28 January 2010

Populariti MB Selangor menjunam

Khabar angin kononnya populariti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mula terhakis selepas berkuasa dua tahun ternyata bukan cakap-cakap kosong.

Menurut bancian Merdeka Centre, mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran menteri besar itu telah jatuh lapan mata sejak beberapa bulan lalu - ia mencatatkan 62 peratus pada Jun 2009 tetapi menjunam kepada 54 peratus pada Januari tahun ini.

Bancian dijalankan ketika rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid berhubung beberapa isu yang dikendalikannya.

Bagaimanapun, tahap mereka yang berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinannya tidak banyak berubah - 60 peratus masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui PKR itu berbanding 64 peratus pada Jun 2009. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment