28 January 2010

Kerajaan Selangor tolak rezeki

JASIN: Kerajaan Selangor seharusnya tidak membuat tuntutan lagi berhubung pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Rawang kerana tapak baru sudah dipilih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri Melaka.

Pengerusi YBK Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata mereka sebenarnya rugi kerana enggan menerima pembangunan pendidikan tinggi untuk golongan muda bukan saja di negeri itu, malah juga dari seluruh negara. Beliau berkata, keengganan mereka menerima pembinaan kampus UiTM diibarat menolak rezeki dari Allah SWT dan kerajaan negeri Selangor gagal memimpin dengan cekap hingga menyebabkan peluang pendidikan kepada anak muda di luar bandar terhapus. Katanya, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan pembinaan berkenaan, selain kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudi menyediakan tapak kampus UiTM di Seri Mendapat, Semujuk. “Tidak pernah dibuat orang menolak rezeki seperti dilakukan kerajaan Selangor sekarang.

Yang patut ditolak bahaya.

Tolak rezeki sama seperti tolak rahmat Allah.

Cuba bayangkan, orang Selangor tertunggu-tunggu universiti baru dibina di tempat mereka, tetapi akhirnya disekat Menteri Besar. “YBK melihat peluang membangunkan kampus berkenaan di tanah berkeluasan 640 hektar di Serendah membolehkan kita memperoleh keuntungan sekali gus membasmi kemiskinan.

“Bagaimanapun, ini hanya cita-cita saja kerana ia disekat satu kuasa sepatutnya menjadi fasilitator, tetapi sekarang menjadi penyekat kepada pembangunan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengiringi Mohd Ali melawat tapak pembinaan kampus baru UiTM di Seri Mendapat Mukim Semujuk, di sini, semalam. Kawasan 87.2 hektar milik Yayasan Melaka itu bakal menempatkan beberapa unit bangunan kuliah, asrama serta pejabat pengurusan dengan kos pembinaan keseluruhan bernilai RM300 juta. Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan kampus baru UiTM yang akan dibina oleh YBK Selangor di Serendah, Rawang dipindahkan ke Jasin, Melaka. Perpindahan itu ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek terbabit. Sementara itu, Zainal Abidin berkata, pembinaan kampus UiTM di Seri Mendapat itu sekali gus memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar khususnya dalam usaha meningkatkan ekonomi masing-masing. Katanya, apabila mula beroperasi pada 2013, kampus yang bakal memuatkan 5,000 pelajar itu akan dapat menjana ekonomi masyarakat selain memberi peluang kepada mereka membina rumah untuk disewa pelajar atau pensyarah.

* Siapa lantik Zainal Abidin Sakom? Pengerusi basmi kemiskinan tetapi miskin dari segi minda dia. Selangor punyalah baik hendak beri 'rezeki' buat rakyat Melaka. Rezeki yang melimpah di Selangor hasil pemerintahan bersih Pakatan Rakyat, kita berilah sedikit buat yang lain.

No comments:

Post a Comment