Saturday, February 21, 2009

BAHAYA...Kerajaan BN belakangkan prinsip demokrasi tolak undi rakyat

Sultan akan tentukan tarikh sidang DUN Perak

Tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, kata Menteri Besar Datuk Dr Zamby Abdul Kadir.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya selepas merasmikan program 'membina negara bangsa' peringkat negeri di Ipoh hari ini.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Semalam, Zambry berkata beliau akan tetap menghadiri sidang DUN walaupun Speaker V Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang beliau dan enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN, lapor Bernama.

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengumumkan Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Tindakan Sivakumar itu dipertikai pelbagai pihak termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menganggap keputusan jawatankuasa berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak disahkan di sidang Dewan.

Menjawab soalan pemberita, Dr Zambry berkata, kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri Perak adalah jelas tetapi telah cuba diberi tanggapan yang sebaliknya oleh pihak tertentu.

'Putarbelit fakta'

"Saya Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Perak, ini proses yang jelas tetapi ada yang putar-belitkan," katanya diminta mengulas pertanyaan peserta program tersebut mengenai kedudukan beliau sebagai menteri besar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurutnya, walaupun perkara itu telah berkali-kali diperjelaskan, namun disebabkan masih ada pihak yang memutar-belitkan fakta.

Oleh itu, kata Dr Zambry tanggapan wujudnya krisis perlembagaan dan undang-undang dalam proses peralihan kuasa, terus didengari.

Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak yang baru dan Zambry dilantik menteri besar selepas menguasai majoriti kerusi DUN apabila empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan seorang lagi kembeli menyertai Umno bulan lalu.

Ditanya kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak tidak memberi kenyataan untuk menjelaskan kedudukan daripada segi perlembagaan dan undang-undang,

Dr Zambry berkata sebagai pegawai kerajaan, beliau terikat dan tidak boleh membuat kenyataan kepada media. - Malaysiakini

Pak Lah gagal jadikan BPR sebuah badan bebas

Ahmad Said Sudah Tidak Berdiri Digaris Tengah

HASRAT Abdullah Ahmad Badawi untuk meninggalkan satu legasi beliau sebagai PM kepada negara mungkin tidak mencapai sasaran. Sebelum ini Abdullah beriya-IYA mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan sebelum beliau berundur. Beliau mahu meninggalkan satu kenangan bermakna kepada negara.

Rakyat pun menaruh harapan atas hasrat murni Abdullah itu dan pembentangan SPRM di parlimen dialu-alukan. Harapan rakyat selepas ini SPRM benar-benar menjadi telus dan dapat membenteraskan gejala rasuah.

Tetapi dengan sikap berat sebelah dan amat tidak profesional Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said yang membuat ulasan berhubung kes membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam, segala harapan murni rakyat itu musnah sama sekali. Harapan rakyat hancur berkercai.

Kenyataan Ahmad semalam mencerminkan bahawa SPRM terang-terang campur tangan untuk membantu pihak lain dan melayak pihak lain.

Semalam Ahmad memberi ulasan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh yang Khalid telah melakukan kesalahan. Dari segi teknik katanya ia sudah jelas. Apakah maksud dan tujuan beliau membuat kenyataan berkenaan?

Apakah wajar sebagai sebuah sruruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Apa yang dijelaskan oleh Ahmad semalam seolah-olah Kahlid terlah pun berlsalah.

SPRM hanya membuat siasatan sahaja. Soal ianya ada bukti atau tidak itu bergantung atas poerrtimbangan peguam negara. Cara Ahmad Said mengulas isu Khalid semalam seolah-olah beliau cuba mempengaruhi pihak peguam negara supaya mendakwa Khalid. Dalam perspektif umum kenyataan Ahmad itu telah menunjukkan Khalid telah pun bersalah.

Dengan tindakan tidak prtofesional dan berpihak itu ia tetap memberi impak. Kalaupun Khalid didapati menyalahgunakan kuasa berhubung dengan penggunaan kereta peribadi untuk urusan rasmi kerajaan dan pemberian lembu-lembu untuk dikorbankan itu ia akan dilihat sebagai satu hukuman yang dirancang lebih awal. Ini kerana belum apa-apa lagi SPRM sudah membuat kenyataan memberi gambaran yang Khalid berdsalah. Cara itu juga sebagai prejudis.

Dalam pada itu Ahmad juga cuba hendak menunjukkan SPRM adil, dalam mengambil tindakan. Beliau tidak boloeh berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu apa yang berlaku terhapdap kes-kes yang melibatkan SPRM sebelum ini. Rasanya masih banyak kes yang lebih teruk dan kejam daripada didakwa ke atas Khaliud itu masih belum diselesaikan ataupun dibuyang begitu saja.

Apakah dan bagaimanakah pandangan Ahmad terhadap kes ini. Kenapa beliau tidak mendesak dan meminta pihak pendakwaan menyegerakan kes-kes ini.

Apakah Ahmad Said berani bersumpah “muhabalah” mengakui yang SPRM benar-benar telus, bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu berkuasa?

Pada saya lebih baik Ahamd Said lain kali diamkan saja dan tidak membuat ulasan-ulasan berhbubung kes-kes yang ditangani oleh SPRM. Tugas SPRM hanya menangkap dan menyiasat dan membentangkan segala bukti di mahkamah, bukannya membuat ulasan yang memihak kepada mana-mana pihak. Beliau patut jaga dan kawal integriti suruihanjaya berkenaan. Kalau SPRM juga hendak bertindak jadi pendakwa dan hakim ia adalah tidak professional lagi.

Apapun rakyat jelata menanti apakah tindakan SPRM ke atas kes-kes yang lain yang melibatkan vvip yang berstatus berprofail tinggi yang pernah disebut Rais Yatim sebelum ini.

Kenapa Ahmad tidak berminat mengulas kes-kes berkenaan dan lebih ghairah untuk menyiasat kes melibatkan pihak pembangkang atau kerajaan Pakatan saja? Kes melibatlkan dua bekas Exco Perak Jamaluddin dan Mohd Osman itu sedang dinanti oleh seluruh dunia. Saya yakin malaikat juga sedang menunggu penuh minat kes ini.

Sekali lagi kegagalan SPRM menangani kes ini yang juga telah disebutkan sebagai mempunyai bukti kukuh menyebakan orang tidak akan mempercayai kepada SPRM lagi dan akan menganggapnya sebagai tugasan seseorang pengawal di sekolah rendah kebangsaan saja.

Kalau jaminan kebebasan tidak boleh dilaklukan, dan Ahmad Said sebagai ketua suruhanjaya itu tidak berani berlaku adil, maka saya harap tutup dan bubarkan saja SPRM kerana ia menghabiskan wang rakyat jelata saja.

Rakyat sebagi pembayar cuti tidak mahu wang mereka diberikan kepada mereka yang akan mengisi perut mereka dengan bangkai!

http://msomelayu.blogspot.com

BN semakin terdesak, guna taktik kotor

Ugutan bunuh Sivakumar?: Pakatan buat aduan polis

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang dilemparkan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri mesyuarat Dewan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan ‘nyahkan’ Sivakumar digunakan oleh www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.

“Perkataan ‘nyah’ boleh membawa apa juga maksud… ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh,” jelas Nizar.

“Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno),” kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.

Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:

“Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.

“Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.

“Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.

“Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun

“Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?

“Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.

“Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.

“Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.

“Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.

“Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!

“Sembah dari Rakyat MarhaenEDITOR MYKMU

http://www1.mstar.com.my

Lembu sahaja yang dicucuk hidung | SPRM terus dipertikai kewibawaannya

"Saya bukan manusia boleh digertak sesuka hati"

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.


Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.


"Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.


"Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.


Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.


Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.


“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.


“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.


Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. - Mstar

Paksa guru cium

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki mengaut keuntungan hampir RM40,000 sejak setahun lalu dengan menjadikan gambar ‘panas’ guru wanita yang mengajar mereka tuisyen sebagai mangsa peras ugut.

Guru wanita terbabit berusia 37 tahun dikatakan teraniaya apabila tindakannya mencium seorang daripada pelajar berkenaan secara paksa dirakam mereka.

Sejak itu, guru itu diugut menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang jika tidak mahu gambar berkenaan jatuh ke tangan suaminya.

Wanita terbabit yang mempunyai dua anak bimbang dengan ugutan dua remaja berkenaan terpaksa membayar wang diminta mereka kerana tidak mahu rumahtangganya bergolak disebabkan gambar aksi panas itu.

Menurut sumber, guru wanita itu mengajar subjek Matematik dan dia memang agak rapat dengan pelajar berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, sumber berkata guru wanita terbabit terjerat apabila dia yang mengajar kelas tambahan kepada anak muridnya membawa mereka keluar makan awal tahun lalu.

“Ketika itu, pelajar berkenaan turut membawa seorang lagi rakannya berusia 19 tahun kononnya menemani mereka keluar makan.

“Namun, sejurus makan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran kawasan restoran itu untuk pulang,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah pelajar terbabit secara tiba-tiba mengambil kesempatan mencium guru wanita itu secara paksa sebelum rakannya mengambil gambar aksi perlakuan mereka.

“Sejurus mengambil gambar aksi panas itu, dua remaja terbabit mengugut guru wanita itu supaya membayar wang kepada mereka jika tidak mahu foto berkenaan terlepas ke tangan suaminya.

“Takut dengan ugutan itu dan bimbang rumah tangganya bergolak, wanita terbabit setuju membayar sejumlah wang kepada mereka,” katanya.

Namun, sejak itu, bermulalah satu episod hitam buat wanita terbabit apabila kedua-dua remaja itu mengambil kesempatan mengugutnya setiap kali mereka mahukan wang hingga menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang.

Sumber berkata, kerana khuatir gambar aksi panas itu diketahui suami, wanita terbabit terpaksa meminjam wang dari bank, saudara dan rakan-rakanya hanya kerana mahu memenuhi permintaan dua remaja itu.

“Namun, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila suami wanita terbabit curiga selepas melihat surat pinjaman bank yang sampai di rumah mereka.

“Selepas didesak, wanita terbabit akhirnya menceritakan kejadian dia diugut dua remaja berkenaan,” katanya.

Wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian itu Sabtu lalu.

Susulan daripada laporan itu, dua remaja terbabit ditahan Isnin lalu di Setapak dan direman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu. - metro

Suspek potong telinga

SABAK BERNAM: Seorang kerani sekolah hampir putus telinga kanannya akibat dikelar dipercayai menggunakan pisau Rambo oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di sebuah rumah di Parit 13, Sungai Panjang, Sungai Besar di sini, 11 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam penuh tragis itu, mangsa turut ditumbuk di bahagian belakang badan sebelum diikat bersama lima keluarganya yang lain

Susulan kejadian itu, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas memburu penjenayah terbabit sebelum menahan dua suspek dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata dua lelaki, kedua-dua berusia 23 tahun ditahan dalam dua serbuan bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini.

“Kedua-dua suspek yang ditahan ini adalah penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Kita kini memburu dua lagi rakan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, dua suspek yang dikehendaki itu ialah Mohamad Zulkefli Mohd Hisham, 26, dari Kampong Hala Cara Baru Parit 16, Sungai Panjang dan Hisyamuddin Ahmad Tamrin, 24, dari Desa Kasih Merbau Berdarah, Sungai Panjang.

Dengan penahanan dua suspek terbabit, polis menemui semula barang yang disamun dianggarkan bernilai RM12,000.

Antara barang yang dirampas termasuk wang tunai, barang kemas, kamera, telefon bimbit dan beberapa resit gadai yang mengandungi nama pendaftaran kedai pajak gadai.

Noor Mushar berkata, dengan penahanan itu polis berjaya menyelesaikan dua kes samun sepanjang bulan ini iaitu membabitkan Parit 13 Sungai Panjang dan samun warga emas pada 7 Februari lalu.

Menurutnya, dua suspek yang dikehendaki itu ialah Mohamad Zulkefli Mohd Hisham, 26, dari Kampong Hala Cara Baru Parit 16, Sungai Panjang dan Hisyamuddin Ahmad Tamrin, 24, dari Desa Kasih Merbau Berdarah, Sungai Panjang.

“Kedua suspek ini juga mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dengan salah seorang daripadanya mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

“Kita yakin kedua-dua suspek yang diburu masih berada di sekitar daerah ini dan gerakan memburu mereka sedang giat dijalankan,” katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menyalurkan kepada balai polis terdekat.

Malah polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas ahli keluarga, rakan atau individu yang cuba menyembunyikan dua penjenayah terbabit.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faisal Che Azmi di talian 017-9042818 atau talian hotline IPD 03-32245963 atau balai polis berhampiran. - Metro

* Tahniah polis

Nizar keluar kediaman MB hari ini

IPOH: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan keluarganya secara rasmi akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja DiHilir di sini, esok.

Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, berkata satu majlis khas sempena perpindahan itu akan diadakan kira-kira jam 11 pagi di kediaman beliau dengan semua media dijemput hadir untuk merakamkan peristiwa berkenaan.

“Esok (hari ini) kita cuma mengadakan perhimpunan biasa, manakala kerja pemindahan barang akan dibuat lusa (esok)," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan di kediaman berkenaan semalam mendapati enam Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD77, AFF88, AFD55, AFD333, AFD99 dan AFD66, sudah diletakkan secara bersusun di bawah sebuah khemah.

Kereta rasmi yang digunakan Menteri Besar, AGS10, bagaimanapun tidak kelihatan.

Mohammad Nizar juga tidak berada di kediaman itu pagi semalam dipercayai menghadiri satu program ceramah di Pulau Pangkor.

Anggota Unit Amal Pas bagaimanapun masih berkawal dan mengawasi sekitar kediaman itu termasuk mengawasi pintu pagar utama dengan seorang daripada mereka ketika ditanya mengatakan tugas mereka akan berakhir Ahad ini. - Bharian

Cepat bertindak hanya untuk Pakatan Rakyat - SPRM

SPRM nafi dakwaan tak siasat bekas MB

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ia tidak bertindak terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid, yang didakwa cuba merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat, tahun lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai boleh menjejaskan siasatan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menjelaskan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Serentak itu, beliau menegaskan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan kerana mendakwa mempunyai bukti bagi kes terbabit.

Beliau turut menempelak Anwar yang menyebarkan berita tidak betul dengan menuduh pegawai SPRM yang menyiasat kes itu ditukar sedangkan pegawai berkenaan masih berkhidmat di Pulau Pinang.

“Jika ada maklumat tambahan, jumpa kami. Jangan bising dan dedahkan kerana ia akan memusnahkan bukti dan keterangan yang ada.

“Benda (dakwaan) itu tidak masak lagi, tengah berlaku. Kita sedang siasat dan awak (Anwar) kata itu dan ini. Ini menjejaskan kes (siasatan),” katanya selepas majlis pecah tanah bangunan perumahan SPRM Pulau Pinang di sini, semalam. - Bharian

Zambry konon bela mufti untuk raih simpati

Zambry kesal tindakan hina mufti

IPOH: Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kesal dengan sikap sesetengah pihak yang sanggup mencerca dan menghina Mufti Perak semata-mata kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan pendirian politik mereka.

Beliau berkata, serangan terhadap institusi mufti terutama Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, mulai jelas dilihat di dalam blog, media tertentu dan ceramah sehingga ada yang sanggup meletakkan mufti dalam kedudukan yang rendah dan hina.

"Selama ini mereka (pembangkang) melihat apa yang disampaikan oleh mufti baik tetapi apabila beliau membuat pendirian dalam hal tertentu yang tidak memihak kepada mereka, pandangan itu dilihat tidak betul.

"Sebelum ini, pandangan Harussani sentiasa dihormati semua pihak dan ada kalanya kita Barisan Nasional (BN) pun ditegurnya.

"Apabila beliau membuat teguran, tidak bermakna beliau tidak suka kepada pihak tertentu. Beliau bercakap mengenai kebenaran. Kita tidak perlu melenting atau mengkritik dengan begitu keras terhadap pandangan yang dibuatnya," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Yussuf Rapat Setia di sini semalam.

Difahamkan, Harussani mula dikecam selepas mengeluarkan kenyataan bahawa mentaati pemerintah iaitu institusi kesultanan adalah sebahagian daripada ajaran Islam dan sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah atau Raja dianggap derhaka.

Dalam rancangan Soal Jawab Agama di radio Perak.fm pagi semalam, Harussani berkata beliau tidak akan mempertahankan diri untuk menjawab kecaman itu kerana beliau hanya mengemukakan pandangan menurut ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menggunakan nama atau lambang Islam tetapi mencerca, memaki hamun, menghina dan melabelkan orang Islam lain dengan perkataan keji, supaya ‘bermuhasabah diri.’

Zambry berharap semua pihak kembali semula menghormati institusi mufti dan peribadi mufti itu sendiri kerana beliau adalah seorang ulama yang dihormati dan disanjung bukan saja di negara ini tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

"Kita tetap menghormati pandangan beliau meskipun ada kalanya tidak disukai, tetapi ia adalah sesuatu yang benar berdasarkan hukum- hakam. Jadi kita hormatlah pandangan beliau," katanya.

Ditanya tindakan Pakatan Rakyat yang terus mengeluarkan kenyataan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan, beliau berkata itulah yang sedang diusahakan pembangkang termasuk tindakan Speaker DUN, V Sivakumar, menggantungnya daripada menghadiri DUN selama 18 bulan dan barisan Exco selama 12 bulan.

"Kuasa untuk membubarkan dewan bukan kuasa kita. Dia pun faham. Bukan dia tidak faham sebenarnya. Kuasa itu terletak pada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," katanya.

Sementara itu, Zambry mengumumkan peruntukan RM200,000 kepada Masjid Sultan Yussuf bertujuan membaik pulih rumah ibadat itu yang didapati tidak dapat lagi menampung jemaah yang semakin bertambah.

www.bharian.com.my

Tentera rejim Zionis tahan 100 rakyat Palestine dalam masa 4 hari


Di dalam sebuah operasi penahanan besar-besaran yang tidak pernah berlaku, pasukan penceroboh rejim Zionis menahan hampir 100 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat dalam masa empat hari, menurut sumber tempatan. Menurut mereka juga, awal pagi Khamis lalu, Tentera rejim Zionis telah menahan tujuh rakyat rakyat tempatan di daerah Nablus.

Media yahudi pula telah melaporkan bahawa tentera rejim Zionis menahan 10 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat sepanjang 24 jam lalu untuk pemeriksaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Anjing, bangsat dan beruk - Ibrahim Ali


PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) - Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan anggota parlimen terbabit tidak menggambarkan sama ada beliau di pihak Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

"Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti," ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi, jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," kata beliau semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya seperti yang dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.

Mohammad Ariff hampir setahun keluar Pas

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Yusoff yang mendengar kes saman Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung pelantikannya sebagai Menteri Besar Perak yang baru sudah keluar Pas sejak hampir setahun yang lalu.

Mohamad Arif yang sebelum ini merupakan ahli Pas kawasan Subang turut melepaskan semua jawatan yang disandangnya di dalam parti.

Ini termasuklah jawatan di peringkat Badan Perhubungan iaitu selaku Ahli Jawatankuasa dilantik dan Naib Yang Dipertua Pas Subang.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut beliau, Mohamad Ariff yang merupakan seorang peguam sebelum ini telah melepaskan kedudukannya sebagai ahli Pas hampir setahun lalu kerana mahu menyertai badan kehakiman.

''Beliau memohon untuk keluar parti serta melepaskan jawatan yang ada kerana mahu menganggotai badan kehakiman.

''Itu alasan yang diberikan dan kita terima untuk membolehkan beliau menjawat jawatan Pesuruhjaya Kehakiman.

''Dan kini jelas, beliau bukan ahli Pas. Jadi tak ada apa nak keliru kecuali yang saja nak dijadikan isu,'' katanya.

Mohamad Ariff kelmarin semasa sebutan kes berkenaan mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamad Ariff yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September tahun lalu juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor.

Pendedahan itu dibuat Mohamad Ariff sendiri bagi pertimbangan sama ada beliau patut menarik diri mendengar kes itu atau sebaliknya, merupakan antara tiga perkara yang ditimbulkan dalam kes itu hari ini.

Mohamad Ariff juga pada masa sama menegaskan beliau kini bukan ahli mana-mana parti politik semasa prosiding tersebut.

Bagaimanapun perkara tersebut masih menimbulkan kekeliruan pada sesetengah pihak berikutan nama beliau masih tercatat di laman web Pas Selangor sebagai AJK dilantik bagi penggal tahun 2007/ 2009.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir ketika dihubungi mengenai kekeliruan pada laman web Pas Selangor berkata, ia hanyalah soal tidak dikemaskini pada carta organisasi.

''Itu carta organisasi yang belum dikemaskini. Itu yang lama tapi Pas Selangor ada beberapa perubahan,'' jelasnya.

Mohamad Ariff sepatutnya menggantikan ketua hakim negara

Kes Nizar: Ganti hakim baru

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Ganti hakim baru lebih wajar.
Bagi pengamal undang-undang, itu lebih baik daripada membiarkan prasangka dan persepsi menyelubungi kedudukan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof.

Walaupun peguam yang mewakili pemohon, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggangap tidak timbul ancaman berat sebelah sekiranya Mohamad Ariff terus mendengar kes itu.

Namun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia berpendapat, langkah itu adalah pilihan yang sebaik-baiknya untuk kepentingan semua pihak.

Presidennya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebab itu seeloknya awal-awal lagi, badan kehakiman menggantikan Mohamad Ariff dengan hakim lain yang difikirkan lebih sesuai.

Kata beliau, ini bagi memastikan kes permohonan Mohammad Nizar bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berjalan tanpa menimbulkan sebarang prasangka.

''Itu sebaik-baiknya. Dalam kes ini, saya mengalu-alukan tindakan Mohamad Ariff mendedahkan penglibatannya dengan parti politik yang berkenaan. Ini menunjukkan badan kehakiman kita ikhlas dan telus.

''Ia tindakan yang amat rasional dan boleh diberi penghormatan. Ia terbaik untuk dirinya bagi mengelakkan salah anggapan, prasangka dan sebagainya.

''Saya amat alu-alukan dan kalau hakim yang ada kepentingan awal- awal buat pengumuman menarik diri seperti Mohamad Ariff, ia baik untuk badan kehakiman kita,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Ariff kelmarin semasa sebutan kes berkenaan mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamad Ariff yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September tahun lalu juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor.

Pendedahan itu dibuat Mohamad Ariff sendiri bagi pertimbangan sama ada beliau patut menarik diri mendengar kes itu atau sebaliknya, merupakan antara tiga perkara yang ditimbulkan dalam kes itu hari ini.

Bagaimanapun, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah menegaskan sebaliknya iaitu pada beliau, tidak timbul ancaman berat sebelah sekiranya Mohamad Ariff mendengar kes itu.

Sementara itu, pakar undang-undang yang juga Profesor Tamu universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang turut bersetuju sekiranya Mohamad. Ariff digantikan dengan hakim yang lain.

Kata beliau, ini untuk mengelakkan sebarang persepsi yang beliau mungkin akan bertindak secara bias kerana penglibatannya sebelum ini dengan pihak pemohon di dalam kes tersebut.

''Sebab itu saya percaya Ketua Hakim Negara akan bertindak menggantikan Mohamad Ariff dengan hakim lain.

''Lagipun situasi ini bukan luar biasa, ia pernah berlaku. Apabila hakim merasakan dirinya berada dalam 'konflik kepentingan' dengan mana-mana pihak dalam kes itu, maka mereka akan menawarkan bagi menarik diri awal-awal lagi.

''Jadi eloklah pendedahan Mohamad Ariff itu. Beliau bukan tak boleh kendalikan tetapi sebaiknya digantikan, itu yang lebih praktikal pada saya kerana persepsi itu penting,'' jelasnya. - utusan

Friday, February 20, 2009

Jodoh Roslin 12 hari

KUALA LUMPUR: Inai masih merah di tiga jari kiri, namun takdir menentukan jodoh jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32, tidak panjang.

Pasangan pengantin baru itu yang bernikah pada 30 Januari lalu cuma sempat melayari bahtera rumah tangga selama 12 hari apabila mereka bercerai pada 11 Februari lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dirasai Roslin kerana perceraian itu terjadi ketika dia sedang bersiap-siap menghadapi kejohanan badminton Terbuka India pada bulan depan, apatah lagi kedua-duanya belum sempat menikmati detik manis berbulan madu.

Ketika ditemui, Roslin berkata dia melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, sekitar jam 10.50 malam di hadapan mereka.

“Tiada sesiapa memaksa saya melafazkan cerai. Cuma sebelum lafaz itu keluar dari mulut saya, ayah mentua minta saya fikir dulu kerana mereka tidak nampak kami bersengketa, tapi saya yang hidup bersama anaknya lebih memahami mengapa saya membuat keputusan itu.


“Saya hanya melafazkan talak satu kepada dia. Sejak berpisah saya tidak berjumpa lagi dengan dia. Saya pun sudah kembali hidup di rumah bujang saya sebelum ini di Wangsa Maju,” katanya.

Agak berat untuk Roslin menceritakan mengapa perceraian itu terjadi kerana ia terlalu peribadi. Cuma apa yang boleh dikata selepas tiga hari menjadi suami, dia mulai berasa tiada keserasian.

“Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang.

“Selepas seminggu melihat keadaan tidak berubah, saya sedar rumah tangga saya tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Roslin yang merancang berbulan madu bersama isteri di Perth, Australia.

Roslin dan Faizah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu dan jika mengikut perancangan, pasangan itu sepatutnya berkahwin pada 25 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda kepada 1 Februari kerana Roslin perlu bersiap menghadapi Terbuka Malaysia dan Korea 2009.

Majlis persandingan di rumah pihak perempuan diadakan pada 1 Februari lalu, manakala bertandang di rumah keluarga lelaki di Kampung Sirih, Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Februari iaitu tiga hari sebelum Roslin dan Faizah berpisah. Hantaran untuk Faizah RM15,000.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai suami, kata Roslin, dia sudah pun membeli sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, dan projek itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

“Saya membeli rumah itu pun kerana mahu berdekatan dengan kediaman mentua. Lagipun ia tidak jauh dengan tempat latihan badminton saya di Bukit Jalil. Memanglah tidak sabar untuk saya menghuni rumah itu bersama seorang isteri, tetapi lain pula yang terjadi,” katanya.

Bagi Roslin, kenyataan dibuat tidak bermaksud untuk memalukan sesiapa, apatah lagi keluarga bekas isterinya itu, namun sebaliknya dia rasa begitu tertekan dengan dilema dihadapi kerana masih ramai terutama peminat badminton serta rakan taulan mengucapkan selamat pengantin baru padanya.

“Kebelakangan ini ke mana-mana saya pergi, ramai yang ucap selamat pengantin baru pada saya. Saya hanya mampu tersenyum dan membalas terima kasih di atas ucapan itu. Hakikat di sebaliknya, ramai yang tidak tahu saya sudah bercerai dan hanya menjadi suami tidak sampai pun dua minggu.

“Saya harap dengan kenyataan ini, masyarakat memahami situasi yang saya hadapi. Tiada orang berkahwin untuk bercerai, tetapi sebagai insan kita tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

“Ujian ini sudah tertulis untuk saya menghadapinya, bagaimana untuk saya mengelak,” katanya.

Roslin yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, menjadikan keluarga Jailani Sidek sebagai keluarga angkatnya. Selepas melafazkan cerai, dia terus menghubungi Jalani memberitahu apa yang terjadi.

“Saya buntu sangat selepas apa yang terjadi pada diri saya. Syukurlah Jalani dan abangnya, Datuk Misbun Sidek menghormati keputusan saya dan minta saya bertenang,” katanya.

Sementara itu isteri Jalani, Raja Azmi Raja Sulaiman turut bersedih terhadap apa yang terjadi kepada Roslin. Tekanannya juga dirasai kerana selain menjadi perancang perkahwinan, dialah yang menjadi orang tengah menemukan Roslin dengan Faizah hingga kedua-duanya bersedia untuk berkahwin.

“Dua tiga hari ini fikiran saya turut terganggu kerana ada pihak menuduh saya tersalah mencari jodoh buat Roslin. Soal jodoh, kita cuma mengaturkan kerana mana kita tahu kaca dan permata.

“Sudah tersurat jodoh Roslin pendek, kita terima saja apa yang ditentukan Ilahi,” katanya.

Di sebaliknya, Roslin belum pasti bilakah dia dan pasangannya akan ke mahkamah kerana esok baru dia akan berjumpa peguam bagi memaklumkan perceraian itu. - Metro

Pakatan akan menang di dua bukit, ramal Bridget Welsh

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.


"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.

Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.

Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.

"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.

Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.

Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.

Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.

Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.

Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.

Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.

"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.
Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.

"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi. - Siasah

Ibrahim Ali gunting dalam lipatan

Ibrahim Ali sindir pembangkang boikot Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong di sini hari ini.

Keadaan itu berlaku apabila mereka tidak berpuas hati terhadap katakata yang diucapkan oleh Ibrahim terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan Dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota Parlimen yang bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan ‘bangsa asing’ yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan. Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh keduadua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila masingmasing saling mempertahankan diri sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya menyebabkan Gobalakrishnan keluar Dewan.

Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.

“Tuan Yang Dipertua saya minta maaf banyakbanyak kepada Dewan yang mulia ini. Mereka buat provokasi terhadap saya tanpa mengikut peraturan, dengan tidak menghormati Tuan Yang Dipertua…menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan. Jika ada kesilapan itu sekali lagi saya minta maaf dan tarik balik semua,” katanya. Tidak lama selepas itu, Dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim seolaholah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.

Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan anggota Parlimen kerajaan termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Sebelum itu semasa perbahasan yang sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu. Anwar (PKR-Permatang Pauh) berpendapat Karpal seharusnya mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri yang didakwa sebagai tidak sah.

“Sebagai anak Melayu, yang berjiwa Melayu dan warga Malaysia, saya menentang keras sebarang cubaan untuk menghina, mempertikai dan mengugut untuk menahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) telah mencuba pelbagai cara untuk menggagalkan penubuhan kerajaan gabungan DAP, PAS dan PKR di negeri yang dikuasai parti itu.

Persidangan Dewan disambung Isnin - Mstar

Anwar ganggu SPRM hendak sembunyikan kes?

Kenyataan Anwar ganggu proses siasatan - SPRM

PULAU PINANG:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjejaskan siasatan kes itu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata suruhanjaya itu memang sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu.


"Dalam kes Kulim memang dalam siasatan sekarang dan belum habis lagi dan kenyataan Anwar itu bagi saya akan menjejaskan proses siasatan," katanya.


Beliau berkata siasatan itu dijalankan selepas menerima laporan daripada Adun Kulim Lim Soo Nee.


"SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu bagaimanapun terdapat percanggahan fakta yang dia sendiri (Lim) kemukakan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan majlis pecah tanah bangunan kuaters SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar di Parlimen semalam bahawa bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid cuba merasuah Adun Kulim untuk lompat parti menyertai BN.


Ahmad Said juga tidak menolak kemungkinan SPRM akan memanggil Anwar bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya semalam.BERNAMA

Kewibawaan SPRM terus dipertikai

Dakwa Khalid: SPRM 'dwi standard'

Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat kesal dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh menunjukkan menteri besar Selangor itu menyalahguna kuasanya berhubung penyelenggaran kereta peribadinya serta pembelian 46 lembu korban.

Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pagi ini, Sankara Nair berkata, menjadi amalan suruhanjaya tersebut selama ini tidak mendedahkan pada umum hasil siasatan yang dijalankannya.

Katanya, dalam kes ini bagaimanapun SPRM telah menyimpang daripada amalan tersebut dan dengan jelas mengamalkan sikap dwi-standard.

Sankara menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam petang tadi. Turut hadir, exco kanan kerajaan negeri Teresa Kok.

Sehubungan itu, Sankaran bertanya mengapa Ahmad Said tidak membuat perkara yang sama apabila siasatan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selesai.

Tindakan SPRM itu, katanya, harus dipandang berat kerana anak guamnya - seorang ahli politik pembangkang - telah ditonjolkan agar kelihatan bersalah "di mata umum sebelum beliau didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah".

Pada mulanya pihak media dimaklumkan bahawa Abdul Khalid akan mengadakan sidang akhbar tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, Abdul Khalid berkata, beliau telah dinasihat oleh peguamnya supaya tidak membuat sebarang kenyataan.

"Saya dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap saya masih berjalan dan telah dinasihatikan oleh peguam supaya tidak memberi sebarang komen bagi menghormati perjalanan proses undang-undang.

"Sebarang kenyataan akan dibuat oleh peguam saya, Sankara Nair," kenyataan tersebut dipetik.

Sementara itu, Teresa mendakwa, kenyataan Ahmad Said itu bermotif poltik dan menunjukkan sikap dwi-standardnya.

Beliau juga mendakwa, episod tersebut nampaknya ada kaitan dengan situasi politik di Perak yang menyaksikan BN berdepan dengan kebuntuan politik ciptaannya sendiri.

Menurutnya lagi, tindakan terhadap Abdul Khalid itu juga dilihat ada kaitan dengan pendedahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, mengenai taktik yang digunakan oleh BN untuk memujuk wakil rakyat Pakatan supaya bertukar parti.

Malah, katanya, tindakan segera siasatan dijalankan terhadap menteri besar Selangor itu turut menimbulkan keraguan terhadap kebebasan suruhanjaya antirasuah tersebut. - Malaysiakini

Pantas macam kilat bila melibatkan Pakatan Rakyat, lambat macam keldai bila melibatkan BN - SPRM

SPRM akan siasat Speaker Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata dakwaan kes salah guna kuasa terhadap Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.

"Jika benar terdapat penyalahgunaan kuasa SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya, lapor Bernama.

Semalam, Pemuda Umno Perak membuat laporan kepada SPRM memintanya menyiasat tindakan Sivakumar menggantung dan melarang menteri besar bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu, berkata tindakan Sivakumar itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa yang diamanahkan kepadanya selain menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula membuat laporan polis di Balai Polis Slim River berhubung tindakan Sivakumar itu.

Pendakwaan terpilih SPRM

Kereta & lembu: MB S'gor akan didakwa

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa berhubung tuduhan beliau telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.

Menurut Utusan Online, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Menurutnya, kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Khalid dijangka mengeluarkan satu kenyataan media hari ini berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut.

Media juga turut melaporkan reaksi Abdul Khalid yang berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

Beliau juga dilaporkan berkata, ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk senggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi.

Gerak juga membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut..

Sementara itu, Bernama memetik Ahmad Said sebagai berkata, SPRM telah selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan
penyalahgunaan kuasa menteri besar Selangor, mengenai penyelenggaran sebuah kereta mewah dan pembelian lembu korban.

Katanya, kini terserah epada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan.

"SPRM boleh buat keputusan tetapi eloklah jika kita serah kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan mengambil tindakan, ini melibatkan orang kenamaan dan kita perlu adil kepada semua orang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis upacara pecah tanah bangunan kuarters SPRM Pulau Pinang. - Malaysiakini

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah bermotifkan politik.


“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.


Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.


“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.


Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

Katak melompat bukan menjerit

Ibrahim Ali - terjerit dengan slogan munafik

Yang paling lantang menjerit malah seakan melolong perkataan munafik adalah Ibrahim ali baru-baru ini. Beliau memberi komen mengenai sekejap sokong dan sekejap tidak sokong – memberi tahu rakyat terpedaya dengan pidato dan sebagainya. Namun ramai antara kita dalam sirkulasi politik tahu mengenai Ibrahim Ali. Kita amat kenal perwatakan beliau – yang dilabel sebagai politik katak lompat tetapi kemungkinan didefinisikan oleh beliau sebagai hijrah. Hari ini beliau lantang membidas kononnya prinsipal yang tidak kukuh khususnya dalam PR dan rangkaian media arus perdana heboh memperkatakan mengenai moraliti ahli politik.

Sebenarnya Ibrahim Ali perlu disedarkan mengenai persepsi masyarakat terhadap beliau. Beliau yang sering lompat parti lupa untuk memperkatakan mengenai moral politik beliau sendiri. Tadi di parlimen Ibrahim Ali melolong mengenai kejijikan beliau mengenai kepimpinan munafik yang hipokrit. Mungkin beliau juga perlu disedarkan mengenai apa yang dicakapkan mengenai moral dan hipokrasi politik.

Apa pun Ibrahim Ali bukan ahli politik yang relevan lagi malah kalau beliau dikatakan berusaha untuk kembali dalam UMNO maka istilah katak lompat mungkin sesuai dengan perjalanan politik Ibrahim Ali. - umno-reform

BN merosakkan keharmonian negeri Perak

Gantung MB Perak tak sah

PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.

Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.

‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Sri Perdana di sini hari ini.

Semalam, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar.

Sivakumar dalam kenyataannya menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.

Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.

‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

Justeru, kata Abdullah, dalam situasi sekarang adalah lebih baik BN meneruskan pemerintahannya supaya kerajaan negeri terus stabil sekali gus memastikan perkhidmatan yang berterusan untuk rakyat. - Utusan

Perbicaraan pelik, Altantuya dibunuh kejam tanpa motif?

Mengikuti perbicaraan kes Altantuya Shaariibuu, akhir-akhir ini, terasa seperti ada sesuatu yang tertinggal, iaitu motif pembunuhan.

Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu manakala tertuduh ketiga Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup dalam hujah terakhirnya semalam menyatakan bahawa,"kedua-dua tertuduh kini saling bersaing untuk meraih hadiah bagi fiksyen terbaik yang diberitahu di Mahkamah dan kedua-dua versi patut ditolak kerana tidak berjaya mewujudkan keraguan munasabah berhubung kerumitan dan kesalahan dalam pembunuhan Altantuya."

Walau bagaimanapun, sepanjang sesi pengulungan itu beliau tidak menyatakan motif pembunuhan Altantuya. Beliau hanya menekankan bahawa kedua-dua tertuduh memang terlibat dengan niat dalam kes pembunuhan ini.

