19 June 2009

Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketiga

NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim sebelum itu mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Speaker DUN, Datuk Mohd. Ali Hassan dan anggota DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa Singapura berminat untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Changi di negara berkenaan dan bahagian timur Johor iaitu di Pengerang.

Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diutarakan dalam pertemuan Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Singapura pada 22 Mei lalu.

Pembinaan jambatan ketiga itu dilihat sebagai satu cadangan yang mendatangkan banyak faedah kepada Malaysia dan Singapura kerana dengan adanya jambatan ketiga itu, kawasan timur Johor seperti Pengerang dan Mersing hingga Kuantan, Pahang dan Terengganu dapat dibangunkan dengan lebih pesat.

Selain itu, pembinaan jambatan ketiga itu juga dilihat mampu merancakkan lagi projek pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berpendapat, pandangan dan titah Sultan Iskandar itu wajar dipatuhi.

- Utusan

* Lawan dianggap derhaka

3 comments:

  1. Hamba Yakin dan Cukup Pasti DS Najib tak akan jadi Pak Pandir untuk MOHON DERHAKA dan org UMNO tak akan tido di tengah jalan

    ReplyDelete
  2. NIZAR SUDAH KRONIK,TANJUNG RAMBUTAN TAK TERIMA,JIKA DIBIARKAN MUNGKIN BEJALAN TELANJANG SAMBIL PUNGUT SAMPAH DIJALANAN..MBK MENANGIS LAGI..KASIHAN SUNGGUH TEMAN..AYUH UMNO TERUSKAN BERMAIN POLITIK DAN LAYAN UST NASHA BAIK2.JGN LEPASKAN PELUANG TERHIDANG.BUAT BAIK MACAM MANA SEKALIPUN KITA TETAP YANG JAHAT..ALANG2 BUAT JAHAT,BIAR...............

    ReplyDelete
  3. Bolehkah ahli dan pemimpin UMNO menerima kenyataan bahawa Sultan Johor tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura....?

    Mungkin DS Najib tidak akan menjadi Pak Pandir untuk MOHON DERHAKA dan org UMNO tak akan tido di tengah jalan, tapi DS Najib akan suruh ahli UMNO jadi lanun menyerang Sultan Johor dengan berbagai tekanan dan ancaman seperti mana yang telah dilakukan terhadap Sultan Perak.

    BUAT BAIK MACAM MANA SEKALIPUN KITA TETAP YANG JAHAT..ALANG2 BUAT JAHAT,BIAR...............jadi penjenayah..!!

    Kita sama-sama tunggu dan lihat tindakan UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Johor yang seterusnya..

    ReplyDelete