26 June 2009

Lelaki dikerja Datuk bagai bola

KUALA LUMPUR – “Selama kira-kira 10 minit, badan saya diperlakukan seperti bola dengan ditumbuk dan ditendang oleh Datuk.

“Datuk itu hanya berhenti menyerang saya apabila beliau diserang sesak nafas mungkin takut selepas mendengar saya mahu buat laporan polis mengenai tindakannya yang membelasah saya.”

Demikian dakwaan Mohd. Akil Abdul Majid, 41, ketika menceritakan kisah dia dipukul dan ditumbuk oleh lelaki bergelar Datuk sehingga cedera pada 4 Mei lalu.

Kata Akil, kejadian pada pukul 10 malam itu didakwa berlaku di pejabat Datuk tersebut di Setapak di sini.

“Saya telah ke pejabat itu selepas dipanggil Datuk yang mahu mengetahui kejadian saya menegur sikap seorang pekerja lelaki Datuk itu,” kata beliau semasa ditemui di Setiawangsa di sini malam kelmarin.

Sebaik masuk ke pejabat Datuk itu, Akil mendakwa beliau terus ditumbuk dan ditendang berkali-kali oleh Datuk itu.

Tidak cukup dengan itu, katanya, Datuk berkenaan kemudian mencapai sebuah kerusi plastik yang diguna untuk terus memukul badannya.

- Kosmo

* Memandangkan rakyat Malaysia sudah gemar aktiviti menumbuk dan membelasah apa kata kerajaan sediakan lebih banyak gelanggang tumbuk...

No comments:

Post a Comment