagal “mengakui bahawa dia adalah pertama rakyat Malaysia dan keduanya baru seorang Melayu.”

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, perkara itu selaras dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Lim mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin di lobi parlimen pagi ini yang menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Semasa sidang Dewan Rakyat semalam, Muhyiddin membidas Lim yang didakwanya tidak menyokong insiatif 1Malaysia.

Menurut Lim, dia bukannya mempersoalkan hak keistimewaan Melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum rakyat Malaysia.

Muhyiddin, dalam ucapan penggulungan kementeriannya berkata Lim cuba mengeruhkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MP Ipo
h Timur itu baru-baru mencabar Muhyiddin untuk berikrar jika beliau menyokong insiatif 1Malaysia yang dipelopori oleh Najib yang memperjuangkan perpaduan nasional, toleransi etnik dan kecekapan kerajaan.

Menurut Lim, beliau sangsi dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Muhyiddin kerana beberapa kenyataan dan tindakannya dilihat bercanggah dengan slogan itu.

"Ipoh Timur telah mempersoalkan komitmen saya berhubung konsep 1Malaysia. Untuk mmakluman Ipoh Timur, 1Malaysia dibentuk oleh Perdana Menteri - idea yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan antara kaum untuk dijadikan asas kekuatan negara ini,” kata Muhyiddin di Dewan Rakyat semalam. - Malaysiakini

Ulasan pengetua hantui 22 bekas pelajar

YAN: Ibu bapa kepada 22 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, kesal dengan tindakan pengetua sekolah itu yang dianggap keterlaluan dan menganiaya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu apabila memberi ulasan kurang memuaskan serta tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah mereka.

Ayah pelajar, Rasli Mohd Zain, 55, berkata dia kesal dengan pengetua berkenaan kerana membantutkan hasrat anaknya untuk memasuki institusi pengajian tinggi disebabkan ulasan tidak munasabah. “Pengetua wanita itu memberi ulasan kelakuan pelajar kurang memuaskan dan masalah disiplin.

Ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar selain berisiko tidak dapat tempat di institut pengajian tinggi awam atau swasta. “Anak saya, Ahmad Ikram, 18, memberitahu dia nakal di sekolah, namun tidak sampai ke tahap masalah disiplin yang teruk sehingga pengetua berkenaan tergamak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rasli berkata, anaknya pernah mewakili Kedah dalam bola tampar selain mengharumkan nama sekolah sepanjang lima tahun belajar di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Ikram berkata, dia mahu meneruskan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di Politeknik, namun bimbang tidak diterima berikutan masalah itu.

“Saya bukan budak jahat, tetapi saya akui saya tak sempurna. Jika saya ada masalah sebelum ini saya patut dikenakan tindakan bukannya cara seperti ini yang boleh menjejaskan masa depan saya,” katanya.

“Apabila saya dapat sijil ini, saya rasa bagaikan gelap masa depan, kerana tidak menyangka mendapat ulasan seperti itu,” katanya. Hamidah Abu Bakar, 40, ibu kepada Mohd Khairul Zarif Zulkhurnai, 18, turut melahirkan kekesalan dengan tindakan pengetua sekolah itu yang seolah-olah menjadikan pelajar sebagai mangsa atas sebab yang tidak diketahui.

“Jika anak nakal itu biasa, mereka dalam proses pembesaran. Nakal pun tidaklah sampai menimbulkan kekacauan kepada orang luar dan pelajar lain, hanya bising dan ponteng saja.

“Saya sendiri pernah dipanggil pengetua dan guru disiplin untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak sangka pengetua menyimpan dendam terhadap anak saya sehingga tergamak memberikan ulasan pelajar bermasalah disiplin,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Ahmad Fisal Mat Tahir, tidak pernah terjadi dalam sejarah pengetua sanggup menganiaya pelajar sebegitu. Sepatutnya sijil berhenti sekolah ditulis dan diberi ulasan guru kelas bukannya pengetua,” katanya.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai masalah itu minggu lalu dan sudah mengarahkan tindakan segera diambil. - Mymetro

Astro catat untung bersih RM233 juta

KUALA LUMPUR - Astro All Asia Networks Plc. (Astro) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM233 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010 berbanding kerugian bersih sebanyak RM529 juta pada tahun kewangan lalu.

Kerugian yang dialami pada tahun 2009 itu disebabkan penamatan perkhidmatan televisyen berbayar di Indonesia.

Pengerusinya, Datuk Badri Masri (gambar) berkata, syarikat juga mencatat peningkatan perolehan kumpulannya sebanyak 10 peratus kepada RM3.3 bilion berbanding RM2.97 bilion tahun sebelumnya.

"Ini didorong oleh peningkatan permintaan daripada segmen perniagaan televisyen berbayar dan ia kini menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan kumpulan,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut beliau, pendapatan sebelum cukai, faedah, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) Astro pula meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM831 juta berbanding RM671 juta tahun sebelumnya.

Astro mencatatkan penambahan sebanyak 284,000 pelanggan baru dalam segmen perniagaan televisyen berbayar sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan ketika ini kepada 2.93 juta orang.

Jumlah pelanggan tersebut mewakili sebanyak 49 peratus kadar penembusan perkhidmatan televisyen satelit ke rumah kediaman di Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro TV mencapai EBITDA sebanyak RM846 juta iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.

"Maklum balas berhubung perkhidmatan definisi tinggi (HD) mula meningkat dan kami bercadang untuk memperkenalkan tawaran baru seperti rakaman digital video, video atas permintaan (VOD) dan sambungan internet protokol (IP),'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai hala tuju syarikat, beliau berkata, tahun ini akan menjadi tahun kemuncak bagi peminat sukan memandangkan Astro akan menyiarkan 64 perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung dalam siaran definisi standard dan HD serta perlawanan Piala Thomas dan Uber, Sukan Komanwel di New Delhi serta Sukan Asia di Guangzhou.

Selain itu, lembaga pengarah Astro juga mengumumkan dividen interim keempat dikecualikan cukai sebanyak 5.0 sen sesaham yang menjadikan jumlah dividen bagi tahun itu sebanyak 12.5 sen sesaham. - Kosmo

Omar kembali ke penjara Laos

SEPANG - Rakyat Malaysia, Omar Atan, 59, yang ditahan tanpa didakwa oleh pihak berkuasa Laos sejak 13 Mei tahun lalu, meninggalkan keluarganya dalam suasana hiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) semalam untuk kembali ke penjara negara berkenaan.

Ini kerana tempoh pelepasan khas selama 10 hari yang diberi kepadanya untuk bersama anak-anak dan menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Siti Zaleha Abdullah yang meninggal dunia pada 18 Mac lalu telah berakhir semalam.

Wahid didakwa terima RM50,000

KUALA LUMPUR 30 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008.

Saksi pendakwa ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata, wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing.

Katanya, pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut.

''Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, bukan mengenai pekerja Bangladesh sahaja kerana Sim asalnya mahu mendapatkan nasihat dan panduan daripada Datuk Wahid kerana Sim diberikan kelulusan oleh kementerian untuk menubuhkan pejabat perwakilan di China.

''Selepas itu Sim berikan satu sampul surat kepada saya dan berkata ia mengandungi RM50,000 dan beritahu saya wang dalam sampul surat itu untuk dikongsi antara Datuk Wahid dan saya. Saya tidak buka sampul surat itu, saya hanya serahkan kepada Datuk Wahid,'' katanya.

Chang Hian, 66, memberi keterangan pada perbicaraan kes Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripadanya, juga seorang ahli perniagaan pada 19 Ogos tahun lalu sebagai upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta, pada 10.15 malam, 10 Julai 2008.

Terdahulu Chang Hian memberitahu, beliau berjumpa dengan Wahid ketika bermain golf pada 2006 dan dalam pertemuan itu Zulkafli turut ada bersama.

Katanya, Zulkafli pernah beberapa kali menghantar maklumat kepadanya untuk mendapatkan kelulusan visa.

Sepanjang urusan itu, katanya, Zulkafli telah menghantar maklumat sebanyak 16 kali mengenai pekerja dan syarikat pemohon, bermula 24 Jun hingga 28 Julai 2008 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan 3,773 pekerja.

Chang Hian berkata, Sim menetapkan bayaran sebanyak RM280 setiap seorang dan terdapat beberapa pembahagian di kalangan mereka yang terlibat dengan jumlah keseluruhannya RM1,056,440 untuk 3,773 pekerja.

''Bayaran RM280 itu, menurut Sim adalah RM180 adalah untuk diberikan kepada menteri, RM20 untuk rakan Sim yang juga seorang peguam yang menjadi perantara kepada menteri, Sim ambil RM40 untuk diri sendiri, RM20 untuk Wahid dan RM20 bagi belanja saya,'' katanya.

Saksi itu berkata, pada 9 Julai 2008, beliau telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Hotel PJ Hilton setelah selesai berurusan dengan Zulkafli.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin bersambung 10 Mei.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram. - BERNAMA

Jangan Politikkan Isu Pendidikan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar tidak mempolitikkan isu pendidikan di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sehubungan itu, kerajaan mengambil pendirian bahawa pertemuan PIBG dengan pihak sekolah tidak seharusnya dijadikan landasan bagi membincangkan soal dasar atau polisi sistem pendidikan negara.

"Kita punya pandangan PIBG ini sepatutnya memberi tumpuan terhadap soal bagaimana nak menambah baik pelajaran di sekolah itu, bukan soal isu dasar, tapi soal macam mana nak membantu supaya sekolah itu maju ke depan, bantu muridnya, bantu gurunya dan sebagainya.

"Itu tumpuan yang seharusnya diberikan, sebab itu kita bataskan, bukan sebab kita nak sekat, tak usahlah bincang soal polisi, polisi kat luar pun boleh bercakap," katanya ketika menggulung perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa tidak dihalang mengemukakan pendapat, cadangan atau kritikan berhubung sesuatu dasar atau polisi dan mereka boleh berbuat demikian melalui forum atau saluran lain di luar sekolah seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) apakah ibu bapa dan PIBG akan diberi autonomi atau ruang mengemukakan idea atau kritikan berhubung dasar dan polisi pendidikan negara.

Selain itu, beliau meminta semua pihak di negara ini menerima Dasar Pelajaran Kebangsaan yang memberikan keutamaan kepada sekolah aliran kebangsaan.

"Malangnya, ada orang cuba mempolitikkan keadaan ini seolah-olah kerajaan mengabaikan dan tidak memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dengan memberikan peruntukan yang sedikit berbanding yang diberikan kepada sekolah kebangsaan.

"Kita ada 5.6 juta anak-anak kita di sekolah kebangsaan dan kira-kira 500,000 hingga 600,000 murid di sekolah jenis kebangsaan, jadi yang mana satu harus kita utamakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap isu itu tidak dipolitikkan sebaliknya meminta semua pihak membantu kerajaan untuk menjayakan Dasar Pelajaran Kebangsaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Muhyiddin juga berkata, pendidikan prasekolah akan terus diperkasa serta dijadikan sebahagian daripada aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Sehubungan itu, kementerian akan melaksanakan strategi yang komprehensif dan bersepadu antaranya melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan untuk semua agensi pelaksana termasuk prasekolah swasta bagi tujuan penyeragaman serta peningkatan kualiti pendidikan prasekolah.

"Di samping itu, pihak swasta juga digalakkan untuk menyediakan pendidikan prasekolah melalui penyediaan pelbagai insentif oleh kerajaan seperti pinjaman pelancaran dan mempermudahkan prosedur dan proses penubuhan kelas prasekolah swasta.

"Usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus menjelang 2012," katanya.

Beliau berkata, program Permata yang sebelum ini berada di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri kini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran.

Muhyiddin berkata, piawaian pendidikan negara adalah tinggi dan diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan kementerian juga telah menjemput pakar-pakar luar bagi tujuan penandaarasan dan penjaminan kualiti di peringkat antarabangsa.

Bagi membentuk modal insan yang berkemahiran, mata pelajaran vokasional ditawarkan di sekolah menengah harian dalam bentuk hands-on seperti yang dilaksanakan di Sekolah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional.

Sehubungan itu, kementerian mensasarkan penambahan seratus peratus enrolmen menjelang 2015.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia ke-10, kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan 2,940 projek baru dan 942 projek sambungan dengan anggaran kos RM14.17 bilion.

Selain itu, beliau berkata akan memperjuangkan laluan kerjaya yang lebih menarik kepada guru yang telah lama berkhidmat. - BERNAMA

Din Beramboi Koma

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan berada dalam keadaan koma.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Online memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok. - Mstar

Adik presiden UAE maut dalam kemalangan peluncur

DUBAI, 30 Mac — Sheikh Ahmad bin Zayed Al Nahyan, adik kepada presiden Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, disahkan terbunuh dalam kemalangan peluncur di Maghribi Jumaat lepas.

Media negara WAM melaporkan Kementerian Hal Ehwal Kepresidenan mengumumkan acara berkabung tiga hari mulai Rabu dan pada tempoh itu bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Saluran TV tempatan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada Selasa setelah berita kematian Sheikh Ahmad disiarkan.

Dilahirkan pada 1971, Sheikh Ahmad (kiri) merupakan pengarah urusan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (Adia) dan pengerusi lembaga amanah Yayasan Zayed bagi Kerja-kerja Amal dan Kemanusiaan.

WAM melaporkan peluncur berkenaan terhempas ke dalam sebuah tasik dekat Empangan Sidi Mohammad Bin Abdullah berhampiran ibu negara Maghribi, Rabat.

Laporan media menyatakan juru pandu peluncur itu dapat diselamatkan sementara pasukan pencari melancarkan operasi mengesan Sheikh Ahmad yang hilang dalam kemalangan itu.

