22 June 2009

Jangan terima Cheng Guan sertai PKR

PULAU PINANG 21 Jun - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri akan menentang sekeras-kerasnya hasrat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkannya sebagai seorang oportunis.

Naib Pengerusinya, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya perlu menunjukkan pendirian tegas berhubung perkara itu kerana mendakwa Cheng Guan menyertai PKR bukan atas dasar perjuangan parti itu.

Sebaliknya, katanya, Cheng Guan hanya menggunakan platform tersebut dan bertindak demikian semata-mata untuk mengugut Gerakan kerana beliau sudah kehilangan kuasa dan pengaruh dalam partinya.

''Selama ini, beliau tidak pernah menunjukkan keinginan untuk menyertai PKR bagi bersama-sama kami memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia serta demokrasi, dia (Cheng Guan) tahu buat ugutan sahaja,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- Utusan

* Biarlah dia masuk...

No comments:

Post a Comment