23 June 2009

Keputusan isu PPSMI awal Julai

Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.

- Malaysiakini

3 comments:

  1. tindakan yang paling tidak wajar sekali. Orang yang membantah PPSMI ini hanya mementingkan kepentingan mereka sendiri tanpa mengira masa depan negara. tidak hairanlah Malaysia akan lambat berkembang.

    ReplyDelete
  2. Jika masa depan negara membangun tapi akhlak rakyatnya runtuh tiada maknanya...UMNO suka la bila org melayu menderita kerana budaya UMNO "Tradisi Mendera Rakyat". Sepatutnya kerajaan mewajibkan Lulus Agama demi masa depan bangsa melayu.

    ReplyDelete
  3. ke arah menginggeriskan org melayu, syabas umno

    ReplyDelete