20 June 2009

Nizar fail rayuan, pohon didengar 11 hakim

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.

Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.

Nizar tiba di mahkamah di Putrajaya pada jam 3.05 petang dan diikuti oleh peguamnya, Leong Cheok Keng 10 minit kemudiannya.

Beliau memfailkan rayuannya walaupun tidak memperolehi penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, rayuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam penghakiman lisan oleh panel tiga hakim hampir sebulan lalu, pada 22 Mei.

- Malaysiakini

2 comments:

  1. Salam Rakyat..HIDUP DRNIZAR..HIDUP SIVAKUMAR..HIDUP PAS..HIDUP DAP..HIDUP TGNA..HIDUP KARPAL..UMNO JAHATTTT..BN JAHATTT..UST NASHA JAHAT..tetapi mereka ada lupa SAMY VELLLLU lagi jahat

    ReplyDelete
  2. helo anon 941..ko lupa nak gramatiskan ayat..ayat ko sepatutnya..HIDUP DS NIZAR ADALAH UNTUK MENJADI MB BONEKA DAP.. HIDUP SIVAKUMAR KERANA KERAJAAN BN TELAH MEMBERIKAN SEGALA BANTUAN SEHINGGA DIA BERJAYA MENJADI SEORANG PEGUAM..HIDUP KARPAL KERANA AHLI2 PAS MASIH TETAP MEMUJANYA WALAUPUN DIA MENENTANG KERAS HUDUD PAS ..SEKIAN WALLAHUALAM

    ReplyDelete