20 September 2009

Beberapa kelompok di Indonesia sambut raya awal

JAKARTA 19 Sept. - Walaupun majoriti umat Islam di Indonesia masih menunggu pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa yang dijangka disambut esok, namun sudah ada sekurang-kurangnya tiga kelompok di negara ini yang sudah menyambutnya hari ini.

Kelompok Jemaah An-Nazir di Gowa, Sulawesi Selatan menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini di mukim mereka di Kampung Butta Ejayya dengan diimamkan oleh ketuanya Lukman A. Bakti.

Laporan agensi berita Antara memetik Lukman sebagai mendakwa bahawa jemaahnya berjumlah 10,000 orang. Mereka mula berpuasa lebih awal dan semalam genap 30 hari mereka berpuasa.

Satu kelompok lagi, Jamaah Al Muhthor di Desa Wates, Tulungagung, Jawa Timur juga menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini.

Media massa online tempatan juga melaporkan beribu-ribu jemaah Tarikat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat juga telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini. - BERNAMA

* Terlebih pandai.

No comments:

Post a Comment