LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

28 February 2009

Anwar selar penangkapan penyokong Uthaya

Admin | 10:14 PM | Be the first to comment!
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

“Manikavasagam tampil membuat laporan kepada polis berhubung kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap pemimpin Hindraf itu.

“Tidak perlu tangkap beliau. Kalau kata beliau mengganggu lalulintas, saya lihat demonstrasi Umno di Pulau Pinang, trafik dikawal di seluruh kawasan,” kata Anwar selepas menyampaikan ucapan khas “Amanat Harapan Rakyat” kepada wakil rakyat dan pemimpin PKR di Shah Alam petang ini.

“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu.

Pagi tadi, polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan Uthayakumar.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, selain Manikavasagam, polis menahan 17 orang lagi.

Sementara itu, berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin, beliau berkata, “PKR akan menyerang habis-habisan” dalam tiga pilihanraya kecil yang akan datang – Bukit Gantang, Perak; Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

Pilihanraya kecil

Anwar juga dilihat cuba mengambil hati pengundi Sarawak dengan berkata akan mengambil berat isu tanah adat yang disifatkannya sebagai “bukan isu Sarawak, tetapi isu nasional”.

Beliau juga yakin, penangguhan kenaikan harga tol yang diumumkan kerajaan semalam dan kaitan dengan pilihanrya kecil yang bakal berlangsung April ini.

“Lepas pilihanraya kecil Batang Ai, percayalah tol akan naik semula macam (harga) minyak naik mendadak selepas (pilihanraya umum) 8 Mac dahulu,” katanya.

Menyentuh soal memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya, Anwar menegur sikap ahli partinya yang mengambil kesempatan terhadap kemenangan besar Pakatan dalam pilihanraya umum lalu dengan meminta jawatan pangkat dan jawatan.

Selain itu, menyentuh krisis perlembagaan di Perak, Anwar mengakui Pakatan “berada di persimpangan jalan”.

Katanya, isu raja-raja Melayu “perlu ditangani dengan sikap serhana, berhikmah tetapi tegas”.

“Dalam konteks ini, tiga sikap terhadap raja perlu dibentangkan: Pertama, sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli; Kedua, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa. Di antara keduanya adalah Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.” - Malaysiakini

Foto intim Eli: Editor Malay Mail letak jawatan

Admin | 10:13 PM | Be the first to comment!
Editor lamanweb Malay Mail, U-En Ng telah meletak jawatan ekoran laporan akhbar berkenaan berhubung kontroversi pendedahan gambar intim ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Ng mengumumkan keputusannya meletak jawatan dalam forum bertajuk 'Privasi: Adalah ia wujud di Malaysia? Tiba masa untuk digubal undang-undang?' anjuran Majlis Peguam semalam.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini, Ng yang menjadi salah seorang ahli panel di forum tersebut, berkata laporan mengenai gambar intim Elizabeth gagal untuk menyatakan kebenaran dan sebaliknya telah menimbulkan lebih banyak masalah.

Soal prinsip

Beliau menegaskan bahawa pihak media mesti mengamalkan selia-diri dan mengelak melaporkan berita yang menceroboh privasi peribadi.

Oleh itu, Ng berkata, keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah kerana soal prinsip.

Bagaimanapun, Ng bersetuju bahawa menceroboh privasi demi kepentingan awam mungkin ada masanya boleh diterima, seperti dalam kes pegawai kerajaan menerima rasuah di rumah mereka sendiri.

Malay Mail adalah antara dua media yang pertama menyiarkan berita mengenai gambar intim Elizabeth yang diedarkan kepada umum pada 16 Februari lalu. - Malaysiakini

Sidang tergempar Perak: Tindakan Speaker canggah Perlembagaan

Admin | 10:06 PM | Be the first to comment!
TAIPING: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar Selasa ini adalah satu tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, kata Menteri Besarnya, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, Speaker DUN tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

Katanya, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

Selain bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak awal bulan ini berkata, keputusan Sivakumar juga bercanggah dengan undang-undang dan peraturan DUN.

Sehubungan itu tegas beliau, Sivakumar hanya bertindak sebagai demi kepentingan partinya.

Sebaliknya jelas Zambry, Speaker itu seharusnya bertindak secara objektif kerana beliau sewajarnya mengetahui akan peraturan DUN.

Kemungkinan selepas ini, kata beliau, Sivakumar akan melakukan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Zambry menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional di Dewan Melor, Changkat Jering di sini hari ini.

Changkat Jering merupakan salah satu kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, yang menyaksikan pilihan raya kecil awal April. - Mstar

* Cukuplah buat kerja jahat itu. Perak huru hara disebabkan BN merampas kuasa secara tidak sah. Apapun keputusan mahkamah, speaker tetap Sivakumar dan ...

Anwar: Pakatan mahukan Batang Ai tawan Sarawak

Admin | 10:02 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM: Dalam amanat kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dilihat sebaga penyuntik semangat menjelang setahun selepas pilihan raya umum ke-12, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menggunakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai untuk menawan Sarawak.


Dalam masa terdekat ini, Penasihat PKR itu berkata, parti tersebut perlu memfokus Sarawak yang akan menyaksikan pilihan raya negeri.


Justeru katanya, strategi menawan negeri itu akan dimulakan dengar 'menggempur' Batang Ai pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.


"Saya yakin, kita mampu lakukannya kerana pada pilihan raya umum 8 Mac lalu... kita berjaya menawan Selangor, negeri yang begitu dihargai dan diserang Umno dan dalam masa setahun, kita telah buat pelbagai program yang lebih besar daripada Umno," katanya ketika menyampaikan amanat dalam majlis Amanat Harapan Rakyat di sini, hari ini.


Majlis tersebut dihadiri lebih 200 pemimpin PKR dari seluruh negara.


Anwar berkata, ini bukan masanya PKR serta dua lagi parti komponen Pakatan iaitu DAP dan PAS untuk berbulan madu.


Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, mereka harus lebih fokus untuk mengukuhkan parti dan merealisasikan pendekatan inklusif dalam PKR bagi memastikan parti itu terdiri daripada semua kaum.


"Kita bulatkan tekad kita untuk berbakti kepada rakyat bersama PAS dan DAP.


"Kita punya iltizam yang teguh untuk pastikan perubahan dan menunaikan janji untuk membawa harapan baru kepada rakyat," katanya.


Anwar berkata, asakan daripada BN dan Umno perlu dihadapi PKR dengan semangat dan keyakinan walaupun parti itu bukanlah sebuah parti yang kukuh dari segi kewangan.


"Kita telah buktikan sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kita tidak mempunyai dana yang banyak seperti Umno dengan jenteranya yang begitu besar.


"Bagaimanapun, kita tetap memperoleh kemenangan dan saya percaya, itu akan meneruskan semangat kita untuk berjaya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," katanya.


Katanya, Umno memainkan isu kaum, agama dan institusi beraja dalam propaganda politiknya yang sememangnya akan menyentuh sensitiviti kaum terutamanya Melayu.


"Umno menggunakan 3R iaitu race, religion dan royalty (kaum, agama dan istana) dan ini mudah mencungkil perasaan rakyat dan meresap ke dalam psikologi terutamanya kaum Melayu.


"Kalau rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka akan terperangkap dalam mainan politik ini dan pemikiran menjadi sempit dan kembali mundur," katanya.- Mstar

Najib: Sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan

Admin | 9:57 PM | Be the first to comment!
KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.


Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.


"Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar semalam yang berkata sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.


Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan."


Pada 13 Februari lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.


Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.


Walau apapun, Najib berkata yang penting ketika ini ialah kerajaan negeri Perak yang baru ditubuhkan itu memberi perhatian dan tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Yang mustahak kita beri tumpuan kepada kerja, untuk berkhidmat kepada rakyat, dalam konteks Perak ini, kita kena turun padang, kena tunjukkan kerajaan baru di Perak ini, kerajaan mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya. BERNAMA


* Akhirnya Najib melatah dan mengakui kerajaan Zambry masih tidak 'establish' kerana sedang menjadi kes mahkamah. Jika Speaker tidak boleh bertugas, sepatutnya budak suruhannya Zambry juga tidak boleh bekerja...

Kerajaan perlu tarik semula kebenaran guna kalimah Allah

Admin | 9:52 PM | Be the first to comment!
KEPALA BATAS: Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif. Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald The Catholic Weekly.


Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan "Allah" bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.


Perintah tersebut berbunyi: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian".


"Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim," kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari iniMohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini. BERNAMA


* Umno dilihat gagal mempertahankan agama Islam. Umpama kerajaan boneka yang tidak mempunyai kuasa dalam mempertahankan kesucian Islam.

Saiful syukur kes liwat Anwar ada kemajuan

Admin | 3:23 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Mohamad Saiful Bukhari Azlan berkata, dia bersyukur kerana kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kini memperlihatkan kemajuan.

Sama ada kes itu bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui 5 Mac ini.

"Setelah hampir enam bulan berbalah, saya bersyukur ke hadirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, perbalahan mengenai tempat untuk perbicaraan kes saya ini akan di muktamadkan juga.

"Semalam (kelmarin), Hakim Mohamad Zabidin Md. Diah telah menetapkan keputusan semakan perbicaraan akan diputuskan pada 5 Mac 2009 (Khamis ini).

"Pada saya, walau apa pun keputusan pada 5 Mac ini, saya reda kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu maha mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya," kata Saiful dalam blognya.

Bulan lalu, Saiful berkata, dia "kecewa" kerana kesnya telah ditangguh beberapa kali.

Dalam tulisan kali ini, Saiful berharap kesnya akan didengar tanpa penangguhan bagi membolehkan keadilan dipertahankan.

Pandangan bulan lalu itu dilontarkan beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi dijadual mendengar hujah rayuan pasukan pendakwaan memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen.

Kata Saiful, sebagai mangsa dia hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi menunaikan tanggungjawab iaitu memberi keterangan.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat barisan pendakwa raya dan pihak-pihak lain yang telibat diatas komitmen dan yang diberikan selama ini," katanya lagi.

Keputusan sama ada kes liwat itu bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui Khamis ini.

Ia diputuskan kelmarin oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas mendengar hujah-hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan selama dua berakhir kelmarin.

Anwar dituduh meliwat Saiful, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Pendakwaan memfailkan satu semakan serta satu permohonan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 7 November lalu, yang menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi setelah memutuskan bahawa sijil pemindahahan, ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, adalah sah.

Pembelaan telah mencabar kesahihan sijil pemindahan itu kerana Abdul Gani masih lagi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Mstar

* Baik dan soleh Saiful ini... kata-katanya macam ustaz. Kalau di sana ada yang mengatakan Saiful berpura-pura baik untuk mendapatkan simpati, itu menyamakan Saiful dengan sifat orang munafik (berpura-pura) dan mungkin juga itu ada benarnya.

Tidak sah, BN Perak persoal Speaker panggil sidang DUN

Admin | 3:14 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar Selasa ini.


Petang semalam, Sivakumar berkata, beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3 Mac bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.


Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang baru dilantik serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.


Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).


Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).


Dalam reaksi segera daripada para Exco, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.


"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.


"Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya kepada mStar Online.


Menurut beliau, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.


Jelas Ramly, tindakan Speaker hari ini adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Speaker sepatutnya perlu memberi notis selama 14 hari kepada ADUN sebelum memanggil sidang DUN.


Sementara itu, Dr Mah menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.


"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?


"Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.


Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

* MB Perak belum meletak jawatan tetapi Zambry gopoh ambil alih jawatan.

Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar - Malaysiakini

Admin | 3:06 PM | Be the first to comment!
Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

Pada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ.. - Malaysiakini

* Bertambahlah lagi sokongan kaum India terhadap PAS selepas ini.

18 ditahan dalam perhimpunan haram

Admin | 3:02 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Polis menahan 18 penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P Uthayakumar, ketika menyertai satu perhimpunan haram di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas masih enggan bersurai meskipun dua kali disembur air oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan itu adalah bagi membuat laporan polis beramai-ramai menuntut Uthayakumar diberikan rawatan lebih baik di dalam penjara.

Dianggarkan 200 orang terlibat dalam perhimpunan tanpa permit yang sebelum itu berarak dari Jalan Tun Sambanthan ke IPD terbabit kira-kira pukul 10 pagi.

- Utusan

Lulus cabutan judi, dedah tembelang sebenar Najib - Dr Hatta Ramli

Admin | 8:27 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Tindakan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada ahli parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberai kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan,

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.

* Janganlah bawa cerita seperti ini. Mana mungkin Umno/BN guna duit judi untuk biaya kebajikan, pendidikan dsb. Kalau benar tentu timbalan mufti wilayah orang yang pertama melenting.

Bantah guna perkataan ‘Allah’

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

* Apa kata mufti perak ketuai perhimpunan 100,000 umat bantah kegagalan Umno mempertahankan maruah agama Islam seperti A.Samad said mempertahankan Bahasa Melayu

Kristian boleh guna 'Allah'

Admin | 8:02 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'.''

Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katolik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

Sehubungan itu, Nizam berkata, permohonan semakan kehakiman kini telah menjadi akademik (tak terpakai).

Peguam Porres P. Royan yang mewakili pemohon Gereja Katolik memberitahu, dengan perkembangan terbaru itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan.

''Permohonan kami dibuat melalui Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, oleh itu kami perlu mengkaji perintah yang dikeluarkan kementerian tersebut sama ada ia boleh dimansuh atau dibatalkan dan kesan selanjutnya,'' katanya.

Menurutnya, jika pihaknya menerima baik penjelasan tersebut, sudah tentu kes semakan kehakiman itu tidak akan diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya dan pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah jika terdapat persetujuan kes itu secara baik.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan tujuh Majlis Agama Islam Negeri, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Majlis Gurdwara Malaysia sebagai pencelah dalam kes semakan kehakiman itu.

Tujuh Majlis Agama Islam Negeri terbabit ialah Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Hakim Bee Lan juga menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik menamakan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Gereja Katolik memohon perintah bahawa keputusan responden-responden pada 12 Februari 2008 berhubung larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly adalah salah di sisi undang-undang.

Gereja Katolik juga memohon perintah bahawa pihaknya berhak menggunakan perkataan Allah dan perkataan Allah tidak khusus kepada agama Islam. - Utusan

* Apa cerita ni Zahid Hamidi...

Mungkin ada yang percaya tetapi siapa?

Admin | 12:34 AM | Be the first to comment!
Tol ditangguh, tiada kaitan pilihan raya kecil - PM

HUA HIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini sehingga akhir tahun ini, tidak ada kena mengena dengan tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.


"Tidak, tidak," kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada ada keputusan yang dibuat kabinet hari ini ada kena mengena dengan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang akan diadakan serentak pada 7 April ini serta bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak, yang tarikh belum ditetapkan.


Abdullah, yang bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-14 di sini, berkata kerajaan sedia menampung bebanan melebihi RM500 juta bagi membayar pampasan kepada pemegangpemegang konsesi semata-mata kerana memahami beban yang perlu ditanggung oleh rakyat dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang.


Mengenai cadangan supaya kerajaan mengambil alih syarikatsyarikat konsesi lebuh raya, Perdana Menteri berkata ia perlu dikaji dengan teliti kerana kosnya amat tinggi sedangkan kerajaan juga perlu berbelanja untuk tujuan lain.


"Ini (pampasan) amat memberatkan kerajaan sebenarnya. Samasamalah kita memahami...apabila kita menghadapi masalah, kita kenalah juga berkorban," katanya.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengumumkan di Kuala Lumpur bahawa kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol itu kerana keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang dan bantahan daripada orang ramai.


Berikutan itu, kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM195 juta kepada PLUS, RM36 juta kepada Sprint, RM27 juta kepada Akleh, RM9 juta kepada Besraya dan RM20 juta kepada NPE untuk tempoh masa 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini, di samping RM245 juta yang telahpun dibayar kepada PLUS, Akleh dan Sprint sebelum ini.


Abdullah berkata beliau telah menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak semalam untuk meminta agar kabinet membincangkan semula perkara itu kerana kenaikan itu "tidak secocok dengan rancangan kerajaan untuk membantu rakyat melalui pakej rangsangan".


"Kita sekarang dalam waktu membantu rakyat dan kenaikan tol nampaknya menimbulkan tentangan yang kuat dan ramai orang tidak bersetuju.


"Ketika perbincangan Kabinet dua minggu lepas, satu cadangan (kenaikan) dibuat pada waktu situasi ekonomi kita tidak seberat yang kita hadapi hari ini...kalau ekonomi kita berat, adalah paling wajar cadangan kenaikan itu dibincang semula," katanya.


Sementara itu, di PUTRAJAYA, Kabinet hari ini memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya.


Beliau berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.


Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan akan menangguhkan kadar baru di Lebuhraya UtaraSelatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sehingga akhir tahun ini.


Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500,000 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai perkara itu pada sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di sini. BERNAMA

Karpal jika marah contohi sahaja Kinabatangan

Admin | 12:24 AM | Be the first to comment!

Pemuda enggan minta maaf isu Karpal

Pemuda Umno tidak akan meminta maaf ekoran tindakan sekumpulan anggota pergerakan itu yang didakwa mengepung pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen semalam.

Ketuanya, Datuk Hishammuddin Hussein berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menuntut pergerakan itu memohon maaf.

"Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit Raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku," katanya selepas menghadiri persidangan antarabangsa pemuda mengenai keganasan di ibunegara hari ini.

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menyampaikan titah diraja sempena persidangan tersebut petang ini.

Ditanya mengenai kejadian semalam, Hishammuddin yang juga menteri pelajaran berkata: "Saya tidak arah dan tidak tahu (kejadian semalam)... jadi tidak timbul isu minta maaf."

Sebaliknya ditanya sama ada pihaknya akan menuntut Karpal minta maaf kerana memanggil Pemuda Umno 'celaka', Hisham berkata: "Kalau minta pun, kita tahu dia tidak akan lakukan."

Ditanya sama ada kekecohan di Parlimen semalam akan menjejaskan imej Umno berkata, ia hanya membabitkan segelintir sahaja anggota Pemuda Umno.

"...tak sampai 15 hingga 20 orang, takkanlah tindakan segelintir itu akan menjejaskan imej kesemua Pemuda Umno dan Pemuda BN."

Hishammuddin juga mendakwa tindakan Karpal memanggil 'celaka' kepada Pemuda Umno sebagai satu provokasi. - Malaysiakini

Tol : Kerajaan tidak berani naik kerana pilihanraya kecil

Admin | 12:14 AM | 1 Comment
Kenaikan Kadar Tol Lima Lebuh Raya Ditangguh, Umum Najib

PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Kabinet hari ini memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Beliau berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan akan menangguhkan kadar baru di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai perkara itu pada sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di sini.

Najib turut menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya penangguhan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya itu ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah pada 7 April ini.

"Tidak ada kena mengena. Keputusan ini dibuat untuk kebaikan dan manfaat rakyat," kata Timbalan Perdana Menteri.

Semalam Mohd Zin mengumumkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya tersebut.

Beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Hua Hin, Thailand telah meminta Kabinet supaya menimbang semula kenaikan tol itu kerana ia tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

27 February 2009

Tol: Rakyat, YB, bekas menteri 'terkejut beruk'

Admin | 2:59 PM | 1 Comment

DALAM reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata, bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.

