28 January 2010

5 suspek dicekup

JOHOR BAHRU: Polis menggempur kegiatan samun jalanan di bandar raya ini dengan menumpaskan tiga geng perompak dan menahan lima suspek utama termasuk dua pemandu bas dalam tempoh dua minggu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam tangkapan berasingan antara 12 hingga 25 Januari lalu, tiga suspek dicekup sebaik disedari menjalankan jenayah samun manakala dua lagi ditahan di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee, dekat sini.
Dalam kes pertama, dua pemandu bas di Singapura yang berusia 44 dan 48 tahun ditahan selepas dikesan sering melakukan samun di kawasan letak kereta dalam bangunan.
“Taktik geng ini ialah menyerang mangsa menggunakan pisau atau parang di tempat letak kereta dalam bangunan selepas waktu kerja.

Mangsa biasanya diikat tangan dan kaki dan dibawa menaiki kenderaan dengan mata dan mulutnya ditutup.

“Mangsa dipaksa mendedahkan nombor pin keselamatan sebelum suspek singgah di bank untuk mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mencampakkan mangsa ke tempat sunyi.
“Berikutan penangkapan suspek ini di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee baru-baru ini, kami menemui sebahagian barang curi dan suspek dikenakan perintah reman hingga esok (Jumaat),” katanya.
Beliau berkata, tangkapan bagi kes samun kedua dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan jenayah dua lelaki bermotosikal yang memecahkan cermin kenderaan mangsa dan melarikan beg berisi wang tunai.
“Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari 19 Januari lalu membabitkan seorang mangsa lelaki yang baru membuat pengeluaran wang di sebuah bank di bandar raya ini.
“Kenderaan mangsa diekori dua suspek bermotosikal yang menyerang ketika persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Kempas di sini,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, sikap peka orang awam membawa kepada penangkapan pembonceng motosikal bersama beg mangsa sementara penunggangnya sempat meloloskan diri. - Mymetro

No comments:

Post a Comment