29 January 2010

Dua pelajar UTM Skudai maut nahas

JASIN: Dua pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, maut, manakala seorang lagi parah selepas van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara Selatan arah Johor Bahru, dekat sini, kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nabil Fikri Hamidon, 24, dan Sami Mahmoud Eltoum Hassan, warga Sudan, manakala mangsa cedera adalah Hafiz Abd Rahman, 24.

"Nahas berlaku apabila van milik UTM jenis Toyota yang dipandu Nabil Fikri dari arah Utara menghala ke Skudai dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler di laluan kiri jalan lebuh raya berkenaan," katanya.

Nabil disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jasin manakala Sami di tempat kejadian.

Hafiz yang cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan dihantar ke Hospital Melaka, sejurus kejadian untuk rawatan lanjut. - Bharian

No comments:

Post a Comment