RAMAI TERKEJUT

Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tinggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.

Azmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kirakira Wang Negara, berkata beliau faham bahawa terdapat perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi yang mengizinkan kenaikan tol dibuat.

"Dalam perjanjian memang ada kenaikan tol oleh pengusaha tol, memang susah kerajaan nak elak. Kalau boleh kerajaan kaji dengan teliti supaya perkara ini tidak membebankan rakyat, " katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.

Wee turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) turut mempersoal kenapa kerajaan menaikkan tol di saat harga minyak sudah diturunkan.

"Ini satu perkara yang harus kita tolak. Kenaikan ini akan memberi tekanan kepada rakyat kerana harga barang-barang masih tidak diturun ditambah dengan kelembapan ekonomi sekarang, " katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eeng juga berkata, kenaikan kadar tol di lima lebuh raya menjelang 1 Mac ini adalah tidak wajar dan akan menambah beban rakyat terutama di tengah krisis ekonomi global semasa,

Beliau berkata sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk menaikkan kadar tol kerana rakyat semakin tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sudah pasti kenaikan itu akan memburukkan lagi keadaan.

"Kerajaan sepatutnya menunggu keadaan ekonomi kembali stabil ataupun setahun dua lagi untuk menaikkannya," katanya

Lim berkata sebaiknya kerajaan pusat membeli PLUS seperti yang beliau cadangkan sebelum ini, sebagai usaha membantu rakyat.

"Jika kerajaan pusat miliki Plus, rakyat tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol di masa depan terutama dalam keadaan genting seperti sekarang ini," katanya. / Bernama, Mstar

‘Saya pinjam pentas PAS’ - Dato’ A.Samad Said

Admin | 2:55 PM | Be the first to comment!

Kuala Terengganu - Dato’ A Samad Said rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’ sekiranya kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil.

Sasterawan Negara itu berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai ruang dalam perjuangan ini.

“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu.

“Tetapi harus diingat bahawa saya meminjam pentas untuk menyatakan sikap saya. Tidak ada pentas lain,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, hari ini.

Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan.

Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa.

Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian.

“Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.

“Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

“Saya tidak ‘dibeli’ tetapi saya berjuang kerana bangsa saya. Dari satu negeri ke satu negeri yang kami pergi dan kami memperjelaskan ini adalah ‘gerakan sopan’ dan bukan ‘gerakan garang’.

“Ini juga adalah gerakan hati nurani yang rata-ratanya mempercayai bahawa lidah bangsa (bahasa) itu harus dijaga bukan ‘ditetak’(bunuh),” ujarnya.

Katanya, jika kelantangan bersuara kerana berjuang dan mempertahankan bahasa ibunda (Melayu) itu dianggap tidak menguntungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan gelaran Sasterawan Negara mahu ditarik-balik.

“Saya bersedia dan apa juga gelaran (Sasterawan Negara) itu sebenarnya untuk sementara dan tidak menjadi masalah kepada saya jika, kerajaan mahu menarik-balik gelaran Sasterawan Negara.

“Dan yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang Sasterawan untuk melestarikan bahasa saya, bahasa ibunda (Melayu) saya,” ujarnya dalam siri ‘roadshow’ GMPPSMI ke negeri Terengganu.

Katanya, Kementerian terbabit telah melanggar Undang-undang dan Akta serta tidak sah disisi Perlembagaan Negara.

Hadir sama pada majlis siding media itu Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP), Mohamad Draman.

http://buletinonline.net

Rejim haram BN perintah secara zalim di Perak

Admin | 2:51 PM | Be the first to comment!
BN halang Nizar guna kemudahan, beri penerangan seluruh Perak

IPOH, 27 Feb (Hrkh) - Rejim 'haram' BN yang menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak kini menunjukkan 'taringnya' apabila Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin tidak dibenarkan menggunakan dewan serbaguna dan orang ramai dalam rangka kerjanya menerangkan isu sebenar kemelut politik di negeri ini kepada rakyat.

"Hari ini Dato' Seri dalam lawatannya ke seluruh Parlimen di negeri ini tidak dibenarkan premis kerajaan, dewan serbaguna, dewan orang ramai, padang dan program hanya dapat diadakan di premis sendiri saperti markaz." demikian pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki kepada Harakah hari ini.

Menurut beliau seawal perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), belia dan sebagainya.

Mereka hanya perlu membuat tempahan sama ada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Malah dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi Nizar mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, NGO atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut.

Umno turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Tetapi baru sahaja berkuasa sebagai kerajaan BN yang tidak sah, Nizar sudah tidak dibenarkan pulla menggunakan premis kerajaan.

"Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Umno dibenarkan menggunakaan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya.

"PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut, sekarang rakyat dapat melihat siapakah yang zalim," kata Misbah. - Harakahdaily

Celaka + Bodoh ? Apalah malang pemuda Umno

Admin | 2:46 PM | Be the first to comment!
Keselamatan Parlimen akan diperketat - Speaker

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam.


"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.


Petang semalam, suasana di pintu masuk ke bangunan Parlimen kecoh apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.


Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.


Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga mendapat campur tangan pihak keselamatan Parlimen.


Mengulas lanjut, Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.


Bagaimanapun katanya, mereka yang ingin melawat Parlimen tidak akan dihalang berbuat demikian.


"Pelajar-pelajar sekolah masih boleh mengadakan lawatan ke sini.


"Kita cuma mengadakan sekatan terhadap mereka yang dikesan boleh mengganggu atau mengancam ketenteraman dan keselamatan Parlimen," katanya.


Ditanya sama ada mereka yang menimbulkan kekecohan semalam akan disenaraihitam daripada memasuki kawasan Parlimen, beliau berkata, langkah itu tidak perlu namun katanya, pihaknya perlu bergantung kepada maklumat dan risikan pihak keselamatan.


Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia. - Mstar

Lebih mudah, masuk Islam sahaja

Admin | 2:34 PM | Be the first to comment!
Istilah Allah: Majlis gereja bantah KDN kenakan syarat baru - Malaysiakini

Majlis Gereja Malaysia (CCM) membantah syarat tambahan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu membenarkan penggunaan Allah dalam sebarang penerbitan agama tersebut.

"Syarat ini tidak adil dan satu bentuk larangan yang tidak perlu dalam pengamalan agama Kristian di negara ini," kata setiausaha agung majlis tersebut, Dr Hermen Shastri hari ini.

"Memperkenalkan syarat-syarat itu sebagai prasyarat untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut (seperti Allah, Kaabah, Baitullah dan solat) masih satu bentuk penghadan terhadap kebebasan beragama seperti tlah dijamin pada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Keadaan ini tidak boleh diterima."

Beliau mengulas langkah terbaru kementerian itu yang mengenakan syarat label "Untuk Penganut Kristian Sahaja" di semua penerbitan yang menggunakan nama Allah.

Label tersebut - bersaiz 16 jenis fon Arial berhuruf tebal - hendaklah dipaparkan di muka depan penerbitan Kristian seperti arahan KDN menurut Seksyen 22(1)(c) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Arahan yang dikeluarkan 21 Januari lalu itu berkuatkuasa mulai 16 Februari, kata Dr Hermen lagi.

KDN sejak penghujung 2007 mengharamkan penggunaan istilah Allah dalam mingguan Katolik, The Herald sehingga memaksa penerbitan itu menyeret kontroversi tersebut ke mahkamah.

Kes saman akhbar tersebut terhadap kerajaan akan disebut hari ini.

Dalam kenyataannya hari ini, CCM juga mempertikaikan tindakan KDN yang hanya melarang penganut Kristian, walhal penganut agama Sikh juga turut menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab sucinya.

Dr Hermen juga menyatakan rasa kesal apabila kerajaan tidak mengajak majlis itu mengadakan perbincangan sebelum memperkenalkan arahan terbaru itu.

CCM bagaimanapun berterimakasih kepada KDN kerana telah membenarkan perkataan Allah digunapakai untuk penerbitan selain Islam. - Malaysiakini

Jangan Pemuda Umno cepat melatah, nanti orang akan sangka ada benarnya celaka itu

Admin | 2:23 PM | Be the first to comment!
Pernahkah kita maki dia Singh celaka? - Exco Pemuda Umno

SHAH ALAM: "Pernah kita maki dia Singh celaka? Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka," itulah kata-kata anggota exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka".


Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.


Reezal Merican berkat,a Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.


Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata, Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.


"Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya. BERNAMA

Pemuda Umno cemari parlimen

Admin | 10:36 AM | Be the first to comment!

MP, Pemuda Umno gaduh Parlimen dicemari

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.


Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.


Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.


Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.


Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.


Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.


Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.


Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.


Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


CABAR-MENCABAR


Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.


Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.


Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.


"Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam.


"Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya.


KOMEN KARPAL, ANWAR


Sementara itu, dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada pukul 4 petang tadi, Karpal menyelar tindakan pihak yang cuba menakut-nakutkan beliau dengan ugutan sedemikian.


"Keadaan sebegini tidak patut berlaku. Kita tiada masa untuk masalah ‘gangster’ yang menakut-nakutkan ahli Parlimen di sini.


"Saya kecewa kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan ketika saya meminta bantuan dan tiada seorang pun membantu.


"Saya mungkin duduk di atas kerusi roda tapi saya tidak takut kepada sesiapa pun.


"Saya mempunyai tugas sebagai Ahli Parlimen dan saya akan tetap menjalankan tugas itu tanpa sebarang ketakutan," katanya.


Tegas Karpal, beliau mahu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan tegas ke atas isu tersebut.


"Saya tidak mahu retorik semata-mata. Saya mahu pihak berkuasa Parlimen dan Speaker mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Saya tidak mahu kejadian sebegini berulang lagi," ujarnya.


Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.


"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.


"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.


Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.


"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.


Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.


"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.


"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.


Sementara itu, Karpal dan Gobind Singh ketika dihubungi malam tadi masing-masing menafikan sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di bangunan Parlimen petang semalam.


"Saya belum buat apa-apa laporan kepada polis lagi setakat ini. Kita mahu lihat dulu bagaimana tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dan Parlimen dahulu,"kata Gobind kepada mStar Online malam tadi. - Mstar

Pemberontak letak senjata

Admin | 10:34 AM | Be the first to comment!
DHAKA 26 Feb. - Pemberontakan anggota pasukan keselamatan sempadan Bangladesh berakhir apabila mereka meletak senjata sepenuhnya di ibu pejabat BDR di sini.

Lebih 130 pegawai tentera dilaporkan hilang selepas pemberontakan itu, dan turut maut ialah ketua pasukan keselamatan sempadan Bangladesh, Mejar Jeneral Shakil Ahmed.

Jurucakap media Perdana Menteri Sheikh Hasina Wajed, Abul Kalam Azad memberitahu Reuters, semua anggota pemberontak telah menyerah diri bersama senjata mereka.

''Semua tentera terlibat telah pulang ke berek mereka. Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan semua tebusan juga sedang dibebaskan,'' katanya.

Pasukan keselamatan sempadan itu bersetuju menyerah diri selepas kerajaan menjanjikan pengampunan selain berjanji meneliti permintaan mereka.

Peletakan senjata itu juga dibuat selepas Hasina memberi amaran kepada anggota biasa Bangladesh Rifles (BDR) supaya menyerah diri secepat mungkin atau mereka bakal berdepan tindakan keras kerana memberontak.

Hasina seperti yang disiarkan stesen televisyen tempatan berkata, anggota BDR sengaja meletakkan diri mereka 'di jalan yang mungkin membawa kemusnahan' ekoran pemberontakan yang tercetus.

Hampir 50 pegawai tentera dipercayai terbunuh dalam pemberontakan yang bermula semalam.

Terdahulu, kerajaan mengarahkan perkhidmatan telefon mudah alih digantung di seluruh negara dalam usaha untuk membendung kekacauan itu.

Keganasan yang bermula di Dhaka itu merebak sekalipun pengampunan menyeluruh untuk askar yang memberontak ditawarkan oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina Wajed yang juga berjanji untuk menyelesaikan aduan mengenai gaji rendah dan kemudahan lain yang tidak memuaskan.

Ketua polis di negara miskin dan tidak stabil ini melaporkan, anggota biasa Bangladesh Rifles (BDR) memberontak di 12 daerah atau kira-kira satu perempat daripada zon yang menempatkan pasukan BDR.

"Mereka melepaskan tembakan membabi buta dan pegawai pemerintah mereka memberitahu saya, beliau telah melarikan diri dari kem," kata seorang ketua polis di daerah Moulivibazar, timur laut negara ini.

Seorang lagi ketua polis, Kamrul Ahsan dari pekan Satkania di tenggara melaporkan pertempuran sengit di sebuah pusat latihan BDR.

Para pegawai bertungkus-lumus untuk menamatkan pemberontakan awal yang bermula di ibu pejabat BDR di sini semalam, dengan sebahagian ibu negara ini sudah bertukar menjadi sebuah zon pertempuran.

Timbalan Menteri Kehakiman, Kamrul Islam berkata, askar BDR mula menyerahkan senjata di hadapan mereka, tetapi bilangan mereka kira-kira 15,000 orang dengan 12,000 daripadanya dipercayai bersenjata. - AFP / Agensi

Baju sahaja tukar, badan tetap sama - SPRM

Admin | 6:01 AM | Be the first to comment!
SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.

Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.

Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.

Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.

Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.

"Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

"Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

"Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.

"Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.

Habiskan duit rakyat

"Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya.

Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya.

"Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.

"Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.

"Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya.

Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.

Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.

Tindak tanduk Umno seperti gengstar

"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek, katanya.

Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

"Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai, katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

"Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya. - Harakahdaily

Tapisan ketat biasiswa luar negara

Admin | 6:00 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memantapkan lagi kriteria pemilihan pelajar untuk biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 memandangkan jumlah permohonan dijangka jauh melebihi tawaran.

Berdasarkan rekod JPA, pada tahun lalu sahaja sebanyak 15,220 permohonan diterima untuk merebut hanya 2,000 tempat pengajian luar negara.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya dalam satu kenyataan semalam berkata, kriteria pemilihan itu akan dinilai meliputi pencapaian akademik, penglibatan dalam kokurikulum, kedudukan sosioekonomi termasuk tanggungan keluarga dan prestasi temu duga.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan biasiswa yang disediakan tahun ini ialah 2,000 tempat sedangkan jumlah yang memohon terlalu ramai.

"Mulai tahun ini, panel temu duga dilantik daripada pegawai kerajaan pelbagai profesion dan kaum mengikut bidang tajaan. Misalnya, pelajar yang memilih bidang perubatan atau kesihatan akan ditemuduga oleh pegawai perubatan, pergigian atau farmasi yang terdiri dari pelbagai kaum,'' katanya.

Anggota Pemuda Umno akan dibicara kerana menghuna dewan rakyat

Admin | 5:56 AM | Be the first to comment!
Jawatankuasa Siasat Aduan Karpal Singh Ditubuh

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat aduan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai perbuatan menghina dewan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Pengerusi, dan timbalannya Datuk Dr Ronald Kiandee selaku Timbalan Pengerusi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR-Subang), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), katanya semasa membentangkan usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa berkenaan boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Penubuhan jawatankuasa itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, iaitu majlis mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor," katanya.

Terdahulu, Pandikar Amin menolak usul yang dikemukakan Karpal yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan waran tangkap bagi menahan dua individu yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen petang tadi mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Karpal memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Mat Salleh serta Ketua Pemuda Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin, dan kedua-dua mereka perlu dihadapkan ke dewan bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau membangkitkan perkara itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen hari ini di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Pada pukul 2.30 petang tadi, sekumpulan 15 anggota Pemuda Umno Selangor menghalang Pengerusi DAP itu daripada memasuki bangunan Parlimen dengan menuntut Karpal supaya memohon maaf kerana mendakwa Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya.

Peristiwa itu menimbulkan suasana tegang selama 15 minit apabila berlaku cabar mencabar antara anggota Pemuda Umno dengan beberapa anggota Parlimen DAP termasuk anak Karpal, Gobind Singh Deo, yang juga anggota Parlimen Puchong.

Pandikar Amin berkata usul mengikut Peraturan Mesyuarat 80A lebih sesuai dikemukakan dan beliau sudahpun menerima notis daripada Mohamed Nazri berhubung perkara itu.

"Saya sebagai Speaker telah memikirkan soal ini dan saya terpaksa ambil tindakan tegas terhadap apa yang berlaku. Keputusan saya ini muktamad. Ruling (ketetapan) yang diminta (menurut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P)) adalah tidak berkenaan.

"Ini kerana saya tidak boleh keluarkan waran tangkap terhadap orang yang belum dibicarakan. Bagi saya tidak boleh ikut kerana dalam fikiran saya Peraturan Mesyuarat 80A sesuai, itu pendapat saya dan ia muktamad," katanya.

Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di Lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin sebelum persidangan Parlimen berakhir.

"Mereka akan bermesyuarat secepat mungkin, (dan) apabila mereka bermesyuarat, mereka akan membuat keputusan yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan sekali lagi," katanya.

Ketika ditanya sama ada jawatankuasa itu akan berbincang seperti inkuiri awam, Mohamed Nazri berkata: "Mereka akan melakukan apa jua yang perlu dilakukan, termasuk memanggil pihak yang terbabit (termasuk) polis. Selepas itu, mereka perlu membuat keputusan."

Beliau berkata Jawatankuasa itu mempunyai kuasa untuk memberi hukuman denda maksimum RM1,000 jika inidividu yang terbabit didapati bersalah.

-- BERNAMA

Menuduh SPRM lembu tidak berasas, sudah tentu SPRM akan menyiasat Najib

Admin | 5:48 AM | Be the first to comment!
Buat laporan palsu akan didakwa

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mereka yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan akuan bersumpah.

“Mereka akan terima padahnya,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Mesyuarat Peringkat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) mengenai Jaminan Makanan di sini hari ini.

Najib mengulas tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuat aduan kepada SPRM mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat di pejabat SPRM Perak di sini.

Antara lain mereka mendakwa pernah ditawarkan antara RM3 juta dan RM20 juta selain jawatan tertentu dalam kerajaan negeri.

Najib menegaskan, UMNO atau BN tidak mempunyai duit sebanyak itu untuk ditawarkan kepada sesiapa pun.

“Kita tidak ada duit, mana UMNO dan BN ada RM20 juta, ini mengarut,” jelasnya yang akan menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan kedua-dua ADUN PKR itu.

Mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib memberitahu, beliau tidak ada membuat tawar menawar kepada sesiapa pun.

Ditanya dakwaan kedua-dua ADUN terbabit bahawa mereka mempunyai bukti kukuh, katanya, sudah tentu mereka akan berkata begitu.

“Biarlah suruhanjaya siasat dan seperti saya kata, jika mereka membuat laporan palsu, mereka akan menghadapi padahnya,” katanya. - Utusan

26 February 2009

Menyerang OKU, Pemuda Umno dilihat menunjukkan kebaculan di Parlimen

Admin | 9:12 PM | Be the first to comment!

Isu karpal MP, Pemuda gaduh di Parlimen

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno Selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'kasar' semalam.


Insiden pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.


Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.


Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.


Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.


Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.


Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.


Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.


Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.


Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.


Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.


“Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam. Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani,"katanya. - Mstar

Kenaikan tol bukti kerajaan tidak prihatin masalah rakyat

Admin | 8:56 PM | Be the first to comment!
Penyokong kerajaan turut bantah kenaikan tol

Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuhraya bermula 1 Mac ini.

Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya, lapor Bernama.

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuhraya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.

Rasa terkilan

Azmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berkata beliau faham bahawa terdapat perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi yang mengizinkan kenaikan tol dibuat.

"Dalam perjanjian memang ada kenaikan tol oleh pengusaha tol, memang susah kerajaan nak elak. Kalau boleh kerajaan kaji dengan teliti supaya perkara ini tidak membebankan rakyat, " katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.

Wee turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) turut mempersoal kenapa kerajaan menaikkan tol di saat harga minyak sudah diturunkan.

"Ini satu perkara yang harus kita tolak. Kenaikan ini akan memberi tekanan kepada rakyat kerana harga barang-barang masih tidak diturun ditambah dengan kelembapan ekonomi sekarang, " katanya.

'Kenaikan tidak wajar'

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kenaikan kadar tol di lima lebuhraya menjelang 1 Mac ini adalah tidak wajar dan akan menambah beban rakyat terutama di tengah krisis ekonomi global semasa.

Beliau berkata sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk menaikkan kadar tol kerana rakyat semakin tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sudah pasti kenaikan itu akan memburukkan lagi keadaan.

"Kerajaan sepatutnya menunggu keadaan ekonomi kembali stabil ataupun setahun dua lagi untuk menaikkannya," katanya kepada pemberita semasa mengulas pengumuman kenaikan kadar tol hari ini.

Lim berkata sebaiknya kerajaan pusat membeli Plus seperti yang beliau cadangkan sebelum ini, sebagai usaha membantu rakyat.

"Jika kerajaan pusat miliki Plus, rakyat tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol di masa depan terutama dalam keadaan genting seperti sekarang ini," katanya. - Malaysiakini

Khir Toya terus ditelanjang

Admin | 8:53 PM | Be the first to comment!
MB S'gor gali lagi 'kesalahan' Khir

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini menggali satu persatu 'kesalahan' menteri besar terdahulu Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Kali ini, Dr Mohd Khir didakwa mendapat faedah dan imbuhan selaku pengerusi PNSB sebelum itu – termasuk kemudahan kereta berjenama Toyota Harrier, bersama pemandu – tetapi perkara itu didakwa gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

“Sekumpulan penasihat lantikan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini, Dr Mohd Khir pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006.

“Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang taksiran (EA) yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini,” kata kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor hari ini.

Kenyataan itu juga mendakwa, PNSB turut menanggung penggunaan petrol dan penyenggaraan kereta Toyota tersebut.

“Sehubungan itu, MBI hari ini mengarahkan PNSB menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada LHDN,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Abdul Khalid, yang juga pengerusi MBI dan PNSB berpendapat, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan GLC Selangor tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Implikasi kewangan

Pejabat menteri besar juga mendedahkan, selama beberapa tahun, PNSB memberikan kemudahan kepada kakitangannya – termasuk pengerusi dan ahli lembaga pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut.

Kemudahan itu termasuk kereta dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara, tambah kenyataan itu.

“Menteri besar menyedari keprihatinan kakitangan PNSB terhadap implikasi kewangan akibat pengurusannya gagal mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA.

“Beliau meminta kakitangan PNSB bersabar sementara menunggu tindakan LHDN mengenakan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut.

Semalam, Abdul Khalid berkata, lembaga pengarah PNSB sekarang mendapati terdapat kepincangan dalam pembelian hartanah 'Al Marwa Tower Makkah' di bawah nama menteri besar ketika itu, Dr Mohd Khir - yang dibangkitkan oleh auditor luar.

Abdul Khalid juga mendakwa pembelian 12 unit pangsapuri itu melibatkan transaksi RM25 juta, sedangkan lembaga pengarah didakwa hanya meluluskan kira-kira RM8 juta untuk membeli lima unit tersebut.

Angkatan Muda PKR petang semalam – diringi seekor lembu – turut memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) di Shah Alam di samping menyerahkan semula 20 aduan lama terhadap Dr Mohd Khir yang didakwa tidak disiasat secara profesional oleh suruhanjaya itu. - Malaysiakini

Selamatkan bahasa Melayu daripada dihancurkan oleh PPSMI anjuran kerajaan BN

Admin | 8:48 PM | Be the first to comment!
PIBG seluruh negara bantah PPSMI - Malaysiakini

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

"Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

"Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

"Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.

"Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI.

"(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.

Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.

Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan".

"Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.

Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR dan PAS. - Malaysiakini

Kenaikan tol akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN

Admin | 8:46 PM | Be the first to comment!
Abdullah Minta Kabinet Timbang Semula Kenaikan Tol

PATTAYA, 26 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini, Khamis.

Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej ransangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambilkira keadaan sekarang, katanya.

-- BERNAMA

Anwar Ibrahim meliwat budak itu ? - Azizah Mahzan

Admin | 12:14 PM | Be the first to comment!
Azizah: Saya boleh bersumpah tiada hubungan langsung dengan Zaefrul!

KECUAIAN akibat terlalu mempercayai orang lain, akhirnya mengundang padah kepada aktres Azizah Mahzan, 45, apabila gambar koleksi peribadi yang disimpan di dalam ‘thumbdrive’nya dimanipulasi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Baru-baru ini, gambar-gambar intimnya dengan pelakon Zaefrul Nordin, 43, disebarkan di internet lalu Azizah dihentam habisan-habisan menunjukkan ramai yang menentang perlakuan dua pelakon drama episod Spa Q 2 itu.


Bukan itu sahaja, Azizah berkata gambar peribadinya yang lain turut disebarkan seolah-olah mencabuli privasinya.


Lebih mengharukan, aktres yang mesra dengan panggilan Kak Zi ini telah dipandang serong oleh penduduk di Kampung Tampin ketika dia terlibat dengan sesi pengambaran sebuah drama.


"Saya berasa malu apabila dipandang serong oleh penduduk kampung di tempat saya melakukan pengambaran drama ini.


"Diikutkan, gambar-gambar tersebut hanya disebarkan di internet. Jadi, saya pasti dikalangan makcik-makcik di sana mungkin tidak tahu tentang internet.


"Tetapi akhirnya mereka boleh tahu juga tentang gambar-gambar itu setelah beberapa akhbar menyiarkan gambar saya dan Zaefrul.


