26 June 2009

Kakitangan TNB dibelasah

BACHOK – Sudahlah bil sendiri tertunggak, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Begitulah nasib seorang pekerja TNB yang cedera dibelasah oleh dua lelaki ketika bertugas memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Kampung Pauh Lima, Tepuh di sini kelmarin.

Mangsa Abdul Ghani Deraman, 55, yang ditumbuk, disepak dan dipukul dengan kayu oleh dua lelaki itu cedera di muka dan perut.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika mangsa bersama tiga orang lagi pekerja TNB dan tiga kakitangan pelatih memeriksa rumah-rumah di kampung itu yang gagal menjelaskan tunggakan bil bagi memotong sementara bekalan elektrik.

Menurut Abdul Ghani, semasa tiba di sebuah rumah yang mempunyai tunggakan, seorang wanita yang berada di rumah itu menghubungi suaminya memaklumkan mengenai kehadiran mereka.

“Beberapa minit kemudian, suami wanita itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda tiba di rumah berkenaan bersama seorang rakannya.

“Saya terus dipukul dan disepak oleh lelaki tersebut selepas dimaklumkan mengenai kedudukan bil elektriknya yang tertunggak,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

- Kosmo

No comments:

Post a Comment