Beliau berada pada ranking ke-27 orang paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes tahun lepas. Adia dikatakan memiliki aset bernilai lebih AS$400 bilion. — Bernama

Khairy: Anwar juga ada hubungan dengan APCO

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada hubungan dengan pegawai-pegawai APCO.

Kenyataan Khairy (gambar) itu dibuat sejurus selepas Anwar mendedahkan di Parlimen bahawa hubungan APCO dengan kerajaan bermula sebelum konsep 1 Malaysia diperkenalkan.

“Kita mendengar penjelasan Ketua Pembangkang... ia hujah yang lemah,” kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata Anwar secara peribadi ada hubungan dengan personaliti-personaliti utama dalam majlis penasihat antarabangsa APCO.

“Jika kita lihat pada majlis penasihat antarabangsa firma ini, ada beberapa pemimpin yang ada hubungan dengan Anwar Ibrahim.

“Ini adalah syarikat yang sama Anwar mendakwa mempunyai hubungan yang kukuh dengan kerajaan Israel sedangkan anggota majlis penasihat antarabangsa mempunyai hubungan yang kukuh dan bersifat peribadi dengan Anwar,” kata Khairy.

Salah seorang yang beliau sebutkan ialah Stephen J. Solarz, yang merupakan bekas anggota Kongres.

Khairy mendakwa Solarz pernah berada bersama Anwar dalam International Crisis Group.

Selain itu menurut Khairy, personaliti-personalti lain Besides Solarz, Sergio Marchi, Lalit Mansingh, Aleksander Kwasniewski (bekas presiden Poland), Jane Nelson dan Elliot Abrams yang turut mengenali Penasihat PKR itu secara peribadi.

Keenam-enam mereka kini menganggotai majlis penasihat antarabangsa APCO Worldwide.

“Lalit Mansingh merupakan rakan sepasukan Anwar dalam badan pemikir pro-Israel, Brookings Institute, yang diuruskan oleh Saban Centre for Middle East Studies.

“Brookings Insitute yang selalu menjemput Anwar sebagai penceramah dalam persidangan-persidangan dibiayai oleh Haim Saban, seorang Yahudi pro-Israel dan menentang rakyat Palestin,” katanya.

* Kenal tak mengapa, tapi janganlah upah mereka sebagai penasihat negara. Yahudi nasihat Malaysia, patutlah dasar-dasar Malaysia nampak cenderung menjadi pak turut Amerika. Dulu tertanya-tanya juga kenapa Malaysia tidak iktiraf HAMAS... baru tahu jawapan dia.

APCO nafi dakwaan bekerja dengan kerajaan Israel

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide hari ini mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan kerajaan Israel atau membantu mencipta konsep 1 Malaysia sebagaimana didakwa oleh Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dakwaan yang diulangi terhadap APCO Worldwide pagi ini di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. APCO Worldwide tidak bekerja untuk kerajaan Israel. Kami tidak mereka konsep 1Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Pada 18 Mac lepas, APCO Worldwide menafikan dakwaan sama Anwar itu.

Hari ini, Anwar pada sidang Dewan Rakyat menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.

Anwar menimbulkan isu APCO itu ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1 Malaysia ditiru dari slogan “Satu Israel” yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.

APCO berkata: “Dalam tugas kami selaku perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam.”

“Kami bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia mendapatkan nasihat kami mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Kami rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia,” katanya. — Bernama

* UmnoBN upah syarikat Yahudi sebagai penasihat? Ini sudah melampau...

Malek Noor bergelar Datuk, Ella dan Ameng terima pingat

PEKAN 30 Mac - Jaguh bina badan, Datuk Abdul Malek Noor menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Dua penyanyi pula iaitu Nor Zila Aminuddin atau Ella dan Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP). - Utusan

Pelakon Zarina Ann Joulie disahkan negatif ambil dadah

SEPANG 30 Mac – Pelakon kontroversi, Zarina Ann Joulie disahkan negatif daripada pengambilan dadah oleh makmal kimia Jabatan Patologi.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman berkata, keputusan air kencing pelakon itu setelah diuji oleh pegawai perubatan jabatan didapati negatif.

Dengan keputusan tersebut Zarina dibebaskan daripada dakwaan dan pengawasan pihak AADK.

"Zarina memberikan kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai kami dan tidak timbul sebarang masalah sepanjang tempoh pengawasan, sementara menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pengawasan berkelompok di Pejabat AADK Sepang, di sini hari ini. – Utusan

Samy nafi pengundi Hulu Selangor tidak minat calon MIC

KLANG 30 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Samy Vellu berkata, beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

"Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding.

"Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi dan ini akan membawa kepada banyak masalah lain.

"Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru sekolah Tamil Jalan Tepi Sungai di sini hari ini. - Bernama

Ayah Altantuya diperintah kemuka kos jaminan RM60,000

SHAH ALAM 30 Mac - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini memerintahkan bapa Altantuya, Shaariibuu Setev agar mengemukakan kos jaminan sebanyak RM60,000 kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof memerintahkan jumlah tersebut dikemukakan dalam tempoh tiga bulan.

Permohonan kos jaminan itu dibuat oleh Abdul Razak dan kerajaan Malaysia selepas kedua-duanya disaman oleh Shaariibuu yang menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta berikutan kematian Altantuya empat tahun lalu. - Utusan

Din Beramboi kritikal dijangkiti virus kencing tikus

KUALA LUMPUR 30 Mac — Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Din Beramboi, 43, dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang semalam, demikian menurut jurucakap hospital itu ketika dihubungi hari ini.

"Doktor mengesahkan keadaannya kini sangat kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,” menurut jurucakap itu.

Punca beliau dijangkiti penyakit itu masih dalam siasatan, kata jurucakap itu lagi.

Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak baru-baru ini. — BERNAMA

30 March 2010

Apco Ada Wakil Di Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 30 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini peranan yang dimainkan oleh kroni Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong yang didakwa membawa Apco Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.

"Malah saya difahkamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.

"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad. Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.

"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.

Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.

"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia. Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.

"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.

"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide. Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.

"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel. Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.

"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar. - SK

* Senarai isu yang bakal dilarang disentuh Pakatan Rakyat akan ditambah oleh pihak polis nanti di Hulu Selangor selain isu Altantuya, 3 doktor mengesahkan tiada kemasukan ke dubur Saiful dan ini Isu Apco...

Ahli politik khalwat gadis bawah umur

TANAH MERAH: Seorang pemimpin politik bahagian Tanah Merah berusia 54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis bawah umur di sebuah hotel di jajahan ini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.

Difahamkan lelaki itu keluar dari bilik selepas penguat kuasa JHEIK mengetuk bilik berhampiran sehingga menimbulkan curiga.

Berikutan itu, penguat kuasa memeriksa bilik lelaki terbabit dan terkejut apabila mendapati seorang gadis belasan tahun dalam keadaan berkemban.

Dia bersama pasangannya dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut selepas gagal mengemukakan dokumen sah mengenai status mereka ketika berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

Selepas keterangan diambil, kedua-duanya dijamin seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 18 Mei ini.

Pihak berkuasa turut menahan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim dalam bilik hotel berkenaan. - Bharian

* Parah sungguh...Khabarnya Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tanah Merah yang ditangkap itu.

Saman jika sekolah berdiam diri

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan teragak-agak menyaman pihak sekolah kerana terus berdiam diri dan gagal mengambil tindakan terhadap kejadian cabul anak perempuan saya,” kata ibu mangsa cabul rakan sekelas di sebuah sekolah rendah di Bangsar.

Ibu mangsa, Salbiah Mohamed Yusof, 33, berkata tindakan mahkamah itu akan diambil kerana mendakwa pihak sekolah berkenaan enggan bertanggungjawab terhadap kejadian cabul membabitkan beberapa murid lelaki sekolah itu selain enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Perkara ini membabitkan maruah anak saya. Akibat perbuatan rakan sekelasnya itu, pelajarannya terjejas teruk kerana setiap hari perlu berdepan ejekan dan tohmahan murid lain di sekolahnya.

“Lebih mengecewakan, pihak sekolah seolah-olah menutup mata terhadap kejadian ini dan tergamak mengatakan anak saya sengaja mahu memperbesarkan perkara ini kerana mendedahkannya di Harian Metro baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, dia amat kesal dengan pendekatan yang diambil sekolah terbabit yang seolah-olah tidak memandang serius perkara berkenaan sedangkan kejadian sedemikian mungkin akan berlaku terhadap pelajar lain jika pihak sekolah tidak mengambil tindakan tegas. Salbiah berkata, dia sudah memberi peluang kepada pihak sekolah membuat penjelasan ketika kes ini berlaku. Hingga kini juga ibu bapa murid yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu langsung tidak bersemuka dan memohon maaf.

“Saya juga kesal tindakan wakil Kementerian Pelajaran yang mengarahkan saya menarik balik laporan polis yang dibuat selain turut diarah untuk menulis surat pengakuan bahawa saya akan menarik balik laporan berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian Oktober lalu, mangsa yang berusia 11 tahun dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali namun perbuatan tidak bermoral itu berlaku selepas dia gagal menunaikannya.

Akibat trauma kejadian itu, mangsa terpaksa ditukarkan ke sekolah khas untuk perempuan kerana tidak tahan menanggung malu selain mangsa takut jika berjumpa lelaki. Sementara itu, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir berkata, sekolah terbabit perlu mengambil serius sebarang masalah yang berlaku di kalangan murid sama ada ia serius atau tidak. - Mymetro

* Guru besar dia laki ke perempuan?

Isteri harap Badrul insaf, ubah sikap

Polis pantau sempadan elak pelakon lari

KUALA LUMPUR: Isteri pelakon dan model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani berharap suaminya akan berubah dan bertanggungjawab terhadap segala perbuatan yang dila-kukan terhadap dirinya.

Julia Daud, 28, yang mendakwa pernah dipukul ketika dalam pantang anak kedua, berkata beliau masih tertekan mengenai kejadian itu dan belum bersedia memikirkan masa depan rumah tangganya.

“Saya masih tertekan dengan apa yang berlaku, selain terpaksa menguruskan dua anak termasuk yang baru berusia empat minggu seorang diri tanpa suami,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau yang kini berpantang di kampungnya di Sungkai, Perak, berkata sejak kejadian Rabu lalu, Badrul tidak pulang tetapi pernah menghubunginya untuk bercakap dengan anak sulung mereka yang kini berusia dua tahun.

“Saya tidak tahu di mana dia sekarang, cuma memberitahu tinggal di rumah kawan. Saya berharap dia akan berubah dan bertanggungjawab terhadap perbuatannya, apa lagi ketika kejadian saya masih dalam pantang,” katanya.

Mengimbas kejadian Rabu lalu, Julia yang juga penari kebudayaan sambilan berkata, selepas dikasari secara fizikal, beliau terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menghantarnya ke Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.
Julia dalam laporannya mendakwa ditumbuk selain ditendang dan dipukul termasuk dengan penyapu.

“Selepas kejadian itu, saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan, hanya memikirkan anak dan menghabiskan tempoh berpantang di kampung.

“Selepas itu baru saya bercadang mencari pekerjaan tetap untuk menyara diri dan anak. Nak harap dia balik, saya tak pasti.

“Biarlah saya tenangkan fikiran kerana saya tidak mahu membuat keputusan dalam keadaan tertekan,” katanya.

Julia juga mendakwa, kejadian minggu lalu bukan kali pertama kerana sebelum ini beliau pernah beberapa kali dikasari.

Semalam akhbar ini melaporkan, polis sedang mencari Badrul Muhayat, 41, bagi membantu siasatan kes pukul isterinya.

Pelakon yang pernah membintangi filem Azizah The Legend dan Harry Boy sehingga kini masih gagal dikesan.

Sementara itu, polis mendapatkan bantuan pihak berkuasa di pintu keluar sempadan negara untuk menjejaki Badrul.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata langkah itu adalah usaha terakhir yang dilakukan pihaknya jika pelakon terbabit masih enggan menyerah diri.

Katanya, polis juga sudah meminta bantuan jiran pasangan itu di Kampung Cheras Baru, Ampang, untuk memaklumkan kepada mereka jika pelakon terbabit pulang ke rumah terutama pada tengah malam dan awal pagi.

“Sebelum ini, kita hanya memantau rumah pelakon berkenaan pada awal pagi,” katanya.

Beliau juga berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berhampiran. - Bharian

Menteri mesti bertanggungjawab Pos Malaysia rugi RM546 juta

KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini, Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta, namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia, Robert Kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd).

Pada tahun 2004, Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walau bagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja, Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, di mana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

“Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (Mas Kargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya?

“Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?” tanya Idris.

Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

Tambahnya, pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia itu juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan. - Harakahdaily

Badrul Muhayat Berang Dengan 'Laporan Melampau' Di Dada Akhbar

AKTOR drama popular Awan Dania, Badrul Muhayat Ahmad Jailani begitu berang ketika diminta untuk mengulas mengenai laporan di dada-dada akhbar semalam yang mendakwanya kini diburu polis bagi membantu siasatan ke atas kes pukul isterinya.

Badrul yang dihubungi mStar Online berkata, dia terlalu marah dengan 'laporan melampau' yang diterbitkan itu.

Katanya, laporan itu telah 'diperbesar-besarkan' daripada fakta sebenar yang berlaku hingga menjejaskan urusan rutinnya.

"Saya terlalu geram dan marah dengan laporan yang diterbitkan itu. Ia sangat melampau dan sengaja dibesar-besarkan daripada fakta sebenar.

"Ia bukan sahaja mencemarkan nama saya, malah lebih teruk hingga menyusahkan pergerakan saya untuk melakukan rutin seharian.

"Sekarang, saya sukar hendak bergerak ke mana-mana pun. Semuanya jadi terbatas disebabkan oleh laporan itu. Sedangkan ia tidak seburuk dan seteruk seperti mana yang didakwa," kata Badrul dengan nada marah.