Walaupun disangkal dalam hujah pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh menjadi kambing hitam atas tindakan orang-orang tertentu, namun pihak pendakwaan tidak mengajukan apa-apa soalan untuk mendedahkan siapakah dalang sebenar kes itu.

Pendakwaan jelas seolah-olah ingin menghalakan kesalahan ini kepada Azilah dan Sirul sahaja tanpa ada usaha membongkar penglibatan pihak lain dalam kes ini. Dalam sesi pembelaan pendakwaan hanya tertumpu pada soal kedudukan dan alibi Azilah dan Sirul pada malam kejadian.

Kesilapan yang sama dibuat oleh peguambela mereka di mana tiada seorang pun yang ditanya atau diminta untuk mendedahkan nama pihak ketiga yang menjadi dalang.

Kes ini seolah-olah tergantung pada leher Azilah dan Sirul dalam keadaan mereka kini tersepit.

Apakah kemungkinan mereka masih ditekan dan diugut untuk tidak membongkar kes ini keseluruhannya?

Jika beberapa Ahli Parlimen dan Adun yang duduk di luar ini ada mengadu bahawa mereka dan keluarga mereka diugut serta diganggu sepanjang waktu oleh pihak tertentu yang mahukan mereka lompat parti. Apakah perkara yang sama tidak boleh berlaku pada Azilah dan Sirul yang kini berada di dalam.

Bagaimana nasib keluarga mereka. Mungkinkah mereka dibisikkan nada-nada ugutan agar tidak mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat sebenarnya.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan permohonan peguambela Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili koperal Sirul Azhar Umar, dalam hujahnya, meminta agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu - termasuk penganalisis politik itu yang dibebaskan tanpa diminta membela diri - dibicarakan semula.

Beliau juga berhujah bahawa kes itu patut dibicarakan semula kerana saksi utama, DSP Musa Mohd Safri, yang merupakan pengiring Timbalan Perdana Menteri, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya.

Secara keseluruhannya, penghujung perbicaraan kes Altantuya ini tidak memberikan sebarang jawapan yang dikehendaki oleh keluarga mangsa atau pun pihak mahkamah dan pemerhati yang ada.

Motif pembunuhan tidak jelas dan tidak logik seseorang itu boleh membunuh tanpa motif atau sebab. Malah pengakuan Sirul bahawa beliau adalah kambing hitam wajar diberi perhatian yang serius. Sama ada ianya fiksyen atau tidak, pendakwaraya perlu menyiasatnya bagi mengetahui sejauhmana kebenaran itu.

Kini terpulanglah pada mahkamah untuk menentukannya. Saya tidak berniat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah, apatah lagi ianya sekadar pandangan dari sisi ketiga seorang pemerhati bebas.

Hakikatnya kes ini tidak boleh ditutup begitu sahaja selagi motif pembunuhan tidak diperjelaskan. Ini penting bagi mencerminkan imej keadilan dalam sistem perundangan negara di mata dunia.

Kita tidak boleh menghukum sebahagian orang yang bersalah dan membiarkan sebahagianya dalam keadaan yang amat meragukan. - Harakahdaily

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan’ - Haron Din

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato’ Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

“Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

“Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah ’sembah derhaka’ yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

“Sembah derhaka’ bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa ‘patik sembah derhaka’. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja,” katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

“Ada pemimpin disuruh Raja untuk ‘briefing’ pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

“Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

“Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka… ini jauh lebih derhaka lagi,” katanya.

http://www.harakahdaily.net

Anwar: SPRM tahu tapi tidak ambil tindakan

Ketua pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai butiran usaha memujuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Kedah agar melompat kepada BN tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata suruhanjaya tersebut, dulu dikenali Badan Pencegah Rasuah (BPR), mengetahui sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Kedah, termasuk yang dijalankan oleh bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Mendedahkan perkara itu sewaktu membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, mantan timbalan perdana menteri mendakwa beberapa juta ringgit pernah ditawarkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di negeri itu antara April hingga Julai lalu, termasuk penghujung tahun lepas.

Dakwaan Anwar itu menghangatkan sidang dewan apabila ahli-ahli parlimen BN tidak senang dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

Beliau juga mendakwa, pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi merakam rundingan BN dengan wakil-wakil rakyat Pakatan kemudiannya ditukar.

Speaker Kedah pertahan Sivakumar

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

"Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai," katanya, lapor Bernama.

Beliau memberitahu demikian di Alor Star hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan

Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

"Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul," katanya. - Malaysiakini

BN tahu akan kalah besar jika diadakan pilihanraya semula di Perak

BN tidak cadang adakan p'raya di Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri.

Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Turut digantung daripada menghadiri sidang dewan ialah enam exco kerajaan negeri BN. Mereka digantung selama 12 bulan.

Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah.

"Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah. - Malaysiakini

Thursday, February 19, 2009

Umno melakukan dosa besar kerana menjadi punca rakyat derhaka kepada sultan?


Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA

* Berdasarkan pandangan peribadi mufti pro-umno ini, Umno melakukan dosa besar kerana derhaka kepada pemerintah, iaitu Pakatan Rakyat adalah pemerintah yang sah dan Umno telah melakukan rampasan kuasa. Mufti Wilayah seolah-olah mahu menghantar mesej yang Umno akan mendapat kehinaan sebelum hari kiamat.

Daripada Ali
bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali
hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada
hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong
(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini
akan kembali.
H.R al-Baihaqi

Elizabeth ke luar negara, tekad lepaskan jawatan


PETALING JAYA: Elizabeth Wong menyatakan pendirian tidak berganjak daripada keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.


Kenyataan terbaru ini, yang ketiga dalam tempoh empat hari, dikeluarkan selepas semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa isu itu akan diselesaikan selepas Wong bercuti selama sebulan dan akan menghadap Sultan Selangor Rabu depan. - Mstar

Tempoyak Berbau Lagi

TEMPOYAK yang hampir kering dan meleket dipinggan dan mangkuk tiba-tiba berbau kembali. Rupanya baunya masih belum terhapus, pantang kena air atau cecair ia meruap semula. Begitulah anologi yang boleh diberikan kepada apa yang berlaku dalam kancah politik di Perak kini.

Pergolakan politik di negeri itu terkuak semula ekoran tindakan speaker DUN Perak V Sivakumar telah bertindak menggantungkan Menteri Besar dan enam Exco baru selama 18 bulan daripada menghadiri sidang Dewan.

Kalau penggantungan itu berkuatkuasa dan sah ini bermakna kedudukan MB, Zambry Abdul Kadir dan Exconya itu tidak berfungsi, mereka tidak dapat menghadiri persidangan dewan. Keputusan-keputusan berhubung pentadbiran negeri yang dibawah bidang kuasa masing-masing juga tidak boleh dilakukan dan tidak akan bergerak. Bermakna kerajaan yang dibentuk 6 Februari itu adalah kerajaan boneka.

Tindakan Sivakumar itu dipertikaikan oleh banyak pihak. Para-pakar perlembagaan dan undang-undang sekali lagi terpaksa bergegas ke perpustakaan membelek semula perlembagaan dan mencari jurnal undang-undang untuk memastikan apakah keputusan Sivakumar itu betul atau sebaliknya.

Seperti biasa berlaku pro kontra. Ada pakar yang mengatakan boleh dan yang mengatakan Sivakumar tidak ada kuasa. Yang jelas vokalnya ialah di pihak UBN mencari apa saja alasan untuk menghentam dan membantah tindakan speaker itu.

Para pendekar UBN pun lompat ke pentas-pentas media cepat-cepat mengaitkan tindakan Sivakumar itu sebagai melanggar perlembagan, menghina sultan dan menderhaka. Perkataan derhaka menjadi perkataan paling banyak disebut di negeri Perak Darul Ridzuan tahun ini.

UBN sekali lagi berselindung di sebalikm istana dan meneruskan rancangan membodek raja dan istana. Tindakan UBN itu tidak memperlihatkan mereka tidak ada kekuatan sendiri untuk berhadapan dengan pihak Pakatan dan terpaksa menggunakan nama raja dan istana.

Sepatutnya UBN tidak mengaitkan nama raja dan istana. Raja dan istana bukan pisau tumpul yang boleh diacu-acukan kepada orang lain. Sikap bermainan dengan pisau tumpul adalah perangai budak kecil yang penakut dan tidak cerdik.

Sepatutnya pemimpin UBN membawa kes itu ke mahkamah. Kalau Nizar Jamaluddin boleh bawa ke mahkamah bagi menentukan kedudukannya dan keabsahan Zambry sebagai MB kenapa tidak dengan UBN. Manja sangat UBN dengan raja.

Zambry dilaporkan akan membawa soal penggantungan beliau dan Exco itu ke mahkamah. Mahu mahkamah menentukannya. Itulah cara sebaik-baiknya, bertengkar dengan menggunakan kain dan berlindung di sebalik belakang raja dan istana itu orang pengejut dan tidak dapat menyelesaikan isu itu dengan fikiran sendiri. Selagi UBN menggunakan raja selagi itu rakyat tidak akan merasa puas dan adil. Tempoyak juga akan terus berbau di negeri itu.

Biarlah mahkamah menentukannya. Selepas mahkamah membuat keputusan hendaklah diterima dan jangan pula ada yang tidak berpuas hati dan menuduh mahkamah berat sebelah dan sebagainya. Dan mahkamah dalam hal ini biarlah adil, saksama dan berjalan betul jangan pula jadi macam mahkamah beruk. Hakim jangan pakai tali macam beruk yang boleh disenjah oleh tuannya dari bawah!

Saya percaya Sivakumar tahu sejauh manakah kuasa beliau sebagai speaker. Rasanya Sivakumar bukan bodoh sangat. Kenapa beliau lakukan begitu ialah untuk mengacau kerajaan yang ada saja. Kalau orang kacau kerajaan dia, kenapa dia tidak boleh usik kerajaan orang? Sebenarnya tindakan Sivakumar itu untuk menguji sejauh mana kebijaksanaan kerajaan baru Perak itu.

Sivakumar dan Pakatan Rakyat ingin melihat bagaimana UBN menyelesaikan masalah itu dan merasai apa yang mereka rasakan kini. Maka bagi saya apa-apa tindakan bakal diambil selepas ini, adalah wajar. Biarlah pergolakan politik Perak terus bergolak dan tempoyak merebak ke mana-mana saja. Sebab semua orang di Perak nampaknya mahu orang luar tahu rahsia rahsia makanan kegemaran mereka itu.http://www.msomelayu.blogspot.com/

HAMAS: Kait gencatan senjata dengan pembebasan Shalit tidak akan berjaya.


HAMAS menegaskan ia amat serius untuk menjayakan segala usaha dan inisiatif yang diambil demi mencapai persefahaman terhadap segala isu Palestin yang dikemukakan, terutamanya usaha Mesir untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dengan regim Zionis, perjanjian pertukaran tawanan dan penyatuan kembali antara kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Gerakan itu menjelaskan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pimpinan politiknya, Ra’fat Nasif yang diterima oleh Pusat Media Palestin hari ini, Isnin (16/2), bahawa HAMAS serius untuk menjayakan inisiatif Mesir bagi mencapai persetujuan terhadap gencatan senjata dengan regim Zionis sambil menegaskan keperluan untuk mencapai juga persetujuan membatalkan sekatan dan membuka segala pintu masuk di sempadan, bagi memudahkan kemasukan pelbagai keperluan ke Gaza tanpa syarat.

HAMAS juga menegaskan keengganannya untuk mengaitkan isu gencatan senjata dengan mana-mana isu lain, seperti isu pertukaran tentera Zionis yang ditawan, Jil’ad Shalit. Ia berkata cubaan regim Zionis untuk mengaitkan kedua-dua isu itu menunjukkan regim itu tidak serius dalam usaha gencatan senjata, sekaligus ia adalah tindakan melumpuhkan usaha-usaha yang dijalankan Mesir dan percubaan untuk mengugut yang tidak akan berjaya. HAMAS juga menegaskan perjanjian gencatan senjata itu sebenarnya lebih diperlukan oleh regim Zionis lebih daripada pihak Palestin sendiri.

http://palestinkini.info/?p=3486

Perak tidak akan aman, bubarkan sahaja DUN!

Politik perak kini menjadi haru biru campur hijau. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, (DUN) Perak V Sivakumar menggantung serta-merta dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco daripada menghadiri sesi dewan tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan menambahkan lagi kekusutan di negeri berkenaan.

Tindakan tegas Speaker berkenaan diambil selepas Menteri Besar Haram, Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exco dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini semalam. Speaker berpuas hati dengan melihat kes ini mempunyai prima facie kerana majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Pertikaian demi pertikaian dapat dilihat menerusi pimpinan kerajaan menemplak tindakan Speaker ini. Antaranya boleh dibaca di sini;

1) Speaker DUN Perak Buat Keputusan Tidak Ikut Peraturan
2) Tindakan Speaker DUN Perak ‘kelakar’-Nazri
3)Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang

Tindakan ini menunjukkan bahawa politik di Perak tidak akan aman. Walau beribu kenyataan dikeluarkan oleh Dr Zamry dan berisan Exco haramnya untuk mententeramkan negeri Perak, keadaan itu sukar berlaku.

Rakyat Perak kini kebingungan. Mana satu betul? Krisis ini memang menguji perlembagaan negara kita.

Konsep Raja Berperlembagaan, kuasa Sultan, kuasa Speaker semuanya menjadi perbualan dan polemik. Saban malam, muncul penasihat perlembagaan, pakar perundangan memberikan pandangan masing-masing. Kesemuanya ini gagal meleraikan kebuntuan rakyat. Makin kusut adalah.

Saya cukup yakin, kes ini akan melibatkan pelbagai kes saman ke mahkamah, laporan-laporan polis meneruskan lagi huru hara politik di negeri tempoyak ini.

Jalan terbaik, BN perlu akur bahawa mereka sukar memerintah negeri yang mandat diserahkan kepada Pakatan rakyat. Mereka perlu akur, dengan ‘rampasan kuasa’ secara kudeta ini gagal memerintah negeri yang sebenarnya milik orang lain.

Bagi mengembalikan semula keamanan di negeri Perak, hanya ada satu jalan, iaitu kembalikan semula mandat rakyat untuk memilih parti gabungan manakah pilihan mereka. Saya juga cukup yakin, sekiranya pilihan raya dilakukan, ianya akan menyelesaikan segala kes saman di mahkamah, laporan-laporan kepada pihak polis dan sebagainya.

Malah, sekiranya keputusan pilihanraya memihak kepada BN, Pakatan Rakyat akan menerima dengan hati terbuka. Selagi tidak dibubarkan DUN Perak, pelbagai lagi masalah yang akan melebarkan lagi krisis perlembagaan di Malaysia.


Oleh kerana BN telah merompak kerajaan perak dengan cara haram,melantik MB Haram Dan Exco pun juga haram ,maka BN perlu akur bahawa mereka sukar memerintah negeri yang mandat diserahkan kepada Pakatan rakyat.oleh itu kembalikan semula mandat rakyat untuk rakyat memilih sendiri parti mana yang mereka mahu untuk memimpin dan memerintah di perak...

Perak tidak akan aman, bubarkan sahaja DUN!
Politik perak kini menjadi haru biru campur hijau. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, (DUN) Perak V Sivakumar menggantung serta-merta dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco daripada menghadiri sesi dewan tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan menambahkan lagi kekusutan di negeri berkenaan.

Tindakan tegas Speaker berkenaan diambil selepas Menteri Besar Haram, Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exco dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini semalam. Speaker berpuas hati dengan melihat kes ini mempunyai prima facie kerana majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Pertikaian demi pertikaian dapat dilihat menerusi pimpinan kerajaan menemplak tindakan Speaker ini. Antaranya boleh dibaca di sini;

1) Speaker DUN Perak Buat Keputusan Tidak Ikut Peraturan
2) Tindakan Speaker DUN Perak ‘kelakar’-Nazri
3)Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang

Tindakan ini menunjukkan bahawa politik di Perak tidak akan aman. Walau beribu kenyataan dikeluarkan oleh Dr Zamry dan berisan Exco haramnya untuk mententeramkan negeri Perak, keadaan itu sukar berlaku.

Rakyat Perak kini kebingungan. Mana satu betul? Krisis ini memang menguji perlembagaan negara kita.

Konsep Raja Berperlembagaan, kuasa Sultan, kuasa Speaker semuanya menjadi perbualan dan polemik. Saban malam, muncul penasihat perlembagaan, pakar perundangan memberikan pandangan masing-masing. Kesemuanya ini gagal meleraikan kebuntuan rakyat. Makin kusut adalah.

Saya cukup yakin, kes ini akan melibatkan pelbagai kes saman ke mahkamah, laporan-laporan polis meneruskan lagi huru hara politik di negeri tempoyak ini.

Jalan terbaik, BN perlu akur bahawa mereka sukar memerintah negeri yang mandat diserahkan kepada Pakatan rakyat. Mereka perlu akur, dengan ‘rampasan kuasa’ secara kudeta ini gagal memerintah negeri yang sebenarnya milik orang lain.

Bagi mengembalikan semula keamanan di negeri Perak, hanya ada satu jalan, iaitu kembalikan semula mandat rakyat untuk memilih parti gabungan manakah pilihan mereka. Saya juga cukup yakin, sekiranya pilihan raya dilakukan, ianya akan menyelesaikan segala kes saman di mahkamah, laporan-laporan kepada pihak polis dan sebagainya.

Malah, sekiranya keputusan pilihanraya memihak kepada BN, Pakatan Rakyat akan menerima dengan hati terbuka. Selagi tidak dibubarkan DUN Perak, pelbagai lagi masalah yang akan melebarkan lagi krisis perlembagaan di Malaysia.

http://hisommudin.blogspot.com

BN jahil undang-undang

Laporan polis, SPRM terhadap Speaker

Beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar berhubung keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam exconya daripada menghadiri sidang DUN.

Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan.

Manakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak.

"Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM," katanya dihubungi hari ini.

Beliau (foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN.

Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

'Keputusan tidak wajar'

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

"Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar. Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu," katanya.

Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak.

"Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan," katanya.

Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam.

"Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri.

"Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar," katanya. - Malaysiakini

Speaker hanya boleh ditukar melalui dua cara, letak jawatan atau pembubaran DUN

Zambry Kadir mengatakan speaker baru akan dilantik mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Jika itu yang akan berlaku, maka tidak mustahillah bahawa Zambry akan berjumpa dengan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

Ini adalah kerana, jika mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, speaker tidak boleh ditukar melalui undi tak percaya dan tidak boleh dipecat oleh MB.

Jadi, hanya ada satu cara bagi Zambry untuk menukar speaker baru ialah melalui “Pembubaran DUN Negeri Perak”.

Bersedia untuk berpilihanraya”? / aminiskandar.wordpress.com

Zambry, enam Exco digantung


IPOH - Politik Perak memasuki satu lagi episod kecoh apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan semua Exco kerajaan negeri daripada menghadiri Sidang DUN secara serta-merta mulai semalam.

Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mewakili DAP melarang Zambry daripada menghadiri sesi Sidang DUN Perak selama 18 bulan.

Enam Exco kerajaan negeri lain iaitu Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Datuk Shaarani Mohamad dan Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon pula digantung selama setahun.

Menurut Sivakumar, kesemua tujuh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berikutan satu aduan yang dibuat oleh ADUN Canning (DAP), Wong Kah Woh.

Kah Woh mendakwa majlis angkat sumpah jawatan Zambry dan Exco baru Perak daripada BN itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin belum meletak jawatan secara rasmi.

"Setelah meneliti aduan tersebut, saya telah mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sivakumar berkata, beliau telah memanggil Zambry dan semua Exco berkenaan untuk memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa tersebut.

www.kosmo.com.my

ZAMBRY BAKAL PECAH REKOD NIZAR

Petang ini (18 Februari 2009) semua syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar berikutan beratus ribu sms beredar di udara berhubung krisis kuasa di Perak. Antara perkembangan yang dimaklum, ditanya dan diulas ialah:

1. MB Barisan Nasional Perak, Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan 6 Exco BN digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, YB Sivakumar (DAP - Tronoh). Ketika posting ini ditulis, berita TV9 turut melaporkan perkembangan ini.

2. ADUN Bota, YB Dato’ Nasarudin Hashim akan meletak jawatan sebagai ADUN kerana tekanan daripada keluarga dan pengundi DUN Bota.

3. ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN, YB Hee Yit Foong kini berada di Hong Kong dan sedang menguruskan perletakan jawatannya sebagai ADUN. Langkah itu diambil kerana desakan yang ‘dahsyat’ oleh pelbagai pihak termasuk keluarga terdekatnya. Ibu YB Hee dikatakan tidak boleh pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian kerana akan dicerca oleh semua yang mengenalinya.

4. ADUN Kubu Gajah, Dato’ Raja Ahmad Zainudin tidak akan menyokong BN jika berlaku sebarang pengundian dalam sidang DUN kerana tidak berpuas hati dengan kabinet negeri yang dibentuk oleh Dr. Zambry.

5. ADUN Behrang dan Changkat Jering, YB Jamaludin Mohd Radzi dan YB Kapten Osman Jailu tidak akan menghadiri sidang DUN kerana tidak sanggup berhadapan dengan bekas rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

6. Kekuatan undi BN di sidang DUN Perak yang terkini hanya tinggal 20 undi sahaja setelah ditolak MB Zambry, 6 Exco pilihannya dan 4 ADUN lompat. Jumlah itu menjadikan kewujudan kerajaan BN pimpinan Zambry sebagai mustahil dapat diteruskan.

7. Rombongan BN Perak mengadap DYTM Raja Muda memohon perkenan untuk membubarkan DUN dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak.

8. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Rahman Menjerit Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang dikatakan terlibat langsung dengan penulisan skrip filem rampasan kuasa baru-baru ini kerap dilihat membeli Panadol Acti Fast dan Panadol Soluble.

Semua perkembangan yang rancak berlegar di mulut rakyat negeri Perak ini belum dapat disahkan kecuali penggantungan Zambry dan Exco BN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN petang tadi. Panel peguam UMNO diberitakan akan berbincang malam ini bagi mengenalpasti ruang yang ada untuk mencabar keputusan penggantungan itu di mahkamah.

Sementara itu sebahagian pemimpin UMNO negeri dan pusat mengesyorkan supaya Zambry memohon perkenan pembubaran DUN atau DYMM Tuanku Sultan memperkenankan permohonan asal oleh YAB Dato’ Seri Nizar. Syor ini dikemukakan berikutan UMNO seakan tiada jalan keluar untuk menyelamatkan kerajaan ‘misteri’ yang ditubuhkan pada 6 Februari lalu.

Jika pembubaran DUN berlaku dalam masa terdekat maka Dato’ Dr. Zambry bin Abdul Kadir akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar yang paling pendek tempoh perkhidmatannya di Perak. Tahniah!

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com