26 June 2009

Nik Aziz tidak patut kelirukan rakyat - Tengku Razaleigh

KUALA KRAI 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kenyataan Nik Aziz yang dibuat pada satu ceramah di Manek Urai lima hari lepas, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa Pas bersama BN.

“Pas pun parti politik seperti UMNO dan kita (UMNO) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

“Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihan raya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN.

"Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Manek Urai di sini, hari ini.

- Bernama

* Apa kata jemput Tok Guru berdebat siaran langsung

No comments:

Post a Comment