28 January 2010

Peluang miliki premium insurans lebih rendah untuk kenderaan

PUTRAJAYA 28 Jan. – Pemilik kenderaan yang melengkapi kenderaan mereka dengan peralatan keselamatan bagi mengelakkan kenderaan mereka dicuri akan dikenakan bayaran premium insurans yang lebih rendah berbanding kenderaan tanpa peralatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif itu adalah sebagai ganjaran kepada pemilik kenderaan yang berusaha meningkatkan penggunaan peralatan keselamatan pada kenderaan mereka.

"Bagi merealisasikan perkara ini, jawatankuasa pemandu di bawah Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Bermotor yang diterajui Bank Negara Malaysia akan membincangkan dan menetapkan polisi mengenai ‘Proportional Insurance Premium’.

"Perbincangan yang dijadualkan pada bulan Februari nanti akan turut melibatkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, tarif insurans itu akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia. – Bernama

No comments:

Post a Comment