Tambah Badrul, pertengkaran dengan isteri adalah lumrah bagi mana-mana pasangan yang berkeluarga.

Dia yang mengakui bergaduh dengan isterinya itu, bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya telah bertindak kejam dan melampau sebagaimana yang dilaporkan.

"Itu perkara biasa dalam berumah tangga tapi tidaklah sampai teruk seperti yang dilaporkan. Laporan akhbar itu seolah-olah memberi gambaran yang saya telah bertindak dengan kejam dan melampau," katanya penuh kekesalan.

Ketika diminta untuk mengulas lanjut, Badrul bagaimanapun enggan untuk bercerita kerana berada dalam keadaan yang tidak senang. Dia juga memohon untuk diberi sedikit ruang privasi.

"Minta maaf, saya tidak bersedia untuk bercakap lebih lanjut. Saya akan beri komen esok atau lusa. Saya harap saudara faham keadaan saya sekarang," ujar Badrul mengakhiri perbualan ringkas itu.

Dalam kejadian pagi Rabu lalu, Badrul dilaporkan telah bertindak kejam terhadap isterinya Julia Daud, 28, dengan memukul, menumbuk, menendang serta mencekik leher isterinya itu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru.

Pihak media juga melaporkan, polis kini sedang mencari pelakon popular itu untuk mendapatkan keterangan. - Mstar

Dr Halili calon PKR di Hulu Selangor?

PKR cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.

Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat. Seorang lagi calon masih belum ditentukan.

Seorang pemimpin kanan cabang tersebut memberitahu Malaysiakini, nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.

“Kedua-duanya (Razali dan Dr Halili) sama-sama kuat, terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya,” kata sumber tersebut.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan kelahiran Batang Kali.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

PKR putuskan Ahad ini

Sementara itu, beberapa nama lagi turut disebut-sebut bertanding mewakili PKR bagi kawasan parlimen tersebut.

Mereka adalah: Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim (kanan), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Syed Shahir Syed Mohamud (kiri) dan ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Tidak jelas sama ada usaha melobi Zaid dan Syed Shahrir sebagai calon sedang dilakukan atau tidak.

Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan, terdapat beberapa pemimpin Pemuda PKR yang sedang giat mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan terhadap Shamsul Badrul (kiri).

Difahamkan petisyen itu akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR untuk dipertimbangkan. Usaha ini juga bagaimanapun tidak dapat disahkan buat masa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Amin (kiri) dan peguam N Surendran (kanan) turut disebut-sebut dipertimbangkan sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh pula dilaporkan berkata tiga hingga lima nama akan dipertimbangkan dalam mesyuarat majlis tersebut Ahad ini.

Di pihak BN pula, juga masih tidak jelas sama ada kerusi tersebut akan ditandingi oleh MIC atau Umno. Parti India itu setakat ini telah mencadangkan timbalannya Datuk G Palanivel (kanan) bagi mewakili BN.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kelmarin dilaporkan berkata, BN menyerahkan perkara tersebut kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi menentukannya. - Malaysiakini

* Orang biasa akan kalah di Hulu Selangor. Datuk Zaid Ibrahim adalah nama yang masyhur dan peluang untuk menang ada.

Hidup derita bersama Badrul

KUALA LUMPUR – Julia Daud, 28, isteri pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani mendakwa suaminya gagal dihubungi sejak meninggalkan rumah selepas mereka bergaduh pada 24 Mac lalu.

Malah wanita itu yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua mendakwa, suaminya itu juga tidak menghubunginya untuk bertanya khabar mengenai nasibnya dan anak-anak selepas ditinggalkan begitu saja.

Cerita Julia, dia kini berada di kampungnya di Perak bersama dua orang anaknya, masing-masing berusia tiga tahun dan sebulan, untuk tinggal bersama keluarga buat sementara waktu. - Kosmo

38 maut di Moscow

MOSCOW – Dua pengebom berani mati wanita membunuh 37 orang manakala 38 cedera parah dalam dua buah tren bawah tanah yang dipenuhi penumpang pada waktu pagi di sini semalam.

Letupan pertama berlaku di gerabak kedua sebuah tren pada pukul 7.58 pagi waktu tempatan di stesen Lubyanka, dekat ibu pejabat perkhidmatan keselamatan dalam negeri Rusia, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) menyebabkan 23 orang terbunuh.

Kira-kira 40 minit kemudian, satu letupan berlaku di gerabak kedua sebuah tren lain di stesen Park Kultury dan membunuh sehingga 14 orang.

Ketua FSB, Alexander Bortnikov berkata, serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Caucasus Utara yang melancarkan pemberontakan menentang pihak berkuasa pro-Kremlin.

Datuk Bandar Moscow, Yuri Luzhkov memberitahu pemberita bahawa pengebom berani mati wanita melakukan serangan tersebut.

Pendakwa raya menyatakan satu siasatan mengenai pengganas dimulakan selepas pakar-pakar forensik menemui rangka seorang pengebom berani wanita.

Beberapa saksi berkata, suasana panik berlaku di kedua-dua stesen itu dengan ramai orang berlari dan sebahagiannya rebah ekoran asap tebal serta debu selepas letupan berlaku.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk serangan itu manakala Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berikrar bahawa pihak bertanggungjawab yang melakukan serangan tersebut akan ditangkap. – Agensi

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh

LONDON – Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. – Agensi

Sidang DUN Perak berjalan lancar

IPOH 30 Mac - Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini.

Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA).

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Speaker Datuk R. Ganesan serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Bebas dan parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pas mula tiba pada pukul 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Kesemua 28 ADUN pembangkang tiba secara berkumpulan terlebih dahulu, diikuti Ganesan pada pukul 9.15 pagi dan Dr. Zambry 10 minit kemudian.

Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan. - Bernama

Manohara pengsan di dewan teater

JAKARTA – Pelakon sinetron, Manohara Odelia Pinot yang merupakan isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra tiba-tiba pengsan di Teater Jakarta di sini pada malam Jumaat lepas, lapor beberapa media Indonesia semalam.

Manohara yang berumur 18 tahun pengsan semasa dia sedang berjalan untuk menaiki sebuah kereta selepas keluar dari dewan itu yang merupakan lokasi Anugerah Panasonic 2010.

Semasa sedang menunggu keretanya itu, dia yang memakai pakaian seksi sempat bergambar bagi memenuhi permintaan jurugambar.

Namun, lima minit kemudian, dia rebah ke belakang tetapi bernasib baik tidak jatuh ke lantai kerana ibunya, Daisy Fajarina sempat menyambarnya.

Menyedari kejadian itu, puluhan wartawan mengerumuni Manohara untuk merakamkan gambarnya yang sedang pengsan.

Suasana turut kecoh apabila seorang pengawal keselamatan menjerit: “Air! Air” Beri Air!

Ibunya kemudian yang turut panik dengan insiden itu berkata kepada pemberita: “Mano (Manohara) sedang sakit.”

Sebelum keluar dari dewan itu, Manohara sempat menyatakan bahawa dirinya tidak sedap badan.

“Saya tidak sedap badan, mungkin capek (keletihan),” ujarnya sebelum pengsan.

Manohara kemudian dipapah oleh beberapa orang ke sebuah kereta.

Menurut seorang saksi, Manohara masih cergas semasa dia tiba untuk menghadiri majlis tersebut.

Manohara menjadi terkenal di Indonesia ekoran dakwaannya didera oleh suaminya itu. – Agensi

Peluang belajar sepanjang hayat

JOHOR BAHRU - Masyarakat pelbagai kaum wajar menjadikan Kolej Komuniti sebagai ruang dan peluang ke arah proses pembelajaran sepanjang hayat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, individu yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan formal boleh mempelajari kemahiran khusus di Kolej Komuniti.

Menurutnya, kira-kira 450,000 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun dan seramai 100,000 belia tercicir sementara selebihnya menyambung pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik dan tingkatan enam.

“Golongan yang lulus SPM, tetapi tidak berpeluang menyambung pelajaran di mana-mana institusi pendidikan boleh mendapatkan kemahiran di Kolej Komuniti sebelum ke alam pekerjaan.

“Kolej Komuniti mengatur kemahiran yang diperlukan syarikat dalam industri dengan menyediakan program sesuai berserta elaun sepanjang pelajar menjalani latihan kemahiran,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Celik Niaga anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, Zarina Othman; Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ahmad Daud dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang, Raja Norasyikin Raja Ali.

Khaled berkata, golongan sudah bekerja juga wajar menyambung pelajaran dalam program sesuai di Kolej Komuniti untuk menambah ilmu, sejajar konsep pembelajaran sepanjang hayat. - SHarian

Dua elaun khas bagi guru sekolah pendalaman

MIRI - Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh.

Katanya, kategori baru itu di bawah 'Elaun Pedalaman' akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.

"Elaun baru ini dijangka dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan ia adalah tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya. - SHarian

Maut apabila dilanggar ketika sedang mengisi minyak

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Dua penarik kereta 'kurung' suri rumah ditahan polis

ALOR SETAR 29 Mac – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat ‘menahan’ seorang suri rumah selama dua jam di sebuah stor di sini selepas menarik kereta mangsa dalam satu kejadian Rabu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis di dua dua tempat berasingan di sini dan Jitra pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tiga hari mulai semalam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut beliau, polis dijangka membuat beberapa lagi tangkapan berhubung kes tersebut. – Utusan

Universiti perlu jana pendapatan sendiri – Khaled Nordin

SERDANG 29 Mac – Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diminta menjana pendapatan mereka sendiri antara 15 hingga 20 peratus berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pendidikan memerlukan biaya yang sangat besar secara berterusan sedangkan kerajaan tidak mungkin mampu menanggung keseluruhan kos secara total.

Beliau berkata, sesebuah IPT pada dasarnya mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri kerana mereka didukung oleh kelompok cendekiawan yang mampu merumus kaedah sesuai dalam menghasilkan pendapatan sendiri.

"Ada sebilangan universiti yang mampu menghasilkan sehingga 30 peratus pendapatan dari peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi beberapa yang lain menghasilkan sekitar satu hingga 20 peratus sahaja.

"Kami belum tetapkan sebarang sasaran tetapi memang kementerian akan memberi penekanan khusus dalam aspek ini apatah lagi apabila selepas kerajaan berikan mereka autonomi,” katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar selepas melancarkan Taman Sains Putra di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, matlamat itu boleh dicapai menerusi penghasilan produk-produk dan penemuan terbaru yang diperolehi dari pengkomersialan kaedah pembangunan dan penyelidikan (R&D). – Bernama

Nik Aziz bersyukur dilantik semula Mursyidul Am Pas

KOTA BHARU 29 Mac – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesyukurannya kerana dilantik semula sebagai Mursyidul Am Pas, namun menyifatkan tugas yang diamanahkan oleh parti amat berat memandangkan kesihatannya yang tidak menentu.

Beliau berkata, amanah itu juga adalah satu cabaran baginya untuk terus memberi khidmat sebagai Mursyidul Am sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.

Majlis Syura Ulama Pas yang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur hari ini mengekalkan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am Pas, manakala Datuk Dr. Harun Din pula sebagai Timbalan Mursyidul Am bagi sesi 2010-2015.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau telah pun dimaklumkan mengenai pelantikan semula ke jawatan itu yang disandangnya lebih 10 tahun, selepas mengambil alih daripada Allahyarham Datuk Yusoff Rawa.

"Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan Pas Pusat di atas kepercayaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini.

"Namun saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya,” katanya. – Bernama

Satu maut, empat cedera, para besi bangunan runtuh

KUALA TERENGGANU 29 Mac – Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Pauzan Ahmad berkata, buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya. – Bernama

Sindiket pecah kereta, curi di Lembah Klang tumpas

KUALA LUMPUR 29 Mac – Polis percaya ia berjaya melumpuhkan satu sindiket pecah kereta dan curi di Lembah Klang ekoran penahanan lima lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, empat daripada mereka yang ditahan berumur antara 21 dan 23 tahun itu dipercayai terlibat dalam 15 kes pecah kereta di Pantai Dalam, manakala seorang lagi disyaki pembeli barang curi.

Beliau berkata, tangkapan kesemua suspek itu sebagai rentetan daripada kes seorang wanita berusia 36 tahun yang kehilangan komputer ribanya apabila cermin tingkap kereta Perodua Myvi miliknya dipecahkan ketika beliau sedang makan di kawasan Pantai Baru pada 16 Mac lepas.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada 23 Mac lalu kira-kira pukul 10 malam, polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Taman Bukit Angkasa, sebelum menahan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun keesokan harinya di kawasan surau, di Gasing Indah, Pantai Dalam kira-kira 12.30 pagi.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai membeli komputer riba milik wanita itu, pada 25 Mac di Flat Program Perumahan Rakyat (PPRT) Kerinchi.

Wan Abdul Bari berkata, pada 26 Mac pula, polis menyerbu sebuah apartmen di Pantai Indah dan menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Changkat Jering, Perak.

Wan Abdul Bari berkata, pada hari yang sama, polis menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kad kredit di kawasan perumahan Permai, Pantai Dalam dan merampas sebuah komputer riba jenama Acer. – Bernama

29 March 2010

Nik Aziz kekal Mursyidul Am lima tahun lagi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini, lapor akhbar web parti Harakahdaily.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu.

Datuk Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz (kanan) sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti itu.

Sementara itu, di lobi Parlimen, presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Haron Din yang dilanjutkan selama lima tahun.

Menurutnya keputusan itu dicapai pada mesyuarat majlis Syura ulama yang dipengerusikannya pagi ini.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugas.

Mengulas dakwaan yang diterbitkan di dalam blog Tulang Besi sebelum ini, Abdul Hadi berkata perkara yang disebut dalam blog berkenaan "sudahpun berlalu". - Malaysiakini

* Nik Aziz adalah ulama yang diterima oleh semua orang tanpa mengira kaum. Namanya akan harum sepanjang zaman.

Asri: Isu fahaman wahabi sengaja direka pihak tertentu

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin mendedahkan isu fahaman wahabi yang turut dikaitkan denganya kebelakangan ini sengaja “direka oleh pihak-pihak tertentu”, yang bimbang dengan kebangkitkan golongan berpegangan sederhana.

Tokoh agama ini yang dianggap berpendirian terbuka dalam soal-soal menyentuh Islam juga mendakwa, berpegangan fahaman wahabi adalah antara label yang dilontarkan oleh mereka kononnya seseorang itu terlalu liberal dan moderat dalam mengembangkan Islam.

Tegas beliau, fenomena ini bukan sahaja dialami di negara ini, malah juga disaksikan di peringkat antarabangsa.

“Ini (fahaman wahabi) direka oleh satu golongan tertentu.

“Ia bukan dituju kepada saya seorang sahaja tetapi ke atas sesiapa saja yang cuba membawa pegangan liberal dan terbuka,” kata beliau ketika ditemui selepas forum sempena Seminar Islam Anti Terrorism di sini malam tadi.

Kata Asri (gambar), beliau berpendapat harus menggunakan peluang yang ada untuk membawa keterbukaan bukannya mempersendakan mana-mana pihak yang hendak membawa pembaharuan.

Bagaimanapun Asri yang dilarang menyampaikan kuliah agama oleh beberapa negeri dan tidak diberi tauliah, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, usaha melabel seperti ini bukan sesuatu yang baru.

“Ini pernah disaksikan pada masa-masa lalu, di mana tokoh dan sarjana yang membawa pembaharuan dilabel dan dituduh sebagai liberal, anti-Islam dan sebagainya,” kata Asri yang kini berhadapan dengan kes mahkamah menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di Selangor.

Asri menafikan menyebarkan amalan-amalan wahabi diamalkan di Saudi di negara ini.

“Saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Awal November lalu, Asri ditahan oleh Jais kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Asri sebelum ini pernah beberapa kali menafikan terlibat dalam amalan fahaman wahabi.

Beberapa Jabatan Agama Islam negeri berpendirian tegas tidak memberi tauliah dakwah agama atas alasan bagi mengelakkan penyebaran fahaman wahabi.

Sebagai contoh, Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin pada awal November lalu pernah berkata, setiap penceramah agama perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Johor untuk menyampaikan ceramah di negeri itu.

Tegas Tahrir, ia adalah peraturan yang wajib dipatuhi bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak bercanggah daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selain itu kata beliau, peraturan tersebut bukan untuk menyekat mana-mana aktiviti dakwah, sebaliknya bagi membendung sebarang usaha untuk mengembangkan fahaman wahabi yang boleh menyebabkan perpecahan umat Islam.

Tahrir menjelaskan, usaha-usaha mengembangkan fahaman wahabi di negara ini perlu ditolak dan dibendung kerana ia akan menyebabkan perbalahan ummah kecuali di satu negeri.

“Kita tidak menyalahkan dia (fahaman wahabi) tetapi ia hanya sesuai di negeri tertentu begitu juga fahaman Syiah sesuai di negara tertentu.

“Rantau ini sesuai dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah bermazhab yang selama ini kita amalkan maka sesiapa tak perlu kacau,” tegasnya.

Beliau berkata, pegangan Al Sunah bermazhab Syafie selama ini berjaya membawa kepada suasana tenang, hormat-menghormati dalam soal hukum fiqah manakala dalam soal tauhid, ia dipelopori Abu Hassan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi yang memberi impak besar kepada masyarakat Islam negara ini.

Tahrir berkata, wahabi antaranya mencerca amalan membaca surah Yasin, tahlil dan talkin yang dikatakan bidaah, maka keadaan itu akan mengelirukan umat Islam.

Justeru, Tahrir berkata, umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengembangkan fahaman wahabi di negara ini. - www.themalaysianinsider.com

* Ada pula pihak yang cuba menafikan fahaman wahabi kerana label itu menghalang pengembangan fahaman tersebut yang sudah terbukti memecah belahkan masyarat Melayu Islam yang sedia berpecah ini. Golongan anti hadith, fahaman syiah di kalangan profesional, yang terbaru membela anjing sebagai hobi sedang mengambil kesempatan di atas kelekaan...

Puduraya: Kejap tutup kejap tak tutup, apa cerita?

MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sudah menghebahkan kepada media, Hentian Puduraya akan ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja meningkat taraf hab pengangkutan awam itu mulai 19 Mac; tetapi mengapa tiba-tiba ia dibatalkan pula.

Seluruh ‘kampung’ sudah heboh, tetapi ‘ tiba-tiba tidak jadi kahwin’ pula? Maka berterusanlah Hentian Puduraya menjadi tumpuan warga kota berpendapatan rendah dan sederhana serta perantau bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi apa sudah berlaku berikutan pengumuman terburu-buru menteri berkenaan?

Tinjauan mendapati sejumlah premis perniagaan sudah ditutup; antaranya kedai buku dan pakaian. Malah autoteller seperti CIMB, Maybank dan Bank Rakyat pun sudah ditutup. Ada peniaga sudah memindahkan barangan mereka, dengan sampah memenuhi lantai kedai. Sebelum pengumuman terbaru ini, seorang peniaga buku yang ditemui berkata dia akan terus berhenti daripada berniaga kerana tidak sesuai berniaga buku di stesen bas sementara yang dicadangkan di Jalan Galloway , tidak jauh daripada Ibu Pejabat Kontijen Polis di Jalan Hang Tuah.

Kerja-kerja pembinaan berterusan berhampiran Platform 1 manakala sejumlah tangga yang menuruni platform ditutup dengan kayu pemidang. Kerja-kerja ini mendatangkan ketidakselesaan kepada penumpang. Orang ramai dan peniaga yang ditemui menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman baru itu. “Apa ni, kejap kata tutup, kejap kata tak jadi pula?” luah seorang penumpang yang kesal dengan sikap agensi kerajaan terutama menteri wilayah.

Uda Holdings Berhad yang menyelenggara hab pengangkutan awam berusia hampir 40 tahun itu, berkata penangguhan itu dibuat selepas mesyuarat antara pihaknya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Jika di Hentian Puduraya, peniaga, orang awam termasuk penumpang terganggu dengan ‘cerita tak jadi kahwin’ itu, tinjauan di stesen bas sementara Jalan Galloway menunjukkan pelbagai prasarana sudah disediakan. Sebuah lapangan besar sudah dibina, demikian juga khemah lengkap dengan kipas dan lampu malahan sebuah tangga dibina menuruni bukit berhampiran stesen monorel Hang Tuah.

Berapa banyak kos sudah dihabiskan di Puduraya, kini ditambah lagi dengan kos pembinaan stesen bas sementera Jalan Galloway. Takkan wang dihamburkan begitu saja bagi memuaskan hati PM Dato’ Seri Najib Tun Razak yang tidak puas hati dengan keadaan Puduraya selepas beliau melawat hentian itu awal tahun lalu?

Kedudukan stesen bas sementara itu terletak di kawasan sesak. Biasanya di Jalan Hang Tuah berlaku kesesakan lalulintas amat teruk. Di tepi jalan itu sudah dipasang papan tanda jalan bahawa sebuah jejambat akan dibina melepasi persimpangan Jalan Hang Tuah-Jalan Pudu. Apabila kerja-kerja pembinaan dijalankan kelak, tentulah kawasan bertambah hiruk pikuk malah mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Demikianlah betapa rakyat golongan kebanyakan terpaksa menerima kepahitan akibat perancangan pihak berkuasa yang tidak berpandangan jauh. Disebabkan kebanyakan pengguna adalah daripada golongan bawahan, mereka tidak peduli dengan arahan mereka yang tidak tepat itu. Seolah-olah rakyat dipermainkan saja lagaknya oleh pihak berkuasa. Rakyat bagaikan bola yang boleh disepak dan diterajang begitu saja.

Jika rakyat ‘dihayun’ sebegitu di Hentian Puduraya, kebanyakan pihak diam saja; tetapi apa kata dibuat ‘cerita kejap tutup kejap tidak tutup’ ini di KLIA, bagaimana agaknya reaksi menteri dan orang-orang besar. Ringkasnya, rakyat kebanyakan menderita ‘tak pa’, jangan orang kaya dan VIP yang kerap menggunakan KLIA itu, mereka perlu dijaga dulu, kini dan selamanya.

Berdasarkan apa yang berlaku di Hentian Puduraya, slogan muluk ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ hanya bahan gorengan saja. Hairan juga, slogan ini banyak diletakkan di sepanjang susur gajah antara Hentian Puduraya dan stesen LRT Plaza Rakyat, sedangkan keadaan bangunan Puduraya dan Plaza Rakyat yang pernah siap-siap itu, membayangkan di mana kedudukan rakyat.

Bukan saja konkrit Plaza Rakyat terbiar karat, lantai susur gajah itu sudah berlubang-lubang, menunggu masa untuk membaham mangsa pertama! Mungkinkah rakyat didahulukan untuk ke kubur? - Anak Rantau Melaka / Harakahdaily

* Macam inilah prestasi kerja kerajaan UmnoBN. Apapun ada kenangan 'manis' admin di pudu raya :)

Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu, sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka.

(Gambar Hiasan)

Pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan.

"Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah," katanya. - SHarian

Kereta dipandu wanita tersangkut

SEREMBAN: Seorang wanita berdepan saat cemas apabila kereta Proton Waja yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Taman Cempaka Senawang, pagi semalam.

Seorang saksi, Soupi Ahmad, 40-an, berkata ketika mengundurkan kereta itu dia tidak menyedari kenderaan itu sudah menghampiri kawasan tiang elektrik di tepi jalan itu.
Menurutnya, sebaik menghampiri tiang elektrik itu, mangsa dikatakan tidak dapat mengawal kenderaan dan tertekan minyak menyebabkan kereta itu tersangkut pada wayar sokongan tiang letrik.

“Bahagian belakang kereta itu kemudiannya tersangkut pada tiang letrik terbabit, bagaimanapun wanita berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya dan beberapa orang penduduk setempat kemudian membantu wanita itu keluar daripada berkenaan,” katanya. - Mymetro

Anak Cif Inspektor mati dirodok pisau

(Gambar : Inilah Restoran Istana Curry House berhampiran Puduraya, Kuala Lumpur tempat Daniel mati dibunuh semalam)

KUALA LUMPUR - Seorang anak Cif Inspektor maut ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang daripada empat suspek ketika sedang minum di Restoran Istana Curry House berhampiran Puduraya di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, semasa kejadian pada pukul 3 pagi, mangsa, K. Daniel Deenesh (gambar kecil), 25, anak seorang pegawai polis bertugas di Kuantan minum seorang diri di restoran itu.

"Mangsa iaitu anak kepada Cif Inspektor, Kutty Krishnan baru tiba dari Kuantan dan ketika sedang minum dia tiba-tiba didatangi empat lelaki yang kemudian menyerangnya menggunakan pisau.

"Salah seorang suspek telah merodok perut mangsa berkali-kali menyebabkan mangsa rebah dan mati di tempat kejadian," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tidak berani berbuat apa-apa kerana suspek-suspek mempunyai senjata tajam. - Kosmo

* Penjenayah tahu polis Malaysia lemah, jadi dia bunuh orang depan orang ramai pun rasa selamat...

Polis cari Badrul Muhayat bantu siasatan kes pukul isteri

KUALA LUMPUR 28 Mac - Polis kini sedang mencari seorang pelakon dan model yang terkenal sekitar tahun 1990-an, Badrul Muhayat Ahmad Jailani bagi membantu siasatan kes pukul isterinya, baru-baru ini.

Pelakon berusia 41 tahun itu gagal dikesan selepas dipercayai memukul isterinya yang dikenali sebagai Julia, 28, di rumah mereka di Kampung Cheras Baru pada pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pukul 7 pagi apabila Badrul Muhayat pulang ke rumahnya selepas beberapa bulan tidak pulang.

Katanya, berdasarkan keterangan isteri pelakon itu, mangsa ditumbuk di muka, pipinya dicengkam selain beberapa bahagian badan lebam akibat dipukul dengan penyapu.

"Mangsa bekerja sebagai penari di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Badrul Muhayat.

"Wanita itu dibawa oleh jirannya ke Balai Polis Ampang untuk membuat laporan selepas kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis Ke-203 kepada Koperal Khalid Che Ros, 48, yang dilanggar lari ketika bertugas tahun lalu.

Menurut Abdul Jalil, ini merupakan kali keempat polis menerima laporan daripada mangsa sejak tahun lalu.

Tiga laporan sebelum ini adalah dua kes ugutan jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu kes mendatangkan kecederaan yang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Julia masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua mereka.

Abdul Jalil memberitahu, dalam kejadian terbaru, mangsa dikatakan bergaduh dengan suaminya selepas mengesyaki pelakon itu mengadakan hubungan sulit dengan perempuan lain.

"Suaminya dikatakan berang dengan dakwaan mangsa dan dipercayai bertindak memukulnya sebelum keluar dari rumah pada hari kejadian.

"Beberapa orang jiran yang mendengar pergaduhan pasangan suami isteri itu datang memberi bantuan sebelum membawa mangsa ke balai polis.

"Kita juga telah mengambil keterangan daripada beberapa orang jiran mangsa bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut Abdul Jalil, polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas pelakon itu.

Badrul Muhayat yang kini membintangi drama Awan Dania musim kedua pernah memegang watak utama dalam beberapa filem tahun 1990-an antaranya Harry Boy, Riang Tirana, Azizah The Legend dan Kad Cinta. - Utusan