"Daripada orang tak tahu tentang hal ini, mereka sudah tahu termasuklah orang di Ulu Tembeling," komen Azizah selepas beberapa lama mendiamkan diri.


Jika Zaefrul sebelum ini memberikan alasan dia terlupa batasan kerana menganggap aktres itu ibarat kakaknya, Azizah pula akui dia berasa teraniaya tetapi dalam masa yang sama pasrah dengan apa yang terjadi.


"Saya rasa teraniaya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menyebarkan gambar itu.


"Apa yang saya tahu, gambar-gambar itu diambil daripada ‘thumbdrive’ saya.


"Apabila kawan-kawan saya ingin melihat gambar yang kami ambil di Langkawi itu, tanpa teragak-agak terus saya memberikan ‘thumbdrive’ yang mengandungi banyak koleksi gambar saya itu.


"Selain itu ada juga yang bertanya, ‘Akak, boleh tak saya nak dapatkan salinan gambar untuk dibuat ‘props’’. Saya pula jenis jujur, jadi saya terus kata, ‘Ambillah ‘thumbdrive’ ni dan pilihlah gambar yang sesuai’.


"Bagaimanapun, saya tidak mahu menuduh sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu kerana menganggap diri saya tidak bermusuh dengan sesiapa.


"Saya ni jenis kalau orang datang lambat atau sebagainya, saya akan tegur depan-depan. Saya tak tahulah jika ada yang berdendam dengan saya.


"Bagaimanapun, saya sudah maafkan orang yang sengaja menyebarkan gambar itu dengan niat hendak memalukan saya. Saya terima dan pasrah dengan apa yang berlaku," luah Azizah ketika dihubungi semalam.


Dimaklumkan, kebanyakan gambar intim Azizah dan Zaefrul dirakamkan ketika mereka meluangkan masa bersama rakan artis dan krew produksi yang terlibat dengan pengambaran drama bersiri Spa Q di Langkawi.


Menurut Azizah, antara gambar intim seperti dia duduk di atas riba Zaefrul hanyalah gambar yang diambil untuk dijadikan ‘props’ drama Spa Q 2 kerana di dalam drama itu mereka melakonkan watak sepasang suami isteri.


Kebanyakan gambar yang diambil melibatkan Azizah dan Zaefrul juga diambil secara ‘candid’ dan disebabkan itu, dia menganggap orang lain boleh memberikan pelbagai tanggapan sehingga mendakwa mereka mempunyai ‘hubungan’.


Diaju tentang dakwaan tersebut, sama seperti Zaefrul, Azizah turut menafikan hal itu.


"Saya tidak mempunyai ‘hubungan’ langsung dengan dia. Saya dah jelaskan sebelum ini. Jadi, orang nak saya buat apa lagi?.


"Takkan nak saya bersumpah seperti budak yang diliwat oleh Anwar Ibrahim itu. Tetapi, saya boleh bersumpah kalau mereka nak.


"Saya berani bersumpah kerana memang kami macam adik-beradik sahaja," jelasnya.


Azizah akui kontoversi yang melanda ini boleh menjejaskan karier seninya lalu ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini berharap supaya orang lain berhenti dari menyebarkan gambar-gambar itu.

"Saya bukan seorang cikgu untuk memberikan pengajaran kepada sesiapa. Tetapi jika orang lain rasa hal ini salah dan mengaibkan, mereka sepatutnya berhenti dari menyebarkan gambar-gambar itu.


"Jika mereka rasa tidak mahu memberikan orang lain tahu tentang hal itu, gambar-gambar itu tidak sepatutnya disebarkan sehingga keluar di akhbar.


"Misalnya dulu jika saya mendapat gambar artis lain yang mengaibkan, saya tak pernah sebarkan. Saya fikir kalau buat macam tu hanya tambah dosa. Dosa saya yang sebelum ni pun sudah banyak dan belum terampun....


"Jadi, selepas ini saya tak nak terlibat lagi dengan hal ini. Biarlah media nak tulis apa-apa tentang saya bagi melariskan akhbar dan majalah mereka.


"Saya akui yang semuanya datang daripada kesilapan saya yang terlupa, tidak kisah dan mempercayai orang lain sehingga tidak menyangka hal sebegini akan berlaku.


"Selain itu, saya juga mengakui kesalahan saya yang lupa diri dan lupa kepada Tuhan. Tetapi, orang lain yang menyebarkan gambar serta merekacipta pelbagai andaian dan syak wasangka juga perlu ingat tentang kesalahannya dengan Tuhan. Hal itu lagi teruk, tetapi saya akui yang saya bukan Tuhan.


"Jika saya kata tiada apa-apa, jadi tiadalah. Kami memang tidak mempunyai apa-apa ‘hubungan’ walau seintim mana pun gambar kami diambil," tegas Azizah.


Tambahnya, dia juga sudah serik memberikan komen kerana orang akan tersalah anggap dan memutarbelitkan komen yang diberikan.


"Saya rasa malas nak bercakap dengan sesiapa pun sebab saya sudah jelaskan tentang gambar tersebut sebelum ini.


"Saya tak suka cakap perkara yang sama. Apabila saya cakap macam ni, korang cakap macam ni. Jadi, saya rasa malas nak memberikan apa-apa komen lagi.


"Saya tak minta pun orang lain kasihankan saya. Saya tak rasa rugi apa-apa pun.


"Tetapi, orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu mesti rasa bahagia dan selepas ini bukan saya sahaja yang akan menjadi mangsa malah mungkin ramai artis lain lagi yang kena.


"Tiada apa-apa yang saya boleh katakan termasuk menafikan gambar tentang gambar tersebut.


"Saya lebih suka biarkan apa yang orang nak kata dan jangka apa-apa tentang gambar itu.


"Jika orang itu rasa gembira apabila melihat gambar itu dan menceroboh kehidupan privasi orang lain, terpulanglah.


"Saya bukannya jenis sukakan publisiti di dalam industri seni ini. Jadi, saya tak nak terlibat dengan apa-apa yang melibatkan publik dan publisiti.


"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen dan hanya biarkan apa yang berlaku ini dengan mereka," ulas Azizah yang turut merasakan dirinya ‘disabotaj’.


Jelas Azizah, selepas ini, dia akan lebih mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.


"Kalau orang meminta gambar saya untuk dijadikan ‘props’ dan sebagainya, saya nak mereka ambil sendiri gambar itu dan tidak akan sekali-kali dengan mudahnya memberikan ‘thumbdrive’ saya kepada orang lain," akhirinya yang masih berkawan dengan Zaefrul dan isteri selepas hal ini terjadi. - Mstar