27 January 2010

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang Najis

MARANG: Seorang kanak-kanak maut setelah terjatuh dalam lubang najis sedalam satu meter di hadapan rumahnya di Kampung Sentul Patah dekat sini petang semalam.

Mohd Najib Mat Lazim, 5, dipercayai terjatuh ke dalam lubang najis itu ketika sedang bermain basikal di halaman rumahnya kira-kira pukul 6 petang tanpa disedari oleh keluarganya.

Kehilangan kanak-kanak itu hanya disedari oleh ibunya Madiah Sipit, 40, kira-kira pukul 7 malam setelah melihat basikalnya berada berdekatan lubang najis berkenaan.

"Pada mulanya saya menyangka anak saya ke rumah neneknya yang berdekatan, tetapi saya mula merasa sangsi apabila melihat basikalnya berada berhampiran dengan lubang najis terbabit.

"Bagaimanapun saya menyedapkan hati dengan tidak berfikir bukan-bukan memandangkan lubang tersebut agak kecil iaitu hanya berukuran 25 meter lebar... tidak mungkin mangsa jatuh ke dalam lubang itu," katanya ketika ditemui di rumahya di Kampung Sentul Patah di sini hari ini.

Namun katanya, telahannya itu silap apabila anak ketiga daripada empat beradik itu ditemui di dalam lubang najis tersebut dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.

Katanya, mayat anaknya dikeluarkan dengan bantuan anggota keluarganya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment