23 June 2009

Skrip 'wayang perpaduan' dedah PAS bukan lagi parti survival orang Melayu


PAS menutup cerita ‘wayang perpaduan’ yang skripnya ditulis Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penamatnya pada Isnin, apabila PAS bersama sekutu mereka, PKR dan DAP sepakat menuduh idea pakatan perpaduan itu adalah fitnah, tohmahan jahat serta usaha terdesak UMNO dan Barisan Nasional.

Kononnya kerajaan terdesak dan tergugat dengan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat.

Sekaligus, ketiga-tiga parti itu mengulangi komitmen untuk terus memperkasakan pembangkang bagi membentuk kerajaan yang akan datang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula pada petang sama menunjukkan dirinya yang sebenar apabila turut menuduh UMNO mempolitikkan isu kerajaan perpaduan manakala media perdana membesar-besarkannya.

Apakah Menteri Besar Kelantan itu mahu jadi sesumpah yang kerap berubah warna bila berdepan musuh?

Jika Ahad Nik Aziz yang selama ini keras menentang idea yang diluahkan Hadi tetapi kata beliau sudah beristiqamah dan mahu idea kerajaan perpaduan ikut saluran yang betul kenapa petang Isnin istiqamahnya mulai terpesong?

Antara jawapannya kenapa beliau mulai berlembut dengan kenyataan Ahad mungkin kerana selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barangkali ada yang tersirat disebalik kenyataan lembut Nik Aziz itu tambahan pula, Anwar bukanlah calang pemimpin jika tidak sentiasa memikirkan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang termasuk dirinya.

Ada yang berpendapat, Nik Aziz bertindak demikian kerana khuatir pemimpin PAS dan ahli yang bersetuju dengan idea Hadi tidak akan menyokong kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Dalam PAS sebelum ini timbul desas desus kononnya kumpulan yang menyokong gagasan Hadi tidak dibenarkan turun ke Manek Urai malah poster Presiden PAS itu dikatakan juga tidak akan dipasang ketika berkempen.

Para pemerhati politik berpendapat, sebab ini ada benarnya berdasarkan kenyataan Nik Aziz selepas perjumpaan khas di ibu pejabat parti itu petang Isnin.

Selepas selesai membaca kenyataan empat baris berhubung perjumpaan itu yakni menyalahkan UMNO, menyokong keputusan pemimpin atasan PKR dan DAP yang menolak idea kerajaan perpaduan serta menarik balik kecaman terhadap Nassharuddin Mat Isa berkaitan isu itu, Nik Aziz menegaskan:

“Selepas ini semua pemimpin PAS yang ada akan turun kempen di Manek Urai,”.

Kenyataan itu merujuk kepada Hadi, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh dan Datuk Dr Haron Din yang hadir perjumpaan tersebut.

Pengumuman Nik Aziz itu tidak terkandung dalam kenyataan empat baris yang diedarkan kepada media selepas perjumpaan itu.

Nampaknya, PAS amat bimbing berdepan UMNO di Manek Urai.

Umum tahu, ketika parti itu nampak mulai pecah dengan idea kerajaan perpaduan serta tewasnya geng Erdogan pada pemilihan dalam muktamar PAS baru-baru ini, sekutu mereka, PKR dan DAP mulai meragui PAS.

Mahu atau tidak, demi mendapatkan sokongan PKR dan DAP di Manek Urai, Pas akhirnya memilih membelakangkan masa depan orang Melayu dan Islam di negara ini dengan menolak idea kerajaan perpaduan.

Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa 'UMNO kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur.

Kerana riak juga Nik Aziz semalam mahu UMNO minta maaf sebagai salah satu syarat menjayakan perbincangan kerajaan perpaduan.

Ada pemerhati yang berpendapat sebenarnya ada hikmah disebalik keputusan PAS menolak idea yang dibuat pemimpin mereka sendiri.

Walaupun ianya bukan ibarat meludah ke langit, tetapi ianya membuka pekung di dada pemimpin PAS dan membuktikan bahawa parti itu bukanlah berjuang untuk orang Islam dan Melayu di negara ini.

Barangkali mereka masih berpegang bahawa kerjasama dengan UMNO yang mempunyai komponen daripada parti orang Cina dan India adalah ‘kafir’.

Bagi PAS, merekalah paling arif hukum hakam agama dengan pemimpin yang tidak pernah buat salah.

Kini PAS samalah macam PKR dan DAP.

Pengundi di Manek Urai kini boleh menilai perjuangan sebenar parti yang sudah mulai terkeluar daripada landasan perjuangan yang pernah dipertahankan pemimpin terdahulu termasuk allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil sepanjang hayatnya dikatakan tidak pernah menutup pintu rundingan termasuk dengan UMNO tetapi Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang cukup phobia dengan usaha perpaduan ini. Dan Isnin semua skrip wayang kerajaan perpaduan –lengkap sudah!

Dalam erti kata lain, kini PAS tidak lagi boleh dianggap parti yang boleh menjamin survival orang Melayu.

Dan UMNO walaupun dilihat lemah, sebenarnya masih mampu memastikan nasib orang Melayu terus terbela.

- Agenda Daily

* Tiada muafakat kepada kezaliman

6 comments:

  1. Betul betul...betul.!Umno lagi-lagi tidak boleh dianggap boleh menjamin survival orang Melayu.Habis "Jambatan ke-3" untuk siapa?

    Umno hanya mampu memastikan nasib orang Iban,Murut,Kadazan dan lain-lain terbela seperti di Batang Air !- Mereka antara golongan yang memastikan "survival" Umno !

    ReplyDelete
  2. betul betul betul ??!! muafakat dgn kafir dap lg bagus..x payah cerite le lg survival melayu.

    ReplyDelete
  3. kafir dap pun sokong islam, bayangkan nak letak mana umno

    ReplyDelete
  4. UMNO LAGI TERUK DARI DAP. UMNO = YAHUDI = KOMUNIS. IMEJ DAP TERUK PUN SEBAB UMNO MEMPERBODOHKAN RAKYAT (AHLI UMNO AJE LA) MELALUI MEDIA UMNO. TAPI HAKIKATNYA PERJUANGAN DAP + PKR + PAS...JAUH LEBIH BAIK DARI UMNO. DAP + PKR + PAS NAK ISA DIHAPUSKAN SEBAB DLM ISLAM TIADA UNDANG-UNDANG SEBEGITU MENAHAN ORG TANPA BUKTI DAN MENGHALANG TAHANAN DARI MENGERJAKAN SEMBAHYANG JUMAAT. MEMANG SAH UMNO TAK TAHU NAK LETAK KAT MANA???? BABI LAGI MULIA DARI UMNO. AHLI UMNO BAWAHAN ASYIK DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA. KHALID BARU CADANGKAN 5% UITM BUKA UTK STUDENT LUAR...UMNO DAH MEROYAN. SEKARANG 30% EKUTI BUMIPUTRA DAH DIHAPUSKAN TAPI AHLI UMNO MACAM DAH TERKENA MAKAN NASI KANGKANG....DIAM MEMBATU. PEMIMPIN UMNO SUKA BILA AHLINYA BODOH KERANA SENANG NAK TIPU...TENGOK AJE AHLI UMNO DITIPU DGN ANDAIAN DAP PARTI JAHAT SEDANGKAN DAP LAH YG MENYELAMATKAN ANAK DARA MELAYU DARI TERUS DIPERKOSA OLEH PEMIMPIN MELAKA??????

    ReplyDelete
  5. BETUL...BETUL...BETUL..... Bekas tahanan ISA ada maklumkan mereka didera mental dan ada tahanan islam tak dibenarkan sembahyang 5 waktu apatah lagi sembahyang jumaat. Ada juga bila ibu tahanan meninggal, si tahanan tak dibenarkan melihat ibunya sendiri utk kali terakhir. Lihatlah inikah UMNO yg lebih baik dari DAP???? Betul kata Anon hanya ahli UMNO TOLOL aje boleh diperbodohkan pemimpin UMNO. rakyat dah bijak sekarang...lihatlah mana-mana Pilihanraya UMNO kalah (5 - 0). Sah lah UMNO akan hapus selepas PRU13. betul juga kata Anon, DAP imejnya teruk sebab UMNO memainkan peranannya melalui medianya utk memburukkan imej DAP sedangkan sesiapa yg dah duduk semeja berbincang tentang agenda DAP sudah pasti mengatakan UMNO lebih jauh teruk berbanding dgn DAP. Lihat saja kes anak melayu yg diperkosa pemimpin melaka...yang perjuangan adalah DAP...tapi yg kena tangkap DAP juga. Mana dia UMNO???? bila anak melayu diperkosa????

    ReplyDelete
  6. Betul...media BN yg memburukan imej DAP. lihat sahaja pilihanraya diPenanti...tiada langsung liputan media kerana UMNO memboikot Pilihanraya Penanti tersebut. Mana ada sebuah kerajaan memboikot pilihanraya negeri di dunia nie????

    ReplyDelete