28 January 2010

Nik Aziz Kutuk Perbuatan Lontar Kepala Babi

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk tindakan pihak yang melontar kepala babi hutan di dua masjid di Lembah Klang semalam.

Beliau yang baru mengetahui kejadian itu hari ini berkata, semua agama tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu kerana ia bukan budaya rakyat negara ini.

"Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing turut mengutuk perbuatan tersebut.

"Walaupun tidak diketahui apakah agenda yang tersirat di sebalik perbuatan itu, namun ia tetap dikutuk oleh semua penganut agama," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment