21 June 2009

Nik Aziz tidak diberi penjelasan

ALOR GAJAH 20 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang keras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya oleh pihak yang mencetuskan idea itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Nik Abdul Aziz mungkin bersikap sedemikian disebabkan tidak menerima maklumat yang tepat dan keliru dengan cadangan itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea itu bertemu dengan Nik Abdul Aziz bagi memberi gambaran jelas tentang cadangan yang dikemukakan.

"Ini kerana saya yakin Nik Abdul Aziz akan sokong hasrat kerajaan perpaduan ini kerana beliau sendiri pernah menyokong usaha seperti ini iaitu pada tahun 1969 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sepagi Bersama Pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Naning di sini hari ini.

- Utusan

* Umno guna 'Kerajaan Perpaduan' untuk pecah belahkan PAS

3 comments:

  1. sama saja..pas pun melompat sakan apabila org UMNO bercakaran..malah lebih teruk mendoakan kehancuran UMNO agar mimpi terpendam 50 tahun tercapai.

    ReplyDelete
  2. TAK SAMA LA PAKMAT..UMNO MELOMPAT MCM MONYET..PAS MELOMPAT MCM KERA

    ReplyDelete
  3. pak mat....doa utk sapa nie...sapa yg dok doa...
    kira pak mat kashaf nie...

    ReplyDelete